Wednesday, 24 April 2013

Israel tunduk tuntutan Issawi




24 April 2013
Israel tunduk tuntutan Issawi
Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pembebasan Issawi selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
TEL AVIV - Israel akhirnya tunduk dengan tuntutan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar sejak Ogos lalu, menurut peguamnya, semalam.

Dipteik AP, di bawah perjanjian yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat itu pihak berkuasa rejim Zionis bersetuju membebaskan Samer Issawi, 33, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara lapan bulan.

"Issawi mungkin dibebaskan pada tahun ini. Beliau juga setuju untuk menamatkan mogok lapar selepas menandatangani perjanjian tersebut.

Ia adalah satu kemenangan besar untuk Issawi selepas beliau sanggup menggadai nyawanya," kata Jawad Bulous.

Pada 2002, Issawi dijatuhi hukuman penjara 26 tahun atas penglibatannya dalam siri serangan yang menyasarkan polis Israel.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran ratusan tahanan Palestin pada 2011 tetapi ditahan semula selepas didakwa melanggar syarat pembebasannya.

Bulan lalu, Ayman Sharawneh yang pernah ditahan semula tahun lalu telah dibebaskan di bawah perjanjian yang menyaksikan beliau dibuang negeri ke Genting Gaza.

Tuesday, 23 April 2013

Maraton Palestin pertama




22 April 2013
Maraton Palestin pertama
Pelari Palestin melepasi pemeriksaan pihak berkuasa Hamas di Beit Lahiya ketika menyertai Maraton Gaza pada 2011.
BAITULHAM - Kira-kira 200 pelari tempatan dan antarabangsa menyertai Maraton Palestin pertama, semalam, dianjurkan dua wanita warga Denmark yang bekerja di Baitulmaqdis.

Dipetik PNN, acara berlangsung di bandar Baitulham itu bertujuan memberitahu negara antarabangsa berhubung hak kebebasan bergerak dan penderitaan penduduk akibat sekatan Israel selain mengutuk insiden pengeboman di Boston.

Kira-kira 160 anggota polis ditempatkan di beberapa laluan bagi mengawal keadaan sepanjang acara larian sejauh 42 kilometer itu berlangsung termasuk berhampiran tembok pemisah di Tebing Barat.

Khamis lalu, Israel enggan memberi kebenaran kepada pelari Palestin dari Genting Gaza untuk menyertai maraton tersebut selepas mendakwa kononnya mereka tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

Difahamkan, seramai 20 peserta termasuk bekas atlet Olimpik, Nadar al-Masri berhasrat untuk menjayakan acara julung kali diadakan itu.

Sunday, 21 April 2013

Polis Israel dikecam dedahkan remaja Palestin kepada bahaya



21/04/2013 3:04am

BAITULMUQADDIS - Polis Israel telah menggunakan seorang remaja Palestin sebagai ‘perisai tubuh’ apabila berdepan dengan sekumpulan penunjuk perasaan yang sedang marah di kejiranan Abu Dis. Tindakan itu membuatkan rasa kurang senang pihak aktivis hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, polis menyatakan bahawa tujuan tindakan itu dibuat adalah untuk meredakan kemungkinan berlaku keganasan.
Badan Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa Palestin (DCI) telah menayangkan klip video berdurasi 76 saat melalui YouTube yang menunjukkan beberapa orang polis Israel memaksa seorang remaja Palestin dikenali sebagai Muhammad R, 17, keluar daripada jip tahanan dan berdiri di sebelah mereka. Remaja itu disuruh mengangkat tangannya yang bergari ke atas kepala.
“Kami amat marah apabila polis Israel terus-terusan menggunakan anak-anak Palestin sebagai ‘perisai tubuh’. Dalam kes ini, remaja itu sengaja didedahkan kepada bahaya selepas dia ditahan. Pihak berkuasa Israel seharusnya menjalankan etika tangkapan dan siasatan yang betul,” kata wakil badan tersebut, Ayed Abu Eqtaish.
Jurucakap polis sempadan Israel, Shai Hachimi berkata, pegawai polis yang menjalankan tugas itu berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa remaja itu tidak diapa-apakan seterusnya untuk meredakan kemarahan 400 penunjuk perasaan Palestin termasuk yang membaling batu dan bom petrol kepada pihak berkuasa. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2R3xzDR5x 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 18 April 2013

Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera

Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera
Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera
BETHLEHEM - Pihak berkuasa  Israel menahan lima rakyat Palestin selepas didakwa mengibarkan  bendera Palestin ketika mereka berada di dalam kereta di Baitulmuqaddis.

Media tempatan melaporkan, dua daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 Shekel (RM4,200) dan diberi amaran supaya tidak mengibarkan bendera negara itu pada Hari Kemerdekaan Israel, manakala tiga yang lain dibebaskan.

“Israel mendakwa kibaran bendera itu satu penghinaan dan sindiran serta menyalahi undang-undang negara,” menurut laporan itu.

Sementara itu, lapan penduduk Palestin yang menaiki motosikal turut didenda 250 Shekel (RM210)  atas kesalahan yang sama.

Memetik laporan PNN, seorang penduduk Palestin berkata, mereka tidak mengibarkan bendera sebaliknya, lambang bendera  Palestin itu adalah pelekat stiker yang ditampal pada kenderaan mereka sejak tiga tahun lalu.
Israel mengambil tindakan drastik dengan menyaman mana-mana individu mengibarkan bendera selain daripada bendera Israel sepanjang minggu hari kemerdekaan negara itu.

As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (23 Oktober 1947-17 April 2004)



Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar



RAMALLAH 18 April - Kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel enggan menjamah sarapan pagi yang disediakan sebagai melancarkan mogok lapar selama sehari bagi menyambut ulang tahun pertama Hari Penjara, semalam.
Selain itu, kumpulan hak asasi manusia melaporkan, seramai 4,713 rakyat Palestin di seluruh negara mengadakan perarakan sebagai tanda sokongan mereka terhadap kesemua tahanan yang ditempatkan di penjara rejim Zionis.
Di Tebing Barat, kira-kira 600 ahli keluarga tahanan Palestin mengadakan bantahan di Dataran Arafat di tengah Ramallah dan merancang untuk berarak di penjara tentera Israel di Ofer.
Hari Penjara merupakan simbolik kepada pembebasan tahanan Palestin, Khader Adnan pada tahun lalu selepas melancarkan mogok lapar selama 66 hari sebagai membantah tindakan Israel menahannya tanpa sebab. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_02/3000-tahanan-Palestin-lancar-mogok-lapar#ixzz2QldFIllY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 15 April 2013

Perdana Menteri Palestin rasmi letak jawatan




15 April 2013
Salam Fayyad
Salam Fayyad
RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Presiden Mahmud Abbas, semalam.

Jurucakap kerajaan berkata, Fayyad bertemu Abbas selama setengah jam di ibu pejabat presiden di Ramallah, Tebing Barat dan secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

“Fayyad memutuskan untuk meninggalkan pentadbiran negara itu, walaupun diminta untuk memegang jawatan itu buat sementara waktu,” katanya.

Agensi media Wafa melaporkan, Abbas dan Fayyad bermusuh berikutan kritikan terhadap dasar ekonomi perdana menteri terbabit yang dilaksanakan dalam pergerakan Fatah tetapi Washington mendesak supaya ekonomi berasaskan Amerika Syarikat kekal di situ.

Khabar angin menyatakan Fayyad akan meletak jawatan atau diarah supaya meletak jawatan oleh Abbas bertiup kencang sejak minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham sekian lama membabitkan portfolio kewangan.

Kemelut dalaman pentadbiran Palestin bermula apabila Menteri Kewangan, Nabil Qassis mengumumkan pada 2 Mac lalu untuk meletak jawatan.

Menurut laporan AFP, Fayyad bagaimanapun bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi Abbas yang berada di luar negara ketika itu menolak permohonan beliau.

Sunday, 14 April 2013

Israel hipokrit, mahu lepas tangan



Israel hipokrit, mahu lepas tangan
ISSAWI
TEL AVIV - Israel dengan sewenang-wenangnya mahu melepas tangan dengan menghantar tahanan Palestin yang mogok lapar sejak lapan bulan lalu ke Eropah atau negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kelmarin, jurucakap pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, kerajaan membuat tawaran itu kononnya selepas Kesatuan Eropah (EU) dan wakil PBB menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kesihatan Samer Issawi katanya pada laporan AP.
Bagaimanapun, wakil EU, David Kriss menafikan Israel ada membuat tawaran rasmi seperti yang diuar-uarkan oleh mereka.
Sementara itu, peguam tahanan berumur 33 tahun itu memaklumkan anak guamnya enggan dihantar ke mana-mana termasuk ke luar negara, namun Issawi ada mengemukakan tuntutan kepada Israel untuk melawatnya di hospital seperti disiarkan oleh akhbar Haaretz, Khamis lalu.
Issawi dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran ratusan tahanan pada 2011 tetapi ditahan semula kerana didakwa melanggar syarat pembebasannya dengan memasuki kawasan berhampiran Tebing Barat.

Perdana Menteri Palestin letak jawatan



14/04/2013 3:03am

RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Mahmoud Abbas di sini semalam.
Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada pegawai kerajaan yang enggan dikenali.
“Salam mengadakan pertemuan dengan Abbas selama setengah jam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.
“Salam sebelum ini memberitahu bahawa beliau enggan menjadi ketua kerajaan lagi, biarpun dipujuk untuk kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Khabar angin tentang hasrat Salam untuk meletak jawatan sudah tercetus sejak beberapa minggu lalu ekoran percanggahan pendapat dengan Abbas mengenai satu portfolio kewangan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2QNtTaxMZ 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, 13 April 2013

Askar Israel tembak OKU




13 April 2013
Askar Israel tembak OKU
Askar Israel bertindak tidak berperikemanusiaan dengan menembak seorang lelaki OKU di selatan Tebing Barat, kelmarin. Foto: AFP
RAMALLAH - Askar Israel didakwa menembak seorang lelaki kurang upaya dalam operasi di Hebron, menurut kumpulan hak asasi tahanan berpusat di Ramallah, kelmarin.

Dipetik AP, Motazz Obeidu, 32, dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat tembakan itu.

Sementara itu, tentera rejim Zionis mengesahkan insiden tersebut dengan menyatakan kononnya tindakan terbabit diambil selepas mangsa cuba melawan ketika cuba ditahan oleh mereka.

Dalam insiden berasingan, seorang remaja 14 tahun ditahan di penjara tentera Israel sejak seminggu lalu selepas didakwa membaling batu ke arah pihak berkuasa.

Menurut bapanya, Abdelwahab Khalek, 46, dia tidak dibenarkan melawat anaknya, Mohammad dan hanya bertemu semasa perbicaraan.

Dalam satu kenyataan, peguam, Randa Wahbe berkata, anak guamnya mendakwa dia dipaksa untuk mengaku bersalah ketika disoal siasat hingga menyebabkan pendakap giginya rosak.

Berpuluh-puluh belia Palestin bertempur dengan tentera Israel



13/04/2013 4:03am

SILWAD - Berpuluh-puluh belia Palestin semalam ber tempur dengan tentera Israel untuk hari kedua di wilayah Tebing Barat yang dikuasai rejim Zionis.
Perkembangan itu berlaku selepas penduduk Palestin menuduh beberapa peneroka haram Yahudi membelasah seorang lelaki tempatan menggunakan batang paip.
Belia Palestin bertindak membaling batu ke arah beberapa buah jip tentera Israel dalam protes itu yang tercetus beberapa ratus meter dari penempatan haram Ofra.
Penduduk setempat berkata, sekumpulan peneroka Ya hudi memukul seorang bekas hakim berusia 60 tahun, Ahmad Al-Zir ketika dia sedang mengerjakan tanahnya kelmarin.
“Mereka berulang kali memukul kepala warga emas sambil mencacinya,” kata seorang saudara mara mangsa, Mahmoud Hussein yang menyaksikan serangan tersebut.
Sekumpulan belia Palestin kemudian mengejar pene roka-peneroka Yahudi itu dan membakar sebuah kediaman mereka.
Susulan insiden tersebut, askar-askar Israel dikerahkan ke lokasi kejadian lewat kelmarin.
Tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin dengan dua penunjuk perasaan terkena peluru hidup termasuk seorang di dada. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2QI4A4pR9 
Hakcipta terpelihara 

Friday, 12 April 2013

gaza


Ini di Gaza bukannya negara lain. Kita pula bagaimana?

Thursday, 11 April 2013

Peneroka haram Yahudi bunuh penduduk Palestin pada 1997 dipenjara seumur hidup



BAITULMAQDIS 10 April - Sebuah mahkamah Israel semalam menjatuhi dua hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang peneroka haram Yahudi kerana membunuh dua penduduk Palestin pada 1997.
Jack Teitel, 41, pada Januari lalu didapati bersalah membunuh seorang pemandu bas dan seorang penggembala termasuk dua percubaan membunuh berasingan, memiliki senjata haram dan menghasut keganasan.
Pelampau agama kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dijatuhi dua hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Baitulmaqdis, masing-masing satu bagi setiap mangsanya dan perlu membayar pampasan sebanyak AS$47,000 (RM142,377) kepada setiap keluarga mangsa.
Teitel pada masa yang sama dijatuhi hukuman penjara lagi selama 30 tahun atas dua percubaan bunuh dan pelbagai kesalahan lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130410/lu_04/Peneroka-haram-Yahudi-bunuh-penduduk-Palestin-pada-1997-dipenjara-seumur-hidup#ixzz2Q9FLEQVs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 10 April 2013

palestin ·

palestin

Couldn't sleep so I looked out the window. I saw the light of an airplane in the peaceful night sky. If I were in Gaza, that would have been an F16 on the prowl... "Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinn and men) deny?" 

Pemuda Gaza dicukur rambut




9 April 2013
Pemuda Gaza dicukur rambut
Dua remaja lelaki yang masih terkejut dengan tindakan mencukur rambut mereka.
BANDAR GAZA - Dua remaja tempatan berimej rambut panjang dan terpacak ala Barat dibawa ke balai polis di ibu negara oleh sepasukan pegawai sebelum rambut mereka dicukur didakwa sebagai usaha pengajaran, kelmarin.

Lapor aktivis Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, tindakan pegawai polis tempatan terhadap anak-anak muda adalah salah satu usaha kerajaan Hamas menolak kemasukan budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa tempatan terhadap golongan muda mendapat kritikan kerana dianggap sebagai mengongkong kebebasan bersosial.

Pelukis tempatan, Ayman al-Sayed, 19, berkata, beliau hanya menyimpan rambut sehingga pada paras bahu tetapi polis Gaza bertindak sedemikian tanpa persetujuannya.

"Satu perkara yang saya ingin lakukan sekarang adalah meninggalkan negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Gaza, Ziad al-Zaza berkata, operasi mencukur rambut pemuda berimej rambut panjang amat jarang sekali berlaku sebaliknya kerana kehendak pegawai polis itu sendiri.

"Ia berlaku tanpa pengetahuan pihak atasan dan saya berjanji operasi seumpama ini tidak berulang lagi kerana ia boleh dianggap sebagai pencabulan hak awam," katanya menurut laporan AFP.

Kesal pilih Barack Obama



WARTAWAN SINAR HARIAN
10 April 2013
Kesal pilih Barack Obama
.
RAMALLAH - “Presiden Barack Obama sebenarnya lebih teruk dari bekas Presiden George W Bush,”.
Kenyataan lantang itu diluahkan seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang enggan identitinya didedahkan dan dia jelas kecewa dengan kepimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS).

“Mungkin reputasi beliau tidak seburuk disangka, namun bagi kami (penduduk Palestin) beliau tetap dianggap sebagai pemimpin yang gagal,” katanya lagi.
Menjelang lawatan beliau ke Timur Tengah, bulan lalu kebanyakan media hanya memaparkan hubungan dingin antara Obama dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berbanding konflik antara Israel-Palestin.

Bayan Khallili, 16, berkata, ibunya menangis gembira selepas Obama dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama di AS pada 20 Januari 2009.

“Pada masa itu, kami merasakan bakal ada sinar baru untuk Palestin. Tetapi selepas empat tahun, masih tiada perubahan.
AS terus menunjukkan sokongan terhadap sekutu kuat mereka itu.” jelasnya.  

Mesej kepada Obama

Kebanyakan rakan Bayan di Friends School, sebuah institusi pendidikan di Tebing Barat juga lantang bersuara sepertinya.
Ketika dalam kelas subjek Sejarah, topik ‘Mesej apa yang kamu ingin sampaikan kepada Presiden Obama?’ dikatakan mendapat sambutan hangat pelajar. 
Salem Rabah, 16, juga memberi pendapat sama terhadap Obama yang didakwa hanya berpeluk tubuh melihat kesengsaraan penduduk Palestin.
“Beliau melihat pembunuhan beramai-ramai terutamanya di Gaza tetapi masih tiada tindakan diambil sebaliknya, presiden dunia bebas tersebut hanya membiarkan kami terus menderita di sini,” keluhnya.
Mereka masih ingat dengan ucapan Obama yang dikatakan seperti memberi harapan baru kepada penduduk rantau Arab.

“Penindasan ke atas penduduk Palestin sememangnya tidak boleh diterima. AS tidak akan membelakangkan cita-cita mereka yang mahu mewujudkan sebuah negara, sekali gus diiktiraf negara antarabangsa,” menurut petikan ucapan Obama semasa beliau berucap di Kaherah pada Jun 2009. 
Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji.

Isu tuntutan Palestin didakwa semakin diketepikan selepas kebangkitan revolusi rakyat di Timur Tengah.
Menurut seorang lagi pelajar, Dina Toubasi, 17, dia mengharapkan satu perubahan lebih baik bukan kerana Obama adalah presiden kulit hitam pertama AS yang sebelum ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar Aparteid (membezakan rakyat menerusi perbezaan kaum dan warna kulit).

“Kami percaya beliau akan faham dengan perjuangan penduduk Palestin yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menuntut hak asasi dan hak awam akibat penindasan rejim Zionis katanya pada laporan BBC.  
Tetapi, apa yang kami lihat, bantuan AS kepada Israel semakin meningkat sejak beliau menerajui kepimpinan di negara itu,” katanya.

Dina mendakwa Obama sebenarnya telah melanggar etika dan idea yang menjadi pencetus kepada penubuhan AS.
“Beliau sepatutnya menjadikan pemerintahan bekas Presiden George Washington dan Benjamin Franklin sebagai contoh dalam kepimpinannya,” jelasnya lagi.

Kumpulan pelajar di Friends School itu tidak meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas bahu Obama.
Mereka juga berpendapat kegagalan dua tunjang utama, Hamas dan Fatah bersatu menyebabkan AS menjadikannya sebagai alasan kuat untuk mengetepikan tuntutan penduduk Palestin.
 
Terpengaruh janji palsu

Randa Wahbe, seorang pelajar kelahiran AS yang menetap di Palestin memberitahu dia mengundi Obama pada 2008.

“Saya merasa sangat menyesal dengan tindakan itu dan ia mungkin kerana saya masih mentah dan terpengaruh dengan janji-janji palsu beliau semasa kempen pilihan raya,” katanya sambil tersipu malu.
Menurutnya, projek penempatan haram Yahudi juga meningkat secara drastik sejak beberapa tahun lalu.
Rintihan tahanan Palestin yang terpaksa meringkuk di dalam penjara Israel tanpa perbicaraan adil juga hanya dipandang sepi oleh beliau.

Kebanyakan penduduk di negara tersebut juga sudah berputus asa dengan cadangan penyelesaian dua negara.
“Idea itu sememangnya tidak masuk akal untuk diguna pakai pada masa ini kerana jumlah pendatang haram di kawasan yang dituntut Palestin bagi membentuk sebuah negara semakin bertambah dari hari ke hari.

Kami juga kecewa dengan tindakan AS yang enggan menyokong tuntutan Presiden Mahmoud Abbas untuk menaik taraf status
Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lalu,” menurutnya dengan panjang lebar.

Golongan remaja di Ramallah turut melihat kunjungan Obama ke negara itu tidak akan membawa sebarang perubahan jika beliau sendiri tidak bertemu dengan penduduk Palestin dan melihat kesengsaraan mereka.

Persoalannya kini, mengapa pemimpin itu boleh menghabiskan masa selama dua hari di Israel tetapi hanya beberapa jam di Tebing Barat?
“Ia jelas menunjukkan permainan politik AS yang dipertontonkan kepada dunia walaupun media melaporkan Obama dan Netanyahu bertelagah akibat perbezaan pendapat,” kata Randa sebelum mengakhiri perbualan.

Tuesday, 9 April 2013

SUBHANALLAH..!


walaupun dalam keadaan yang membahayakan, mereka (mujahid) palestin tetap melaksanakan sholat..


Monday, 8 April 2013

Kaum Muslimin di Rafah Melakukan Protes Terkait dengan Penangkapan yang Dilakukan oleh Hamas



PALESTINA, GAZA – Pendukung Salafi jihadi di Jalur Gaza telah meningkatkan protes mereka terhadap Hamas baik secara online maupun di depan publik karena beberapa salafi jihadi telah mulai melakukan aksi mogok makan untuk memprotes penahanan mereka oleh Hamas.

Pada tanggal 5 April, halaman Facebook dibuka untuk keluarga Salafi Jihadi yang saat ini dipenjara oleh Hamas. halaman Facebook baru ini merilis sebuah pernyataan yang mengumumkan bahwa kerabat dan pendukung Salafi jihadi yang ditahan di Gaza berencana untuk mengadakan aksi demonstrasi pada tanggal 6 April untuk memprotes penyiksaan, pelecehan dan penghinaan yang dilakukan oleh Hamas terhadap tahanan salafi jihadi

Pada tanggal 6 April protes terjadi di Rafah, namun, menurut Agence France Presse, hanya sekitar 30 orang menghadiri nya sebelum pasukan Hamas membubarkan paksa demonstrasi. Sementara AFP mengatakan demonstrasi disebarkan tanpa insiden, Salafi jihadi merilis pernyataan yang menyatakan bahwa beberapa demonstran ditahan dan seorang wartawan telah diserang.

Dalam pernyataan terpisah, yang dibagikan oleh Ibnu Taimiyah Media Center, mengatakan bahwa Hamas telah menahan Salafi jihadi berbulan-bulan tanpa dakwaan atau proses pengadilan.” Pernyataan itu lebih lanjut menyerukan Hamas untuk segera “membebaskan anak-anak kami yang menderita ketidakadilan dan pelecehan,” mereka adalah Salafi. Selain itu, menyerukan Hamas untuk menghentikan kampanyenya dalam menangkap dan menganiaya Salafi jihadi di Jalur Gaza.

Pernyataan itu menyimpulkan dengan mengatakan bahwa salafi jihadi berencana untuk mengambil tindakan lebih lanjut dan tidak akan berhenti sampai Hamas melepaskan Salafi jihadi yang telah mereka penjara.

selain itu, Syaikh Hossam al Jazzar dari Ibnu Baz Amal Islam mengutuk penangkapan Salafi jihadi yang baru-baru ini dilakukan oleh Hamas. Dalam sebuah pernyataan yang diterbitkan pada halaman Facebook-nya pada tanggal 5 April, al Jazzar mengatakan bahwa penangkapan tersebut “hanya untuk melayani kepentingan orang-orang Yahudi.” Al Jazzar juga pernah dipanggil untuk diinterogasi oleh Hamas pada bulan September 2012. Dan pada tanggal 6 April, Syaikh Nael Mosran juga menyerukan Hamas “untuk menghentikan penangkapan mereka yang sewenang-wenang terhadap Salafi jihadi,” dalam sebuah pernyataan yang diterbitkan pada halaman Facebook-nya.

Baru-baru ini, Dewan Syura Mujahidin di sekitar Baitul Maqdis (DSM) menyerukan “orang-orang yang masih punya hati nurani dalam Gerakan Hamas agar mendesak instansi keamanan pemerintah mereka untuk melepaskan mujahidin Salafi Jihadi yang ditahan secara tidak adil di penjara mereka.”


(KabarDuniaIslam/al-mustaqbal.net)

Sunday, 7 April 2013

Israel tembak mati 2 remaja Palestin



NABLUS, Wilayah Palestin 4 April - Pasukan tentera Israel menembak mati dua remaja Palestin dalam satu pertempuran di Tebing Barat, semalam, sekali gus meningkatkan ketegangan menjelang upacara pengebumian seorang tahanan Palestin yang meninggal dunia di Israel kelmarin.
Beberapa pertempuran berlaku di Tulkarem di utara Tebing Barat, sehari selepas tunjuk perasaan ganas tercetus di sekitar Tebing Barat, berikutan kematian Maisara Abu Hamdiyeh akibat kanser tekak di sebuah penjara di Israel.
Dalam demonstrasi berkenaan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang membaling bom petrol ke pondok pemeriksaan tentera di Tulkarem.
Menurut pihak berkuasa Palestin, dua remaja yang terkorban dikenal pasti sebagai Amer Nassar, 16, yang ditembak di kepala, manakala sepupunya Naji Balbisi, 17 tahun ditemui mati dengan luka di dada.
Kematian Maisara mencetuskan beberapa kekecohan termasuk di kampung halamannya di bandar Hebron apabila premis-premis perniagaan ditutup semalam, selain penduduk awam membaling batu ke arah pasukan tentera Israel di tengah bandar itu.
Perkhidmatan Penjara Israel melaporkan, beribu-ribu tahanan di beberapa penjara turut melancarkan mogok besar-besaran.
Tunjuk perasaan itu juga merebak ke bandar ini dan timur Baitulmaqdis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130405/lu_05/Israel-tembak-mati-2-remaja-Palestin#ixzz2Pjoz6DI5
© Utusan Melayu (M) Bhd