Wednesday, 29 September 2010

Polis Israel Tangkap 34 Rakyat Palestin Di Silwan

Imej29 September 2010 - Al-Quds yang dijajah - Polis Israel, Selasa, menangkap 34 rakyat Palestin di pinggiran Silwan, bahagian Al-Quds yang diduduki oleh kaum Yahudi, berikutan konfrontasi hebat di sekitar kawasan yang bermasalah itu, media Ibrani melaporkan.

Radio Israel melapurkan bahawa jangkamasa penahanan yang dikenakan ke atas orang-orang tahanan tersebut adalah berbeza iaitu berkisar di antara 2 hingga 6 hari sehingga dakwaan dilakukan terhadap mereka atas pertuduhan mengambil bahagian menentang polis Israel.

Sumber-sumber tempatan melapurkan bahawa pasukan polis Israel memecah masuk ke salah sebuah rumah di situ dan menahan semua penghuninya sambil mencegah warga tempatan dari mendekati rumah tersebut. Dilapurkan bahawa pasukan polis Israel itu menggunakan alasan yang mereka sedang mencari seorang remaja bernama Mohammed Ghaith.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Radikal Yahudi Ceroboh Masjid Aqsa

Imej29 September 2010 - Baitul Maqdis - Sekumpulan Yahudi radikal memecah masuk ke perkarangan Masjid Aqsa pagi tadi.

Menurut berita dari sumber yang dipercayai, polis Israel berkumpul di hadapan pintu Maqaribah dan mula membenarkan kumpulan ini masuk ke Masjid dengan kawalan mereka.

Penjaga masjid merasa takut dengan kedatangan kumpulan ini yang mendakwa mereka ingin melakukan ibadat mereka (Hari Mazlah) pada hari ini dan jumlah mereka bertambah sebelum solat zohor lagi. Tidak sekadar kumpulan mereka sahaja bahkan mereka menjemput penolong serta penyokong mereka untuk turut serta dalam majlis mereka.
Sumber:   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tuesday, 28 September 2010

Militan Abbas Culik 7 Penyokong Hamas

Imej28 September 2010 - Tebing Barat - Militan Abbas meneruskan operasi penculikan terhadap para penyokong Gerakan Islam Hamas di Tebing Barat. Seramai 7 orang dari mereka diculik di Hebron, Nablus, Qalqilya dan Betlehem. Sementara itu Militan Abbas telah mendirikan banyak pos-pos pemeriksaan menyusul aksi Hebron, kemarin.

Menurut sumber-sumber tempatan di Nablus, Militan Abbas menculik Thariq Qadhi dan Walid Qashu' dari Qalqilya, seorang mantan tahanan yang telah bebas dari penjara Zionis Israel. Qashu' adalah mahasiswa Universiti Nasional an-Najah di Nablus. Beliau pernah beberapa kali sebelum ini diculik oleh Militan Abbas. Selain itu Militan Abbas juga menculik Nasir Hadidi dari perkampungan Zawata, yang juga mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel dan pernah diculik sebelum ini oleh Militan Abbas.

Di Daerah Qalqilya Militan Abbas menculik dua mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel, Ghaits Afana dan Thariq Dziyab. Manakala di Betlehem Militan Abbas menculik Syaikh Saleh Isa Qasim (53) setelah dipanggil untuk wawancara. Syaikh Qasim adalah seorang pesakit kanser di mana tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang agak tenat. Beliau pernah berkali-kali dipanggil oleh Militan Abbas untuk menjalani soal-siasat secara berturut-turut selama 2 bulan.

Di Hebron Militan Abbas menculik Muhammad Thaha, juga bekas tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel. Sebelum ini dia bersama saudaranya Wajdi Thaha pernah diculik oleh Militan Abbas.

Sementara itu Militan Abbas mengerahkan anggotanya di Bandar Hebron bagi mendirikan puluhan pos-pos pemeriksaan secara mendadak. Mereka juga melakukan operasi pemeriksaan terhadap puluhan tempat di bandar dan di sejumlah kampung dan daerah di Hebron.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Hari Ini Terhentinya Petrol Ke Gaza

Imej28 September 2010 - 
Gaza - Kemasukan petrol di Gaza bagi penjanaan elektrik Gaza telah dihentikan pada hari ini.

Pada hari-hari biasa kemasukan sekurang-kurangnya 8 lori disel akan menyeberangi pintu sempadan bahagian Isreal di Kerem Shalom akan di buka untu membolehkan lori yang membawa bahan ini memasuki Gaza.
Sumber: FP   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Gaza - Gaza Bergelap Lagi

Imej28 September 2010 - Masalah eletrik di Semenanjung Gaza terus berpanjangan, sekali lagi Gaza bergelap selama 8 jam pada hari ini. Menteri sumber tenaga dan bahan bakar membincangkan cara yang lebih praktikal untuk menjalankan projek strategik berkaitan dengan sektor tenaga sumber baru, ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bahan mentah petrol buatan yang diperlukan untuk penjanaan elektrik Gaza, dan mencari penyelesaian radikal untuk memastikan penamatan krisis kekurangan bahan tersebut di sektor ini.

Pengurus Edaran Eletrik di Gaza, Suhail Sakik berkata: gangguan krisis elektrik pada minggu ini adalah disebabkan dari ketidak kestabilan kapasiti yang ada pada tenaga elektrik dimana peningkatan penggunaannya bertambah pada musim sejuk. Beliau menambah, jadual pengagihan bahan ini akan dilakukan empat kali seminggu mengikut kawasan selama lapan jam disetiap kawasan.

Beliau menjelaskan lagi, peningkatan penggunaan bahan bakar ini dari 2.2 juta liter seminggu kepada 2.3 juta liter seminggu akan meningkatkan lagi krisis bahan bakar di Gaza.

Proses pembahagiaan penggunaan kuasa eletrik ke daerah-daerah sekitar Gaza akan dibahagikan kepada empat hari, sebahagiannya akan mendapat khidmat tersebut di sebelah pagi dan sebahagian yang lain di sebelah malam.
Sumber: PDF   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tiga Anggota Briget Syahid Dalam Serangan Tentera Zionis Di Timur Bureij

Imej28 September 2010 - Gaza - Pusat Media Palestin - Tiga Pejuang dari tentera sayap briget al-Quds bagi pergerakan jihad Islam telah syahid pada waktu pertengahan malam Isnin (27/9) ekoran serangan udara tentera Zionis. Serangan ini dilancarkan di kawasan berdekatan Maqbula iaitu timur kem pelarian Bureij yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Adham Abu Silmiyah Koordinator Media bahagian perkhidmatan perubatan dalam laporan khas untuk Pusat Media Palestin menegaskan, ketibaan tiga mayat syahid di hospital Syuhada al-Aqsa, Der al-Balah selepas berlakunya serangan tentera penjajah di selatan Bureij.

Beliau menyenaraikan nama-nama yang mati syahid, mereka adalah Ala Abu Zubaidah 25 tahun, Awni Abdul Hadi 19 tahun. Kedua-duanya dari kem pelarian Bureij manakala seorang lagi Muhammad Eid dari kem pelarian Nusairiyat.

Sumber-sumber maklumat dari briget al-Quds menegaskan kepada koresponden Pusat Media Palestin bahawa ketiga-tiga yang mati syahid itu terdiri dari pejuang-pejuang briget tersebut. Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa serangan udara Israel ke atas para pejuang tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke kawasan Rabat di timur Bureij.

Hal itu bermula dengan serangan pengeboman udara yang dilakukan oleh pesawat pengintip Israel ke atas kediaman seorang pejuang briget al-Qassam di kem pelarian Nusairiyat yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Koresponden Pusat Media Palestin melaporkan, tiada kecederaan berlaku akibat serangan ke atas rumah pejuang tersebut yang merupakan salah seorang dari ahli keluarga Abu Shamleh. Pengeboman itu hanya mengakibatkan kerosakan barang-barang dan perkakas-perkakas rumah.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Abu Ruqayyah (Sukarelawan AP)

Thursday, 23 September 2010

Pendatang Haram Yahudi Serang Sekolah Di Masjid Ibrahimi

Imej23 September 2010 - Hebron - Pihak berkuasa Israel pagi ini menangkap dua orang siswa Sekolah al-Ibrahimi, dekat masjid al Ibrahimi, di pusat kota Hebron, Tebing Barat, setelah mengepung sekolah tersebut.

Sumber tempatan menyatakan puluhan pendatang haram Yahudi menyerang siswa sekolah Ibrahimi ketika mereka pergi ke sekolah. Mereka membaling sekolah dengan batu sebelum pihak berkuasa Israel datang ke lokasi dan mengepung sekolah tersebut dengan alasan pertelingkahan tersebut di mulakan oleh penduduk Palestin yang tinggal berhampiran menyerang pendatang haram Yahudi di Ibrahimi.

Turut terlibat dalam mengepung sekolah tersebut lebih dari 200 pendatang haram Yahudi yang bersenjata. Mereka berusaha menyerbu sekolah tersebut. Sementara itu pihak Israel menangkap dua orang siswa dari sekolah tersebut dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Pertembungan Di Silwan

Imej
23 September 2010 - 
Anggota Lujnah Mempertahankan Tanah.

Jurucakap bagi penduduk Silwan, Syed Abdul Karem Abu Saninah berkata, perbuatan provokasi yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Al-Quds yang mendapat bantuan penuh dari pihak berkuasa Israel, adalah sebagai satu perbuatan terroris untuk menghalang penduduk Palestin dari terus tinggal di kawasan Aqsa dan sekelilingnya.
Sumber: silwan.net   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Wednesday, 22 September 2010

Pertembungan Di Al-Quds, 1 Syahid

Imej22 September 2010 - Alquds - Seorang pemuda Palestin hari ini gugur dan sejumlah yang lainnya cedera akibat serangan dari pendatang haram Yahudi di kampung Silwan di Kota al-Quds. Akibat dari serangan tersebut berlaku pertembungan yang sengit di antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang disokong oleh pihak Israel.

Sumber tempatan menyebut bahawa pendatang haram Yahudi tersebut tudak membenarkan sebarang bantuan perubatan kepada pemuda Palestin yang cedera sehinggalah beliau syahid.

Ahli Dewan Silwan, Fakhry Abu Diyab menegaskan bahawa pemuda yang syahid adalah dari keluarga Sirhan. Pemuda tersebut dibiarkan selama 2 jam di tepi jalan sebelum pihak Israel memindahkannya. Beliau menyatakan bahawa ada dua pemuda lain yang juga cedera parah, walaupun dalam keadaan demikian mereka tetap ditangkap oleh pihak Israel.

Fakhry Abu Diyab menyebut bahawa pertembungan yang sengit meletus antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang dibantu oleh pihak berkuasa Israel. Pertembungan tersebut berlarutan akibat dari provokasi pendatang haram Yahudi.

Pihak Israel memperketatkan kawasan di seluruh Silwan dengan menutup semua pintu masuk ke kota tersebut.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tuesday, 16 June 2009

Melaporkan: kanak-kanak Palestin secara sistematik didera dalam tahanan Israel


16 Jun 2009
Kenyataan akhbar berikut telah dikeluarkan pada 11 Jun 2009:
Hari ini, DCI -Palestine adalah melepaskan satu laporan yang mendokumenkan layanan buruk yang meluas dan penderaan kanak-kanak Palestin di tangan tentera Israel dan polis - "Banduan Anak Palestin: The sistematik dan diinstitusikan layanan buruk dan penyeksaan kanak-kanak Palestin oleh pihak berkuasa Israel. "
Pengeluaran laporan itu datang hanya beberapa hari selepas artikel yang telah diterbitkan dalam The Independent akhbar melaporkan testimoni dua tentera Israel yang terperinci penyalahgunaan yang sengaja kanak-kanak Palestin. Seorang askar dilaporkan sebagai berkata bahawa dalam kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan Palestin pada bulan Mac, dia melihat banyak tentera "hanya lutut [Palestin] kerana ia membosankan, kerana anda berdiri di sana untuk 10 jam, anda tidak melakukan apa-apa, supaya mereka memukul orang lain. "
Laporan itu yang diterbitkan hari ini mengandungi testimoni daripada 33 kanak-kanak, berusia satu semuda 10 tahun, yang menjadi saksi kepada penderaan yang mereka terima di tangan tentera dari saat penangkapan melalui soal siasat sering ganas.
Kebanyakan kanak-kanak ini ditangkap dari kampung-kampung berhampiran Tembok dan penempatan haram Israel di Tebing Barat. Terdapat bukti bahawa banyak anak yang menyakitkan terbelenggu selama berjam-jam, ditendang, dipukul dan diancam, beberapa dengan kematian, sehingga mereka memberikan pengakuan, beberapa ditulis dalam bahasa Ibrani, bahasa yang mereka tidak bercakap atau memahami.
"Seorang tentera telah [...] menunjuk senapang ke arah saya. Laras senapang adalah beberapa sentimeter dari muka saya. Saya begitu takut bahawa saya mula menggigil.Beliau membuat menyeronokkan saya dan berkata: 'menggigil? Beritahu saya di mana pistol itu sebelum saya menembak anda '".
- Ezzat, 10 tahun
Membimbangkan, laporan itu mendapati bahawa pengakuan secara haram yang diperolehi secara rutin digunakan sebagai bukti di mahkamah tentera untuk mensabitkan sekitar 700 kanak-kanak Palestin setiap tahun. Dan caj yang paling biasa terhadap kanak-kanak ini adalah untuk membuang batu. Setelah dihukum, kanak-kanak yang memberikan testimoni ini kebanyakannya dipenjarakan di Israel melanggar Konvensyen Geneva Keempat di mana mereka menerima lawatan keluarga beberapa, dan pendidikan sedikit atau tiada.
Laporan itu menyimpulkan bahawa penyalahgunaan meluas dan sistematik ini berlaku dalam budaya umum sewenang-wenangnya di mana dalam 600 aduan dibuat terhadap Israel penyiasat Agensi Keselamatan untuk didakwa layanan buruk dan penyeksaan, tidak siasatan jenayah tunggal yang pernah dijalankan.
Laporan itu juga mengandungi cadangan-cadangan baru-baru ini yang dibuat oleh PBBJawatankuasa Menentang Penyeksaan yang menyatakan "kebimbangan" pada laporan penderaan kanak-kanak Palestin ketika mengkaji pematuhan Israel dengan Konvensyen Menentang Penyeksaan pada Mei 2009.
Muat turun laporan [ PDF - 4 MB ]

Friday, 23 January 2009

Tentera Israel menangkap tujuh kanak-kanak di Tebing Barat


23 Januari 2009
Tujuh kanak-kanak dari kampung Toura al-Gharbeiah (berhampiran bandar Tebing Barat Jenin) telah ditangkap pada Selasa oleh pihak berkuasa Israel; mereka sedang ditahan di Salim penahanan dan soal siasat pusat, di utara Tebing Barat. Dua daripada kanak-kanak berusia 12 tahun; dua adalah 13; dua lagi berumur 15; dan ketujuh ialah 17.
A pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa ( DCI ) -Palestine peguam semalam melawat anak-anak. Menurut maklumat yang dikumpul oleh peguam, antara tengah malam dan 04:00 pada hari Selasa 20 Januari perisikan Israel, polis dan tentera memasuki kampung Toura al-Gharbeiah dan menahan tujuh kanak-kanak dari rumah masing-masing.
Kanak-kanak kemudian dipasang di bangunan awam di kampung, dan disoal siasat di sana. Mereka dikatakan telah dibuang batu di Wall dan telah takut untuk mengaku. Anak sulung, Murad (17), dituduh memiliki senjata, tetapi dia menafikan dakwaan itu. Murad memberitahu DCI peguam -Palestine apa yang berlaku pada pagi Selasa.
Tidak lama selepas tengah malam, Murad sedang menonton televisyen di rumah apabila dia mendengar bunyi bising di luar. Dia bangun untuk melihat melalui tingkap dan melihat empat jip milik pengawal polis Israel.
Kurang daripada satu minit kemudian, seseorang mengetuk dan Murad membuka pintu. Seseorang pegawai polis Israel, disertai dengan dua tentera, meminta Murad namanya dan memberitahu beliau "Jangan cuba untuk melepaskan diri, rumah dikelilingi." Beliau bertanya kepadanya untuk bangun ahli keluarga yang lain.
Selepas ahli keluarga yang lain naik, askar mengambil Murad luar, diletakkan di atas tanah, terikat tangannya di belakang dengan tali plastik, dan ditutup mata dia. Murad meletakkan di atas tanah selama setengah jam manakala tentera searched rumah. Kemudian, mereka berjalan beliau untuk jip tentera. Sementara mereka berjalan, seorang askar mula memukul beliau pada muka dan tangan.Murad dilaporkan bahawa salah satu jarinya mula membengkak akibat pukulan itu.
Mereka ditolak dia ke dalam jip, dan memandu selama 20 minit. Kemudian Murad telah dibawa keluar dari jip dan dibawa ke bilik biliard. Dia masih di kampung. Penutup mata beliau telah dibuang dan penyiasat satu memberitahunya bahawa mereka telah menemui senjata di rumahnya. Beliau tekanan Murad mengaku untuk memiliki mereka; sambil menjerit kepadanya dan mengancam beliau. Soal siasat itu pergi selama 40 minit. Murad tidak mengaku.
Selepas soal siasat tamat, Murad telah ditutup mata lagi, dan meninggalkan di dalam bilik sehingga 09:00. ... Pada masa itu, dia mendengar suara-suara muda tahanan lain, termasuk adiknya Bashir (15). Sebahagian daripada kanak-kanak menangis.
Pada 9:00 Murad telah dipindahkan ke Salim tahanan dan pusat soal siasat.Dalam perjalanan, seorang askar menjerit kepadanya dan menghina beliau; dia berasa sangat takut.
Selepas disoal siasat dalam bilik biliard di kampung, kanak-kanak dipindahkan ke Salim penahanan dan soal siasat tengah, berhampiran Jenin. Apabila DCI peguam -Palestine bertemu mereka pada hari Rabu, 21 Januari, kanak-kanak telah mengaku, di bawah paksaan, untuk membuang batu-batu di Wall. Murad masih belum mengaku.
DCI -Palestine dan rakan-rakan mereka Addameer percaya bahawa kanak-kanak tersebut adalah terdedah kepada penyalahgunaan dalam sistem keadilan tentera Israel dan harus dilepaskan dengan segera, semua lebih-lebih lagi, memandangkan hakikat ringannya jenis kesalahan yang dikatakan. Peguam itu kanak-kanak telah meminta satu hari pendengaran, Khamis 22 Januari, untuk meminta hakim tentera untuk melepaskan anak-anak muda.
Kanak-kanak: Morad Q. (17), Bashir Q. (15), Osaid Q. (12), Subhi AH (12), Amer S. (13), Mohammad A. (13) dan Emad A. (15 ).
Pada akhir Disember 2008, terdapat 342 kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel dan pusat tahanan / soal siasat, termasuk tujuh kanak-kanak perempuan, dan lima tahanan pentadbiran. Disember 2008 angka mendedahkan nombor tertinggi dilaporkan tahanan kanak-kanak pada tahun 2008 Di samping itu, pada 17 Januari, DCI -Palestine mengeluarkan kenyataan yang melahirkan kebimbangan bahawa bilangan kanak-kanak yang ditangkap oleh pihak berkuasa Israel di Tebing Barat telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua minggu pertama Januari.