Tuesday, 12 January 2016

Polis Israel siasat kebakaran pejabat kumpulan hak asasi

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 2:20 PM

PIHAK berkuasa Israel menyiasat kebakaran di pejabat sebuah kumpulan hak asasi manusia terkemuka di Baitulmaqdis bagi memastikan sama ada ia dilakukan secara sengaja. - Foto EPA


TEL AVIV: Pihak berkuasa Israel menyiasat kebakaran di pejabat sebuah kumpulan hak asasi manusia terkemuka di Baitulmaqdis bagi memastikan sama ada ia dilakukan secara sengaja. Kebakaran di pejabat B'Tselem, kumpulan Israel yang memantau hak asasi manusia dalam kalangan penduduk Palestin, berlaku ketika ketegangan semakin memuncak dan tekanan kerajaan supaya mengehadkan sumbangan luar kepada badan yang menyiasat penindasan terhadap penduduk Palestin itu. Pasukan bomba tiba di pejabat yang terletak di kawasan penempatan sunyi dan berjaya memadamkan kebakaran. Kira-kira 80 penduduk Palestin dibunuh dalam masa beberapa bulan keganasan di Israel dan Tebing Barat. Tiada kematian dilaporkan, kata jurucakap polis, Luba Samri. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113237

Friday, 8 January 2016

Tentera Israel Terus Sasar Rakyat Palestin


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 11:30 AM

BAITULMAQDIS: Tentara Israel membunuh sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin dan mencederakan 16,200 yang lain sepanjang tahun lalu.
Angka itu didedahkan Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut laporan kementerian itu, sekurang-kurangnya 145 pembunuhan berlaku akibat keganasan yang tercetus selepas pihak berkuasa Israel melarang penduduk Palestin memasuki Kota Lama di Baitulmaqdis pada Ogos lalu.
Pada masa sama, Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pula merekodkan rejim Israel telah merobohkan sebanyak 539 rumah penduduk Palestin sepanjang tempoh sama.
"Beratus-ratus rumah rakyat Palestin dimusnahkan Israel, hingga memaksa 742 keluarga meninggalkan rumah mereka," menurut laporan itu.
Difahamkan, tindakan kejam Israel di Baitulmaqdis dan Tebing Barat itu sebagai cubaan rejim Zionis untuk merampas Masjid al-Aqsa, seterusnya merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Sulaiman. - Press TV

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin

8 JANUARI 2016 BAITULMAQDIS - PALESTIN . Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin dan mencederakan 16,200 yang lain sepanjang 2015.
Menurut laporan yang dikeluarkan kementerian itu kelmarin, sekurang-kurangnya 145 pembunuhan berlaku semasa gelombang keganasan yang tercetus selepas pihak berkuasa Israel melarang penduduk Palestin memasuki Kota
Lama di Baitulmaqdis pada Ogos lalu.
Sementara itu, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sepanjang tahun lalu sahaja rejim Israel telah merobohkan sebanyak 539 rumah penduduk Palestin.
"Beratus-ratus rumah rakyat Palestin telah dimusnahkan Israel, manakala 742 keluarga dipaksa meninggalkan rumah mereka," menurut laporan itu.
Difahamkan, keganasan Israel berleluasa di Baitulmaqdis dan Tebing Barat sejak Ogos lalu, adalah cubaan rejim Zionis untuk merampas Masjid al-Aqsa, seterusnya merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Sulaiman. - Press T
V

Tikam Serdadu Israel, Empat Pemuda Palestina Dibunuh

Persimpangan Gush Etzion jadi lokasi penyerangan sebelumnya (Foto: BBC)

Jum'at, 8 Januari 2016 - 13:11 wib
Persimpangan Gush Etzion jadi lokasi penyerangan sebelumnya (Foto: BBC) HEBRON
– Empat warga Palestina ditembak hingga meninggal dunia setelah berusaha menikam serdadu Israel dalam dua insiden di Tepi Barat yang diduduki, kata militer Israel.
Tiga penyerang tewas dibunuh di Persimpangan Gush Etzion, tempat insiden serupa pernah terjadi, dan pelaku keempat dibunuh dekat Hebron, kata tentara Israel.
"Tiga penyerang, dengan senjata pisau, mencoba untuk menikam serdadu menjaga persimpangan Gush Etzion," menurut pernyataan militer Israel.
Tak berapa lama kemudian, seorang warga Palestina ditembak ketika mencoba menikam tentara dekat Hebron, kata Israel.
Sedangkan di pihak Israel, tiada serdadu yang terluka.
Pejabat kesehatan berwenang dari Palestina membenarkan kematian-kematian tersebut.
Media Palestina menyebut tiga warga yang tewas adalah Muhanad Kawazbeh (20), Ahmed Kawazbeh (21), dan Alaa Kawazbeh (20). Ketiganya dari desa Sair, timur laut Hebron. Adapun orang keempat yang meninggal dunia bernama Khalil Shalalda (16), juga dari Sair.
Terjadi peningkatan kekerasan antara Israel dan Palestina dalam beberapa bulan terakhir.
Sebanyak 22 warga Israel tewas dalam serangan termasuk penikaman, penubrukan mobil dan penembakan sejak 1 Oktober.
Di lain pihak, lebih dari 140 warga Palestina tewas. Lebih dari separuh disebut oleh Israel sebagai penyerang. Lainnya tewas dalam bentrokan dengan kekuatan Israel.

Thursday, 7 January 2016

Letupan sasar peronda Israel di sempadan Lubnan

Letupan sasar peronda Israel di sempadan Lubnan

6 JANUARI 2016

Rejim Zionis melancarkan serangan balas menyasarkan bandar dan perkampungan di sempadan Lubnan, kelmarin. - Foto EPA

 BEIRUT - LUBNAN . Satu letupan kuat menggegar kawasan Ladang Shebaa berhampiran selatan sempadan Lubnan dipercayai menyasarkan pengawal peronda rejim Zionis.
Kelmarin, stesen TV, al-Manar melaporkan, puak penentang yang menggelarkan diri mereka sebagai Samir Qantar mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan di persimpangan Lubnan, Syria dan Israel tersebut.
Dalam satu kenyataan lain, gerakan Hizbullah mendakwa kumpulan penentang itu meletupkan bahan letupan diubah suai (IED) ketika pengawal peronda Israel menyeberangi laluan Zibdin-Kafra di kawasan Ladang Shebaa tersebut.
Susulan daripada kejadian itu, tentera Israel bertindak melancarkan serangan balas dengan membedil beberapa bandar dan perkampungan di sempadan Lubnan.
Media tempatan melaporkan rejim Zionis menggunakan bom berangkai dalam serangan di bandar sempadan Abbasiyah dan Majidiyah tersebut. - Press T
V

Tuesday, 5 January 2016

Samseng Zionis didakwa

Samseng Zionis didakwa

5 JANUARI 2016
LOD - Sebuah mahkamah di Israel kelmarin mendakwa dua remaja Yahudi atas tuduhan pengeboman yang mengorbankan sepasang suami isteri rakyat Palestin dan bayi mereka, 31 Julai tahun lalu.
Dakwaan dibuat lima bulan selepas serangan awal pagi di kediaman keluarga Dawabsha di kampung Duma dekat Tebing Barat, yang meragut nyawa Ali Saad Dawabsha, 18 bulan, dan kedua ibu bapanya.
Amiram Ben-Uliel, 21, didakwa atas tiga tuduhan pembunuhan dan satu cubaan membunuh, membakar, serta konspirasi melakukan jenayah kebencian.
Manakala, seorang lagi remaja 17 tahun yang tidak didedahkan identitinya di bawah perintah mahkamah, didakwa bersubahat.  - Arab New

Monday, 4 January 2016

2 penduduk Yahudi didakwa serang warga Palestin


Amiram Ben Oleal, 21, didakwa membunuh berasaskan jenayah berunsur kebencian kaum dan seorang lagi remaja di bawah umur dituduh bersubahat membunuh.
Yinon Reuveni, 20, dan seorang lagi remaja di bawah umur didakwa melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin.
Pendakwaan dilakukan selepas beberapa bulan siasatan yang gagal membuahkan hasil yang kukuh.
Serangan dan pembakaran rumah di perkampungan Duma di Tebing Barat itu menyaksikan Ali maut manakala ibunya, Reham dan bapanya, Saad kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.
Abang Ali, Ahmad, 4, terselamat, namun mengalami kecede­raan teruk dan kini masih menjalani rawatan.
Kejadian itu berlaku sebelum demonstrasi besar-besaran penduduk Palestin di seluruh Israel dan kawasan yang dikuasai rejim Zionis di kawasan Masjid al-Aqsa dan penempatan haram Yahudi.
Wartawan al-Jazeera, Charles Stratford di Baitulamqdis Barat melaporkan kerajaan Israel berhati-hati melaporkan pendakwaan itu.
“Kes ini sangat sensitif. Pengumuman tersebut dilakukan pada waktu sensitif,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-penduduk-yahudi-didakwa-serang-warga-palestin-1.176064#sthash.XkaJlLy6.dpuf

Sunday, 3 January 2016

Israel satu-satunya negara paling ditakuti IS

IS

2 JANUARI 2016

DAMSYIK - SYRIA . Kumpulan militan IS hanya takut kepada sebuah negara iaitu Israel, dedah seorang wartawan dari Jerman.
Wartawan tersebut, Jurgen Todenhofer berkata pendedahan itu didapatinya sendiri daripada kumpulan IS, setelah menghabiskan masa selama 10 hari di Syria bersama kumpulan militan itu, pada tahun 2014.
"Pihak IS hanya takutkan Israel, manakala IS yakin dapat mengalahkan tentera Amerika Syarikat dan Britain kerana yakin negara berkenaan tidak memiliki pengalaman berperang menggunakan teknik gerila," kata Todenhofer lapor Mirror Uk.
Ujar Todenhofer , sementara itu IS beranggapan Israel merupakan pasukan yang hebat dari segi serangan gerila.
"Pasukan IS mengetahui bahawa pasukan Israel sangat sukar dilawan kerana  pengalaman mereka menentang pengganas dan pasukan gerila. Mereka menyatakan kepada saya bahawa pasukan Israel adalah pasukan yang berbahaya bagi pergerakan mereka (IS)," katanya.

Jet Israel bedil Gaza

Jet Israel bedil Gaza

3 JANUARI 2016

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera udara Israel melancarkan serangan udara terhadap kubu Hamas di Semenanjung Gaza, semalam.
Serangan dilancarkan beberapa jam selepas roket dilepaskan ke arah selatan Israel.
Menurut sumber, serangan Israel itu menyasarkan empat kemudahan latihan tentera Hamas dan kawasan tentera  masing-masing di Beit Hanoum dan Rafah.
Serangan terbabit menyebabkan kerosakan tetapi tiada kematian dilaporkan.
"IDF menuduh Hamas bertanggungjawab dan dipersalahkan atas semua serangan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza," kata satu kenyataan.
Kelmarin, dua roket dilepaskan dari Gaza jatuh di bahagian selatan Israel tetapi tiada kematian atau kerosakan. - AF
P

Israel pulangkan 
23 jenazah rakyat Palestin


BEBERAPA buah ambulans yang membawa jenazah penduduk Palestin, tiba di sebuah hospital di bandar Hebron, Tebing Barat, kelmarin. REUTERS
BAITULMAQDIS 2 Jan. – Israel menyerahkan semula jenazah 23 rakyat Palestin yang dibunuh oleh pihak keselamatan rejim Zionis sejak Oktober tahun lalu sebagai usaha meredakan ketegangan di wilayah Tebing Barat.
Sumber perubatan Palestin di Hebron berkata, sebanyak 17 jena­zah telah dipulangkan kepada keluarga atau waris masing-masing untuk dikebumikan, manakala enam lagi jenazah diserahkan kepada pasukan perubatan di Tebing Barat.
Pihak tentera Israel dalam ken­yataannya berkata, ambulans digunakan untuk menyerahkan jenazah kepada pasukan Palang Merah di pusat pemeriksaan yang ditetapkan sebelum dibawa ke hospital Palestin untuk sesi pengecaman.
Jelas tentera rejim, sejumlah 76 jenazah rakyat Palestin telah dise­rahkan semula setakat ini dan dua lagi jenazah masih lagi disimpan.
Namun sumber kerajaan Pa­lestin berkata, Israel masih me­nyimpan sebanyak 17 jenazah rakyat Palestin.
Sejak keganasan di Tebing Barat tercetus pada Oktober lalu, seramai 138 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Zionis dengan alasan mempertahankan keselamatan penduduk Israel daripada serangan tikaman.
Kira-kira 20 penduduk Israel termasuk seorang rakyat Amerika turut terbunuh dalam konflik tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-pulangkan-8232-23-jenazah-rakyat-palestin-1.175671#sthash.1D2poTd7.dpuf

Saturday, 2 January 2016

Dua maut, lima cedera

Tel Aviv: Dua terbunuh manakala lima lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dalam sebuah pub di Tel Aviv menggunakan senjata api automatik malam ini (waktu Malaysia).
Menurut polis, motif serangan yang berlaku ketika beberapa siri serangan oleh penduduk Palestin terhadap tentera dan penduduk Israel sejak beberapa minggu lalu, belum diketahui dan penyerang terbabit sedang diburu.
Pasukan perubatan menyatakan tujuh mangsa dihantar ke hospital tetapi dua daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 10:40 PM


Anggota paramedik Israel membawa seorang mangsa yang cedera ke ambulans untuk dihantar ke hospital. - Foto REUTERS
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104234#sthash.ekPdMDeX.dpuf

Washington intip Netanyahu


Netanyahu


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) masih meneruskan intipan ke atas sistem komunikasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan aktiviti penggodaman terhadap sekutu-sekutu­nya, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.
Ketika dihubungi agensi berita AFP, White House tidak menyangkal laporan tersebut yang memetik ke­nyataan daripada beberapa pegawai AS yang masih bertugas dan telah bersara.
Bagaimanapun, White House menegaskan hubu­ngan rapat dan berterusan dengan Israel adalah sangat penting. Kedutaan Israel pula enggan mengulas tentang laporan tersebut.
Dua tahun lalu, Presiden Barack Obama berjanji akan mengehadkan intipan ke atas sekutu-sekutu AS selepas kontraktor risikan, Edward Snowden mendedahkan berhubung aktiviti intipan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA).
Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mendapat malu susulan pendedahan bahawa telefon bimbitnya diintip oleh AS.
Menurut akhbar itu, Obama memutuskan untuk meneruskan pengintipan beberapa pemimpin dunia termasuk Netanyahu dan Presiden Turki, Recep Tay­yip Erdogan atas tujuan kese­lamatan AS.
Pentadbiran AS memutuskan untuk tidak menghentikan atau membuang ‘implan-siber’ yang dipasangnya pada sistem komunikasi asing memandangkan peralatan tersebut sukar diganti. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3w2gcMmoL 
Hakcipta terpelihara 

Friday, 1 January 2016

Israel mohon maaf tingkah laku buruk diplomat

KHAMIS, 31 DISEMBER 2015 @ 1:15 PM

SINGAPURA: Israel menjelaskan ia sudah meminta maaf atas tingkah laku keterlaluan seorang diplomat muda di kedutaannya di kota itu, yang didakwa menggunakan bendera Singapura sebagai alas meja dalam satu majlis. Media tempatan melaporkan, Menteri Luar Singapura sudah memanggil Duta Israel selepas membuat laporan polis susulan insiden pada Ahad lalu dan identiti diplomat berkenaan didedahkan. "Kedutaan Israel di Singapura sangat terkejut dengan tingkah laku buruk yang ditunjukkan seorang kakitangan kami dan kami memohon maaf," kata kedutaan Israel dalam satu kenyataan akhbar. Menurut kenyataan itu, Ketua Pengarah di Kementerian Luar Israel sudah mengarahkan satu tindakan disiplin yang tegas diambil terhadap diplomat itu. Kementerian Luar Singapura berkata, penyalahgunaan bendera Singapura adalah satu kesalahan yang serius dan menyambut baik permohonan maaf kedutaan dengan jaminan diplomat berkenaan akan dikenakan tindakan. Menurut media tempatan, bendera Singapura digunakan sebagai alas meja dalam satu majlis yang dihoskan diplomat berkenaan di kondominiumnya di Singapura. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109840

Thursday, 31 December 2015

Washington intip Netanyahu


Netanyahu


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) masih meneruskan intipan ke atas sistem komunikasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan aktiviti penggodaman terhadap sekutu-sekutu­nya, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.
Ketika dihubungi agensi berita AFP, White House tidak menyangkal laporan tersebut yang memetik ke­nyataan daripada beberapa pegawai AS yang masih bertugas dan telah bersara.
Bagaimanapun, White House menegaskan hubu­ngan rapat dan berterusan dengan Israel adalah sangat penting. Kedutaan Israel pula enggan mengulas tentang laporan tersebut.
Dua tahun lalu, Presiden Barack Obama berjanji akan mengehadkan intipan ke atas sekutu-sekutu AS selepas kontraktor risikan, Edward Snowden mendedahkan berhubung aktiviti intipan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA).
Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mendapat malu susulan pendedahan bahawa telefon bimbitnya diintip oleh AS.
Menurut akhbar itu, Obama memutuskan untuk meneruskan pengintipan beberapa pemimpin dunia termasuk Netanyahu dan Presiden Turki, Recep Tay­yip Erdogan atas tujuan kese­lamatan AS.
Pentadbiran AS memutuskan untuk tidak menghentikan atau membuang ‘implan-siber’ yang dipasangnya pada sistem komunikasi asing memandangkan peralatan tersebut sukar diganti. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3vrC6pi9P 
Hakcipta terpelihara 

Hospital Indonesia beroperasi di utara Gaza

Hospital Indonesia beroperasi di utara Gaza
30 DISEMBER 2015
Hospital Indonesia mula beroperasi di utara Gaza pada Ahad lalu.



BAITULMAQDIS - PALESTIN. Rakyat Palestin di utara Gaza kini berpeluang menikmati kemudahan rawatan selepas sebuah hospital yang dibiayai NGO Indonesia mula beroperasi, Ahad lalu.
Menurut laporan Middle East Monitor, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, hospital itu mengandungi 110 katil termasuk 10 di unit rawatan rapi (ICU).
"Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang berkualiti tinggi dan sudah tentu ia beri manfaat kepada penduduk di utara Gaza," kata jurucakap kementerian, Dr Ashraf al-Qudra.
Tambahnya, hospital berharga AS$15 juta (RM64.41 juta) itu turut dilengkapi dengan mesin pengimbas CT, empat bilik pembedahan serta diterajui doktor dan jururawat yang berkelayakan
.

Tuesday, 29 December 2015

Rejim Zionis terus mengganas

Rejim Zionis terus mengganas

28 DISEMBER 2015

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak dan menahan seorang lelaki Palestin di bandar ini selepas dia didakwa melancarkan serangan pisau terhadap pasukan keselamatan rejim Zionis.
Jurucakap tentera Israel semalam berkata, pemuda terbabit ditembak ketika dia menikam dan mencederakan seorang askarnya berhampiran sebuah stesen bas di barat al-Quds.
Lelaki Palestin berkenaan ditahan sejurus ditembak.
Menurut Press TV, kejadian itu berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang pemuda di Baitulmaqdis Timur kerana cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau.
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa menolak dakwaan itu dengan menegaskan anak mereka mengalami sakit mental.
Jumaat lalu, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merempoh anggota keselamatan dengan kereta dipandunya di Tebing Barat.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.
Penentangan penduduk Palestin terutama sekali golongan muda meningkat sejak Oktober lalu yang berpunca daripada tindakan Israel cuba menguasai Masjid al-Aqsa
.

Korban meningkat

Baitulmaqdis: Polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di bandar ini semalam selepas mangsa yang bersenjatakan pisau cuba menikam seorang anggota keselamatan Yahudi.
Jurucakap polis, Luba Samri berkata, beberapa anggota polis menghampiri lelaki Palestin berkenaan selepas dilihat mencurigakan.
“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan pisau dan cuba menikam seorang anggota kami.
“Anggota kami terpaksa melepaskan tembakan yang menyebabkan lelaki itu maut,” katanya.

Sementara itu, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merempuh anggota keselamatan dengan kereta yang dipandunya di Tebing Barat kelmarin.
Polis Israel berkata, kereta dipandu lelaki itu dipandu laju menuju ke arah beberapa polis Yahudi yang kemudian berlindung dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan berkenaan.
Seorang saksi, Suhail Hamed, 39, berkata, polis Israel melepaskan tembakan ketika kereta itu berada kira-kira 150 meter dari mereka.
“Saya mendengar kira-kira 30 das tembakan dilepaskan ke arah kereta itu,” katanya.
Dua kejadian terbaru itu menjadikan sekurang-
kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.
Penentangan penduduk Palestin terutama sekali golongan muda meningkat sejak Oktober lalu yang berpunca daripada tindakan Israel cuba menguasai Masjid al-Aqsa.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:04 AM


POLIS Israel memeriksa mayat lelaki Palestin yang ditembak mati di Baitulmaqdis semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102713#sthash.oW5TIZty.dpuf

Tembak mati lelaki berenang bogel

Kaherah: Tentera Mesir dituduh menembak mati seorang lelaki Palestin dengan masalah mental di dalam lautan berhampiran lintasan sempadan Gaza.
Rakaman video disiarkan Al Jazeera menunjukkan lelaki itu berenang bogel di Laut Mediterranean sebelum askar yang tidak dapat dilihat melepaskan tembakan terhadapnya dari sempadan Mesir.
Seorang awam di situ berusaha memberi isyarat supaya mereka berhenti menembak, tetapi mayat lelaki itu kemudian dilihat terdampar di pantai.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ishaq Khalil Hassan, 26. Keluarganya berkata, dia mendapat rawatan untuk sakit mental dihidapi sejak beberapa tahun lalu.
Ishaq datang dari Gaza selatan di mana lintasan sempadan Rafah dengan Mesir ditutup.
Kementerian luar Palestin di Gaza menuduh tentera Mesir membunuh lelaki itu dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.
Kementerian turut mendesak Mesir melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.
Jurucakapnya Eyad al-Bozom berkata: “Jelas ini pembunuhan tidak berhati perut yang dilakukan terang-terangan pada waktu siang.”
Gaza dikawal Hamas, yang mempunyai hubungan tegang dengan Mesir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:04 AM


PENDUDUK Palestin memprotes pembunuhan lelaki terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102948#sthash.rsZqpV87.dpuf

Tembak mati lelaki berenang bogel

Kaherah: Tentera Mesir dituduh menembak mati seorang lelaki Palestin dengan masalah mental di dalam lautan berhampiran lintasan sempadan Gaza.
Rakaman video disiarkan Al Jazeera menunjukkan lelaki itu berenang bogel di Laut Mediterranean sebelum askar yang tidak dapat dilihat melepaskan tembakan terhadapnya dari sempadan Mesir.
Seorang awam di situ berusaha memberi isyarat supaya mereka berhenti menembak, tetapi mayat lelaki itu kemudian dilihat terdampar di pantai.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ishaq Khalil Hassan, 26. Keluarganya berkata, dia mendapat rawatan untuk sakit mental dihidapi sejak beberapa tahun lalu.
Ishaq datang dari Gaza selatan di mana lintasan sempadan Rafah dengan Mesir ditutup.
Kementerian luar Palestin di Gaza menuduh tentera Mesir membunuh lelaki itu dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.
Kementerian turut mendesak Mesir melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.
Jurucakapnya Eyad al-Bozom berkata: “Jelas ini pembunuhan tidak berhati perut yang dilakukan terang-terangan pada waktu siang.”
Gaza dikawal Hamas, yang mempunyai hubungan tegang dengan Mesir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:04 AM




PENDUDUK Palestin memprotes pembunuhan lelaki terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102948#sthash.rsZqpV87.dpuf

Dua lagi maut

Nablus: Dua penduduk Palestin di Tebing Barat menikam dan mencederakan seorang tentera Israel semalam sebelum ditembak mati askar dalam kejadian terbaru peningkatan keganasan sejak tiga bulan lalu.
Kementerian kesihatan Palestin berkata, penyerang dikenal pasti sebagai Mohammed Sabaaneh, 17, dan Nur Eddine Sabaaneh, 23, dari Qabatia berhampiran Jenin di utara Tebing Barat yang dikuasai Israel itu.
Kejadian di Huwara adalah yang kedua semalam. Terdahulu, seorang lelaki Palestin menyebabkan seorang askar Israel cedera ringan di Baitulmaqdis sebelum dia berjaya ditangkap.
Gelombang serangan yang bermula sejak Oktober meragut nyawa lebih 135 orang Palestin serta 19 rakyat Israel, Amerika Syarikat dan Eritrea.
Kebanyakan orang Palestin terbunuh selepas melancarkan serangan manakala selebihnya ditembak mati tentera Israel ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Dalam kejadian semalam, tentera berkata seorang lagi askar mungkin cedera akibat terkena tembakan rakannya, namun perkara itu masih disiasat.
Perkhidmatan penyelamat Israel berkata, dua askar dibawa ke hospital tetapi tidak mengulas kecederaan mereka.
Sejumlah orang Palestin melancarkan serangan menggunakan pisau yang diumpamakan sesetengah pakar sebagai misi berani mati.
Orang Palestin semakin kecewa dengan penjajahan Israel dan keadaan yang tidak berubah langsung dalam usaha mencari kedamaian, selain kekurangan dalam kepemimpinan mereka.
Rundingan damai antara Palestin dan Israel pada April tahun lalu gagal selepas perbincangan selama sembilan bulan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:05 AM


TENTERA Israel menjaga pos kawalan di Huwara, Tebing Barat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102956#sthash.zDgnSOeh.dpuf