Wednesday, 23 September 2015

Atasi perbalahan elak intifada


Paris: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam memberi amaran kemungkinan berlaku intifada jika perbalahan masih berterusan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Bercakap selepas menemui pemimpin Perancis Francois Hollande di Paris, Mahmoud berkata: “Keadaan sekarang amat berbahaya. Ada kemungkinan berlaku intifada dan sudah pasti kita semua tidak mahukan itu terjadi.”

Sehubungan itu, dia menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menghentikan kekacauan di tempat suci berkenaan.

Keadaan di Masjid Al-Aqsa tegang berikutan beberapa pertempuran kecil di lokasi itu pada hari tahun baru Yahudi, minggu lalu.

Pihak berkuasa Israel juga dalam keadaan berjaga-jaga menjelang perayaan Aidiladha sehari selepas sambutan Yahudi, Yom Kippur hari ini.

Mahmoud juga dijadualkan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York di mana Setiausaha Agung Ban Ki-Moon akan menemui menteri luar dari Mesir, Jordan dan Arab Saudi serta setiausaha agung Liga Arab dalam usaha menghidupkan semula rundingan damai dalam konflik Israel-Palestin. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 8:12 AM

SEORANG lelaki sujud dan wanita melaungkan slogan memprotes orang Yahudi melawat Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79555#sthash.fAMdrN5U.dpuf

Pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel


AFP - AHLI keluarga pemuda Palestin, Dia al-Talahmeh meratapi kematiannya di sebuah hospital di bandar Hebron semalam.


HEBRON – Seorang pemuda Palestin terbunuh semasa operasi tentera Israel di selatan Tebing Barat sebelum waktu Subuh semalam.
Dalam kejadian berasingan, seorang wanita cedera selepas ditembak tentera rejim Zionis yang didakwa cuba menikam seorang anggota mereka.
Kedua-dua kejadian itu berlaku di kawasan Hebron ketika ketegangan memuncak menje­lang cuti Aidiladha dan Yom Kippur di samping pertempuran selama tiga hari di kawasan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis minggu lalu.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, lelaki Palestin itu maut disebabkan bahan letupan yang dia ingin lontar kepada sebuah kenderaan tentera.
Anggota keselamatan Palestin bagaimanapun mendakwa lelaki itu ditembak mati tentera Israel di kampung Dura berhampiran Hebron. Mang­sa dikenali sebagai Dia al-Talahmeh, 21.
Jurucakap Israel itu memaklumkan satu rondaan diadakan bagi membersihkan longgokan batu yang menghalang sebuah jalan raya di pinggir Hebron.
“Anggota tentera terbabit mendengar satu letupan dan selepas diperiksa mereka mene­mui mayat seorang lelaki Pa­lestin terbunuh disebabkan bahan letupan yang dia ingin lontar kepada kendera­an kami,” katanya.
Dalam kejadian lain, tentera Israel menembak dan mencede­rakan seorang wanita Palestin di berhampiran pusat bandar Hebron, kata beberapa saksi. Tentera Israel mendakwa wanita itu cuba menikam anggota mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3mVYHuc7R 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 22 September 2015

Israel umum rancangan baharu


Israel umum rancangan baharu

22 SEPTEMBER 2015
 Kira-kira 3,700 warga China dilaporkan bekerja dalam sektor pembinaan di Israel.

TEL AVIV -  ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin mengumumkan rancangan untuk membawa masuk 20,000 pekerja binaan dari China untuk menjayakan projek pembinaan apartmen baharu kononnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos perumahan di wilayah itu.

"Ia adalah satu langkah perlu untuk harga rumah lebih rendah memandangkan kos sara hidup adalah isu utama yang sering dibangkitkan di Tel Aviv," katanya.

Dalam satu kenyataan, jurucakap pejabat perdana menteri memaklumkan Knesset telah meluluskan rancangan selepas ia dibentangkan ketika pembukaan mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, Peguam Negara, Yehuda Weinstein dilaporkan menolak rancangan tersebut kerana beliau mendakwa Tel Aviv dan Beijing tidak menandatangani sebarang perjanjian kerjasama secara rasmi.

Ketika ini, pekerja dari China dibawa masuk ke Israel melalui kontrak ditandatangani syarikat antara kedua-dua negara lapor media MEM.

Sementara itu, Kementerian Kewangan memberitahu ribuan pekerja itu akan dibawa masuk tanpa perjanjian dua hala di samping mewujudkan mekanisme untuk memastikan hak mereka dilindungi selain mengelakkan orang tengah mengambil kesempatan bagi urusan permit.

Jun lalu, Beijing menegaskan bahawa mereka tidak akan membenarkan pekerja dari negara itu terlibat dengan projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa. 

Gaza tegang

 Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

firdaus_ibrahim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seluruh penduduk Gaza kini dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ketegangan yang berlaku akibat serangan dilakukan tentera Zionis hampir setiap hari.


Pengurus Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi ketika dihubungi berkata, serangan bersenjata dilakukan tentera Israel di beberapa kawasan seperti di sempadan dan Pelabuhan Gaza.

“Mereka (tentera Israel) melancarkan serangan hampir setiap hari namun sehingga kini tiada kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya.

Menurutnya, serangan itu tercetus selepas Israel dilapor bertindak balas terhadap beberapa tembakan peluru berpandu yang dilepaskan di wilayah Gaza ke kawasan penempatan haram.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hamza berkata, persiapan sambutan Aidiladha dalam kalangan penduduk Gaza adalah sederhana berikutan harga ternakan seperti lembu dan kambing mahal.

“Harga seekor lembu AS$3,200 (RM13,632) manakala AS$550 (RM2,343) untuk biri-biri,” katanya.

Menurutnya, seramai 100,000 daripada 1.9 juta penduduk di Gaza terkesan secara langsung akibat peperangan yang berlaku.

“Ramai yang tiada rumah kerana kediaman mereka dimusnahkan dalam beberapa siri serangan tentera Israel manakala 10,000 mengalami kecederaan,” katanya.

Katanya, bagi meraikan penduduk di Gaza, Aman Palestin akan menyembelih 20 lembu dan 132 biri-biri sempena Aidiladha.

“Manakala di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, kita (Aman Palestin) juga akan menyumbang 10 lembu dan 67 biri-biri untuk ibadah korban,” katanya.

Katanya, dia menyeru orang ramai supaya terus menyumbang kepada ratusan ribu penduduk di Gaza.

“Sumbangan orang ramai terutama rakyat Malaysia sentiasa dialu-alukan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang berbuat demikian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 5:05 AM

PEJUANG Palestin dalam misi latihan ketenteraan di sempadan Gaza.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79213#sthash.QhD5GzH1.dpuf

Banjirkan terowong kekang kegiatan ‘pengganas’


Sinai: Tentera Mesir membanjirkan terowong yang didakwa digunakan untuk menyeludup di sempadan Gaza-Mesir di Rafah kelmarin.

Ia didakwa sebahagian usaha pihak berkuasa negara itu untuk mengekang kegiatan ‘pengganas.’


Kerajaan Mesir berkata, terowong itu, dari Sinai ke Semenanjung Gaza digunakan oleh kumpulan militan untuk menyeludup senjata antara wilayah Palestin yang terkepung itu.

Tentera mengepam air dari Laut Mediterranean ke dalam paip bawah tanah terowong merentas sempadan itu dalam usaha menghalang penggunaannya sama sekali.

Mesir mula mengumumkan rancangan membanjirkan kawasan itu sebulan lalu dan kini merancang mengubahnya menjadi 18 kolam ternakan ikan di sepanjang sempadan 13 kilometer dengan Gaza itu.

Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas dikepung oleh Mesir dan Israel sejak 2007, kononnya untuk menghalang kumpulan militan di Semenanjung Sinai mengimport senjata.

Semenanjung Sinai ialah kubu kumpulan militan yang ada hubungan dengan Negara Islam (IS).

Bagaimanapun, penduduk Sinai berkata, mereka bergantung kepada perdagangan secara menyeludup menerusi terowong itu untuk hidup kerana tidak dipedulikan kerajaan Mesir sejak sekian lama.

Kerajaan Mesir kini dilapor menguatkuasakan undang-undang menghukum penjara seumur hidup ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menyeludup. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:36 AM

AIR bertakung selepas terowong dibanjirkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79012#sthash.B7DPSsNx.dpuf

Monday, 21 September 2015

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa


Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 5:10 PM
Penunjuk perasaan Iran memegang banner sambil melaungkan slogan anti Israel dalam demonstrasi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. -foto AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memisahkan bahagian serta ruang masjid itu antara umat Islam dan Yahudi.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan pengutukan itu kepada Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal menerusi perbualan telefon, Isnin.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kebudayaan Palestin, perdana menteri turut berkata Malaysia menyokong penduduk Palestin dalam berhadapan dengan kezaliman dan pencerobohan itu.

Meshaal berkata keadaan berbahaya wujud di Baitulmaqdis disebabkan tindakan pencerobohan oleh tentera Israel.

Meshaal turut menyuarakan terima kasih dan penghargaan beliau kepada kerajaan serta rakyat Malaysia berikutan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dalam berhadapan dengan keganasan Israel.

Baitulmuqaddis semakin tegang


BEBERAPA anggota polis Israel menahan seorang pemuda Palestin semasa tunjuk perasaan berlaku di kem pelarian Shuafat berhampiran Baitulmuqaddis kelmarin.


BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di seluruh Tebing Barat selepas pergerakan Hamas melancarkan ‘hari kemarahan’ ekoran ketegangan yang berlaku di masjid al-Aqsa.
Dalam serangan itu, tiga anggota polis tercedera selepas sebutir bom api dilontar ke arah van mereka di daerah Jabal Muka­ber, manakala lapan penduduk Palestin ditahan termasuk tiga remaja, kata polis.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menembak menggunakan peluru getah semasa penunjuk pe­rasaan melontar batu ke arah mereka di sekitar bandar O­lives termasuk di kem pelarian di Shuafat.
Bagaimanapun, keadaan dilihat tenang di sekitar Kota Lama Baitulmuqaddis dan pekarangan masjid al-Aqsa.
Beberapa pegawai berkata, kira-kira 3,000 anggota polis telah dikerahkan selepas keganasan itu berlaku selama tiga hari minggu ini di tapak suci berkenaan.
“Pejuang Palestin di Gaza melepaskan sebuah roket di bandar Sderot, selatan Israel, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan,” kata polis Israel.
Sebuah roket lain dilihat di­pintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ milik Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3mMiiJEzk 
Hakcipta terpelihara 

Palestin lancar hari kemarahan


REUTERS - RAKYAT Palestin menunaikan solat Jumaat di atas jalan raya selepas polis Israel melarang umat Islam memasuki Masjid al-Aqsa semalam.


BAITULMUQADDIS – Israel mengerahkan anggota polis simpanan sekitar Kota Lama Baitulmuqaddis semalam selepas pemimpin Palestin me­lancarkan ‘hari kemarahan’ sebagai membantah tindakan terbaharu rejim Zionis.
Kira-kira 800 polis tambahan ditempatkan di tengah-tengah bandar itu dan kawasan kejiranan di Arab ketika kete­gangan semakin meningkat sejak minggu lalu ekoran pertempuran keganasan di kawasan Masjid al-Aqsa dan serangan membaling batu oleh penduduk Palestin terhadap ken­deraan Israel.
Ketegangan itu berlaku di pekarangan Masjid al-Aqsa dan Kubah Batu yang merupakan salah satu tempat suci umat Islam.
Malah, penganut Yahudi turut menganggap kawasan itu sebagai tempat suci kerana sebuah kuil purba pernah dibina di kawasan berkenaan.
“Polis Israel telah mening­katkan keselamatan di kawasan sekitar Baitulmuqaddis serta Kota Lama sebagai satu langkah pencegahan dan maklum balas terhadap mana-mana kejadian yang berlaku,” kata seorang jurucakap, Micky Rosenfled.
Dalam usaha mengurangkan ancaman keganasan, Israel kini melarang golongan lelaki berusia bawah 40 tahun daripada memasuki masjid berkenaan semalam.
Bagaimanapun, sekatan itu mencetuskan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan umat Islam.
Anggota polis dilihat ramai di Qalandia yang merupakan sebuah pusat pemeriksaan antara Baitulmuqaddis dan Ramallah yang menjadi lokasi utama demonstrasi. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3mMiXDmpy 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat Israel bedil Gaza


20 SEPTEMBER 2015
Pesawat Israel bedil Gaza Penduduk Palestin menyertai protes anti Israel selepas solat Jumaat di bandar Khan Yunis. - Foto AFP
GAZA - PALESTIN. Pesawat rejim Zionis membedil sasaran di Semenanjung Gaza semalam, sebagai tindak balas terhadap tembakan roket yang dilepaskan kumpulan pejuang Palestin di selatan Israel.

Serangan udara itu menyasarkan dua kem latihan Hamas, tetapi tiada yang dilaporkan cedera menurut pegawai dan saksi.

Kelmarin, roket pertama dilepaskan pejuang ke Israel menyebabkan sebuah bas musnah namun tidak menyebabkan kecederaan.

Roket kedua pula berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu.

Susulan serangan itu, sebuah kumpulan Palestin yang menyokong kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan salah satu daripada roket berkenaan.

Ketegangan masih tinggi di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, di mana pasukan keselamatan Israel dan rakyat Palestin telah bertempur lebih seminggu lalu. - Reurters

Hamas minta Malaysia berperanan lindungi al-Aqsa


NIZAM ZAIN
21 SEPTEMBER 2015
Hamas minta Malaysia berperanan lindungi al-AqsaMeshaal berharap Najib memberi jaminan kepada Hamas bahawa Malaysia akan sentiasa berdiri bersama-sama rakyat Palestin untuk menghadapi kekejaman yang dilakukan regim Zionis.
SHAH ALAM – Parti politik Hamas meminta Malaysia memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan tentera Israel khususnya pendudukan haram di Baitulmaqdis khususnya di al-Aqsa.

Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal berkata, tindakan regim Zionis itu kini semakin membahayakan Masjid al-Aqsa apabila cubaan untuk membahagikan tempat ibadat umat Islam itu dengan mengenakan “de facto” baharu.

"Betapa pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid al-Aqsa dan menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menyekat rancangan Israel untuk menceroboh dan menduduki Baitulmuqaddis amnya, serta Masjid  Al-Aqsa, khasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Meshaal menyampaikan hasrat pihaknya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbualan telefon mengenai perkembangan terkini dan pencabulan yang dilakukan tentera Israel di Baitulmaqdis.

Mengulas lanjut, Meshaal juga berkata Najib memberi jaminan kepada Hamas bahawa Malaysia akan sentiasa berdiri bersama-sama dengan rakyat Palestin untuk menghadapi kekejaman yang dilakukan regim Zionis.

“Najib mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid al-Aqsa hingga menyebabkan ia terpisah secara sementara,” ujarnya.

Sementara itu, Meshaal turut menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memaklumkan perkembangan terkini di Masjid al-Aqsa.

“Abdul Hadi menekankan pentingnya peranan dimainkan Malaysia dalam melindungi tempat suci itu.

“Beliau turut mengutuk pihak berkuasa pendudukan pencerobohan dan berikrar untuk menentang dasar tersebut,” jelasnya.

Di akhir perbualan dengan kedua-dua pemimpin Islam itu, Meshaal mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Najib, kerajaan dan rakyat Malaysia yang terus menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi pencerobohan regim Zionis.

Tuesday, 8 September 2015

Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan


Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan

8 SEPTEMBER 2015
Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan Tindakan pencerobohan ke atas struktur milik penduduk Palestin dilaporkan meningkat pada bulan lalu.

TEBING BARAT - PALESTIN. Kira-kira 13,000 struktur di Kawasan C di sini diletakkan di bawah perintah perobohan, sekali gus mencetuskan ancaman baharu kepada penduduk Palestin, menurut PBB, semalam.

Laporan 'Di bawah Ancaman' oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha) mendedahkan lebih 11,000 arahan perobohan telah dikeluarkan.

"Ia akan memberi kesan besar kepada penduduk Palestin kerana mereka bakal kehilangan tempat tinggal selain dihimpit kemiskinan.

"Antara 1988 dan 2014, Israel telah mengeluarkan lebih 14,000 perintah perobohan. Dalam kebanyakan arahan sama menyasarkan struktur seperti kediaman, pusat perlindungan haiwan dan tandas," jelas laporan tersebut lapor AFP.

Bulan lalu, sebanyak 31 pertubuhan termasuk Amnesty International menyelar tindakan pencerobohan yang semakin meningkat di Tebing Barat.

Difahamkan, kira-kira 300,000 penduduk Palestin menetap di Kawasan C, wilayah pentadbiran diwujudkan di bawah Perjanjian Oslo pada 1995.  

17,000 rumah, premis penduduk Palestin berisiko dirobohkan


Seorang wanita Palestin bertikam lidah dengan seorang polis sempadan Israel semasa satu bantahan menentang penempatan Yahudi di Kampung Nabi Saleh berhampiran Ramallah di Tebing Barat pada 4 September lalu. REUTERS
BAITULMAQDIS 7 Sept. – Kira-kira 17,000 kediaman dan premis milik penduduk Palestin yang terletak di Tebing Barat tertakluk kepada arahan perobohan Israel, mengakibatkan mereka sentiasa hidup dalam keadaan terancam dan tidak menentu.
Lporan oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) turut menekankan tentang kepayahan yang dihadapi penduduk Palestin untuk mendapatkan permit yang diperlukan untuk mengelak arahan pemusnahan seperti itu.
Lebih 11,000 perintah perobohan Israel berkaitan dengan anggaran 17,000 struktur Palestin dalam bentuk bangunan atau kemudahan sedang menunggu pelaksanaannya di kawasan luas yang dirampas rejim Zionis di Tebing Barat, jelas laporan PBB itu yang bertajuk Under Threat.
“Arahan perobohan berkenaan tidak akan luput, mengakibatkan ahli keluarga sentiasa terancam.
“Keadaan itu juga menyebabkan penduduk hilang tempat tinggal, sekali gus memburukkan kemiskinan dan meningkatkan kebergantungan kepada bantuan,’’ kata laporan itu.
Laporan OCHA itu memetik data daripada pihak berkuasa Israel berkaitan dengan zon Tebing Barat di bawah kawalan penuh rejim Zionis yang dikenali sebagai Kawasan C dan meliputi 60 peratus wilayah tersebut.
Data itu diperoleh menerusi kebebasan permintaan maklumat.
Kawasan C merupakan satu daerah pentadbiran yang diwujudkan di bawah Perjanjian Oslo pada 1995.
Antara 1988 dan tahun lalu, Israel mengeluarkan lebih 14,000 perintah perobohan terhadap struktur yang dimiliki Palestin yang kini berbaki 11,000 buah struktur.
“Dalam kebanyakan kes, perintah yang sama mensasarkan pelbagai struktur yang dimiliki oleh keluarga yang sama contohnya kediaman, pusat perlindungan haiwan, bilik stor, dan tandas,” kata laporan itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/17-000-rumah-premis-penduduk-palestin-berisiko-dirobohkan-1.133036#sthash.h9TItTaS.dpuf

Friday, 4 September 2015

Perancis tutup kes Yasser Arafat


NANTERRE – Tiga hakim Perancis yang menyiasat dakwaan bahawa pemimpin Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) dibunuh telah menutup kes tersebut tanpa sebarang pendakwaan, kata seorang pendakwa raya kelmarin.
“Pada akhir siasatan, tiada bukti menunjukkan Yasser dibunuh dengan racun polonium-210,” demikian menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan di di Nanterre dekat Paris.
Yasser meninggal dunia di Hospital Tentera Percy dekat Paris ketika berusia 75 tahun pada 2004 selepas mengalami sakit perut di ibu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat.
Balunya, Suha bertegas mendakwa beliau diracun menggunakan bahan radioaktif polonium.
“Bagaimanapun, tiga hakim berkenaan memutuskan tiada bukti mencukupi tentang perbuatan khianat pihak ketiga yang didakwa cuba membunuhnya,” kata seorang pendakwa raya itu.
Peguam Suha, Francis Szpiner turut menyiarkan keputusan tiga hakim itu di laman sosial Twitter.
Suha memfailkan kes pembunuhan itu pada 2012 di mahkamah Nanterre. Pada tahun sama, makam Arafat di Ramallah dibuka selama beberapa jam untuk membolehkan tiga pasukan penyiasat Perancis, Switzerland dan Rusia mengutip kira-kira 60 sampel.
Siasatan kes Yasser tamat pada April lepas dengan hasil siasatan diserahkan kepada pendakwa raya Nanterre yang mencadangkan pada Julai lalu supaya kes Suha digugurkan.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3kiUQazpG 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 3 September 2015

Gaza tidak boleh didiami pada 2020

Gaza tidak boleh didiami pada 2020
 Gaza berpotensi menjadi wilayah tidak boleh didiami.
3 SEPTEMBER 2015

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Laporan terbaharu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mendakwa Genting Gaza berpotensi menjadi wilayah tidak boleh didiami menjelang 2020 jika krisis ekonomi berlarutan.
Menurut laporan al-Arabiya, ia dirumuskan berdasarkan sekatan ekonomi selama lapan tahun yang dikenakan ke atas Gaza selain peperangan sebanyak tiga kali bersama Israel dalam tempoh lebih enam tahun lalu.
"Peperangan tersebut telah memberi impak yang besar kepada penduduk Gaza hingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka kini dihimpit kemiskinan.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 15 peratus pada tahun lalu selain kadar pengangguran dicatatkan sehingga 44 peratus," jelas laporan itu.
Menurutnya lagi, konflik dengan Israel itu telah menjejaskan sektor eksport dan perdagangan bagi pasaran tempatan serta projek pembinaan semula wilayah tersebut.
Selain itu, laporan yang dibentangkan di Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan itu turut menggesa prospek ekonomi 2015 bagi wilayah Palestin terbabit yang semakin suram akibat ketidakstabilan politik, kekurangan bantuan dan pembangunan semula yang perlahan
.

Gaza mungkin ‘lenyap’


Berpunca daripada sekatan ekonomi, serangan Israel
03 September 2015 12:33 AM



GAZA CITY 2 Sept. - Genting Gaza yang sering diserang Israel dan hampir sedekad mengalami sekatan ekonomi, mungkin ‘lenyap’ menje­lang tahun 2020 sekiranya perkara itu berterusan.
Menurut laporan terbaharu oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) semalam, risiko tersebut wujud disebabkan sekatan ekonomi selama lapan tahun oleh Israel dan tiga perang yang berlaku di Gaza dalam tempoh enam tahun lalu.
Jelas laporan itu, tahun lalu sahaja, lebih setengah juta penduduk Gaza terpaksa menjadi pelarian dan separuh wilayah itu musnah akibat serangan rejim Zionis.
“Serangan yang berlaku menyebabkan golongan kelas pertengahan terhapus dan hampir semua populasi di Gaza terjerumus ke kancah kemiskinan, sekali gus terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa.
“Keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Gaza menurun sebanyak 15 peratus tahun lalu, dan kadar pengangguran mencapai rekod tertinggi iaitu 44 peratus selain 72 peratus isi rumah berisiko tidak mempunyai simpanan makanan,” lapor portal Al Jazeera yang memetik laporan itu.
Selain itu, laporan berkenaan menambah, peperangan yang berlaku di Gaza menjejaskan hasil eksport dan penghasilan produk bagi pasaran domestik akibat tidak mempunyai masa yang cukup untuk pembangunan semula.
Namun laporan tersebut menjelaskan, proses pembangunan semula wilayah Palestin tersebut telah dipercepatkan.
Sejak 2007, kerajaan Mesir dan Israel mengekalkan sekatan terhadap Gaza apabila pergerakan Hamas menguasai pentadbiran wilayah tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia untuk Palestin, Hamdi Shaqqura berkata, situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza berpunca daripada kesilapan manusia sendiri, dan hanya boleh diselesaikan melalui dasar yang di­cipta oleh manusia.
Jelasnya, sumbangan pihak antarabangsa banyak membantu penduduk Gaza, tetapi dasar politik yang jelas perlu dilaksanakan bagi menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan.
“Usaha membantu Gaza bukan sahaja dengan cara menyalurkan wang yang banyak kerana wilayah ini mempunyai potensi yang besar dalam menjana ekonomi.
“Perkara yang menghalang pertumbuhan ekonomi adalah dasar rejim Zionis, sekatan, dan beberapa larangan lain yang dikenakan terhadap Gaza,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gaza-mungkin-8216-lenyap-8217-1.131102#sthash.gYpOpni0.dpuf

Wednesday, 2 September 2015

Pertempuran meletus di Jenin

Nablus: Pertempuran meletus semalaman selepas askar Israel menyerbu sebuah rumah di kem pelarian Palestin di Tebing Barat bagi menangkap seorang anggota Hamas, kata pegawai semalam.
Kejadian itu menyebabkan seorang anggota polis Israel dan lima penduduk Palestin cedera.
Pertempuran termasuk kejadian berbalas tembakan tercetus selama beberapa jam di bandar Jenin di Tebing Barat, lokasi paling banyak keganasan tercetus sejak beberapa tahun lalu.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serbuan itu dibuat bagi menangkap seorang anggota Hamas.
“Ketika operasi dan selepas beberapa kali mendesak suspek menyerah diri, kami terpaksa merobohkan kediaman tempat lelaki itu bersembunyi.
“Ratusan penduduk Palestin tiba-tiba merusuh dan membaling batu dan bom api, menyebabkan seorang anggota kami cedera,” katanya.
Sebuah stesen radio Israel melaporkan anggota itu cedera selepas pasukan bersenjata Israel melepaskan tembakan.
Sumber keselamatan Palestin dan saksi memberitahu, pertempuran termasuk kejadian berbalas tembakan berlaku antara penunjuk perasaan dan askar Israel.
Lima penduduk Palestin dilaporkan cedera ringan dalam kejadian itu.
Pegawai keselamatan Palestin memberitahu, rumah yang diserbu itu adalah milik Majdi Abu al-Hija, pegawai Hamas yang kemudian ditahan Israel.
Seorang lagi anggota Hamas berjaya melarikan diri.
Kem pelarian yang terletak di wilayah yang dijajah Israel itu didiami ramai anggota Hamas dan kumpulan pejuang lain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 11:07 AM


SEORANG penduduk Palestin duduk di atas runtuhan rumah yang dimusnahkan tentera Israel di Jenin, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74690#sthash.ujzzhhdb.dpuf

Israel gempur kem pelarian

Lima penduduk Palestin cedera

Penduduk Palestin memerhatikan sisa runtuhan sebuah rumah yang

Penduduk Palestin memerhatikan sisa runtuhan sebuah rumah yang dimusnahkan tentera Israel semasa serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat, kelmarin. REUTERS
NABLUS 1 Sept. - Serbuan pasukan keselamatan Israel di sebuah kem pela­rian di Tebing Barat malam semalam dalam usaha mencari anggota pergerakan Hamas, menyaksikan berlaku pertempuran ganas hingga mengakibatkan seorang polis sempadan dan lima penduduk Palestin cedera dalam kejadian itu.
Pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam di bandar Jenin di utara Tebing Barat itu merupakan insiden keganasan paling buruk berlaku di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tentera Israel dalam satu ken­yataan berkata, serbuan itu dibuat bagi menangkap seorang anggota kanan Hamas.
“Semasa operasi itu berlangsung, gesaan berulang kali dibuat bagi meminta anggota berkenaan menyerah diri. Pasukan keselamatan kemudian memusnahkan rumah tersebut yang dipercayai lokasi persembunyian anggota Hamas berkenaan.
“Satu rusuhan ganas membabitkan beratus-ratus penduduk Palestin berlaku di kawasan itu. Mereka bertindak melontar batu dan bom petrol ke arah pasukan keselamatan. Seorang anggota polis sempadan cedera akibat serangan tersebut,’’ katanya.
Sumber pasukan keselamatan Palestin dan saksi berkata, pertempuran itu turut menyaksikan insiden berbalas tembakan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Israel.
Lima penduduk Palestin ce­dera dalam pertempuran itu.
Kata sumber, rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan Israel adalah kepunyaan seorang pegawai Hamas, Majdi Abu al-Hija yang kemudiannya ditahan.
Tambahnya, seorang pejuang daripada kumpulan Jihad Islam berjaya melarikan diri semasa serbuan itu.
Kem pelarian itu menempatkan kediaman ramai anggota Hamas dan Jihad Islam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-gempur-kem-pelarian-1.130725#sthash.FSu0Tzp4.dpuf

Saturday, 29 August 2015

Palestin kemuka usul 
kibar bendera di PBB

Palestinian president Mahmud Abbas chairs a meeting of the executive

Palestinian president Mahmud Abbas chairs a meeting of the executive committee of the Palestine Liberation Organization (PLO) in the West Bank city of Ramallah on August 22, 2015. AFP PHOTO / POOL / Majdi Mohammed
GENEVA 28 Ogos – Palestin meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan benderanya dikibarkan di badan dunia tersebut menjelang pertemuan pemimpin-pemimpin dunia pada bulan depan.
Permintaan tersebut dikemukakan ketika Palestin meningkatkan usaha mendapatkan status negara yang sah walaupun menerima tentangan hebat daripada Israel.
Satu draf resolusi diserahkan kepada jawatankuasa Persidangan Agung bagi meminta bendera Palestin dikibarkan bersama-sama 193 negara anggota PBB.
Resolusi berkenaan yang disokong oleh 21 negara termasuk Algeria, Arab Saudi, Mesir, dan Jordan dijangka diundi sebelum 15 September ini.
Bagaimanapun, wakil Israel ke PBB tidak memberi ulasan lanjut tentang permintaan tersebut.
Persidangan Agung PBB menaiktaraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota pada 2012, sekali gus mengundang bantahan daripada rejim Zionis.
Presiden, Mah­moud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merupakan antara pemimpin dunia yang akan hadir ke persidangan tersebut pada 25 September ini bagi membincangkan isu kemiskinan dan perbahasan tahunan.
Pope Francis yang merupakan pemimpin Vatican dijadual menyampaikan ucapan pada persidangan itu dan beliau mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-kemuka-usul-8232-kibar-bendera-di-pbb-1.129637#sthash.B6q909XH.dpuf

Friday, 28 August 2015

Palestin mahu bendera berkibar di PBB

JUMAAT, 28 OGOS 2015 @ 1:24 AM



Presiden Palestin, Mahmud Abbas
NEW YORK: Palestin, malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengibarkan bendera mereka di badan dunia itu sebelum pertemuan ketua-ketua negara dunia berlangsung pada bulan depan.

Tindakan itu dibuat Palestin dalam usaha mengukuhkan percubaan mereka untuk diiktiraf sebagai negara walaupun dihalang Israel.

Deraf resolusi diserahkan pada Perhimpunan Agung meminta supaya bendera negara Palestin dan bendera Vatican dikibarkan bersama 193 bendera negara ahli lain. Vatican dan Palestin mempunyai status bukan ahli dengan status pemerhati dalam PBB.

Perhimpunan Agung menaikkan status Palestin negara pemerhati bukan ahli pada 2012.

Resolusi itu disokong 21 negara, termasuk Algeria, Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Ia mungkin akan diundi sebelum 15 September ini.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah antara pemimpin dunia yang akan menghadiri persidangan antikemiskinan dan debat tahunan Perhimpunan Agung pada 25 September ini.

Pope Francis dijangka menyampaikan ucapan pada hari berkenaan. Vatican secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

Pesawat Israel bedil tengah Gaza


Pesawat Israel bedil tengah Gaza

28 OGOS 2015
Pesawat Israel bedil tengah Gaza Pihak berkuasa Palestin memeriksa kesan kemusnahan susulan serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas selatan Genting Gaza pada 27 Mei lalu.

GENTING GAZA - GAZA . Rejim Zionis bertindak membedil wilayah Gaza kononnya sebagai respons terhadap roket yang dilancarkan ke selatan Israel.

Menurut saksi, serangan terbaharu itu menyasarkan kemudahan pembuatan senjata Hamas yang terletak di tengah Genting Gaza.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan serangan udara itu dilancarkan beberapa jam selepas roket dibedil di kawasan lapang di Majlis Wilayah Eshkol.

Pada awal bulan lalu, satu serangan balas telah dilancarkan ke Genting Gaza dan turut mencederakan dua anggota Hamas. - Press TV