Thursday, 28 May 2015

Batal kahwin kerana dikepung

Gaza: Seorang lelaki Palestin dan tunangnya mengambil keputusan membatalkan rancangan mereka untuk berkahwin selepas rejim Zionis enggan membenarkan wanita itu meninggalkan Gaza untuk ke Tebing Barat.
Menurut laporan akhbar Palestin, Rashid Feddah yang menetap di Nablus, Tebing Barat dan Dalia Sharab, 32, bertunang pada 2012 dan merancang berkahwin tidak lama selepas itu.
Tetapi, selepas tiga setengah tahun, mereka masih belum dapat melangsungkannya kerana keengganan Israel membenarkan Dalia berlepas ke Tebing Barat dari Khan Yunis di Semenanjung Gaza, yang dikepung rejim itu sejak beberapa tahun lalu.
“Ini nasib kami. Harapan kami hancur. Rancangan untuk berumah tangga musnah kerana kepungan Israel terhadap Gaza.
“Kami bersetuju untuk memutuskan pertunangan, sekali gus membatalkan rancangan menjadi suami isteri. Saya ingin memaklumkan, kempen menerusi online untuk mendesak Israel membenarkan kami berkahwin gagal membuahkan hasil,” lapor akhbar itu, memetik kata-kata Dalia dalam Facebooknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 6:59 AM


Rashid dan Dalia ketika selepas bertunang tiga setengah tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53895#sthash.W5l4MDoC.dpuf

Tuesday, 26 May 2015

Bekas PM Israel, Ehud Olmert dipenjara 8 bulan


BAITULMAQDIS 25 Mei – Mahkamah di Baitulmaqdis, hari ini menjatuhi hukuman penjara selama lapan bulan ke atas bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert selepas didapati bersalah dalam satu kes rasuah yang dibicarakan semula.
Ehud Olmert
Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu yang memerintah dari 2006 hingga 2009 itu menyatakan mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Olmert, 69, telahpun berdepan hukuman penjara selama enam tahun dalam satu lagi kes rasuah berasingan yang ketika ini tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Agung.
Olmert sering menegaskan beliau tidak bersalah dengan menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai ‘kejam dan pemburuan tidak berhati perut’.
Beliau sebelum ini dilepaskan daripada kes rasuah dan penipuan pada 2012, namun bukti terbaharu ditemui semasa Olmert sedang berdepan satu lagi kes rasuah, membuatkan pihak pendakwa raya mendakwanya semula. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bekas-pm-israel-ehud-olmert-dipenjara-8-bulan-1.95720#sthash.NNysgc0O.dpuf

Monday, 25 May 2015

Warga Palestin kecam hukuman mati Mursi

Warga Palestin kecam hukuman mati Mursi
Penduduk Palestin membawa sepanduk mengutuk keputusan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

TEBING BARAT - PALESTIN. Kira-kira 5,000 penduduk Palestin berkumpul di Kafr Kanna kelmarin bagi mengutuk keputusan mati ke atas bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan mengecam pemerintahan Abdel Fattah al-Sisi.

Pada 16 Mei lalu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Mursi dan 105 ahli Ikhwanul Muslimin selepas disabit bersalah melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan pada 2011.

Menurut Press TV, keputusan itu turut mendapat kecaman antarabangsa termasuk badan hak asasi manusia, Amnesty International dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Keputusan akhir akan diumumkan 2 Jun depan selepas keputusan itu dirujuk kepada Mufti Besar untuk disemak semula.

Thursday, 21 May 2015

Diskriminasi ke atas penduduk Palestin berterusan

Diskriminasi ke atas penduduk Palestin berterusan
Buruh Palestin dihalang menaiki bas yang sama dengan penduduk Yahudi di Tebing Barat bermula kelmarin.

BAITULMAQDIS - Rejim Zionis mengeluarkan perintah melarang penduduk Palestin menaiki bas yang sama dengan warga Israel dan memaksa mereka kembali ke pusat pemeriksaan di Tebing Barat.

Program perintis itu dikuatkuasakan kelmarin di bawah arahan Kementerian Hal Ehwal Ketenteraan Israel.

Pertubuhan hak asasi manusia menyifatkan polisi baharu itu sebagai membuli penduduk Palestin yang bekerja di Tebing Barat kerana ia meningkatkan tempoh perjalanan mereka selama dua jam setiap hari.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dilapor menarik balik larangan tersebut semalam lapor Press TV.

Ratusan buruh Palestin melakukan perjalanan setiap hari dari wilayah Tebing Barat yang diduduki untuk bekerja dalam sektor pembinaan yang diusahakan syarikat perusahaan Israel.

Dalam perkembangan berasingan, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas seorang pemuda Palestin kerana memuat naik status yang mengecam dasar-dasar Tel Aviv di laman Facebook.

Sami Jamal Faraj Ideis, 28, dari kawasan kejiranan Shufat didapati bersalah menghasut dan menyokong keganasan apabila menulis 'kematian untuk Israel' di laman sosial  antara Julai dan November tahun lalu.

Penduduk Palestin dilarang naiki bas awam Israel


BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin di Tebing Barat yang berulang alik ke Israel untuk bekerja dilarang daripada menaiki bas yang sama dengan warga Israel ketika waktu pulang bermula semalam, ujar seorang pegawai Kementerian Pertahanan Tel Aviv.
“Di bawah projek perintis selama tiga bulan itu, penduduk Palestin yang bekerja di Israel perlu pulang ke rumah mereka melalui lintasan sempadan yang sama dan tanpa menaiki bas membawa penduduk Israel,” ujar pegawai tersebut kepada AFP.
Beratus-ratus penduduk Palestin melakukan perjalanan dari Tebing Barat untuk bekerja terutamanya sebagai buruh binaan di Israel pada setiap hari.
Mereka menggunakan permit perjalanan setiap kali menyeberang masuk ke wilayah rejim Zionis itu.
Menurut pegawai berkenaan, pekerjaa Palestin kini perlu menukar bas bagi mengelak menaiki kenderaan yang membawa warga Israel selepas menyeberang masuk ke Tebing Barat.
Radio awam Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Moshe Yaalon telah bersetuju dengan larangan tersebut.
Yalon berkata, larangan itu membolehkan kawalan lebih baik terhadap penduduk Palestin dan mengurangkan risiko keselamatan.
Peneroka haram Yahudi sudah bertahun-tahun menggesa supaya penduduk Palestin diharamkan daripada menaiki kenderaan awam Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3aiyC44KL 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 20 May 2015

Wanita Palestin keguguran

Wanita Palestin keguguran
Gambar fail menunjukkan sekumpulan pelampau Yahudi menyerang wanita Palestin di Tebing Barat.

BAITULMAQDIS - ISRAEL. Seorang wanita Palestin mengalami keguguran selepas diserang pelampau Yahudi di selatan Tebing Barat pada Ahad.

Sumber perubatan Palestin yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa dikenali sebagai Mirvat Saad Abu Romeila berusia 37 tahun.

Mangsa diserang sekumpulan pelampau Yahudi dari penempatan haram Ramat Yishai, terletak kira-kira 30 kilometer dari Baitulmaqdis.

"Dia mengalami lebam serta luka dan dibawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan janinnya mati berpunca daripada serangan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelampau Yahudi dilapor bertindak biadab apabila membakar pokok-pokok zaitun penduduk Palestin di Tebing Barat, kelmarin.

Sumber pihak berkuasa Palestin berkata, serangan di utara bandar al-Khalil itu telah memusnahkan sehingga 250 pokok.

Serangan terbaharu itu muncul sehari selepas sekumpulan pelampau Yahudi merosakkan kira-kira 80 ekar tanah yang ditanam dengan anak pokok zaitun berhampiran bandar al-Shuyoukh.
Difahamkan, pendatang Yahudi telah memusnahkan lebih 800,000 pokok zaitun yang menjadi sumber pendapatan keluarga Palestin sejak 1967. - Press TV

Tuesday, 19 May 2015

Penduduk Palestin bantah Hari Baitulmuqaddis

BELIA Israel mengibarkan bendera rejim Zionis di Baitulmuqaddis kelmarin.
BAITULMUQADDIS – Kumpulan nasionalis Israel dan polis bertempur dengan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki rejim Zionis kelmarin ketika pelampau Yahudi berarak sempena sambutan ulang tahun ke-48 penaklukan kota ber­kenaan.
Dikenali sebagai Hari Baitulmuqaddis, sambutan itu bagi memperingati penaklukan Baitulmuqaddis dalam Perang Enam Hari pada 1967, disusuli rampasan kota Baitulmuqaddis Timur yang diduduki bangsa Arab oleh Israel.
Langkah itu tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Polis berkata, dua anggotanya cedera dibaling batu oleh penduduk Pa­lestin, manakala empat warga Palestin ditangkap dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.
Kumpulan penunjuk perasaan itu disuraikan oleh polis berkuda Israel.
Menurut kenyataan polis Israel, berpuluh-puluh penduduk Islam bergelut dengan sekumpulan belia Yahudi di Baitulmuqaddis Timur.Sekurang-kurang­nya dua penduduk Palestin cedera dalam beberapa pergelutan yang berlaku.
Terdapat kira-kira 200,000 penduduk Israel di 15 penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur pada hari ini. Mereka tinggal bersama 310,000 warga Palestin.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3aXDD3JWW 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, 17 May 2015

Irak Diboikot dan Diperangi Turki, Arab Dialiri Sungai dan Dipenuhi Kebun


Sabtu 22 Jamadilawal 1433 / 14 April 2012 10:17
iraq-war3
TANDA-tanda kiamat sudah begitu banyak disebutkan oleh Rasulullah saw berdasarkan petunjuk dari Allah swt. Seperti yang sudah dibahas sebelumnya, semua tanda-tanda kiamat ini sudah terjadi di depan kita.
Berikut ini adalah tanda-tanda lain yang sudah bisa kita saksikan secara nyata.
1.  Umat Islam menjadi pengikut tradisi Yahudi dan Nasrani. Telah berkata Rasulullah : “Sungguh kamu akan mengikuti jalan hidup orang orang sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta (tanpa berbeda sedikitpun) sehingga walaupun mereka masuk ke lubang biawak, maka kamu akan masuk juga” Sahabat bertanya : wahai rasulullah, apakah kaum yang akan kami ikuti tersebut adalah kaum Yahudi dan Nasrani ?, maka Nabi menjawab : Siapa Lagi (kalau bukan mereka)?”
Kalau kita urut-urut, sekarang ini umat Islam  sudah menjadi pengikut Barat. Mulai dari peringatan tahun baru, valentine day, peringatan ulang tahun, pengagum demokrasi, HAM, hukum positif dan sebagainya.
2. Irak diboikot (makanan tidak dibolehkan masuk Irak). Rasulullah bersabda : “Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak (qafizh) makanan atau sebuah dirham. Kami (para sahabat, red.) bertanya: “Orang orang ajam (non-Arab)-kah yang melakukan ini?’ Kemudian beliau berkata : ‘hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam (Palestina, Syiria , Libanon, Yordan dan sekitarnya).’  Kemudian sahabat bertanya “Siapa yang melakukan itu, ya Rasulullah?’ ‘Orang orang RUM (Romawi : Amerika-Eropa).’”
Sebenarnya ini adalah tanda yang paling menakjubkan, karena sampai sekarang Irak telah diboikot oleh Amerika semenjak Perang Teluk dan Syam telah menderita kekurangan makanan. Palestina dijajah Israel Yahudi.
3. Turki akan memerangi Irak. Rasulullah bersabda : “Sekelompok manusia dari umatku akan turun di suatu dataran rendah yang mereka namakan dengan Bashrah pada tepi suatu sungai yang bernama Dajlah. Dan apabila telah datang akhir zaman, datanglah Bani Qanthura (mereka adalah orang-orang Turki) yang bermuka lebar dan bermata kecil, sehingga mereka turun pada tepi sungai itu, maka terpecahlah penduduknya menjadi 3 kelompok, yang satu sibuk mengikuti ekor-ekor sapi mereka (sibuk mengurusi harta benda) dan mereka akan hancur, dan satu kelompok dari mereka akan memerhatikan diri mereka sendiri dan mereka itu telah kafir, dan satu kelompok dari mereka akan menjadikan anak cucu mereka di belakang mereka kemudian mereka berperang, itulah para syuhada,” (hadits hasan diriwayatkan Ahmad dan Abu Dawud (4138).
Pada bulan Mei 1997, orang-orang Turki telah mulai memancing-mancing permusuhan dengan Irak dan mereka membangkitkan masalah-masalah yang di sekitar sungai Eufrat. Turki ketika itu membuat kesepakatan dengan Israel dan Amerika dan melakukan latihan militer bersama dengan tujuan penyerangan Irak, Iran dan Suriah. Waktu itu Turki menyerang bagian Irak utara dengan alasan menghajar suku Kurdi.
4. Bumi Arab akan kembali menjadi kebun kebun dan sungai-sungai.Bersabda Rasulullah : “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga harta akan banyak melimpah dan sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun kebun dan sungai-sungai,”   (Ahmad dan Muslim).
Kita menyaksikan sekarang bahwa negeri Arab saat ini telah menjadi kebun dan banyak sungai. Di Tha’if bahkan telah turun butiran es, dan pada satu musim haji suhunya mencapai  kira-kira 5 derajat celcius.
5. Peperangan dengan Yahudi. “Tidak terjadi kiamat hingga orang-orang berperang dengan  Yahudi, dan orang Yahudi bersembunyi di bawah batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata kepada orang-orang islam:  “Di sini ada Yahudi, maka bunuhlah ia!’,” (Fathul Bari’, Al Manaqib, Al Hafiz Ibnu Hajar). [sa/islampos/dudung.net/berbagaisumber]

Al-Qassam: Tak Lama Lagi, Israel Segera Hancur


Sabtu 27 Rejab 1436 / 16 Mei 2015 17:00
al-qassam
SAYAP militer Hamas, Brigade Izzudin Al-Qassam menegaskan bahwa hitungan mundur kehancuran Israel telah dimulai.
“Wahai Israel, jika kalian memperingati kemerdekaan dengan mengorbankan darah kami, ingatlah semua tiran akan musnah dari dunia ini,” ungkap al-Qassam pada twit terbarunya dalam memperingati Nakba ke 67, PICmelaporkan pada Jumat (15/5/2015).
Tak hanya itu, al-Qassam juga menyampaikan sejumlah pesan kepada Israel berbahasa Ibrani. “Kalian datang kesini dari berbagai penjuru dunia dan mencuri tanah air kami. Pergi! Karena sejarah tak pernah mencatat keabadian bagi penjajah. Rakyat Palestina dari semua tempat akan kembali ke tanah air mereka, meski harus menanti lama.”
“Darah yang ditumpahkan penjajah Israel, dan arwah suci para mujahid akan menjadi sebab hancurnya Israel,” pungkas Al-Qassam. [sm/islampos]

PBB kecam rancangan Israel

PBB kecam rancangan Israel

Masyarakat antarabangsa turut mengutuk sekeras-kerasnya projek pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel yang mahu membina unit penempatan haram baharu di wilayah Palestin.
 
Jurucakapnya memaklumkan Ki-moon turut berasa kesal kerana projek itu terus berkembang dengan pesat bagi tempoh tiga minggu berturut-turut di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur walaupun menerima kecaman masyarakat antarabangsa.
 
"Beliau turut mengulangi pendirian bahawa projek penempatan haram Yahudi itu sememangnya melanggar undang-undang antarabangsa. Ki-moon menggesa Tel Aviv supaya menghentikan dan menarik balik rancangan mereka demi keamanan di rantau terbabit.
 
"Masyarakat antarabangsa tidak akan mengiktiraf tindakan unilateral seumpama itu yang bakal memberi kesan kepada rundingan damai bersama Palestin," katanya.
 
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas Kementerian Perumahan Israel mengeluarkan tender baharu berkaitan pembinaan 85 unit kediaman di kawasan terletak kira-kira 5 kilometer dari barat laut Baitulmaqdis Timur dan 1,500 bilik hotel di kejiranan Jabal al-Mokabber.
 
Pada 7 Mei lalu, Tel Aviv turut meluluskan projek pembinaan 900 unit kediaman di Baitulmaqdis Timur yang turut dikritik hebat oleh Kesatuan Eropah (EU). - Press TV

Saturday, 16 May 2015

10 ditembak


AFP
Nablus: Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin cedera selepas ditembak dengan peluru getah dan hidup oleh tentera Israel dalam pertempuran di sini, semalam.
Tentera Israel mengesahkan pertempuran itu tetapi seperti biasa menafikan anggotanya menggunakan peluru hidup.
Pertempuran meletus apabila lebih 1,000 penduduk dari penempatan haram Yahudi tiba dengan bas untuk melawat makam Nabi Yusuf AS di Nablus.
Kedatangan mereka dibantah penduduk Palestin. Tentera Israel mendakwa penduduk berkenaan mereka melontar batu ke arah pelawat itu.
Ia menyebabkan tentera Zionis yang mengawal lawatan itu melepaskan tembakan.
Jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya mengawal sehingga 3,000 pelawat Yahudi ke makam itu sejak Rabu lalu.
Pertempuran berlaku selepas Israel membentuk kerajaan baru yang diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Ketika mengulas mengenai kerajaan baru, pegawai Palestin berkata, ia akan menjauhkan lagi harapan untuk mewujudkan keamanan di rantau berkenaan.
Sementara itu, di Gaza, puluhan orang cedera apabila sebutir bom meletup di pangkalan latihan yang digunakan oleh Hamas.
Pegawai kesihatan Gaza Ashraf al-Kidra berkata, sebahagian daripada mereka parah.
Dia bagaimanapun tidak memberikan angka tepat atau maklumat mengenai kejadian berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51254#sthash.66dWcQP8.dpuf

50 cedera letupan 
di kem latihan al-Qassam


Seorang penduduk Palestin, memangku anak lelakinya yang cedera

Seorang penduduk Palestin, memangku anak lelakinya yang cedera di sebuah hospital di Beit Lahiya, utara Genting Gaza, kelmarin, susulan insiden letupan di sebuah kem latihan Briged Ezzedine al-Qassam. AFP
GAZA CITY 15 Mei – Sekurang-kurangnya 50 orang penduduk Palestin cedera dalam satu letupan yang berlaku semalam, di sebuah kem latihan kumpulan pejuang di Gaza.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Bozum, insiden berlaku di sebuah tempat latihan Briged Ezzezdine al-Qassam di Beit Lahiya.
Jumlah kecederaan itu turut disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra.
“Lima orang turut cedera parah, termasuk kanak-kanak,” katanya.
Seorang doktor di Hospital Al-Awda, Baker Abu Safia Al-Awda berkata, sebanyak 30 orang yang cedera dibawa untuk menerima rawatan, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
“Keadaan agak kelam-kabut di hospital sejurus insiden berlaku,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/50-cedera-letupan-8232-di-kem-latihan-al-qassam-1.92168#sthash.hJB14l6R.dpuf

Friday, 15 May 2015

Vatican iktiraf 
negara Palestin


Kanak-kanak Palestin mengulang kaji pelajaran di dalam khemah

KANAK-KANAK Palestin mengulang kaji pelajaran di dalam khemah sementara mereka di kawasan perumahan Johar al-Deek di Gaza City pada 7 Mei lalu. AFP

VATICAN CITY 14 Mei – Pihak berkuasa Vatican dilapor mengikat perjanjian dengan Palestin, yang pertama sejak Israel menawan Palestin, sekali gus mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, satu langkah yang membolehkan badan perundangan Gereja Katolik, Holy See mengiktiraf Palestin secara rasmi.
Perkembangan itu, sekali gus mengundang kemarahan penyokong Israel.
Perjanjian itu yang menurut Vatican dibuat bagi `meningkatkan kehidupan dan aktiviti Gereja Katolik di wilayah itu dan pengiktirafan pada peringkat kehakiman’ dibuat menjelang pertemuan pemimpin Vatican, Pope Francis dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sekali gus mengukuhkan hubungan antara Vatican dan Palestin.
Teks perjanjian itu meliputi aktiviti Gereja Katolik di kawasan yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah dirumuskan dan akan secara rasmi ditandatangani oleh pihak berkuasa masing-masing ‘dalam masa terdekat’, kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Vatican.
Mahmoud dijangka menghadiri satu majlis agama di Vatican pada Ahad ini bagi memperingati dua pemimpin agama itu kelahiran Palestin.
Pegawai Vatican menegaskan bahawa Holy See telah memberikan pengiktirafan rasmi kepada Negara Palestin sejak 2012.
Timbalan Menteri Luar Vatican, Monsignor Antoine Camilleri dalam satu temubual dengan akhbar rasmi majlis perundangan itu berkata, beliau berharap perjanjian itu secara tidak langsung membantu Palestin dalam hubungannya dengan Israel.
“Pengiktirafan itu akan menjadi positif jika perjanjian itu dapat membantu penubuhan dan pengiktirafan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan demokratik yang hidup dengan aman dan selamat bersama Israel dan negara berjiran,’’ katanya kepada l’Osservatore Romano.
Bagaimanapun, Presiden Kongres Yahudi Eropah, Moshe Kantor menyifatkan langkah itu ‘agak malang’ dan menambah kata, pengiktirafan itu akan ‘menyukarkan peluang satu resolusi konflik secara aman dan membuka peluang kepada pelampau’.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vatican-iktiraf-8232-negara-palestin-1.91858#sthash.ONV2YiqU.dpuf

Thursday, 14 May 2015

12.1 juta rakyat Palestin seluruh dunia

Baitulmaqdis: Biro Statistik Pusat Palestin berkata ia merekodkan seramai 12.1 juta orang Palestin dengan 4.6 juta daripadanya masih berada di wilayah dijajah Israel dan selebihnya di luar negara.
Mengikut statistik, pada hujung 2014, 2.8 juta penduduk Palestin berada di Tebing Barat dan 1.8 juta di Semenanjung Gaza.
Gaza memiliki jumlah kepadatan penduduk antara paling tinggi di dunia berikutan populasinya merangkumi 4.9 orang bagi setiap kilometer persegi.
Daripada 4.6 juta penduduk di wilayah Palestin, 43.1 peratus adalah pelarian.
Baki 7.5 juta penduduk Palestin hidup dalam buangan, kebanyakannya di 31 kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jordan, Lubnan dan Syria.
Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA) mempunyai 5.49 juta orang dalam rekodnya. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50794#sthash.G3av7oGf.dpuf

Tuesday, 12 May 2015

Tambah menteri Israel


Baitulmuqaddis: Mahkamah Tinggi Israel semalam mempertahankan usaha kerajaan meningkatkan bilangan menteri Kabinet seterusnya memudahkan proses rang undang-undang di Parlimen.
Parti pembangkang Yesh Atid memohon injunksi untuk menghalang bacaan pertama rang undang-undang bagi membenarkan pembesaran Kabinet daripada jumlah maksimum ditetapkan statut, iaitu 18 menteri kerana dianggap melanggar perlembagaan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permintaan Yesh Atid itu.
Usaha membesarkan Kabinet cabaran pertama dihadapi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas memenangi manjoriti tipis dengan 61 undian daripada 120 kerusi Parlimen atau Knesset.
Proses perdebatan dijangka mengambil masa panjang.
“Saya harap wartawan membawa beg tidur,” kata ahli parlimen Itzik Shmuli kepada radio tentera Israel semalam. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50194#sthash.0a7PNMOZ.dpuf

Sunday, 10 May 2015

‘Rosaklah rancangan damai’

Ramallah: ‘Kerajaan perang’ berhaluan kanan baru Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilihat mampu merosakkan lagi proses kedamaian, kata Palestin yang berazam ‘melawannya’ di peringkat antarabangsa.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menyelar Kabinet baru itu sebagai ‘pelampau’ selepas Netanyahu mengumumkan kerajaan campuran yang memberikannya majoriti kecil di Parlimen selain turut termasuk menteri yang menentang penyelesaian dua negara yang dicadangkan negara dunia.

Antara yang dilihat paling kontroversi adalah menteri kehakiman baru Israel, Ayelet Shaked (gambar) yang tahun lalu dilaporkan menggelar orang Palestin sebagai ‘ular’ yang wajar dihapuskan di laman Facebooknya.

Ketua perunding Palestin Saeb Erakat berkata dalam satu kenyataan: “Wajah baru Israel yang lebih perkauman dan mengamalkan diskriminasi kini didedahkan.

“Jelas Netanyahu berusaha keras menghancurkan penyelesaian dua negara. Kehadiran menteri yang berhaluan pelampau (Ayelet Shaked) membuktikan kerajaan itu memperjuangkan peperangan dan menentang keamanan serta kestabilan.”

Kerajaan baru Netanyahu itu yang ditubuhkan pada saat akhir beberapa minggu selepas menang pilihan raya untuk kali ketiga turut merangkumi menteri yang menyokong peluasan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis - isu yang selama ini merosakkan rundingan keamanan dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai orang tengah.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum ini dilaporkan berkata dia bersedia berbincang dengan sesiapapun yang dilantik memimpin Israel, namun pemilihan Kabinet yang diumumkan kelmarin jelas menimbulkan rasa tidak puas hati Palestin.

Pegawai kanan Palestin Nabil Shaath berkata: ‘Tidak syak lagi ini memang Kabinet peneroka dianggotai golongan yang mahu memperkukuhkan kedudukan Israel.”

Sementara itu, Hamas menganggap Kabinet baru itu jelas membuktikan mentaliti perkauman semakin menular dalam kalangan orang Israel. - AFP

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49673#sthash.9lz7EyTW.dpuf

Saturday, 9 May 2015

Serang Gaza, ISIS Bikin Gara-gara dengan Hamas


Muhaimin
Sabtu,  9 Mei 2015  −  10:27 WIB

Serang Gaza ISIS Bikin Gara gara dengan Hamas
ISIS dan Hamas bersitegang setelah pangkalan Hamas di Gaza diserang roket. | (Reuters)

GAZA - Kelompok ISIS kembali membuat gara-gara dengan kelompok Hamas di Palestina setelah kelompok sayap ISIS mengaku menyerang pangkalan Hamas di Jalur Gaza dengan roket pada hari Jumat kemarin.

ISIS sebelumnya telah membuat Hamas marah setelah mereka menyerang kamp pengungsi Palestina di Yarmouk, Suriah.

Sejumlah saksi mata kepada AFP, mengatakan, bahwa mereka mendengar ledakan di dekat Khan Yunis. Namun, belum ada informasi soal kerusakan atau korban jiwa akibat ledakan dari serangan itu.

“Kelompok, yang menyebut dirinya para pendukung Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS) di Yerusalem, mengatakan dalam sebuah pernyataan online, bahwa roket yang ditembakkan ditujukan untuk pangkalan yang diduduki oleh sayap bersenjata Hamas, Izzudin al-Qassam,” demikian laporan Jerusalem Post, yang dilansir semalam.

Serangan terbaru itu terjadi di tengah meningkatnya ketegangan antara Hamas dan pendukung ISIS di Jalur Gaza. Hamas telah menangkap puluhan “jihadis” yang berafiliasi dengan ISIS di Jalur Gaza, Kamis lalu. Penangkapan itu dilakukan Hamas setelah terjadi serangkaian pemboman dalam beberapa pekan terakhir.

Awal pekan ini, Hamas juga menghancurkan sebuah masjid yang sering dikunjungi oleh para pendukung ISIS di Deir el-Balah. Hamas mengatakan bahwa masjid yang berupa tenda dan bukan bangunan beton itu kerap digunakan para ekstremis sebagai tempat pertemuan.

Namun, pendukung ISIS menuduh Hamas melancarkan tindakan keras besar pada komunitas laki-laki mereka. Mereka mengeluarkan peringatan untuk Hamas untuk melepaskan orang-orang yang ditangkap dalam waktu 72 jam atau menghadapi dampak dari tindakannya itu.



(mas)

source: http://international.sindonews.com/read/999178/43/serang-gaza-isis-bikin-gara-gara-dengan-hamas-1431142043

Lagi kekejaman Israel didedah

Lagi kekejaman Israel didedah
Kanak-kanak Palestin tidak terkecuali daripada ditahan tentera Israel.

BAITULMAQDIS - Sebuah kumpulan hak asasi Palestin menerbitkan laporan terbaharu mengenai kekejaman Israel yang dilakukan di Tebing Barat, sepanjang bulan lalu.

Laporan disiarkan Pusat Maklumat Wadi Hilweh pada Rabu mendakwa, tentera Israel menembak mati seorang remaja lelaki dan menculik lebih 120 penduduk Palestin di sekitar Baitulmaqdis.

Menurut pertubuhan yang berpangkalan di Silwan itu, remaja terbabit dikenali sebagai Ali Saeed Abu Ghannam berusia 16 tahun, ditembak pada 25 April lalu ketika dia cuba menyeberangi satu sekatan jalan raya di bandar berkenaan.

"Sebaik sahaja membunuh remaja itu, tentera Israel menyimpan mayatnya. Mereka meletakkan syarat dengan cuba memaksa keluarga mangsa membayar denda yang tinggi bagi menuntut mayat remaja berkenaan.

"Israel juga mengehadkan bilangan warga Palestin yang menghadiri upacara pengebumian remaja itu. Namun, syarat berkenaan ditolak keluarga mangsa," katanya.

Laporan sama turut mendedahkan, seramai 14 wanita dan 40 kanak-kanak antara 140 rakyat Palestin yang diculik pasukan keselamatan Israel di Silwan, at-Tour, al-Eesawiyya, Sheikh Jarrah dan Jabal al-Mokabber.

Malah, rejim Zionis bertindak biadab merobohkan dua bangunan kediaman selain menyerahkan notis perobohan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Tebing Barat.

Difahamkan, lebih 7,000 warga Palestin dipenjara di Israel manakala, 540 lagi ditahan tanpa sebarang pendakwaan dan perbicaraan. - Press TV

Natalie Portman kecewa Netanyahu dilantik PM Israel


LONDON 8 Mei – Aktres kelahiran Israel, Natalie Portman melahirkan rasa kecewa atas pelantikan semula Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel.
Netanyahu
Netanyahu dilantik semula sebagai Perdana Menteri Israel, semalam selepas berjaya membentuk kerajaan campuran baharu sebelum berakhirnya tempoh sehingga tengah malam tadi yang diberikan oleh Presiden Israel, Reuven Rivlin untuk beliau membentuk kerajaan, ekoran parti pakatannya hanya mendapat majoriti kecil dengan kelebihan hanya satu kerusi di Parlimen Israel.
Ketika mengulas pelantikan semula Netanyahu, Portman memberitahu Hollywood Reporter: ``Saya dapati kenyataan-kenyataannya (Netanyahu) yang berbaur perkauman sangat teruk.’’
“Bagaimanapun, saya tidak mahu (mengulas). Saya tidak mahu menyalahgunakan kedudukan saya untuk mengulas perkara itu,’’ katanya.
“Saya merasakan terdapat sesetengah orang yang menjadi terkenal, dan mereka kemudian membuat kenyataan-kenyataan di akhbar luar negara. Kamu pon tahu, ramai yang mengecam .... Israel. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu berbuat begitu,’’ katanya
Daily News sebelum ini melaporkan terdapat video yang memaparkan Portman menyertai sebuah pergerakan yang melancarkan kempen supaya tidak mengundi Netanyahu pada pilihan raya lepas.
Namun, video tersebut tidak disebarkan kerana bimbang dilihat sebagai campur tangan luar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/natalie-portman-kecewa-netanyahu-dilantik-pm-israel-1.89679#sthash.ub4Y0Qbt.dpuf

Thursday, 7 May 2015

Siasatan semula kes kematian Yasser Arafat tamat


YASSER ARAFAT
YASSER ARAFAT

NANTERRE, Perancis 6 Mei – Barisan hakim Perancis yang menyiasat semula bukti berhubung kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat telah membuat kesimpulan berhubung siasatan tersebut, kata Pejabat Pendakwa Raya di sini semalam.
“Hakim-hakim telah menutup kertas-kertas siasatan dan menghantarnya kepada pendakwa raya pada 30 April lalu,’’ kata pejabat tersebut.
Pendakwa Raya kini perlu menyerahkan permohonan sama ada untuk meneruskan kes tersebut atau menutupnya dalam tempoh tiga bulan.
Dalam pada itu, pihak-pihak berkepentingan boleh mengemukakan keterangan bersumpah namun jika tiada nama defendan disebutkan, kes berkenaan dilihat hanya akan ditolak oleh mahkamah.
Yasser meninggal dunia pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 di hospital Percy de Clamart berdekatan Paris.
Balu beliau, Suha mengemukakan aduan di mahkamah di sini pada 2012, bahawa suaminya itu telah dibunuh.
Pada tahun sama, kubur Yasser di Ramallah dikorek semula untuk membolehkan tiga pasukan penyiasat dari Perancis, Switzerland dan Rusia untuk mengumpul 60 sampel.
Penduduk Palestin percaya Israel meracun pemimpin mereka.
Sebuah makmal di Lausanne, Switzerland yang menguji sampel biologi diambil dari barang milik Yasser yang diberikan Suha selepas kematiannya di Paris, menunjukkan ‘tahap luar biasa polonium’, tetapi tidak menyatakan beliau diracun oleh bahan toksin tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/siasatan-semula-kes-kematian-yasser-arafat-tamat-1.88863#sthash.fvuM9Qad.dpuf