Thursday, 19 March 2015

Hamas: Siapapun Pemenang Pemilu Israel Memusuhi Palestina

https://www.islampos.com/hamas-siapapun-pemenang-pemilu-israel-memusuhi-palestina-170788/

bendera hamas

ANGGOTA Biro Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq, mengatakan kemenangan Benyamin Netanyahu dalam pemilu Zionis hanya akan mengukuhkan yahudisasi di al Quds.
Abu Marzuq menegaskan, tidak penting siapa yang menang dalam pemilu Zionis. Karena mereka bersaing untuk menunjukkan permusuhannya pada Arab dan Palestina.
“Ini adalah pelajaran bagi siapa saja yang mempertaruhkan nasib perubahan pada musuh-musuhnya dan sebaliknya, memusuhi rakyatnya,” kata Abu Marzuq, Rabu (18/3/2015) seperti dikutip Palestina Information Centre.
Abu Marzuq menyerukan kepada Presiden Otoritas Palestina, Mahmud Abbas, untuk menyatukan rakyat Palestina berapapun harganya.
“Hentikan koordinasi keamanan dengan Zionis dan perjanjian-perjanjian yang sudah tidak layak lagi, perpanjian-perjanjian yang tidak pernah dihormati sehari pun oleh penjajah Zionis.”
Hasil pemilu Zionis ke-20 kemarin berbeda dengan semua jajak pendapat yang dilakukan belakangan. Hasil pemilu menunjukan kemenangan kelompok kanan sebanyak 68 kursi, kelompok mederat dan kiri 39 kursi, sementara kelompok Arab bersama hanya 13 kursi. [rn/Islampos]

Benjamin Netanyahu menang pilihan raya Israel

Benjamin NETANYAHU (tengah), isterinya, Sara, dan pemimpin Parti
BENJAMIN NETANYAHU (tengah), isterinya, Sara, dan pemimpin Parti Likud, menyanyikan lagu parti itu di Tel Aviv selepas keputusan undian awal menunjukkan Perdana Menteri itu mengekalkan jawatannya. AFP
BAITULMAQDIS 18 Mac - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menang pada pilihan raya umum Israel, semalam selepas dalam kempennya pada saat-sat akhir mengumumkan keputusan untuk tidak menyokong pembentukan negara Palestin.
Jawatankuasa Pusat Pilihan Raya berkata, selepas 99.5 peratus undi dikira, Parti Likud pimpinan Netanyahu memperolehi kemenangan selesa dengan menguasai 30 daripada 120 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, menewaskan pesaing terdekat daripada Kesatuan Zionis yang memenangi 24 kerusi.
Keputusan awal yang disiarkan dua stesen televisyen tempatan pada awalnya menunjukkan Parti Likud dan Kesatuan Zionis masing-masing mempunyai 27 daripada 120 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.
Walaupun Netanyahu berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga, beliau masih perlu membentuk perikatan dengan parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan.
Netanyahu berkata, beliau berjaya mencapai kejayaan besar selepas menghadapi pelbagai cabaran.
``Kini, kita perlu menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil,’’ katanya.
Netanyahu dalam kempennya menyatakan bahawa hanya beliau mampu mempertahankan keselamatan rakyat Israel daripada ancaman nuklear Iran dan berikrar tidak akan membenarkan Palestin membentuk sebuah negara di timur Baitulmaqdis.
Dalam pada itu, Palestin berikrar untuk meningkatkan kempen menubuhkan negara Palestin ekoran kemenangan parti pimpinan Netanyahu, - AFP
BAITULMAQDIS 18 Mac – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menang pada Pilihan Raya Umum Israel semalam, selepas dalam kempennya pada saat-sat akhir mengumumkan keputusan untuk tidak menyokong pemben­tukan negara Palestin.
Jawatankuasa Pusat Pilihan Raya menyatakan, selepas 99.5 peratus undi dikira, Parti Likud pimpinan beliau memperoleh kemenangan selesa apabila menguasai 30 daripada 120 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, menewaskan pesaing terdekat daripada Kesatuan Zionis yang memenangi 24 kerusi.
Keputusan awal yang disiarkan dua stesen televisyen tempatan pada awalnya menunjukkan Parti Likud dan Kesatuan Zionis masing-masing memenangi 27 daripada 120 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.
Walaupun Netanyahu berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga, beliau masih perlu membentuk perikatan dengan parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan.
Netanyahu berkata, beliau berjaya mencapai kejayaan besar selepas menghadapi pelbagai cabaran.
“Kini, kita perlu menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil,’’ katanya.
Netanyahu dalam kempennya menyatakan bahawa hanya beliau mampu mempertahankan ke­selamatan rakyat Israel daripada ancaman nuklear Iran dan berikrar tidak akan membenarkan Palestin membentuk sebuah negara di timur Baitulmaqdis.
Dalam pada itu, Palestin berikrar untuk meningkatkan kempen menubuhkan negara Palestin ekoran kemenangan parti pimpinan Netanyahu, - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/benjamin-netanyahu-menang-pilihan-raya-israel-1.71029#sthash.W4pPHQoS.dpuf

Wednesday, 18 March 2015

Selama 15 Hari, Warga Palestina Dilarang Masuki Al-Aqsa oleh Israel

https://www.islampos.com/selama-15-hari-warga-palestina-dilarang-masuki-al-aqsa-oleh-israel-170558/

2 tentara Israel
POLISI Israel melarang warga Palestina pada Selasa (17/3/2015) memasuki kompleks Al-Aqsa selama 15 hari, dan memperpanjang penahanan tiga pemuda yang sebelumnya ditangkap.

Abeer Bashir dari Kabol di utara Israel dilarang al-Aqsa selama 15 hari dan menandatangani jaminan pihak ketiga dari 5000 shekel ($ 1.250), kata pengacara Ramzi Kteilat dari Qudsuna HAM Organisasi.
Dia menambahkan bahwa polisi Israel juga memperpanjang penahanan Mohammad Deeb dari al-Jadida, Mustafa Mwasif dari Tamra, dan Shadi Sha’abneh dari Akko, yang dituduh menyerang seorang perwira polisi dan menyebabkan kerusuhan.
Seorang juru bicara polisi Israel tidak segera merespon ketika Ma’anmenanyakan informasi lebih lanjut tentang insiden hari Selasa.
Pasukan Israel sering mencegah warga Palestina memasuki kompleks Al-Aqsa, yang duduk tepat di atas Western Wall plaza dan rumah kedua Dome of the Rock dan Al-Aqsha, yang merupakan tempat suci ketiga dalam Islam, demikian Ma’an. [fh/Islampos]

Rezim Bashar Siksa 18 Pengungsi Palestina Hingga Tewas

https://www.islampos.com/rezim-bashar-siksa-18-pengungsi-palestina-hingga-tewas-170457/

pengungsi yarmouk

JUMLAH pengungsi Palestina yang meninggal akibat penyiksaan di penjara Suriah terus bertambah. Demikian dikatakan the Action Group for Palestinians of Syria, seperti dilansir Middle East Monitor, Selasa (17/3/2015).
Menurut kelompok tersebut, ke-18 mayat warga Palestina  berasal dari kamp pengungsi Yarmouk. Identifikasi para jenazah tersebut berhasil terungkap dari sejumlah foto yang bocor.
Dari gambar-gambar tersebut menunjukkan puluhan mayat tawanan disiksa sampai mati di penjara-penjara Suriah.
Kelompok ini mengumumkan sebelumnya bahwa mereka telah mendokumentasikan pembunuhan hampir 315 pengungsi Palestina di bawah penyiksaan di penjara Suriah. [rn/Islampos]

Netanyahu tetap tak iktiraf Palestin jika kekal PM


Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Ketika ditanya pemberita sama ada Palestin tetap tidak akan diiktiraf jika beliau terus kekal terpilih sebagai Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjawab, "Ya".

Hari terakhir kempen pilihan raya, Netanyahu akhirnya mengaku akan terus membangunkan penempatan haram Israel di Palestin.

Israel ketika ini akan menghadapi pilihan raya umum untuk memilih perdana menteri untuk penggal baharu.

Untuk rekod, Netanyahu menjawat jawatan perdana menteri selama enam tahun dan kekal sebagai personaliti paling dominan dalam politik Israel, namun menyaksikan popularitinya menjunam kebelakangan ini.

Pemerintahan 'King Bibi' dicabar

Berdasarkan undian, majoriti berpendapat parti pimpinan Netanyahu, Likud bergerak perlahan dibelakang parti Zionist Union yang diterajui Isaac Herzog.

Herzog sebelum ini berjanji untuk menghidupkan kembali penjanjian damai di antara Israel dan Palestin, juga memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Netanyahu mungkir janji

Menurut sebuah temuramah oleh NRG News, Netanyahu memberitahu bahawa mengembalikan wilayah Palestin akan memberikan peluang untuk golongan ekstremis untuk menyerang Israel.

Kenyataan tersebut merupakan yang terbaru dan paling jelas membuktikan Netanyahu mengkhianati janjinya sendiri untuk memberi kemerdekaan kepada negara Palestin, seperti yang diucapkan beliau pada tahun 2009.

Tahun-tahun seterusnya menyaksikan dua rundingan damai gagal dan Netanyahu terus membangunkan penempatan di Palestin.

Netanyahu ikrar tiada negara Palestin


Netanyahu ikrar tiada negara Palestin
Netanyahu (kanan) bercakap kepada media selepas membuang undi di pusat pengundian Baitulmaqdis, semalam. - Foto EPA
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau tidak akan mengiktiraf pembentukan negara Palestin jika memenangi pilihan raya negara tersebut.

Tindakan beliau dilihat cuba memancing undi bagi mengetepikan parti berhaluan kiri, Kesatuan Zionis beberapa jam sebelum hari pengundian, semalam.

Netanyahu berkata, tindakan menyerahkan tanah kepada orang Palestin akan membahayakan Israel kerana memudahkan negara itu diserang oleh puak ekstremis Islam.

"Kita akan terus mengukuhkan Baitulmaqdis. Jadi, ia tidak akan diserahkan kepada Palestin," katanya.

Beliau turut berikrar untuk tidak membenarkan rakyat Palestin menubuhkan ibu negara di sektor timur selain berjanji membina beribu-ribu penempatan haram Yahudi.

Status Baitulmaqdis merupakan isu sensitif yang menghalang usaha damai Palestin-Israel sejak beberapa dekad lalu.

Palestin mahu menubuhkan negara Palestin di Gaza dan Tebing Barat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, manakala Israel mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang tidak boleh dibahagi.

Sepanjang kempen pilihan rayanya, Netanyahu berulang kali menuduh pemimpin Kesatuan Zionis, Isaac Herzog dan bekas ketua perunding damai, Tzipi Livni bersedia untuk menggugurkan tuntutan Israel ke atas Baitulmaqdis. - AFP

Pilihan raya paling sengit

Baitulmuqaddis
Berjuta-juta penduduk Israel keluar mengundi semalam dalam pilihan raya umum yang dianggap paling sengit antara parti pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan parti pembangkang.
Sebelum pengundian berlangsung Netanyahu cuba membuat rayuan terakhir dengan menolak pembentukan sebuah negara Palestin.
Tinjauan pendapat sebelum ini meramalkan parti Kesatuan Zionis yang berhaluan kiri bakal memenangi banyak kerusi.
Keputusan pilihan raya itu dilihat bakal menentukan prospek rundingan damai Asia Barat yang baru dan hubungan Israel dengan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat yang kini berdepan masalah.
Seramai 5.8 juta penduduk layak untuk mengundi dalam pilihan raya Knesset atau Parlimen Israel ke-20 yang mempunyai 120 kerusi.
Pengundi mempunyai masa sehingga pukul 10 malam (4 pagi waktuMalaysia) untuk mengundi dan selepas tiga jam pusat pengundian dibuka sejumlah 13.7 peratus pengundi sudah melaksanakan tugas mereka.
Keputusan tinjauan pendapat selepas pengundi mengudi akan diumumkan beberapa minit selepas pusat pengundian ditutup sekali gus memberi gambaran awal berhubung keputusan pilihan raya berkenaan.
Sejumlah pengundi tiba awal di sebuah pusat pengundi di sini yang dihiasi dengan kain rentang dan bendera parti Kesatuan Zionis berwarna biru dan putih.
“Saya mahu lihat Netanyahu ‘hilang’ selepas ini.
“Isu paling penting adalah hubungan dengan Palestin,” kata seorang wanita berusia 50-an, Shulamit Laron.
“Sudah pasti saya mengharapkan perubahan tetapi saya meragui keadaan akan berubah,” tambahnya.
Di bandar Haifa yang menjadi penempatan penduduk Arab-Yahudi, seramai 50 orang berbaris di sekolah Ahmediya.
“Ini kali pertama saya melihat ramai penduduk di sini mengundi,” kata seorang penduduk Arab Israel, Ehab Hamam, 37.
“Bagi penduduk Arab di sini, mengundi dalam pilihan raya umpama menunjukkan hak bahawa kami wujud di sini,” jelasnya.
Proses pengundian semalam adalah pilihan raya umum ketiga sejak 2009 dan dianggap cabaran terbesar Netanyahu, 65, untuk kekal berkuasa bagi penggal ketiga berturut-turut.
Tinjauan pendapat terakhir mendapati pemimpin parti Kesatuan Zionis, Isaac Herzog memperoleh majoriti tiga hingga empat kerusi berbanding parti Likud pimpinan Netanyahu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:18 AM


POSTER Netanyahu dirosakkan berhampiran sebuah pusat mengundi di penempatan Yahudi di Tebing Barat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37688#sthash.uIEXgvF1.dpuf

Netanyahu tidak sokong pembentukan negara Palestin

Benjamin NETANYAHU (tengah) melambai selepas berkempen sempena
BENJAMIN NETANYAHU (tengah) melambai selepas berkempen sempena Pilihan Raya Umum Israel di bandar Ashkelon, kelmarin. REUTERS
BAITULMAQDIS 17 Mac. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanya­hu berkata, negara Palestin tidak akan diwujudkan jika beliau dipi­lih semula pada pilihan raya umum Israel kali ini, kempen terakhir beliau menjelang hari pengundian hari ini bagi menarik sokongan pengundi.
Beliau berkata, jika pemben­tukan negara Palestin diterima, keselamatan Israel akan tergugat dan ia akan menyebabkan Israel terpaksa menyerahkan penguasaannya ke atas Baitulmaqdis.
“Kami akan terus membina dan mengukuhkan Baitulmaqdis, jadi pembahagian bandar itu tidak akan dibenarkan berlaku dan ia akan te­rus kekal menjadi satu bandar yang tidak terpisah selama-lamanya,” ujarnya semasa melawat Har Homa, sebuah kawasan penempatan ha­ram Yahudi yang bercantum de­ngan timur Baitulmaqdis.
Netanyahu yang berhasrat untuk memerintah bagi penggal ketiga berturut-turut juga berikrar tidak akan membenarkan rakyat Palestin menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan berjanji akan membina ‘beribu-ribu’ lagi pe­nempatan haram Yahudi.
Penduduk Palestin mahu menjadikan timur Bailtulmaqdis sebagai ibu negara bagi negara Pa­lestin yang bakal ditubuhkan, dan tindakan Israel terus membina penempatan haram Yahudi di kawasan itu menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa, yang melihat pembinaan penempatan haram Yahudi tersebut menjadi penghalang kepada perdamaian.
Sepanjang kempen, Netanyahu berulang kali menuduh pemimpin Kesatuan Zionis, Isaac Herzog dan bekas anggota perunding damai Israel, Tzipi Livni bersedia melepaskan rancangan Israel untuk menjadikan Bailtulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tetapi kenyataan Netanyahu paling lantang ialah apabila beliau ditanya oleh pemberita laman web NRG, portal berita sayap kanan tentang apakah benar negara Palestin tidak akan ditubuhkan jika beliau dipilih semula.
“Sama sekali tidak,” jawab Netanyahu, walaupun beliau pada 2009 telah meluluskan rancangan menubuhkan dua buah negara yang terletak sebelah-menyebelah.
Beliau kemudian memberitahu radio awam bahawa penyelesaikan me­lalui pembentukan dua buah negara kini tidak lagi relevan, dan menambah kata, ‘realiti (keadaan) telah ber­ubah’ dan ‘mana-mana wilayah yang diserahkan (kepada Palestin) akan diambil alih oleh kumpulan militan’.
Netanyahu mendakwa jika pesaingnya dipilih, mereka akan memperjudikan keselamatan Israel dan mereka juga akan melepaskan pe­nguasaan Israel ke atas Baitulmaqdis.
Keputusan awal pengundian dijangka diumumkan esok dan keputusan akhir akan diumumkan pada 25 Mac ini. - AFP/dpa
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-tidak-sokong-pembentukan-negara-palestin-1.70730#sthash.hYLhzZJ1.dpuf

Yasser Arafat tidak diracun - Pakar Perancis

Yasser Arafat (tengah) dikelilingi beberapa orang doktor ketika
YASSER Arafat (tengah) dikelilingi beberapa orang doktor ketika dirawat di Hospital Percy de Clamart, Perancis pada 2004. Agensi
PARIS 17 Mac – Pakar Perancis menegaskan, bekas pemimpin Pa–lestin, Yasser Arafat mati bukan kerana diracun, keputusan yang diperoleh selepas menjalankan kajian semula terhadap beberapa bahan bukti.
Pendakwa raya, Catherine ­Denis berkata, tidak wujud sebarang kekeliruan berhubung kematian Yasser yang sebelum ini menimbulkan banyak keraguan dan khabar angin berbentuk konspirasi.
Katanya, pakar Perancis mendapati bahawa bahan polonium-210 dan plumbum-210 yang dijumpai di dalam kubur Yasser, datang daripada alam sekitar.
Keputusan kajian semula itu, selari dengan yang dijalankan oleh pakar Perancis pada tahun 2013 serta keputusan ujian pakar dari Rusia.
Punca kematian Yasser mula menimbulkan keraguan selepas ujian biologi terhadap sampel beberapa barangan peribadi beliau yang dijalankan di Lausanne, Switzerland mendapati terdapat ‘bahan polonium yang tidak normal’, sekali gus timbul syak bahawa pemimpin itu telah diracun.
Yasser meninggal dunia pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun di Hospital Percy de Clamart, berhampiran Paris, selepas me­ngalami masalah sakit perut.
Isteri Yasser, Suha Arafat membuat aduan di Mahkamah Nanterre pada tahun 2012 apabila mendakwa suaminya telah dibunuh sehingga membawa kepada penyiasatan terperinci berhubung aduan itu. 
 AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yasser-arafat-tidak-diracun-pakar-perancis-1.70709#sthash.nJnoO19c.dpuf

Tuesday, 17 March 2015

Pilihan Raya Israel: Netanyahu Tidak Akan Iktiraf Negara Palestin


Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 12:04 PM
Benjamin Netanyahu cuba meraih undi daripada rakyat pada kempen pilihan raya.

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan beliau tidak akan mengiktiraf pembentukan negara Palestin, jika dia memenangi pilihan raya negara tersebut. 
Tindakan beliau dilihat cuba memancing undi bagi mengetepikan parti berhaluan kiri, Kesatuan Zionis. 
Puak berhaluan kiri itu telah berjanji untuk memperbaiki hubungan negara Palestin dan masyarakat antarabangsa.

Parti itu dijangka memenangi lebih daripada satu perempat undi.

Netanyahu berkata tindakan menyerahkan tanah kepada orang Palestin akan membahayakan Israel kerana memudahkan negara itu diserang oleh puak ekstremis Islam.
"Sesiapa yang mengabaikannya akan 'menanam diri sendiri hidup-hidup'. Puak berhaluan kiri, sedang melakukannya, mereka sengaja 'menempah ajal' dengan berbuat demikian," katanya kepada portal berita nrg. 
Ditanya sama ada ia bermaksud negara Palestin tidak akan diiktiraf sekiranya beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri, Netanyahu berkata 'sudah pasti'. -BBC

Usia baru 21, anak dah 11

Semenanjung Gaza: Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah melahirkan 11 anak termasuk kembar lima yang semuanya berusia bawah tujuh tahun.
Naeema yang sudah berkahwin dengan suaminya, Raad, 25, sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebenarnya hanya mahukan lima anak.
“Percayalah, saya tidak langsung ingin terus mengandung dan melahirkan anak. Saya mahukan hanya lima, seperti wanita normal lain.
“Sudah bertahun-tahun saya tidak dapat ke mana-mana kerana sibuk menjaga anak. Apatah lagi dengan kembar lima yang memerlukan lebih banyak pemerhatian.
“Pada waktu malam saya lebih banyak terjaga daripada tidur kerana perlu menyusukan semuanya,” katanya dalam wawancara dengan rangkaian televisyen Al Arabiya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:27 AM


NAEEMA dan Raad bersama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37536#sthash.ZewkfqMy.dpuf

Sunday, 15 March 2015

Tuntut salur bantuan perubatan


14 Mac 2015


GENTING GAZA - PALESTIN . Ratusan penunjuk perasaan berarak dari Majlis Perundangan Palestin ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena menyambut ulang tahun ke-47 Hari Mangsa Cedera, kelmarin.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mengecam masyarakat antarabangsa kerana hanya berdiam diri dan tidak membantu mangsa cedera dalam Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan Israel, Julai lalu.

Mereka juga menuntut bantuan perubatan tambahan diberikan kepada golongan memerlukan di wilayah tersebut.

Sementara itu, ahli gerakan Jihad Islam, Ahmad al-Modallal berkata, perhimpunan itu diadakan untuk menzahirkan solidariti dengan mangsa serangan rejim Zionis.

"Puluhan ribu penduduk Palestin cedera akibat kekejaman Israel dan kami mahu mengetengahkan isu penderitaan mereka untuk memastikan nasib golongan itu terbela," menurutnya lagi. - Press TV

Tentera Israel mengganas, 11 cedera


Tentera Israel mengganas, 11 cedera
Penduduk Palestin dikasari pihak berkuasa rejim Zionis ketika mengadakan protes di Tebing Barat.
RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera manakala tiga lagi ditahan selepas tentera rejim Zionis bertindak ganas menyerang kumpulan penunjuk perasaan di Tebing Barat, kelmarin.

Media tempatan melaporkan puluhan penunjuk perasaan itu mengadakan protes di kampung Nabi Salih terletak kira-kira 20 kilometer di barat laut Ramallah sebagai membantah projek penempatan haram dan tembok pemisah di sepanjang wilayah Tebing Barat.

Situasi menjadi tegang apabila tentera Israel bertindak ganas dengan melepaskan gas pemedih mata, bom tangan pegun dan peluru hidup ketika cuba menyuraikan kumpulan protes tersebut.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera selepas pihak berkuasa rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah lebih 100 penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di kem pelarian Jalazone kira-kira 7 kilometer dari utara Ramallah. - Press TV

Netanyahu ketinggalan

Baitulmaqdis: Hasil kajian pendapat terbaru yang diterbitkan semalam menunjukkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tercicir empat kerusi di belakang parti pembangkang berhaluan kiri-tengah, bebeberapa hari sebelum pilihan raya.
Menurut laporan yang disiarkan akhbar Yediot Aharonot, menunjukkan pencabar utama parti Likud, Kesatuan Zionis, memenangi 26 daripada 120 kerusi Parlimen, berbanding 22 untuk parti Netanyahu itu.
Menurut kajian membabitkan 1,032 responden oleh agensi kaji selidik Mina Tzemach, Joint List, pakatan yang baru dibentuk oleh parti utama Arab, berada di tangga ketiga dengan 13 kerusi.
Kajian yang dilakukan bersama akhbar Jerusalem Post dan Maariv juga menunjukkan jurang empat kerusi dengan Kesatuan Zionis dijangka memenangi 25 kerusi berbanding 21 untuk Likud.
Kajian membabitkan 1,300 responden itu juga menunjukkan Joint List akan memenangi 13 kerusi.
Kesatuan Zionis menggabungkan parti Buruh pimpinan Isaac Hertzog dan HaTnuah, parti berhaluan tengah yang diketuai Tzipi Livni, bekas ketua perunding Israel dengan Palestin.
Sistem pilihan raya Israel tidak menetapkan parti yang memenangi paling banyak kerusi akan membentuk kerajaan.
Parti yang kalah, jika boleh membentuk pakatan dan menguasai majoriti daripada 120 kerusi, juga berpeluang menubuhkan kerajaan.
Dalam pada itu, Netanyahu berkata, Israel berdepan dengan masalah keselamatan jika pembangkang menang.
Netanyahu juga berkata, dia tidak akan menyertai kerajaan perpaduan jika Likud kalah.
Kenyataannya itu sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan rakyat Israel dalam usahanya menarik lebih banyak undi lima hari sebelum pilihan raya 17 Mac ini.
“Keselamatan Israel berdepan dengan ancaman jika kami kalah pilihan raya ini.
“Jika Likud kalah dan Parti Buruh menang, pemimpin Kesatuan Zionis Isaac Herzog dan Tzipi Livni akan bergilir-gilir menjadi perdana menteri dengan sokongan parti Arab.
“Ini akan menyebabkan perubahan besar dalam dasar dan ia mengancam keselamatan. Sesiapa yang mahu menghalangnya berlaku, perlu sokong Likud,” katanya kepada Jerusalem Post.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:17 AM


POSTER kempen parti Kesatuan Zionis dapat dilihat di Tel Aviv, semalam. Penduduk Israel akan mengundi memilih kerajaan baru 17 Mac ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36807#sthash.L4V1S4Tb.dpuf

Saturday, 14 March 2015

Terkait Dicabutnya Status Teroris Hamas, Hizbullah Sambut Baik Keputusan Mesir


Jumat 22 Jamadilawal 1436 / 13 Maret 2015 16:10
hamas

KELOMPOK Hizbullah Lebanon telah menyambut baik keputusan pemerintah Mesir untuk menarik kembali label teroris yang disematkan pada faksi Palestina Hamas.
“Kami menyambut baik langkah yang diambil oleh pemerintah Mesir. Kami percaya langkah ini mencerminkan status dan sejarah dan rakyat Mesir,” kata jubir Hizbullah dalam sebuah pernyataan pada hari Kamis (12/3/2015).
Seperti dilansir World Bulletin, Hizbullah menggambarkan Hamas sebagai gerakan perlawanan yang menentang “pendudukan Zionis.”
“Setiap usaha yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara Hamas dan Mesir kami disambut baik,” kata Hizbullah.
Akhir bulan lalu, pengadilan Mesir menunjuk Hamas sebagai “teroris” atas klaim telah melakukan serangan di Semenanjung Sinai Mesir. [ds/islampos]

Rakyat Palestin terpenjara akibat kezaliman Israel

Hospital El Wafa, Rafah yang musnah dibedil Israel pada tahun lalu.
Sebahagian wanita Palestin memberi sokongan kepada Hamas di depan ibu pejabat UNRWA sempena Hari Wanita Sedunia di Gaza. - Foto AFP
SABTU, 14 MAC 2015 @ 8:44 AM
Konflik ketenteraan dan kemanusiaan di wilayah Palestin terutama Gaza berlaku saban tahun meliputi tempoh hampir tujuh dekad. Malah, Gaza digelar penjara terbesar dunia. Selain itu, peperangan terbaharu sudah enam bulan berlalu di bumi Gaza, namun nasib 1.8 juta rakyat Palestin di wilayah konflik itu masih belum terbela. Pelarian Palestin, majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan AS$1.5 (RM5.60) sehari masih menderita apatah lagi nasib 108,000 yang hilang tempat tinggal dalam serangan rejim Israel pada Ogos/Julai lalu.
Lebih mengejutkan apabila Agensi Bantuan dan Pekerjaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan jumlah warga Palestin yang bergantung dengan agensi PBB itu meningkat daripada 80,000 kepada 800,000.
Realiti memeritkan itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl, dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah di Brussels, awal bulan ini.
"Angka ini mengejutkan dan membayangkan situasi tragik yang kita semua harus hadapi," katanya merujuk situasi terkini di wilayah konflik itu.
UNRWA terpaksa henti bantuan kewangan
Peningkatan 10 kali ganda itu tentunya menggusarkan semua pihak apatah lagi ketika UNRWA, yang juga talian hayat kepada rakyat Palestin di seluruh dunia, dilaporkan terpaksa menghentikan program bantuan kewangan di Gaza Januari lalu.
Situasi pedih itu menyebabkan pelarian yang terdesak terbabit dalam rusuhan kecil di gudang simpanan UNRWA di wilayah konflik itu. Wang bantuan itu sepatutnya digunakan untuk membaiki rumah yang musnah atau untuk membayar subsidi sewa pelarian terbabit.
Penulis yang memasuki Gaza pada Oktober lalu mendapati ramai warga Palestin terpaksa berhimpit-himpit di sekolah UNRWA bagi tempat berlindung dan tidak kurang juga menumpang di rumah sanak-saudara atau menyewa bagi yang mampu.


Sempadan Rafah dikawal ketat
Di Gaza, mangsa serangan rejim zionis masih menderita apabila keadaan di sempadan Rafah yang dikawal Mesir belum menunjukkan tanda-tanda positif.
Ia dikawal ketat dengan pergerakan terhad kepada kes-kes khas yang tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan bahagian risikan Mesir. Tentera Mesir juga dilaporkan giat memusnahkan saki baki terowong bawah tanah yang sebelum ini menjadi sumber ekonomi Gaza.
Jambatan yang merentasi Terusan Suez juga terus ditutup dan dikawal pihak tentera Mesir bagi berdepan sebarang ancaman ke atas pemerintahan sedia ada.
Penulis difahamkan perintah berkurung yang dikuat kuasa Mesir hujung Oktober lalu, akibat ancaman militan di wilayah tengah dan utara Sinai, terus berjalan.
Ini bermakna laluan di sempadan Rafah masih terhad dan warga Palestin yang terus dikepung rejim Israel, bergantung sepenuhnya kepada belas ihsan negara jirannya di bawah pimpinan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi.
Sumber diplomat memaklumkan perintah berkurung semakin ketat sekalipun pintu sempadan Rafah dibuka selama dua hari pada 9 dan 10 Mac lalu.
Jurucakap pihak berkuasa Palestin di Gaza, Maher Abu Sabha memaklumkan hanya 900 orang dibenarkan menyeberangi sempadan Rafah dengan menaiki 12 bas dalam tempoh dua hari itu.
"Beribu-ribu mahu keluar (dari Gaza) tak dapat berbuat demikian, manakala puluhan terkandas di Mesir tidak dapat pulang," katanya.
Jurucakap Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi, memaklumkan tempoh dua hari itu tentunya tidak mampu menampung bilangan warga Gaza yang ingin keluar dari wilayah konflik itu atas pelbagai sebab.
Pergerakan lancar di sempadan Rafah amat penting bagi kes-kes kritikal khususnya pesakit yang perlu mendapatkan rawatan susulan di luar Gaza.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini mengetatkan kawalan di sempadan ekoran ancaman militan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013 akibat rampasan tentera.
Apa yang pasti, perkembangan pada 28 Februari lalu menggusarkan ramai pihak mengenai masa depan Gaza apabila Mahkamah Mesir mengisytiharkan Hamas sebagai 'organisasi pengganas', menjadikan Mesir negara keempat berbuat demikian selepas Israel, Amerika Syarikat dan Kanada.
Hamas dilihat masih popular di Gaza dan bersedia menjayakan kerajaan perpaduan dengan Fatah yang menguasai Tebing Barat selepas suara Palestin semakin diterima masyarakat dunia, khususnya di Eropah.
Pengiktirafan Palestin
Pemerhati politik menyifatkan pengiktirafan Palestin dalam kalangan negara Eropah memberi tekanan kepada pendudukan Israel di Tebing Barat dan juga pengepungan ke atas Gaza sejak tahun 2007.
Perkembangan ini amat ditakuti Israel ketika penderitaan di wilayah konflik itu belum berakhir selepas dunia terus dimomok dengan isu militan Negara Islam (IS) di segenap penjuru.
Sekalipun IS mendominasi dada akhbar dan menjadi tajuk utama berita dunia, isu pelarian Palestin tidak harus dilupakan sebagai isu kemanusiaan yang memalukan masyarakat dunia.
"Gaza adalah sumber keaiban masyarakat dunia," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon ketika memasuki Gaza pada Oktober lalu.
Konflik di Palestin mungkin dilihat tidak seteruk krisis di Syria yang menyaksikan 12 juta rakyatnya terjejas, dengan 3.3 juta menjadi pelarian di negara jiran, namun ia berterusan sejak 67 tahun lalu tanpa penyelesaian konkrit.
Sehingga hari ini, sekalipun masyarakat antarabangsa memberi derma dan bantuan, pihak yang dapat membawa perubahan di bumi Palestin khususnya negara kuasa besar dunia juga bersikap hipokrit kerana membenarkan isu dan permasalahan Palestin berlarutan.


Rejim Zionis bermaharajalela


Hanya dalam isu Palestin nampaknya negara kuasa besar memekakkan telinga dan menutup mata membiarkan rejim Zionis Israel bermaharajalela.
Mereka tiada masalah mengebom pelampau al-Qaeda atau kumpulan Negara Islam (IS) dan penyokong militan, tetapi enggan membenarkan rakyat Palestin keluar daripada penjajahan Yahudi meskipun sudah banyak cadangan dikemukakan negara Arab untuk menamatkan derita Palestin.
Menunjukkan dasar anti-Arab rejim zionis, menjelang pilihan raya Israel pada 17 Mac, pihak berkuasa Yahudi menyediakan satu 'app' dalam bahasa Hebrew menunjukkan peta pilihan raya termasuk di mana seseorang itu patut mengundi.

Ada ahli perundangan Yahudi menganggapnya niat parti pemerintah untuk tidak menggalakkan orang Arab di Israel mengundi sekalipun ada kenyataan mengatakan app dalam bahasa Arab akan dikeluarkan selepas ini. Penduduk Palestin nampaknya akan terus ditindas sama ada mereka di Gaza atau di kawasan di bawah jajahan Yahudi.

Netanyahu perlu berundur


Netanyahu perlu berundur
Seorang wanita Palestin menjual minyak zaiton di hadapan poster kempen pilihan raya Netanyahu di Givat Zeev di timur Baitulmaqdis. - Foto: AFP
TEL AVIV - Desakan meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya berundur daripada jawatannya itu semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Israel pada 17 Mac ini.

Ketua parti pembangkang Yesh Atid, Yair Lapid ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya berkata, rakyat Israel perlu bijak untuk menolak pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan politiknya sendiri.

"Netanyahu perlu berundur. Kita mesti pastikan bahawa Selasa hadapan adalah hari terakhir dia menjadi perdana menteri," kata Lapid di Holon, semalam.

Perhimpunan itu dihadiri lebih 2,000 orang dan disertai beberapa pemimpin utama daripada parti Kesatuan Zionis.

"Netanyahu tidak pernah kisah dengan keadaan rakyatnya. Dia juga tidak kisah dengan pelan rundingan damai.

"Dia juga tidak kisah dengan nasib penduduk yang tinggal di sepanjang sempadan Gaza. Dia hanya pentingkan kuasa dan kedudukannya," kata Lapid.

Di akhir ucapannya, Lapid meramalkan partinya mampu memberi tentangan sengit terhadap parti Likud pimpinan Netanyahu.

Minggu lalu, puluhan ribu penduduk Israel membanjiri jalan utama menyertai protes mendesak Netanyahu meletak jawatan.

Demonstrasi itu diadakan kerana penduduk sudah bosan dengan sikap putar belit Netanyahu yang sengaja mencetuskan ketegangan di rantau terbabit. - Ynetnews

Thursday, 12 March 2015

Netanyahu tak senang duduk


Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa ada rancangan daripada masyarakat antarabangsa untuk memastikan beliau tewas dalam pilihan raya kebangsaan minggu depan.

"Saya dapat rasakan ada usaha global untuk menjatuhkan saya. Ada pihak mahu menggulingkan pemerintahan parti Likud," katanya dalam temu bual bersama Radio Tentera, semalam.

Netanyahu membuat kenyataan itu dalam usahanya meraih semula sokongan pengundi, bagi memastikan beliau terus berkuasa untuk tempoh empat penggal lagi.

Menjelang pilihan raya 17 Mac ini, Netanyahu ditentang hebat pesaingnya, Isaac Herzog daripada Kesatuan Zionis yang berkempen untuk menyambung semula rundingan damai.

Ahad lalu, beribu-ribu penduduk Israel mengadakan demonstrasi di Tel Aviv, bagi mendesak Netanyahu berundur daripada jawatannya.

Media Israel melaporkan kira-kira 30,000 orang menyertai demonstrasi itu, yang diadakan di bawah tema 'Israel mahukan perubahan'.

Bekas ketua agensi risikan Israel, Mossad, Meir Dagan ketika berucap pada demonstrasi itu berkata, Netanyahu merupakan orang yang menimbulkan kerosakan strategik terbesar kepada Israel. - Reuters