Sunday, 18 January 2015

Tubuhnya Lumpuh, Tapi Ditakuti Israel


syekh yasin

Sudah lanjut usia, badannya lumpuh. Mata kirinya diuji dengan rabun. Telinganya didera radang. Paru-parunya digerogoti alergi. Namun walaupun tubuhnya lemah, jasadnya paling dicari Israel.

"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?"

Begitulah cara Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin mendefinisikan arti perjuangan atas pembebasan tanah wakaf kaum muslimin di Palestin.

Jika umat Islam lupa kewajiban membebaskannya, biarlah ia bersama kerusi roda yang menebusnya.

"Aku tidak mampu kemana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) -ku .... Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah? "

Namun, biarkan Syeikh Ahmad Yasin menterjemahkan arti perlawanan dengan caranya: merancang kumpulan Mujahidin Palestin tahun 1982, meletuskan Intifadah Disember 1987, sehingga lahirlah Hamas satu minggu kemudian.

Demikian takutnya Yahudi kepada spirit pasukan muslim, Israel sampai harus menjatuhkan hukuman seumur hidup plus 15 tahun bagi Syeikh Ahmad Yasin. Ya, untuk seorang ulama yang mengaku tak mampu memapah senjata dan mengangkat pena kerana tangannya lumpuh.

Jika Golda Meir menyumbangkan separuh hartanya untuk Israel, maka Syeikh Yasin menyerahkan seluruh hidupnya untuk Islam.

Begitulah cara Syeikh Yasin mengajar kita bagaimana menjadi umat Islam, yang lumpuhnya saja ditakuti musuh. Lelaki kelahiran 1938 yang hampir tak boleh menggerakkan bahagian tubuhnya sendiri, tetapi oleh Allah diberi kemampuan menggerakkan jiwa raga jutaan orang.

"Tidak ada sejarah seperti yang diukur Syekh Yasin, di mana pemimpin yang lemah (kerana cacat fizikal) mampu mengubah menjadi kekuatan," kata Dr Asy-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Hari-hari Syeikh Yasin diisi dengan ibadah, lapang dipenuhi dengan tarbiyah, tangan dinginnya dipakai untuk melahirkan kader dakwah. Maka muncullah Abdul Aziz Rantisi, Ismail Haniya, Khalid Misyal, dan lain-lain. Anak-anak muda yang gigih bersamanya mengagagas Hamas, satu pekan pasca meletusnya intifadhah.

Telah berkali-kali Syeikh Yasin hidup dalam penjara bersama kerusi roda. Dari mula tahun 1965, 1985, dan 1989.

Dalam mahkamah terakhir, beliau dihukum seumur hidup plus 15 tahun. Tuduhannya, mendalangi serangan rakyat Palestin atas Israel dan melucutkan senjata tentera-tentera Israel, warga Yahudi, serta penculikan terhadap agen-agen Israel.

Di dalam penjara, pukulan bertubi-tubi bersarang di mata dan kepalanya. Namun seksaan itu dilaluinya dengan tawakal dan penuh kesabaran. Kerana semuanya adalah sebahagian dari perjuangan.

Syeikh Yasin akhirnya berjaya bebas pada tahun 1997 akibat pertukaran tawanan. Anak-anak didiknya di Hamas berjaya menawan dua agen Mossad yang hendak meracuni Khalid Misyal.

Keluar dari penjara, Syeikh Yasin kembali menyuarakan perjuangan untuk membebaskan Palestin.

Bersama Hamas, beliau kembali melakukan perlawanan kepada Israel ketika Ariel Sharon menyatroni Masjid Al Quds dan diikuti dengan pembunuhan terhadap jamaah solat. Pertembungan antara tentera Israel dan rakyat Palestin pecah. Meletuslah Intifadah kedua.

Pelbagai cara dilakukan Israel untuk membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan selalu gagal. Hingga pada Isnin subuh, 1 Safar 1425 H / 22 Januari 2004 M, Apache Israel buatan Amerika Syarikat menghampiri, lalu memuntahkan tiga buah roket ke tubuh lemah berjiwa baja di atas kerusi roda itu.

Suara gelegar tiga roket meletup itu seakan menghancurkan langit Gaza Subuh itu. Abdul Hamid, anak Syeikh Yasin, terlempar beberapa belas meter dari kedudukan berhampiran dengan ayahnya.

"Saya sama sekali tak boleh melihat di mana tubuh ayah saya," katanya mengimbas kembali. "Di dekat saya sekurang-kurangnya ada lima jenazah yang hancur bergelimpangan ... Darah muncrat dan membanjir kemana-mana ..."

Hari itu, menjadi hari duka bagi rakyat Palestin. Berjuta-juta rakyat Palestin menangis. 200 ratus ribu orang mengantarkannya ke tanah perkuburan. Gema takbir bergema menyelimuti langit Gaza.

Jasadnya boleh tiada, namun idea dan cita-cita terus mengalir menembusi jiwa-jiwa kaum muslimin demi meneruskan perjuangannya.

"Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis dan itu hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya, "pesannya

*Sumber dari islampos.com

Simbol Syaitan Raksasa Kelihatan Dalam Google Earth di Wilayah Kazakhstan

kazakstan

Sebuah pentagram besar terukir di tanah di kawasan terpencil Kazakhstan menyebabkan kebingungan atas teori konspirasi selepas gambar itu muncul di Google Earth muncul kembali dalam sebuah blog ilmiah popular, The Daily Mail melaporkan pada hari Jumaat.

Bintang pecah lima berukuran 366 meter dengan diameter dan terletak di pantai selatan Tobol Reservoir di bahagian utara Kazakhstan. Hampir tidak ada tanda-tanda manusia bertempat tinggal di kawasan tersebut; penempatan yang terdekat adalah bandar Lisakovsk, kira-kira 12 batu (20 kilometer) ke arah timur.
simbol setan

Tidak diketahui apa alasan simbol dan lokasi itu berada di kawasan tersebut yang jauh dari pusat penempatan di negara tersebut.

simbol setanPentagrams ini umumnya berkaitan dengan penyembahan setan, tetapi juga digunakan kumpulan berhala seperti Wicca, Bahai dan Tao China, serta neopagan dan pengikut ahli matematik Yunani, Pythagoras.

Beberapa pengulas membuat kesimpulan bahawa simbol itu adalah karya seorang pemuja setan. Lain menduga bahawa itu sisa-sisa sebuah pengkalan tentera Rusia, atau laman web yang ditinggalkan dari markas tentera era-Soviet. Kazakhstan adalah sebahagian dari bekas Kesatuan Soviet hingga kemerdekaan pada tahun 1991.

*Sumber dari eramuslim.com

Israel punca pengganas wujud





ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (gambar) berkata, Israel bertanggungjawab di atas kewujudan kumpulan radikal Islam di seluruh dunia akibat tindakan rejim Zionis itu yang secara berterusan melakukan keganasan termasuk mengebom bumi Gaza.
Semasa ditemu bual oleh agensi berita Reuters, Ahmet juga berkata, keamanan di Timur Tengah dan usaha menghapuskan kumpulan pelampau mustahil dapat dilakukan tanpa mengiktiraf penubuhan negara Palestin.
Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa supaya memberi tumpuan bagi memerangi militan Islamic State (IS) dalam usaha untuk menamatkan konflik di Syria dan mengutuk kekejaman oleh Presiden Bashar al-Assad yang menjadi punca sebenar kepada kebangkitan militan berkenaan.
Turki yang merupakan calon untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kini menjadi sekutu utama Barat dalam memerangi kumpulan IS.
Kepimpinan negara itu akhir-akhir ini menyuarakan kebimbangan dengan pe­ningkatan anti-Islam di Eropah selain lantang mengkritik Israel.
“Netanyahu telah membunuh dirinya sendiri apabila tenteranya membunuh kanak-kanak di taman permainan. Mereka membunuh rakyat Turki dan rakyat Amerika Syarikat di perairan antabangsa. Merekalah pengganas,” katanya yang merujuk kepada serangan Israel pada 2010 terhadap sebuah kapal milik Turki yang cuba memasuki Semenanjung Gaza di Palestin untuk menghantar barangan keperluan.
Katanya lagi, seolah-olah tiada pihak di dunia boleh mempertikaikan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan semua itu merupakan provokasi yang mengecewakan umat Islam sekali gus menjadi salah satu punca kepada kebangkitan kumpulan radikal.
“Jika kita mahu mewujudkan keamanan dan ketenteraman di Timur Tengah, kita harus menghapuskan kuasa-kuasa pelampau dan menyelesaikan konflik yang melanda Palestin,” kata Ahmet.
Ahmet pada Khamis lalu membandingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sama dengan kumpulan pengganas yang membunuh 17 orang di Paris ming­gu lalu kerana kedua-dua mereka melakukan jenayah kemanusiaan.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3P7VuPu2D 
Hakcipta terpelihara 

ICC mula siasat 
konflik Palestin-Israel

Anggota tentera Israel, menahan seorang penduduk Palestin semasa
Anggota tentera Israel, menahan seorang penduduk Palestin semasa satu pertempuran berhampiran penempatan haram Yahudi, di Kampung Kofr, Qadomem, di Tebing Barat, kelmarin. – REUTERS
AMSTERDAM 17 Jan. - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan dakwaan kemungkinan berlaku jenayah perang di wilayah Palestin, membuka laluan kepada pertuduhan jenayah terhadap penduduk Israel atau Palestin.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak pendakwa raya berkata, siasatan akan dilaksanakan ‘secara bebas dan adil’ berkaitan jenayah perang yang berlaku bermula 13 Jun tahun lalu.
Tindakan itu membolehkan mahkamah menyelidiki perang antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza pada Julai hingga Ogos tahun lalu yang menyaksikan lebih 2,100 penduduk Palestin dan 73 orang Israel terbunuh.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun tidak bersetuju dengan langkah ICC itu dengan alasan, Palestin bukannya sebuah negara, justeru tidak layak menyertai ICC.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengesahkan Palestin secara rasmi menganggotai tribunal berkenaan pada 1 April ini, satu langkah yang ditentang hebat AS dan Israel.
“Kes itu kini diserahkan kepada ICC. Perkara ini akan disiasat menggunakan undang-undang dan kami yakin dengan sistem mahkamah,’’ kata ketua delegasi Palestin di The Hague, Nabil Abuznaid.
Pendakwa raya akan mengakses bukti tentang dakwaan jenayah dan menentukan sekiranya mereka mempunyai asas untuk mengeluarkan waran terhadap mana-mana individu dari kedua-dua belah pihak.
Israel sementara itu berang de­ngan tindakan ICC apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melabelkan pemeriksaan itu sebagai ‘satu pencabulan’.
“Israel sama sekali menolak pengumuman pendakwa raya ICC tentang pembukaan kertas siasatan awal atas dasar permintaan keterlaluan oleh pihak berkuasa Palestin,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/icc-mula-siasat-8232-konflik-palestin-israel-1.49012#sthash.oQ6mIBPY.dpuf

Saturday, 17 January 2015

ICC buka kertas siasatan jenayah perang di Palestin



Ibu pejabat ICC di The Hague. - Foto wikipedia.org
The Hague: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkata pihaknya, sudah membuka siasatan awal jenayah perang di wilayah Palestin, langkah rasmi pertama yang boleh membawa pendakwaan kepada Israel atau Palestin.
Pada 1 Januari lalu, sehari sebelum memohon menjadi anggota ICC, kerajaan Palestin meminta pendakwa menyiasat tuduhan jenayah yang dilakukan di wilayahmya sejak 13 Jun 2914, tarikh Israel memulakan serangan ke atas Gaza.
"Mahkamah akan membuat analisis secara bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak," kata ICC di dalam satu kenyataan, sambil menambah ia adalah perkara dasar dan pelaksanaan untuk membuka siasatan awal.
Sementara itu ketua delegasi Palestin di The Hague, Nabil Abuznaid berkata kes jenayah Israel sudah berada di tangan mahkamah.
"Ia adalah urusan perundangan sekarang dan kami percaya dengan sistem mahkamah yang ada," katanya.
Pegawai kedutaan Israel di The Hague, tidak dapat dihubungi untuk mendapat kenyataan.
Pemeriksaan awal, yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, membabitkan pengumpulan bukti dakwaan jenayah dan kaedah pelaksanaan pendakwaan.
Hanya selepas siasatan penuh dilakukan pendakwaan boleh dilakukan sama ada Israel atau Palestin. AGENSI

Friday, 16 January 2015

Netanyahu sama seperti pengganas – PM Turki


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
ISTANBUL 15 Jan. – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) sama seperti kumpulan pengganas yang menyerang Paris minggu lalu, kerana kedua-dua mereka melakukan jenayah kemanusiaan.
Ahmet dalam satu sidang media berkata, tindakan Israel mengebom Gaza dan menyerang flotila bantuan diketuai Turki ke Genting Gaza pada 2010 sehingga menyebabkan 10 rakyatnya terkorban, sama dengan tindakan serangan pengganas di Paris.
“Serangan kejam di Paris yang dilakukan oleh pengganas merupakan satu jenayah kemanusiaan dan Netanyahu adalah ketua kerajaan yang menyebabkan banyak kanak-kanak yang sedang bermain di pantai terbunuh dengan tindakannya mengebom mereka.
“Serangan yang dilancarkan ke atas flotila bantuan sehingga mengakibatkan rakyat kami terkorban di kawasan perairan antarabangsa itu juga merupakan satu jenayah kemanusiaan,” jelas Ahmet.
Barisan kepimpinan Turki mengutuk serangan ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo minggu lalu yang mengakibatkan 12 orang terkorban dan memberi amaran peningkatan Islamofobia akan menyebabkan lebih banyak kekacauan.
Ahmed merupakan salah seorang daripada pemimpin Islam yang menghadiri majlis perarakan bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan di Paris itu.
Ahmed turut mengutuk tindakan akhbar sekular Turki, Cumhuriyet kerana menerbitkan keratan ahkbar Charlie Hebdo terbitan terbaharu yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad, sambil berkata, kebebasan akhbar tidak seharusnya mendokong nilai-nilai yang menghina agama. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-sama-seperti-pengganas-8211-pm-turki-1.48327#sthash.jl4KLsVn.dpuf

Thursday, 15 January 2015

Menteri Sepanyol gesa bantuan antarabangsa


Puluhan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan rejim Zionis. Foto: AFP
Puluhan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan rejim Zionis. Foto: AFP
MADRID - SEPANYOL. Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia Margallo, menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kewangan kepada penduduk Palestin di Genting Gaza.

"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak dengan lebih pantas untuk membina semula Gaza. Mereka kini hidup dalam keadaan sengsara," katanya ketika mengadakan lawatan di wilayah bergolak itu.

Menurut Press TV, beliau turut berharap bantuan diberikan untuk membina semula lebih 120,000 rumah yang musnah dalam serangan udara tentera Israel selama lebih 50 hari beberapa bulan lalu.

Difahamkan, ketika lawatan tersebut Garcia Margallo turut dibawa melihat sendiri kesan serangan dan mengadakan perbincangan bersama ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Pierre Krahenbuhl.

Wednesday, 14 January 2015

Mesyuarat bincang pilihan raya Palestin


GAZA CITY 14 Jan. - Beberapa kumpulan politik Palestin termasuk pergerakan Hamas menggesa kerajaan perpaduan Palestin memulakan persiapan untuk mengadakan pilihan raya.
Mesyuarat itu adakan di sini semalam, selepas pemimpin Hamas mempersoalkan masa depan kerajaan perpaduan antara Pergerakan Fatah dan Hamas, dengan mendakwa Fatah mengabaikan Genting Gaza. Bagaimanapun pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak menghadiri mesyuarat tersebut.
Pergerakan Hamas sebelum ini menuduh kerajaan perpaduan yang ditubuhkan pada Jun lalu berdasarkan persetujuan yang dicapai antara pemimpin kedua-dua wilayah Palestin itu gagal membayar gaji kepada 43,000 pekerja Hamas selepas berjaya mengambil alih pentadbiran Gaza pada 2007. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesyuarat-bincang-pilihan-raya-palestin-1.47593#sthash.pSzxa7V1.dpuf

Tuesday, 13 January 2015

Netanyahu, Abbas 'dekat di mata jauh di hati'



- Foto REUTERS
13 Jan 2015
PARIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dan Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, bertemu kelmarin apabila mereka menyertai pemimpin lain dunia berarak di tengah ibu kota Perancis ini bagi menunjukkan perpaduan sejagat dalam memperingati 17 mangsa pengganasan di negara itu.

Pada hari penuh simbolisme itu, berlaku adegan jarang dilihat - dua musuh itu berdiri di barisan depan. Encik Netanyahu dan Presiden Abbas antara puluhan wakil asing yang menyertai perarakan tersebut.

- See more at: http://beritaharian.sg/dunia/netanyahu-abbas-dekat-di-mata-jauh-di-hati#sthash.hgM82dsG.dpuf

Monday, 12 January 2015

Gaza menangis lagi

Oleh Muhammad Saufi Hassan 
saufi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ribuan penduduk Semenanjung Gaza kini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau dengan suhu enam darjah celsius termasuk kemungkinan bencana banjir.
Pelajar jurusan Syariah, Universiti Islam Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, keadaan itu memaksa penduduk Gaza mencari tempat perlindungan biarpun dalam keadaan serba kekurangan.
“Keadaan di sini (Semenanjung Gaza) memang luar biasa berbanding tahun sebelumnya. Ribuan rakyat Gaza terpaksa mencari tempat berteduh dan mereka juga terdedah dengan cuaca sejuk melampau.
“Berdasarkan tinjauan saya, rata-rata penduduk tidak mempunyai kelengkapan seperti tempat berlindung, tiada pemanas dan tiada selimut tebal”€ katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, petang ini.
Menurut Muhammad Nadir, ada penduduk yang menggigil kesejukan berikutan ketiadaan kelengkapan untuk menghadapi keadaan cuaca seperti itu.
Katany, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik dan keadaan itu dilihat menyukarkan penduduk.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 3:19 PM


Suasana cuaca melampau termasuk hujan lebat di sekitar kawasan Zaitun, Semenanjung Gaza yang dirakam awal pagi. FOTO Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22933#sthash.kzjMXKAZ.dpuf

Saturday, 10 January 2015

Dua Bayi Palestin Meninggal Dunia Kerana Cuaca Sejuk


Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 6:20 PM
Pasukan pertahanan awam Palestin menaiki bot melakukan pemindahan penduduk di kawasan terjejas akibat banjir di Rafah, selatan Genting Gaza. Foto AP

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Dua bayi warga Palestin meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Genting Gaza yang dilanda ribut musim sejuk, kata pegawai pada Sabtu.
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dari bandar Khan Yunis, selatan Gaza meninggal dunia pada Jumaat kerana "halangan bekalan udara ke paru-paru yang disebabkan oleh kesejukan," kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra.
Beliau berkata, seorang lagi merupakan bayi lelaki berusia sebulan, juga dari Khan Yunis, meninggal dunia pada Sabtu.
Pertahanan awam Gaza berkata, banyak kediaman yang telah dimusnahkan akibat peperangan bersama pihak Israel pada tahun lepas, kini dilanda pula ribut mengganas yang menyebabkan hujan beku dan angin kencang. 
Kawasan yang terjejas teruk ialah bandar Rafah di selatan Gaza, di sempadan Mesir.
"Hujan lebat menyebabkan rumah-rumah dinaiki air setinggi satu meter (dan) ada yang setengah meter," kata jurucakap itu, sambil menambah semua penghuni dipindahkan ke sekolah-sekolah.
Pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah Palestin selepas dilanda ribut pada Rabu lalu. - AFP

Friday, 9 January 2015

Palestin iktiraf bidang kuasa ICC


7 Januari 2015


THE HAGUE - BELANDA. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memaklumkan Palestin mengiktiraf secara rasmi bidang kuasa agensi tersebut.

Kelmarin, pendaftar ICC, Herman von Herbel mengesahkan telah menerima dokumen maklum balas itu dari pihak Palestin pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, penerimaan itu didakwa tidak bermakna prosedur siasatan boleh dilakukan secara automatik walaupun ia membuka jalan kepada agensi antarabangsa tersebut untuk menyiasat dakwaan jenayah perang dilakukan Israel.

Difahamkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga masih mengkaji dokumen dikemukakan Palestin untuk menyertai ICC. - Al-Arabiya

Ribut Huda landa negara rantau Arab

8 Januari 2015
Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.
Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.

BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, kelmarin. Media tempatan melaporkan fenomena itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang di ibu negara selepas kawasan sekitar dilanda salji, angin kencang dan sebahagian tempat turut ditenggelami banjir. Pihak berkuasa juga bertindak mengeluarkan amaran kepada pengguna lalu lintas supaya sentiasa mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu. Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan suhu di sekitar Amman diramalkan menurun sehingga di bawah 5 darjah Celsius dan salji setebal 2.5 hingga 7.6 sentimeter dijangka melanda ibu negara terbabit. Sementara itu, agensi berita Lubnan, Daily Star melaporkan ribut salji tersebut akan turut melanda beberapa kawasan di Israel dan wilayah Palestin. - Al-Arabiya

Palestin sertai ICC 1 April


PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon berkata, Palestin akan menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 1 April ini, seterusnya membolehkannya mengemukakan tuntutan jenayah perang terhadap Israel.
Dokumen meratifikasikan Statut Rom bagi menyertai mahkamah itu diserahkan Palestin Jumaat lalu dalam langkah rasmi terakhir bagi menerima bidang kuasa tribunal jenayah perang tetap dunia.
Menurut PBB, Ban sendiri akan menyemak semua dokumen berkenaan.
Dalam kenyataannya di laman web PBB, Ban mengumumkan penerimaan dokumen itu.
“Statut berkenaan akan berkuat kuasa bagi Negara Palestin pada 1 April 2015 sejajar dengan prosedur mahkamah,” katanya.
Menurutnya, dia bertindak dalam kapasitinya sebagai pemegang amanah dokumen ratifikasi berkenaan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menandatangani dokumen untuk menyertai ICC sehari selepas Majlis Keselamatan PBB menolak resolusi bagi menetapkan tarikh akhir penjajahan Israel di bumi Palestin 30 Disember lalu.
Penyertaan ke ICC adalah sebahagian strategi Palestin untuk meletakkan tekanan supaya Israel berundur dari wilayahnya, seterusnya mengiktiraf negara Palestin.
Mahmoud didesak mengambil tindakan lebih tegas terhadap Israel selepas perang selama 50 hari antara rejim Zionis dengan pejuang Hamas di Gaza pada musim panas lalu selain ketegangan berhubung Baitulmaqdis dan kegagalan rundingan damai yang diselia Amerika Syarikat.
Keputusan Palestin menyertai ICC membangkitkan kemarahan Israel yang bertindak membekukan lebih AS$127 juta (RM454 juta) dalam hasil cukai yang dikutip bagi pihak Palestin. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22296#sthash.UBLcRxAE.dpuf

Musnah 1,220 rumah


El-Arish, Mesir: Rejim Presiden Abdel Fattah al-Sisi terus menggiatkan kempennya menekan Gaza dengan memusnahkan kira-kira 1,220 rumah di sekitar sempadan kedua-dua wilayah dan mengusir penduduknya ke tempat lain.
Langkah itu dilihat sebagai cara Kaherah memperluaskan zon penampan daripada 500 meter kepada 1 kilometer.
Pegawai keselamatan Mesir berkata, Mesir mahu memastikan aliran senjata dan ‘militan’ memasuki negara itu dari Gaza.
“Proses pelebaran zon penampan itu dijangka siap sepenuhnya pertengahan minggu depan,” katanya.
Dasar pengusiran paksa bukan sesuatu yang aneh kepada kerajaan Mesir sejak negara itu dipimpin Abdel Fattah.
Tindakan ke atas orang awam itu dibuat ketika Gaza terus menghadapi sekatan menyeluruh daripada kerajaan Israel.
Mesir turut aktif menggempur terowong bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan Rafah atas alasan keselamatan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22564#sthash.amMJWXK0.dpuf

Washington: Palestin bukan negara berdaulat

Washington: Palestin tidak layak menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata seorang pegawai pentadbiran Presiden Barack Obama, semalam.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki berkata, Palestin bukan sebuah negara berdaulat dan Washingon tidak mengiktirafnya begitu.
“AS percaya Palestin tidak berhak menerima statut Rome yang menjadi asas penubuhan ICC,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima permohonan Palestin untuk merujuk kes jenayah perang dialaminya kepada ICC.
Jen berkata, Washington juga akan melaksanakan undang-undang yang mengawal dana negara itu kepada penduduk Palestin.
Ia merujuk kepada cadangan AS memotong bantuan kewangan kepada Palestin - bernilai AS$440 juta (RM1.6 bilion) setahun - jika kerajaan negara itu merujuk sebarang kes ke ICC.
Bagaimanapun, untuk nota, AS bukan anggota ICC dan tidak dapat dipastikan sejauh mana ia mempunyai pengaruh menyekat tindakan PBB selepas setiausaha agung badan dunia itu menerima permohonan Palestin kelmarin.
Terdahulu, Palestin mahu merujuk jenayah perang Israel ke atas penduduk Gaza dalam perang 50 hari di wilayah itu tahun lalu.
Sementara itu, Senator Rand Paul semalam mengemukakan usul kepada Kongres untuk membekukan semua bantuan kewangan kepada Palestin walaupun proses di ICC itu baru di peringkat awal - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:04 AM


PENDUDUK Kem Pelarian Qalandia di Ramallah, Tebing Barat meredah salji lebat ketika kebanyakan kawasan di Timur Tengah dilanda ribut musim dingin, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22566#sthash.3XIfwsMD.dpuf

AS cadang henti bantuan kepada Palestin

Rand Paul
Rand Paul

WASHINGTON 8 Jan. – Senator Parti Republikan, Rand Paul, semalam membentangkan rang undang-undang yang akan menghentikan segera bantuan Amerika Syarikat (AS) kepada Palestin, sehingga pihak berkuasa Palestin mengentikan usahanya untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Usaha Paul itu, yang dijangka mewakili parti berkenaan merebut jawatan Presiden AS pada pilihan raya Presiden pada 2016, akan mengakibatkan bantuan dari negara itu kepada Palestin yang berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) dihentikan serta-merta.
“Kami ketika ini memberi bantuan berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion) yang merupakan wang pembayar cukai Amerika kepada pihak berkuasa Palestin.
“Sudah tentu kumpulan yang mengancam Israel tidak boleh menjadi sekutu Amerika dan saya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Presiden dan Dewan Kongres berhenti melayan musuh Israel sebagai sekutu Amerika,’’ katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, Palestin akan menyertai ICC pada 1 April ini.
Isnin lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama berkata, pihaknya sedang mengkaji pakej bantuan tahunan berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) kepada Palestin ekoran keputusan Palestin menyertai ICC.
Paul seorang konservatif memihak kepada kepentingan Amerika di seluruh dunia dan pada 2011 menawarkan satu pelan bajet yang mahu menghentikan bantuan asing kepada kesemua negara termasuk Israel.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-cadang-henti-bantuan-kepada-palestin-1.45908#sthash.vjYIgz96.dpuf

Tuesday, 6 January 2015

Tak putus harapan


Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas merancang mengemukakan sekali lagi resolusi penubuhan negara Palestin kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Mahmoud berkata, beliau sudah pun berbincang dengan Jordan mengenainya.

Jordan masih lagi menjadi anggota Majlis Keselamatan manakala negara lain yang mempunyai keanggotaan bergilir digantikan menjelang Tahun Baru.

Palestin berharap negara baru terbabit akan lebih bersimpati dan menyokong resolusi mengarahkan Israel berundur dari wilayah dijajahnya sekali gus membolehkan negara Palestin merdeka diwujudkan menjelang 2017, walaupun Amerika Syarikat (AS) yang menolak resolusi itu pada 30 Disember lalu dijangka tetap dengan dengan pendiriannya memihak kepada Israel.

“Bukan kami yang gagal, sebaliknya Majlis Keselamatan PBB yang gagal. Kami akan pergi lagi ke sana, apa salahnya? Mungkin selepas seminggu.

“Kami sedang meneliti perkara ini dan akan membincangkanya dengan rakan kami terutama Jordan untuk mengemukakan resolusi ini malah juga untuk kali ketiga atau keempat jika perlu,” katanya pada mesyuarat diadakan di Ramallah.

Dalam undian PBB Selasa lalu, deraf Palestin menerima lapan undian menyokong iaitu dari Perancis, Russia dan China. AS dan dan Australia menentang sementara lima berkecuali, termasuk Britain.

Namun sebarang usaha mengemukakan resolusi itu dijangka menemui jalan buntu. AS memegang kuasa veto sebagai satu daripada lima anggota tetap dan berazam menghalang perancangan Mahmoud yang diselar sebagai berat sebelah serta tidak produktif.

Mahmoud menandatangani 20 konvensyen antarabangsa keesokannya termasuk Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa seterusnya memberikan mahkamah itu bidang kuasa terhadap jenayah dilakukan di bumi Palestin. Ia bagaimanapun dibantah habis-habisan oleh Israel.

Bagi membalas tindakan Mahmoud itu, Israel mengumumkan Sabtu lalu untuk membekukan hasil cukai berjumlah 500 juta shekel (RM449 juta) yang dikutip bagi pihak Palestin.

“Sekarang ada sekatan, tetapi tidak mengapa. Apapun kami akan tetap meneruskan usaha ini,” kata Mahmoud. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:04 AM
PENDUDUK Palestin berdiri di atas runtuhan bangunan yang dimusnahkan oleh tentera Israel di Hebron, Tebing Barat, semalam.

MAHMOUD

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21799#sthash.O8mgS5wC.dpuf

Palestin mahu hantar semula usul ke Majlis Keselamatan PBB

FILE - In this file photo taken Friday, Sept. 26, 2014, Palestinian
Mahmoud Abbas Presiden Palestin

RAMALLAH 5 Jan. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merancang untuk mengemukakan semula resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang berdaulat selepas usul berkenaan gagal mendapat sokongan daripada jawatankuasa pertubuhan dunia itu.
Berdasarkan laporan rangkaian berita Al-Jazeera, kerajaan Palestin berharap PBB akan lebih bersimpati dengan resolusi tersebut yang turut menuntut pe­ngunduran Israel dari wilayah yang dijajah sejak 1967 selain mencapai kemerdekaan menjelang 2017.
Menurut Mahmoud, usaha Pa­lestin sebenarnya tidak gagal, tetapi Majlis Keselamatan PBB yang menggagalkan langkah tersebut apabila sekutu kuat rejim Zionis, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menentang resolusi berkenaan pada 30 Di­sember lalu.
“Kita akan mengemukakan semula resolusi itu kepada Majlis Ke­selamatan PBB sekurang-kurangnya selepas seminggu.
“Kami juga akan menilai semula perkara ini dan berbincang dengan semua sekutu Palestin terutama­nya Jordan bagi meneruskan perancangan tidak kira berapa kali kami perlu mengemukakan resolusi itu,” katanya.
Ketika undian resolusi Majlis Keselamatan PBB pada hujung bulan lalu, Palestin meraih lapan sokongan termasuk Perancis, Rusia dan China manakala dua negara barat, AS dan Australia memilih untuk menentang usul berkenaan.
Palestin kemudian menanda­tangani 20 perjanjian konven­syen antarabangsa termasuk Mah­­kamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendatangkan kemarahan di pihak Israel apabila rejim Zionis membekukan dana cukai seba­nyak AS$127 juta (RM446.6 juta) yang merupakan milik kerajaan Mahmoud.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-mahu-hantar-semula-usul-ke-majlis-keselamatan-pbb-1.44884#sthash.L79hCmXe.dpuf