Friday, 9 January 2015

Washington: Palestin bukan negara berdaulat

Washington: Palestin tidak layak menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata seorang pegawai pentadbiran Presiden Barack Obama, semalam.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki berkata, Palestin bukan sebuah negara berdaulat dan Washingon tidak mengiktirafnya begitu.
“AS percaya Palestin tidak berhak menerima statut Rome yang menjadi asas penubuhan ICC,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima permohonan Palestin untuk merujuk kes jenayah perang dialaminya kepada ICC.
Jen berkata, Washington juga akan melaksanakan undang-undang yang mengawal dana negara itu kepada penduduk Palestin.
Ia merujuk kepada cadangan AS memotong bantuan kewangan kepada Palestin - bernilai AS$440 juta (RM1.6 bilion) setahun - jika kerajaan negara itu merujuk sebarang kes ke ICC.
Bagaimanapun, untuk nota, AS bukan anggota ICC dan tidak dapat dipastikan sejauh mana ia mempunyai pengaruh menyekat tindakan PBB selepas setiausaha agung badan dunia itu menerima permohonan Palestin kelmarin.
Terdahulu, Palestin mahu merujuk jenayah perang Israel ke atas penduduk Gaza dalam perang 50 hari di wilayah itu tahun lalu.
Sementara itu, Senator Rand Paul semalam mengemukakan usul kepada Kongres untuk membekukan semua bantuan kewangan kepada Palestin walaupun proses di ICC itu baru di peringkat awal - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:04 AM


PENDUDUK Kem Pelarian Qalandia di Ramallah, Tebing Barat meredah salji lebat ketika kebanyakan kawasan di Timur Tengah dilanda ribut musim dingin, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22566#sthash.3XIfwsMD.dpuf

AS cadang henti bantuan kepada Palestin

Rand Paul
Rand Paul

WASHINGTON 8 Jan. – Senator Parti Republikan, Rand Paul, semalam membentangkan rang undang-undang yang akan menghentikan segera bantuan Amerika Syarikat (AS) kepada Palestin, sehingga pihak berkuasa Palestin mengentikan usahanya untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Usaha Paul itu, yang dijangka mewakili parti berkenaan merebut jawatan Presiden AS pada pilihan raya Presiden pada 2016, akan mengakibatkan bantuan dari negara itu kepada Palestin yang berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) dihentikan serta-merta.
“Kami ketika ini memberi bantuan berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion) yang merupakan wang pembayar cukai Amerika kepada pihak berkuasa Palestin.
“Sudah tentu kumpulan yang mengancam Israel tidak boleh menjadi sekutu Amerika dan saya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Presiden dan Dewan Kongres berhenti melayan musuh Israel sebagai sekutu Amerika,’’ katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, Palestin akan menyertai ICC pada 1 April ini.
Isnin lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama berkata, pihaknya sedang mengkaji pakej bantuan tahunan berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) kepada Palestin ekoran keputusan Palestin menyertai ICC.
Paul seorang konservatif memihak kepada kepentingan Amerika di seluruh dunia dan pada 2011 menawarkan satu pelan bajet yang mahu menghentikan bantuan asing kepada kesemua negara termasuk Israel.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-cadang-henti-bantuan-kepada-palestin-1.45908#sthash.vjYIgz96.dpuf

Tuesday, 6 January 2015

Tak putus harapan


Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas merancang mengemukakan sekali lagi resolusi penubuhan negara Palestin kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Mahmoud berkata, beliau sudah pun berbincang dengan Jordan mengenainya.

Jordan masih lagi menjadi anggota Majlis Keselamatan manakala negara lain yang mempunyai keanggotaan bergilir digantikan menjelang Tahun Baru.

Palestin berharap negara baru terbabit akan lebih bersimpati dan menyokong resolusi mengarahkan Israel berundur dari wilayah dijajahnya sekali gus membolehkan negara Palestin merdeka diwujudkan menjelang 2017, walaupun Amerika Syarikat (AS) yang menolak resolusi itu pada 30 Disember lalu dijangka tetap dengan dengan pendiriannya memihak kepada Israel.

“Bukan kami yang gagal, sebaliknya Majlis Keselamatan PBB yang gagal. Kami akan pergi lagi ke sana, apa salahnya? Mungkin selepas seminggu.

“Kami sedang meneliti perkara ini dan akan membincangkanya dengan rakan kami terutama Jordan untuk mengemukakan resolusi ini malah juga untuk kali ketiga atau keempat jika perlu,” katanya pada mesyuarat diadakan di Ramallah.

Dalam undian PBB Selasa lalu, deraf Palestin menerima lapan undian menyokong iaitu dari Perancis, Russia dan China. AS dan dan Australia menentang sementara lima berkecuali, termasuk Britain.

Namun sebarang usaha mengemukakan resolusi itu dijangka menemui jalan buntu. AS memegang kuasa veto sebagai satu daripada lima anggota tetap dan berazam menghalang perancangan Mahmoud yang diselar sebagai berat sebelah serta tidak produktif.

Mahmoud menandatangani 20 konvensyen antarabangsa keesokannya termasuk Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa seterusnya memberikan mahkamah itu bidang kuasa terhadap jenayah dilakukan di bumi Palestin. Ia bagaimanapun dibantah habis-habisan oleh Israel.

Bagi membalas tindakan Mahmoud itu, Israel mengumumkan Sabtu lalu untuk membekukan hasil cukai berjumlah 500 juta shekel (RM449 juta) yang dikutip bagi pihak Palestin.

“Sekarang ada sekatan, tetapi tidak mengapa. Apapun kami akan tetap meneruskan usaha ini,” kata Mahmoud. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:04 AM
PENDUDUK Palestin berdiri di atas runtuhan bangunan yang dimusnahkan oleh tentera Israel di Hebron, Tebing Barat, semalam.

MAHMOUD

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21799#sthash.O8mgS5wC.dpuf

Palestin mahu hantar semula usul ke Majlis Keselamatan PBB

FILE - In this file photo taken Friday, Sept. 26, 2014, Palestinian
Mahmoud Abbas Presiden Palestin

RAMALLAH 5 Jan. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merancang untuk mengemukakan semula resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang berdaulat selepas usul berkenaan gagal mendapat sokongan daripada jawatankuasa pertubuhan dunia itu.
Berdasarkan laporan rangkaian berita Al-Jazeera, kerajaan Palestin berharap PBB akan lebih bersimpati dengan resolusi tersebut yang turut menuntut pe­ngunduran Israel dari wilayah yang dijajah sejak 1967 selain mencapai kemerdekaan menjelang 2017.
Menurut Mahmoud, usaha Pa­lestin sebenarnya tidak gagal, tetapi Majlis Keselamatan PBB yang menggagalkan langkah tersebut apabila sekutu kuat rejim Zionis, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menentang resolusi berkenaan pada 30 Di­sember lalu.
“Kita akan mengemukakan semula resolusi itu kepada Majlis Ke­selamatan PBB sekurang-kurangnya selepas seminggu.
“Kami juga akan menilai semula perkara ini dan berbincang dengan semua sekutu Palestin terutama­nya Jordan bagi meneruskan perancangan tidak kira berapa kali kami perlu mengemukakan resolusi itu,” katanya.
Ketika undian resolusi Majlis Keselamatan PBB pada hujung bulan lalu, Palestin meraih lapan sokongan termasuk Perancis, Rusia dan China manakala dua negara barat, AS dan Australia memilih untuk menentang usul berkenaan.
Palestin kemudian menanda­tangani 20 perjanjian konven­syen antarabangsa termasuk Mah­­kamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendatangkan kemarahan di pihak Israel apabila rejim Zionis membekukan dana cukai seba­nyak AS$127 juta (RM446.6 juta) yang merupakan milik kerajaan Mahmoud.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-mahu-hantar-semula-usul-ke-majlis-keselamatan-pbb-1.44884#sthash.L79hCmXe.dpuf

Monday, 5 January 2015

Tak akan ke ICC

AFP
Baitulmaqdis: Israel menegaskan tidak akan membenarkan anggota tenteranya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, semalam.
“Kami tidak akan membiarkan askar dan pegawai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diheret ke ICC di The Hague,” katanya pada permulaan mesyuarat Kabinet mingguan, dua hari selepas Palestin memfailkan permohonan di mahkamah berkenaan.
Netanyahu berkata demikian selepas Israel membekukan pemindahan hasil cukai berjumlah setengah bilion shekel (RM449 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin - tindakan pertama dalam beberapa langkah yang bakal diambil sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin itu.
Israel kerap membekukan pemindahan dana sebagai ‘hukuman’ untuk tindakan diplomatik atau politik Palestin yang dilihat menggugatnya.
“Pihak Berkuasa Palestin memilih langkah konfrontasi dengan Israel dan kami tidak akan mendiamkan diri,” kata Netanyahu.
Dia turut berjanji mempertahankan anggota tentera Israel daripada sebarang pendakwaan di ICC.
Katanya, kepemimpinan Palestin yang patut dibicarakan di ICC kerana menandatangani perjanjian damai pada 2014 dengan Hamas, seterusnya membolehkan pembentukan kerajaan.
“Mereka yang patut dihadapkan ke mahkamah kerana menandatangani perjanjian dengan penjenayah perang, Hamas,” kata pemimpin rejim Zionis itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:51 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21557#sthash.ty7omOvT.dpuf

Israel bekukan bayaran RM446.6 juta

Sebagai tindak balas terhadap langkah Palestin sertai ICC

Gambar bertarikh 17 Julai lalu, memaparkan tiga wanita Palestin
Gambar bertarikh 17 Julai lalu, memaparkan tiga wanita Palestin membeli-belah di sebuah pasar di Gaza City. Israel sekali lagi membekukan dana cukai dikutip bagi pihak Palestin sebagai langkah membantah wilayah itu mengemukakan permohonan menyertai ICC. – REUTERS
TEL AVIV 4 JAN. - Israel dilapor membekukan pembayaran dana cukai yang dikutipnya bagi pihak penduduk Palestin sebagai tindak balas kepada permohonan pihak berkuasa Palestin yang menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda.
Portal Haaretz yang memetik kenyataan pegawai Israel yang tidak dinamakan berkata, langkah itu membabitkan dana sebanyak AS$127 juta (RM446.6 juta) daripada cukai nilai tambah dan duti kastam barang-barangan bagi wilayah Palestin yang melalui Israel.
“Dana bagi bulan Disember sepatutnya diserahkan pada Jumaat lalu, namun hanya separuh daripada dana itu dipindahkan sebagai reaksi kepada langkah Palestin tersebut,’’ kata sumber itu.
Palestin menyerahkan dokumen untuk menyertai Statut Rom ICC dan pelbagai lagi perjanjian antarabangsa di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) kelmarin, dengan menyifatkan mereka akan mendapat ‘keadilan bagi kesemua mangsa yang dibunuh oleh Israel’.
Ketua perunding bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat memberitahu portal Al Jazeera bahawa tindak balas Israel itu menunjukkan Israel takut dengan tindakan Palestin untuk menyertai ICC.
“Israel mengutip cukai untuk kami. Oleh itu apabila mereka menahan dana itu, ini bermakna, penduduk tidak akan dapat membayar kos persekolahan, hospital, bantuan perubatan serta membeli susu, dan roti.
“Israel sedang cuba melemaskan keseluruhan bangsa Palestin,’’ kata Saeb.
Israel pernah melewatkan pembayaran kepada Palestin sebagai reaksi tidak senang rejim itu sebelum ini termasuk pada 2012 selepas Palestin memenangi undi PBB pada 29 November yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bukan anggota badan dunia itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-bekukan-bayaran-rm446-6-juta-1.44548#sthash.R8GV1c9D.dpuf

Sunday, 4 January 2015

Hamas selar Mesir

Gaza City: Hamas semalam menyelar tindakan pengawal sempadan Mesir menembak seorang remaja Palestin di sempadan dengan Gaza.
“Kami mengecam pembunuhan budak itu, Zaki Hopi oleh tentera Mesir di sempadan dan menganggapnya penggunaan kuasa yang tidak munasabah.
“Kejadian itu tidak patut berlaku antara negara jiran dan bersaudara,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza Ashraf al-Qudra berkata, Zaki hanya berusia 17 tahun dan bukannya 23 seperti dilaporkan sebelum ini.
Dia terbunuh di bandar sempadan Rafah oleh anggota tentera Mesir yang melepaskan tembakan dari sempadan mereka, namun punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
“Zaki ditembak di belakangnya dan peluru menembusi jantung. Dia mati serta-merta,” kata Ashraf.
Katanya, kematian Zaki yang pertama membabitkan warga Palestin di sempadan Semenanjugn Gaza dan Mesir sejak tempoh beberapa tahun lalu.
Mesir minggu lalu mengumumkan akan menggandakan kawasan zon penampan di sempadan Gaza mulai minggu depan bagi mengelak pejuang memasuki Palestin.
Zon berukuran 500 meter sepanjang 10 kilometer berkenaan dibina selepas penyerang berani mati membunuh kira-kira 30 askar Mesir pada 24 Oktober lalu. Proses pembinaan itu mengakibatkan 800 kediaman turut terpaksa dimusnahkan.
Kejadian Oktober lalu itu menyebabkan Mesir mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di utara Sinai selain menutup sempadan Rafah - satu-satunya laluan Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal Israel - selama dua bulan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:36 AM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21377#sthash.2oyptgqP.dpuf

Palestin mohon 
sertai Statut Rom ICC


Riyad Mansour
Riyad Mansour
NEW YORK 3 Jan - Palestin semalam mengesahkan telah menghantar dokumen untuk menyertai Statut Rom di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan beberapa perjanjian antarabangsa lain, langkah yang bakal memburukkan lagi ketengangan dengan Israel dan Washington.
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour dan jurucakap badan dunia itu, Farhan Haqv mengesahkan permohonan berkenaan telah diserahkan kepada PBB.
“Tindakan ini adalah satu langkah yang pen­ting. Kami perlu me­ngambil pi­lihan untuk mendapatkan kea­dilan un­tuk semua mang­sa yang telah terbunuh akibat kekejaman Israel,” kata Riyad.
Pejabat media PBB dalam pada itu menyatakan, Palestin mengemukakan permohonan untuk menyertai 16 perjanjian antarabangsa.
“Dokumen-dokumen itu kini sedang diteliliti untuk tindakan selajutnya,” jelas pejabat tersebut.
Sekiranya permohonan Palestin menyertai Statut Rom ICC diterima, wilayah itu boleh mengemukakan dakwaan jenayah perang terhadap Israel.
Ditanya tentang kemungkinan ancaman atau sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Palestin berhubung usaha itu, Riyad berkata, sebarang hukuman tidak masuk akal kerana mereka mengemukakan permohon­an melalui saluran yang sah di sisi undang-undang. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-mohon-8232-sertai-statut-rom-icc-1.44085#sthash.CCpAdaFc.dpuf

Saturday, 3 January 2015

Amerika bantah Palestin sertai ICC

Gambar bertarikh 31 Disember lalu, menunjukkan Presiden Palestin,
Gambar bertarikh 31 Disember lalu, menunjukkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kanan) menandatangani perjanjian antarabangsa di Tebing Barat di Ramallah. – REUTERS
NEW YORK 2 Jan. – Amerika Syarikat (AS) menentang sekeras-kerasnya tindakan Palestin mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana bimbang langkah itu akan menghalang rundingan damai dengan Israel.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jeffrey Rathke dalam kenyataannya berkata, permintaan Palestin itu memberi kesan buruk terhadap proses rundingan damai dengan rejim Zionis selain memusnahkan harapan rakyat negara itu untuk mengecapi keamanan.
Jelasnya, AS menyokong usaha Palestin untuk menjadi sebuah negara merdeka, tetapi sekutu kuat Washington, Israel menegaskan mereka tidak akan mengambil tindakan sehala sebelum mencapai perjanjian damai dengan Palestin.
“Washington benar-benar kecewa dengan tindakan Palestin memohon menjadi anggota ICC.
“Pendirian AS juga tidak berubah dan menentang sekeras-kerasnya tindakan itu yang menghakis kepercayaan dan mewujudkan keraguan tentang komitmen mereka untuk berunding,” kata beliau seperti yang dilaporkan portal berita Al Arabiya.
Semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengemukakan permohonan bagi pihak kerajaan pimpinan beliau untuk menjadi anggota 20 konvensyen antarabangsa termasuk ICC sebagai langkah mencapai sebuah negara berdaulat.
Selain itu, langkah Palestin turut membuka laluan untuk ICC menyemak kes jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis di Tebing Barat dan Genting Gaza sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Tindakan tersebut diambil hanya sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak satu resolusi untuk menggesa Israel menamatkan penjajahan di wilayah Palestin.
Mahmoud sebelum ini memberi amaran, beliau akan meneruskan kempen bagi Palestin menyertai pertubuhan antarabangsa sekiranya resolusi itu ditolak, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Israel.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-bantah-palestin-sertai-icc-1.43849#sthash.FmM2gBe9.dpuf

Friday, 2 January 2015

Netanyahu kekal pimpin Parti Likud

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
BAITULMAQDIS 1 Jan. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam dipilih semula untuk memimpin parti berhaluan kanan, Parti Likud apabila dengan mudah mengalahkan pesaingnya, menjelang pilihan raya umum Mac ini.
Kemenangan tersebut membolehkan Netanyahu memegang tampuk pen­tadbiran parti berkenaan selama tiga kali berturut-turut sejak tahun 2009.
“Selepas hampir 60 peratus undian dikira, Netanyahu mendapat 80 peratus undian, manakala pesaingnya Danny Danon hanya mendapat 20 peratus undian,” kata jurucakap Parti Likud, Noga Katz sambil menambah keputusan akhir hanya akan diketahui lewat hari ini.
Menurut pegawai pemilihan, sebanyak 53 peratus ahli keluar mengundi bagi mencari pemimpin parti untuk tiga tahun akan datang.
Selain mengundi kepe­mim­pinan baharu, sebanyak 96,651 ahli Parti Likud yang keluar mengundi turut memilih calon yang akan diketengahkan menjelang pilihan raya umum pada 17 Mac ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-kekal-pimpin-parti-likud-1.43450#sthash.81Ekelh8.dpuf

Palestin sertai ICC, AS Israel berang

Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam menandatangani 20 perjanjian antarabangsa, termasuk Statut Rome mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sehari selepas usahanya untuk mendapatkan kemerdekaan menjelang 2017 gagal di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Langkah yang mencetuskan kemarahan Israel dan Amerika Syarikat itu membuka jalan kepada mahkamah berkenaan untuk menyiasat jenayah yang dilakukan di bumi Palestin dan pembabitan pemimpin Israel dan Palestin sepanjang konflik berdarah selama lebih satu dekad.
“Mereka menyerang kita setiap hari. Kepada siapa hendak kita mengadu? Majlis Keselamatan mengecewakan kita Ke mana lagi kita hendak pergi?” kata Mahmoud kepada pemimpin Palestin.
Menurut peraturan ICC, keanggotaan Palestin akan membenarkan mahkamah yang berpusat di The Hague, Belanda, bertindak terhadap jenayah perang yang dilakukan sesiapa saja di wilayah Palestin, tanpa perlu merujuk kepada Majlis Keselamatan PBB.
Walaupun Israel tidak menganggotai ICC, rakyatnya boleh dibicarakan atas tindak-tanduknya di bumi Palestin.
Misi pemerhati Palestin di PBB akan menyerahkan dokumen berkenaan hari ini.
Menurut Statute Rome, Palestin akan menjadi anggota ICC pada hari pertama bulan berikut selepas 60 hari menyerahkan dokumen yang ditandangani itu.
Mengulas perkembangan itu, Perdana Menteri Israel berkata, rejim itu akan mengambil apa saja untuk melindungi rakyatnya yang melakukan keganasan di Palestin.
Amerika Syarikat pula menyifatkan langkah Palestin sebagai tindakan yang tidak membantu usaha damai.
Palestin berusaha mewujudkan sebuah negara merdeka di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, wilayah yang ditawan Israel pada Perang 1967.
Momentum untuk mengiktiraf Palestin semakin meningkat sejak Mahmoud berjaya dalam mendapatkan pengiktirafan sementara terhadap negara Palestin di Perhimpunan Agung PBB pada 2012, sekali gus melayakkan Palestin menyertai ICC. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:04 AM


MAHMOUD (kanan) menandatangani dokumen keahlian ICC.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/20861#sthash.SPCMpzwX.dpuf