Friday, 21 November 2014

Israel luluskan pembinaan 
78 unit kediaman lagi

Gambar bertarikh 3 Januari lalu menunjukkan sebuah kren di penempatan
Gambar bertarikh 3 Januari lalu menunjukkan sebuah kren di penempatan Yahudi dikenali sebagai Har Homa oleh Israel dan Jabal Abu Ghneim oleh penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat yang dikuasai Israel semasa perang pada 1967. – REUTERS
BAITULMAQDIS 20 Nov. – Israel semalam meluluskan pembinaan sebanyak 78 buah rumah baharu di dua kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur, tindakan yang mungkin sekali lagi membangkitkan kemarahan penduduk Palestin.
Jurucakap perbandaran Baitulmaqdis berkata, jawatankuasa perancangan perbandaran Baitulmaqdis telah meluluskan pembinaan 50 unit rumah baharu di Har Homa dan 28 lagi di Ramot.
Israel menyifatkan dua penempatan bandar itu sebagai kawasan perumahan Baitulmaqdis.
Sebelum ini, penduduk Palestin turut berang dengan rancangan Israel meneruskan pembinaan kira-kira 4,000 buah rumah di Tebing Barat yang menjadi tambahan kepada bandar itu.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara di Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Genting Gaza, wilayah yang dikuasai Israel semasa Perang Asia Barat 1967.
Mereka bimbang kewujudan pe­nempatan baharu Israel akan menafikan mereka sebuah wilayah mutlak.
Jurucakap bagi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata, keputusan itu adalah satu kesinambungan daripada dasar Israel yang mengakibatkan lebih banyak ketegangan.
“Tindakan itu mendorong kepada peningkatan ketegangan dan mensia-siakan peluang bagi mewujudkan suasana yang aman,’’ kata­nya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-luluskan-pembinaan-8232-78-unit-kediaman-lagi-1.27229#sthash.itm2ISeU.dpuf

Thursday, 20 November 2014

Perkahwinan pasangan Palestin di Jerusalem pada tahun 1922

A Palestinian wedding in Jerusalem in 1922..., 19 November 2014.
Perkahwinan pasangan Palestin di Jerusalem pada tahun 1922

Protokol-Protokol Zionis 4S / 4F

Protokol-Protokol Zionis 4S / 4F
Dengan senjata ini sahaja yang digunakan untuk menghancurkan Umat Islam.

Zionis menceroboh, menutup laluan masuk dan menyerang jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa

"Zionis berani menceroboh, menutup laluan masuk dan menyerang jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa dalam keadaan mereka tahu kekuatan terkini perjuangan rakyat Palestin yang mampu melepaskan roket ke seluruh Israel selepas Perang 'Asfil Ma'kul tahun ini, kerana disebabkan kelemahan umat Islam. Umat Islam masih berpecah belah. Tidak semua negara Islam membela rakyat Palestin. Mereka dibiarkan bersendirian melawan Zionis. Lebih menyedihkan, ada negara Islam sendiri menyokong Zionis semasa menyerang Gaza.

Negara Malaysia harus memimpin dunia Islam dalam membela Palestin."

Ust Salman Abdul Rahman,
Pengarah Pusat Kajian, Aman Palestin Bhd

Negara Israel Raya



Avraham Duvdevani (berbaju putih) duduk di sebelah Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dalam satu acara Jewish Agency for Israel.

Israel hanyalah satu jelmaan kepada ideologi dan gerakan antarabangsa.Ramai yang melihat krisis Palestin-Israel hanya sebagai isu perebutan negara semata-mata. Tetapi pada hakikatnya, negara haram Israel hanyalah satu manifestasi kepada ideologi Zionism yang telah diasaskan oleh Theodore Herzl dalam tulisannya "The Jewish State". Idea Herzl kemudiannya telah dikongreskan pada tahun 1897 melalui Kongres Yahudi Sedunia Pertama di Basel, Switzerland.
Bermula dari kongres ini, Yahudi Zionis berusaha mendapatkan Al-Quds, keseluruhan Palestin dan seterusnya negara-negara sekitarnya bagi menjayakan idea Negara Israel Raya (The Great Israel), melalui apa jua cara yang mungkin termasuk melalui konspirasi-konspirasi tertentu di peringkat antarabangsa.
Gerakan antarabangsa ini dinamakan sebagai World Zionist Organization.
Pertubuhan ini wujud sehingga sekarang. Legasi Herzl diteruskan dan kini ia dipimpin oleh Avraham Duvdevani.

Rafah kini jadi bandar berhantu


Tentera Mesir meletupkan kawasan penempatan yang dirobohkan ketika operasi 'pembersihan' di Rafah berhampiran sempadan selatan Genting Gaza pada 29 Oktober lalu.
Tentera Mesir meletupkan kawasan penempatan yang dirobohkan ketika operasi 'pembersihan' di Rafah berhampiran sempadan selatan Genting Gaza pada 29 Oktober lalu. 
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal selepas mereka diarah berpindah oleh pihak berkuasa Mesir.
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal selepas mereka diarah berpindah oleh pihak berkuasa Mesir.
Penutupan sempadan Rafah sejak akhir bulan lalu telah menyebabkan ramai penduduk terkandas di Gaza.
Penutupan sempadan Rafah sejak akhir bulan lalu telah menyebabkan ramai penduduk terkandas di Gaza.
Tentera Mesir memeriksa terowong rahsia yang digunakan sebagai laluan untuk menyeludup barang keperluan ke wilayah Gaza.
Tentera Mesir memeriksa terowong rahsia yang digunakan sebagai laluan untuk menyeludup barang keperluan ke wilayah Gaza.
20 November 2014
BUNYI letupan yang berlarutan sejak dua minggu lalu telah mengganggu konsentrasi penuntut universiti, Ahmed al-Afifi yang sedang mengulang kaji kerana bakal menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

Ahmed, 22, yang tinggal berhampiran sempadan Rafah terpaksa berhadapan dengan bunyi bising selepas pihak berkuasa Mesir memulakan projek untuk mewujudkan zon penampan berukuran 500 meter lebar di kawasan tersebut.

Namun, bunyi letupan itu tidak sedahsyat bedilan rejim Zionis ketika Operasi Perlindungan Sempadan dilancarkan pada 8 Julai lalu.

Kelmarin, Kaherah mengumumkan rancangan mereka untuk menggandakan kelebaran zon tersebut kepada 1 kilometer.

Pengumuman itu sememangnya bukan satu khabar gembira buat penduduk Palestin yang mendiami kawasan terbabit kerana ia telah mengganggu ketenteraman mereka.

Tentera Mesir melakukan 'pembersihan' di kawasan itu dengan menggunakan dinamit dan jentolak yang dilihat sebagai sebahagian daripada kempen sistematik untuk memusnahkan terowong rahsia di sempadan Genting Gaza.

Operasi besar-besaran itu dibuat susulan  insiden serangan yang telah meragut 33 nyawa tentera Mesir di Sinai Utara pada bulan lalu dan ia sememangnya bakal memberi kesan besar kepada ribuan penduduk sekitar kawasan terbabit.

Kepungan 'tidak adil'   

Ketua Operasi Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), Robert Turner mendakwa zon penampan tersebut hanya akan menyebabkan situasi menjadi lebih sukar dan beliau turut menyifatkan ia sebagai kepungan 'tidak adil'.

"Penduduk Gaza akan berasa lebih tertekan dan ia hanya menambah episod duka dalam hidup mereka," katanya.

Catatan sejarah menunjukkan Rafah telah berpecah kepada dua kawasan (Palestin dan Kaherah) selepas Perjanjian Damai Mesir-Israel pada 1979.

Bagaimanapun, sekatan haram yang dikenakan Israel sejak 2007 menyebabkan terowong rahsia digali di kawasan itu bagi membolehkan pelbagai barang keperluan termasuk bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan binaan dan bahan api dibawa masuk ke Gaza.

Operasi memusnahkan laluan rahsia itu telah dilakukan sejak bekas presiden, Mohammed Mursi digulingkan pada Julai 2013, namun kewujudan zon penampan terbabit didakwa akan menghalang usaha pembinaan terowong bawah tanah tersebut secara sepenuhnya pada masa hadapan.

Krisis ekonomi makin buruk

Harga barangan didakwa meningkat dan bekalan juga semakin berkurangan.

Peniaga dan penjual di bandar Rafah mendakwa tindakan Mesir mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan telah melumpuhkan lagi krisis ekonomi di wilayah itu.

"Pelanggan tidak lagi membeli produk kami," rungut peniaga, Salah al-Manyarawi.

Sementara itu, Talya, 29, yang berkunjung ke Genting Gaza untuk melawat keluarganya kini terkandas susulan daripada penutupan laluan di sempadan Rafah dan ribuan lagi penduduk Palestin turut mengalami nasib sama sepertinya.

Menurutnya, kebanyakan rumah rakannya telah dirobohkan dalam operasi tersebut dan situasi menjadi semakin tegang di kawasan tersebut.

"Saya banyak kenangan manis di Sinai dan melihat keadaan penduduk di sini sememangnya menyayat hati.

"Rafah kini menjadi bandar berhantu!' katanya dalam nada kecewa.

Sementara itu, pensyarah pengajian politik di Universiti Ummah di Gaza, Profesor Adnan Abu Amer memaklumkan penutupan sempadan Rafah dan tindakan pihak berkuasa memusnahkan terowong rahsia itu hanya menambah lagi kesengsaraan penduduk Gaza.

"Terowong tersebut dibina untuk membantu penduduk wilayah ini yang hidup menderita akibat sekatan haram Israel sejak tujuh tahun lalu.

"Kami tidak akan melakukan penyeludupan jika pihak berkuasa menyediakan kaedah alternatif bagi membenarkan kemasukan pelbagai barangan dan bekalan makanan secara terus ke Genting Gaza," jelasnya penuh makna menurut laporan Al-Jazeera.

Ketegangan semakin memuncak


Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat.
Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat.
BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis bertindak menyerang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah itu.

Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di pusat pemeriksaan berhampiran kem pelarian Shuafat selepas tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Dalam kejadian berasingan di Silwan, tentera Israel didakwa merobohkan rumah keluarga penduduk Palestin yang didakwa melanggar pejalan kaki di Baitulmaqdis pada 22 Oktober lalu.

Pihak berkuasa juga cuba untuk membuat tindakan sama ke atas rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Jabal al-Mukaber.

Difahamkan menurut Press TV, Israel membuat tindakan melulu itu sebagai respons terhadap kematian lima individu di barat Baitulmaqdis, kelmarin. 

Israel roboh kediaman penyerang Palestin


REUTERS - SEORANG budak lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan kediaman Abdelrahman yang dimusnahkan pasukan keselamatan Israel di Baitulmuqaddis Timur semalam.


BAITULMUQADDIS – Pasukan keselamatan Israel semalam memusnahkan kediaman milik seorang lelaki Palestin yang membunuh dua penduduk Yahudi selepas merempuh mangsa dengan sebuah kereta di sini pada bulan lalu.
“Kediaman pengganas yang membunuh seorang wanita muda dan bayi Israel di sebuah stesen trem di sini pada 22 Oktober lalu telah dimusnahkan di Silwan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Kediaman yang dimusnahkan itu milik Abdelrahman Shaludi. Dia ditembak mati oleh polis Israel ketika cuba melarikan diri dalam insiden tersebut.
Tindakan meranapkan kediaman itu dibuat selepas dua lelaki Palestin yang bersenjatakan pisau pemotong api dan pistol mengamuk sebelum menyerang penduduk Yahudi di sebuah rumah ibadat di sini kelmarin.
Seramai lima orang mati dalam kejadian itu yang merupakan antara serangan paling berdarah di kota ini sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji akan bertindak keras terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.
“Petang ini (semalam) saya mengarahkan supaya kediaman penduduk Palestin yang melakukan serangan ganas itu di Baitulmuqaddis Timur di sini dimusnahkan dan menyegerakan tindakan meranapkan rumah penduduk Palestin yang melakukan beberapa serangan sebelum ini. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3JYQymSzm 
Hakcipta terpelihara 

Israel letup rumah penduduk Palestin


Anak saudara Abdel-Rahman Shaloudi mempamerkan gambar Abdel-Rahman
Anak saudara Abdel-Rahman Shaloudi mempamerkan gambar Abdel-Rahman yang didakwa merempuh sehingga mati dua penduduk Yahudi pada Oktober lalu. – AFP
BAITULMAQDIS 19 Nov – Pasukan keselamatan Israel, hari ini bertindak meletupkan rumah seorang penduduk Palestin yang didakwa melakukan tindakan merempuh dua orang penduduk Yahudi dengan sebuah kereta di hentian tram di sini, sehari selepas dua anggota militan membunuh empat orang rabai dan seorang anggota polis di sebuah rumah ibadat Yahudi di bandar ini, pada Oktober lalu.
Rumah penduduk Palestin berkenaan, Abdel-Rahman Shaloudi, 21, diletupkan pada awal pagi ini, kata polis dan tentera.
Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, Abdel-Rahman yang menetap di Baitulmaqdis Timur ditembak mati oleh polis ketika cuba melarikan diri dengan menyusup antara penumpang di sebuah hentian kereta api ringan selepas merempuh dengan keretanya sehingga mati seorang bayi warga Amerika Syarikat berusia tiga bulan dan seorang pelancong dari Ecuador berusia 22 tahun terbunuh bangsa Yahudi, manakala tujuh orang lagi cedera.
Rumah Shaloudi di Silwan, Baitulmaqdis Timur telah menjadi tapak konfrantasi ekoran kejadian itu yang disifatkan oleh keluarganya merupakan satu kemalangan jalan raya.
Keganasan di Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan lain di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki Israel semakin memuncak sejak Julai lalu apabila seorang remaja Palestin dibakar hingga mati oleh penduduk Yahudi. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-letup-rumah-penduduk-palestin-1.26791#sthash.TR9Bk5k6.dpuf

Parlimen Sepanyol iktiraf Palestin sebuah negara

Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul menggesa kerajaan supaya
Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di Parlimen Sepanyol di Brussels, semalam.
BRUSSELS 19 Nov. – Anggota Parlimen Sepanyol meluluskan usul untuk menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, berikutan langkah sama telah diambil oleh beberapa buah negara Eropah.
Rangkaian berita Al Jazeera melaporkan, usul yang dikemukakan oleh parti pembangkang, Parti Sosialis itu mendesak supaya kerajaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selaras dengan tindakan sama yang dibuat oleh Kesatuan Eropah (EU).
Usul tersebut diterima sebulat suara oleh 319 orang anggota Parlimen, dengan hanya dua yang menentang dan seorang lagi berkecuali.
Langkah meluluskan usul berkenaan dibuat hanya beberapa jam selepas insiden serangan di Baitulmaqdis semalam, apabila dua penduduk Palestin yang bersenjatakan pistol dan pisau pemotong daging bertindak menyerang sebuah bangunan dan membunuh empat orang penduduk Yahudi sebelum dia ditembak mati pasukan polis Israel.
Usul menggesa kerajaan Sepanyol “mengiktiraf Palestin sebagai negara, tertakluk kepada undang-undang antarabangsa”.
“Hanya satu penyelesaian kepada konflik itu iaitu dengan mewujudkan dua buah negara, Israel dan Palestin menerusi rundingan.
“Komitmen ini tidak terlalu terikat, tiada jangka waktu yang tetap untuk mengiktiraf dan memberikan kerajaan tempoh untuk melaksanakan pengiktirafan apabila ia merasakan sesuai,” kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Garcia-Margallo, semalam.
Garcia-Margallo berkata, jika mahu pengiktirafan itu lebih berjaya, ia mesti dilakukan dengan kerjasama EU.
Usul itu dibuat berikutan langkah-langkah sama beberapa negara Eropah yang mahu meningkatkan tekanan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Bulan lalu, Britain dan Ireland meluluskan usul tidak terikat yang menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin.
Anggota Parlimen Perancis, pula akan mengundi pada 28 November ini dalam satu usul yang akan dikemukakan oleh Parti Sosialis bagi menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Kerajaan Sweeden pada 30 Oktober lalu, secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, tindakan yang menerima kritikan daripada Israel dan Amerika Syarikat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/parlimen-sepanyol-iktiraf-palestin-sebuah-negara-1.26789#sthash.fQhhMVXi.dpuf

Wednesday, 19 November 2014

Pasukan Israel Ledakkan Rumah Al-Shaludi di Silwan


rumah hancur

PASUKAN Israel dikabarkan telah menghancurkan rumah keluarga tersangka penabrakan warga yahudi di Yerusalem bulan lalu, demikian menurut para saksi mata kepada Anadolu pada hari Rabu (19/11/2014).
Puluhan tentara Israel menyerbu daerah al-Bustan di lingkungan Silwan Yerusalem Timur. Mereka menghancurkan rumah Abd al-Rahman al-Shaludi.
Pasukan memasuki daerah itu pada tengah malam, dikelilingi gedung dengan lima lantai di mana keluarga al-Shaludi tinggal. Aksi tersebut memaksa penduduk sekitar keluar dari tempat tinggalnya tanpa membawa satupun dari harta mereka, kata saksi.
Pasukan juga mengevakuasi tiga rumah di dekat gedung tersebut dan menyediakan tenda bagi warga selama lebih dari empat jam.
Mereka mengatakan kepada warga untuk membawa mobil mereka dari daerah itu, sebelum bahan peledak ditanam di rumah al-Shaludi sekitar 03:45.
Warga dari daerah al-Bustan mengatakan bahwa seluruh bangunan rusak di samping rumah-rumah di dekatnya.
Sebelumnya, Al-Shaludi telah dibunuh oleh polisi Israel pada 22 Oktober 2014 setelah ia melaju kendaraannya ke kelompok pejalan kaki di dekat Sheikh Jarrah wilayah Yerusalem Timur. [fha/islampos/maan]

Pemukim Israel Tembak Remaja Palestina di Ramallah


remaja kena tembak

SEORANG pemukim Israel dikabarkan telah menembak seorang remaja Palestina pada hari Selasa (18/11/2014). Aksi tersebut dilancarkan saat demonstrasi pemukim di pinggiran Beitin desa sebelah timur Ramallah.
Ibrahim Mahmoud, 16, menderita luka serius akibat tembakan yang dilancarkan pemukin Israel. Ia lalu dibawa ke Kompleks Medis Palestina. Menurut laporan, keadaanya beransur stabil tetapi masih ditempatkan di ICU.
Sebelumnya seorang pria Palestina ditikam oleh sekelompok warga Israel di Yerusalem utara. Fadi Jalal Radwan, 22, diserang dan ditusuk oleh empat warga Israel saat berjalan di kota Kafr Aqab, kata ayahnya. Dia ditikam tiga kali pada kaki, dan sekali di belakang.
Korban ditemukan pendarahan di jalan dan dibawa ke rumah sakit Hadassah untuk pengobatan. Dokter mengatakan ia dalam kondisi serius. [fha/islampos/maan]

Empat maut diserang di rumah ibadat Yahudi


DARAH berlumuran di lantai sebuah rumah ibadat Yahudi yang menjadi lokasi serangan oleh dua penduduk Palestin di Baitulmuqaddis semalam. - REUTERS


BAITULMUQADDIS – Dua lelaki Palestin bersenjatakan sebilah kapak dan pisau didakwa membunuh empat orang di sebuah rumah ibadat Yahudi di sini semalam sebelum mereka ditembak mati oleh polis, kata perkhidmatan kecemasan dan polis Israel.
Serangan sejurus selepas subuh itu berlaku di sebuah kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis Barat, di sini.
Gambar yang dimuat naik oleh seorang jurucakap tentera Israel di internet memaparkan mayat seorang lelaki memakai jubah Yahudi terbaring di lantai, sebilah pisau berlumuran darah dan beberapa meja yang terbalik.
“Kami menganggap kejadian ini serangan pengganas,” jelas jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan ambulans Israel menyatakan, lebih lapan orang parah dalam serangan itu.
Menurut Rosenfeld pula, sekurang-kurangnya seorang penyerang tersebut berasal dari Baitulmuqaddis Timur di sini.
Beberapa stesen radio Palestin menyifatkan kedua-dua penyerang itu sebagai mati syahid manakala serangan sama turut dipuji pergerakan Hamas di Genting Gaza.
“Hamas mahu operasi balas dendam ini diteruskan kerana pendudukan haram oleh Israel menjadi punca ketegangan di sini,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyalahkan Hamas dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhubung serangan tersebut. Beliau menuduh Mahmoud dan Hamas sengaja mengapikan penduduk Palestin ke arah keganasan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3JSyTqcI8 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 18 November 2014

EU mahu hukum Israel


Laporan tersebut juga menunjukkan pelaburan dalam projek pembinaan penempatan haram Israel telah menurun kepada 2.1 peratus pada suku ketiga 2014.
Laporan tersebut juga menunjukkan pelaburan dalam projek pembinaan penempatan haram Israel telah menurun kepada 2.1 peratus pada suku ketiga 2014.
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pelan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel sekiranya negara itu melakukan tindakan provokasi yang menjejaskan penyelesaian dua negara bersama Palestin.

Menurut laporan akhbar Haaretz, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah telah mengedarkan dokumen rahsia berhubung rancangan tersebut kepada 28 negara anggota EU.

"Sekatan terbabit turut melibatkan pelbagai barangan yang dieksport ke pasaran Eropah dan ia akan ditanda bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk keluaran Israel," jelas laporan itu lagi.

Dokumen tersebut juga mengandungi sekatan yang bakal dikenakan terhadap perjanjian perdagangan bebas antara Israel dan blok Eropah.

Sementara itu, laporan rasmi Pusat Biro Perangkaan Israel (CBS) , menunjukkan ekonomi negara itu menguncup pada suku ketiga tahun 2014  dengan Keluaran Dalam Negara Kasar jatuh pada kadar tahunan 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir September dalam laporan Press TV.

Penempatan Yahudi tetap dibina


Tel Aviv: Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman dengan bongkaknya berkata semalam, rejim itu tidak akan berhenti membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Kenyataannya pasti meningkatkan kekecewaan Barat berhubung dasar penempatan Israel di tanah yang mereka jajah.
“Kami tidak akan menerima sebarang sekatan untuk membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis,” kata Liebermann pada sidang akhbar dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier.
Sejak Oktober lalu, Israel meneruskan pembinaan lebih 4,300 rumah di Tebing Barat, antara punca yang meningkatkan ketegangan di bandar raya itu.
Palestin mahukan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara mereka apabila impian mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kawasan yang dikuasai Israel pada Perang 1967, menjadi kenyataan.
Tetapi Israel mendakwa keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, walaupun tuntutan itu tidak diiktiraf antarabangsa.
“Sesiapa yang menjangka Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan penempatan Yahudi di Baitulmaqdis, mereka silap,” kata Lieberman yang juga menetap di penempatan Yahudi di Tebing Barat.
“Kami bersedia mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Israel. Tidak ada tolak ansur,” katanya. 
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9723#sthash.m7Gpeir5.dpuf

Mati digantung Zionis


Baitulmaqdis: Sekumpulan penduduk Yahudi dilapor menggantung seorang penduduk Palestin hingga mati di Baitulmaqdis Timur, kelmarin.

Menurut laporan PressTv, penduduk Palestin berkenaan, Hassan Yousef Rammouni yang bekerja sebagai pemandu bas, diculik dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Lelaki berusia 32 tahun itu kemudian digantung di dalam basnya oleh beberapa penduduk Yahudi di penempatan mereka di Ras al-Amud.

Seorang saksi berkata, kesan penganiayaan jelas dapat dilihat pada mayat Hassan.

Ia kekejaman terbaru pendatang haram Yahudi terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM

Penempatan Yahudi tetap dibina


Tel Aviv: Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman dengan bongkaknya berkata semalam, rejim itu tidak akan berhenti membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Kenyataannya pasti meningkatkan kekecewaan Barat berhubung dasar penempatan Israel di tanah yang mereka jajah.
“Kami tidak akan menerima sebarang sekatan untuk membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis,” kata Liebermann pada sidang akhbar dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier.
Sejak Oktober lalu, Israel meneruskan pembinaan lebih 4,300 rumah di Tebing Barat, antara punca yang meningkatkan ketegangan di bandar raya itu.
Palestin mahukan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara mereka apabila impian mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kawasan yang dikuasai Israel pada Perang 1967, menjadi kenyataan.
Tetapi Israel mendakwa keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, walaupun tuntutan itu tidak diiktiraf antarabangsa.
“Sesiapa yang menjangka Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan penempatan Yahudi di Baitulmaqdis, mereka silap,” kata Lieberman yang juga menetap di penempatan Yahudi di Tebing Barat.
“Kami bersedia mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Israel. Tidak ada tolak ansur,” katanya. 
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9723#sthash.FKxsFnOy.dpuf

Mati digantung Zionis


Baitulmaqdis: Sekumpulan penduduk Yahudi dilapor menggantung seorang penduduk Palestin hingga mati di Baitulmaqdis Timur, kelmarin.
Menurut laporan PressTv, penduduk Palestin berkenaan, Hassan Yousef Rammouni yang bekerja sebagai pemandu bas, diculik dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Lelaki berusia 32 tahun itu kemudian digantung di dalam basnya oleh beberapa penduduk Yahudi di penempatan mereka di Ras al-Amud.
Seorang saksi berkata, kesan penganiayaan jelas dapat dilihat pada mayat Hassan.
Ia kekejaman terbaru pendatang haram Yahudi terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9725#sthash.wBoL0MNW.dpuf

Israel tidak akan henti bina penempatan Yahudi


AFP - BEBERAPA penduduk Palestin membakar tayar berhampiran tembok yang memisahkan bandar Abu Dis di Tebing Barat dengan Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.
Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.
“Kami tidak akan me­netapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini,” kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.
Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus me­ningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.
Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat.
Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang me­rangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.
Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan.
Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.
“Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini,” kata Lieberman.
“Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi,” tambahnya. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3JMmOcuFF 
Hakcipta terpelihara 

Israel tidak akan hadkan pembinaan penempatan haram Yahudi

Sebahagian penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan menyelamatkan
Sebahagian penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan menyelamatkan diri selepas pasukan keselamatan Israel melepaskan gas pemedih mata ketika berlaku pertempuran di Hebron, baru-baru ini. – AFP
BAITULMAQDIS 17 Nov. – Israel menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak akan bersetuju dengan mana-mana cadangan untuk mengehadkan proses pembinaan penempatan haram Yahudi yang dirancang di kawasan Baitulmaqdis Timur, walaupun mendapatkan tekanan dunia supaya mereka menghentikan aktiviti pendudukan secara haram di bumi Palestin.
“Satu perkara yang perlu diperjelaskan, kami tidak akan menerima definisi yang menyatakan pembinaan penempatan Yahudi di Baitulmaqdis sebagai pendudukan haram.
“Kami juga tidak akan menerima sebarang cadangan untuk mengehadkan jumlah bangunan yang boleh dibina di Baitulmaqdis Timur,” kata Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman pada satu sidang media, semalam.
Kenyataan Lieberman itu dikeluarkan empat hari selepas kerajaan Israel meluluskan cadangan untuk membina 200 buah rumah di Ramot, di sini, walaupun berlaku pertempuran dengan penduduk Palestin berlaku hampir setiap hari yang berang dengan tindakan rejim Zionis itu meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Pengumuman tersebut, sekali gus menolak teguran daripada Washington yang tegas menentang sebarang kerja-kerja pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur, dengan memberi amaran tindakan berkenaan akan memburukkan lagi keadaan dan tidak membantu mengurangkan ketegangan.
Israel mula menawan Baitulmaqdis Timur selepas berlakunya peperangan selama enam hari pada 1967, sebelum membina penempatan haram Yahudi, satu tindakan yang sama sekali tidak diiktiraf oleh masyarakt antarabangsa.
Masyarakat antarabangsa menyifatkan bandar berkenaan sebagai ‘bandar bersatu dan tidak boleh dibahagi-bahagikan’ dan tidak pernah menganggap kerja-kerja pembinaan di situ sebagai aktiviti penempatan.
Sementara itu, penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan Israel untuk merampas kawasan berkenaan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-tidak-akan-hadkan-pembinaan-penempatan-haram-yahudi-1.26012#sthash.CCucj9DW.dpuf