Tuesday, 30 September 2014

palestin

palestin

palestin

palestin

Remaja Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel


Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 7:02 PM
Kawasan di sempadan Genting Gaza dan Israel. Foto AFP

BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun cedera apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Genting Gaza pada Isnin.
Pihak perubatan berkata, ia merupakan insiden kedua seumpama itu yang berlaku dalam tempoh 24 jam.
Budak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas ditembak di kampungnya yang terletak berdekatan dengan sempadan Israel, kata jurucakap perkhidmatan kecemasa, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.
Di bawah kepungan Israel di negara itu, penduduk di Gaza tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 100 meter dari pagar sempadan sekiranya berjalan kaki, atau 300 meter dengan menggunakan kenderaan.
Tentera Israel sering melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang berada dekat dengan kawasan itu.
Tentera Israel berkata, pihaknya sedang melihat laporan terbaharu mengenai tembakan yang hanya berlaku selepas sebulan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.
Peperangan selama 50 hari itu mengorbankan lebih 2,140 rakyat Palestin, di mana kebanyakannya adalah orang awam dan 73 orang terbunuh di pihak Israel yang sebahagian besarnya adalah tentera sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu. - AFP

Gaza bekukan program pekerjaan

Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA.
Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA.
GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Buruh Palestin di wilayah Gaza mengumumkan keputusan membekukan program pekerjaan secara sementara akibat kekurangan bajet operasi yang dianggarkan berjumlah AS$17 juta (RM56 juta).

Pengarah di kementerian itu, Abdullah Kelab berkata, program Jedara yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 10,000 graduan itu terpaksa ditangguhkan sehingga mempunyai dana mencukupi.

"Seramai 6,000 graduan masih menunggu giliran untuk menandatangani kontrak pekerjaan. Saya menggesa kerajaan perpaduan membiayai dana diperlukan untuk meneruskan program yang bertujuan mengatasi masalah pengangguran di Genting Gaza," jelasnya dipetik Middle East Monitor.

Menurut Pusat Biro Statistik Palestin, hanya 25 peratus daripada kira-kira 30,000 graduan mempunyai pekerjaan dan selebihnya terpaksa menganggur akibat krisis ekonomi yang meruncing di Genting Gaza.

Sekatan haram Israel sejak lebih tujuh tahun lalu turut menyumbang kepada masalah pengangguran di wilayah tersebut.

Netanyahu bidas Mahmoud Abbas


Netanyahu
Netanyahu
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-69 'panas' selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nekad membidas tuduhan Palestin terhadap negaranya berhubung serangan 50 hari di Gaza Jun dan Julai lalu.

Sejurus tiba di New York  semalam, Netanyahu membangkitkan usul itu yang dikatakan pembohongan terbesar Presiden Palestin Mahmoud Abas terhadap dunia.

Jumaat lalu, Mahmoud menuduh Israel melakukan jenayah pembunuhan hingga meragut lebih 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam termasuk kanak-kanak.

"Beliau pembohong. Saya akan bentangkan tentang keberanian Pasukan Pertahanan Israel yang dianggap sebagai tentera paling bermoral di dunia," katanya dipetik Al Arabiya.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyifatkan tuduhan terbabit sebagai keganasan diplomatik dan punca kegagalan semua perjanjian diplomatik yang sepatutnya lancar.

Perhimpunan kali ini dijangka hangat selepas hampir kesemua negara anggota PBB menyelar Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Monday, 29 September 2014

palestin

palestin

OIC gesa dakwa Israel


Kempen ketenteraan Israel meragut lebih 2,130 nyawa penduduk di Genting Gaza
Kempen ketenteraan Israel meragut lebih 2,130 nyawa
penduduk di Genting Gaza
JEDDAH - ARAB SAUDI. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggesa pemimpin politik dan tentera Israel dibawa ke muka pengadilan atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan.

Setiausaha Agungnya, Iyad Ameen Madani turut mendakwa Tel Aviv menindas penduduk Palestin selama beberapa dekad.

"Kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan kerajaan Israel mengamalkan dasar aparteid. Kami kini sedang melobi Palestin dan berharap mereka mempertimbangkan untuk menyertai perjanjian dengan OIC sebelum menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya dipetik Press TV.

Menurutnya lagi, negara anggota OIC turut menyokong rancangan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengemukakan tuntutan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan tarikh akhir kepada Tel Aviv supaya berundur dari wilayah tersebut.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Mahmoud mengecam rejim Zionis kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika perang selama 50 hari di Genting Gaza.

Pemimpin Israel perlu dihukum


KANAK-KANAK Palestin adalah antara mangsa jenayah perang Israel ketika rejim Zionis itu melancarkan operasi ketenteraan selama 53 hari ke atas Genting Gaza pada Julai dan Ogos lalu, menyaksikan hampir 600 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan itu. - REUTERS
JEDDAH 28 Sept. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mahu pemimpin dan tentera Israel diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman atas kesalahan melakukan jenayah kemanusiaan, merujuk kepada keganasan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.
Portal berita Press TV yang memetik kenyataan Setiausaha Agung OIC, Jeneral Iyad Ameen Madani sebagai berkata, terdapat bukti kukuh menunjukkan Israel sebagai rejim apartied yang patut dihukum oleh pihak antarabangsa kerana menzalimi penduduk Palestin sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Jelasnya, OIC sedang berbincang perkara itu dengan kerajaan Palestin untuk menyokong usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
"Kami juga menyokong usaha Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguatkuasakan tarikh akhir bagi Israel untuk berundur dari wilayah Palestin," tambah kenyataan itu.
Iyad berkata demikian sehari selepas Abbas mengecam rejim Zionis Israel kerana melakukan jenayah perang di Genting Gaza ekoran operasi ketenteraan rejim Zionis itu selama 53 hari, baru-baru ini.
Dalam operasi itu, lebih 2,130 penduduk Palestin terkorban dan kira-kira 11,000 lagi cedera, dan Abbas berkata, seluruh dunia telah menyaksikan secara jelas kekejaman yang dilakukan oleh Israel di Gaza.
Awal minggu ini, Abbas menyatakan rancangan kerajaannya untuk memohon keanggotaan dalam institusi dan agensi antarabangsa termasuk ICC sebagai membuka ruang bagi mendesak pihak antarabangsa menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.
"Penduduk Palestin juga mahu keadilan dikemukakan bagi menangani isu pembinaan penempatan haram Yahudi yang masih berterusan di wilayah Palestin yang dijajah Israel," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140929/lu_03/Pemimpin-Israel-perlu-dihukum#ixzz3EeHFNc3O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 28 September 2014

palestin

palestin

Mapim sasar 500 sukarelawan ke Palestin


28 September 2014


KOTA BHARU - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyasarkan 500 sukarelawan untuk dihantar ke Palestin awal tahun depan bagi memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan berjaya.

Mapim memfokuskan kepada projek pasca-perang yang bersifat kemudahan jangka panjang seperti membina gudang simpanan bantuan untuk badan bukan kerajaan (NGO), membina rumah transit untuk pelarian perang dan membina semula sekolah anak yatim.
     
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya sedang menunggu isyarat daripada Mercy Malaysia di Kaherah yang berunding dengan pihak berkuasa di Mesir untuk memastikan kumpulan misi kemanusiaan itu boleh memasuki Gaza.
     
"Sebanyak 20 daripada keseluruhan sukarelawan itu dijangka akan dihantar pada penghujung Oktober ini yang terdiri daripada pakar perubatan dan NGO.
     
"Kita tempatkan sukarelawan ini mengikut sektor iaitu khusus untuk kanak-kanak, pendidikan dan kesihatan bagi memberi bantuan," katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Untuk Mu Gaza di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM1.5 juta telah dikumpul dan dihantar ke Gaza sebagai bantuan kecemasan bagi menampung kos ubat-ubatan dan makanan.

"Banyak lagi dana yang diperlukan untuk membantu saudara kita di sana dan Mapim merayu warga Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan infaq/zakat untuk Dana Bantuan Kecemasan Gaza menerusi www.tabunggaza.com," katanya.
     
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, 90 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar USM berperanan menggerakkan pelbagai aktiviti bagi mengisi "Tabung Kemanusiaan Palestin" yang diwujudkan dengan kerjasama USM, Mapim dan Majlis Perwakilan Pelajar USM.
     
"Mereka turut memberi penerangan kepada masyarakat mengenai pergolakan yang berlaku di Gaza," katanya. - Bernama

palestin

o Tentara israel mendengar kan khotbah dengan sangat fokus,semoga mendapat hidayah Allah swt dan menjadi Muslim....aamiin YRA...malu terlalu banyak membunuh orang......

sungguh... mereka insan yg berani.

Abbas tuntut kemerdekaan Palestin di UNGA


SEORANG banduan Palestin Suliman al-Hasash (kiri) memeluk seorang anggota pergerakan Hamas selepas dia dibebaskan daripada penjara di Rafah, Israel, baru-baru ini.- REUTERS
NEW YORK 27 Sept. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuntut Israel menghentikan penjajahan ke atas bumi Palestin dan pembentukan negara Palestin dilaksanakan dengan segera di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau pada masa sama menuduh Israel melakukan ‘jenayah penghapusan kaum’ di Gaza dan akan mengemukakan dakwaan rejim Zionis melakukan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, merujuk kepada perang antara pergerakan Hamas dan Israel yang mengorbankan 2,140 penduduk Palestin, baru-baru ini.
"Penjajahan ini mesti ditamatkan sekarang. Rakyat (Palestin) perlu dibebaskan dengan segera.
"Masa kemerdekaan bagi negara Palestin telah tiba,’’ katanya ketika berucap di sini, semalam.
Abbas bagaimanapun tidak menetapkan tarikh akhir bagi penubuhan negara Palestin namun pembantu beliau membayangkan tarikh yang sesuai adalah pada 2017.
Menyifatkan serangan Israel pada Julai dan Ogos lalu sebagai penghapusan etnik, Abbas berikrar: " Kami tidak akan melupakan dan memaafkan dan kami tidak akan membenarkan penjenayah perang terlepas daripada hukuman.
"Perang di Gaza adalah ‘satu siri jenayah perang yang nyata dilakukan di hadapan mata dan telinga penduduk dunia,’’ katanya yang merujuk kepada kesan kemusnahan perang selama 50 hari itu yang mengakibatkan lebih 460 nyawa kanak-kanak Palestin terkorban.
Seorang sumber yang menyertai rombongan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan ucapan Mahmoud sebagai ‘menghasut kebencian dan penuh dengan pembohongan’.
Amerika Syarikat (AS) pada masa sama mengecam ucapan Mahmoud itu yang menurutnya ‘tidak dapat diterima dan melemahkan usaha rundingan damai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140928/lu_05/Abbas-tuntut-kemerdekaan-Palestin-di-UNGA#ixzz3EYYd71e5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 27 September 2014

Gaza: Konvoi motor berkuasa tinggi kumpul dana


MOHD SABRI SAID | .

KEPALA BATAS: Persatuan motor berkuasa tinggi Northen Gold Wingers mahu mencatat sejarah menjadi pasukan pertama mengadakan usahasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengelilingi Semenanjung mengumpal dana membantu penduduk Gaza.
Presidennya, Badruzzaman Ishak berkata, tujuan utama ialah memberi galakan dan semangat kepada Mapim dalam usaha mencari dana pembangunan untuk rakyat di Gaza, Palestin.

"Rasa bangga tidak terkata apabila kami berjaya menjadi persatuan motor berkuasa tinggi pertama yang mengelilingi Malaysia bersama Mapim untuk mencari dana RM1 milion," katanya pada pelancaran konvoi itu di pekarangan Masjid Bertam Indah, hari ini.

Katanya, hari ini konvoi akan berkunjung ke Jitra, Kedah.

Pada 11 Oktober ini, konvoi akan bertandang ke Pejabat Mapim di Sungai Petani, diikuti konvoi menuju ke Kuantan, Pahang dan Johor Baharu.

Seterusnya, kata beliau konvoi akan bergabung dengan persatuan Gold Wingers dari Singapura.

Pada hari keempat, katanya konvoi akan berada di Melaka, Negeri Sembilan dan selepas itu menuju ke ibu pejabat Mapim di Kuala Lumpur, diikuti Selangor dan seterusnya ke Perak.

"Nak diikutkan ramai nak sertai konvoi ni mungkin setiap negeri akan mendaftar ahli tetapi atas dasar keselamatan, kami hanya hadkan 20 buah sahaja," terangnya.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan sokongan padu daripada persatuan itu memberikan nafas baru kepada pihaknya untuk mencari dana bagi membantu pembangunan semula Palestin.

Kata beliau, sasaran utama ialah untuk memberi bantuan ubat-ubatan kepada rakyat di Gaza. - HARAKAHDAILY 27/9/2014

Israel perketat sekatan di Al-Aqsa


Beberapa penduduk Palestin tidak berpuas hati selepas larangan baharu itu berkuatkuasa, Rabu lalu.
Beberapa penduduk Palestin tidak berpuas hati selepas larangan baharu itu berkuatkuasa, Rabu lalu.
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel melarang lelaki Palestin di bawah umur 50 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa di bawah sekatan terbaharu yang dilihat bakal meningkatkan lagi ketegangan di Baitulmaqdis Timur.

Ketua Pengarah Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal Al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib memaklumkan penduduk Palestin di Tebing Barat turut dilarang menunaikan solat Jumaat di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Menurut Press TV, sebelum ini, rejim Zionis pernah beberapa kali bertindak biadab mencemari kesucian Al-Aqsa dengan menyerbu masjid berkenaan dan menyerang penduduk Palestin yang berada di sekitarnya.

Dalam perkembangan lain, seorang kanak-kanak Palestin berumur 10 tahun dilanggar tanpa perikemanusiaan oleh sebuah kereta dipercayai milik pendatang haram Yahudi di kawasan kejiranan Silwan.

Menurut jurucakap Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Adam al-Risheq yang dirempuh dengan sengaja ketika sedang bermain berhampiran rumahanya turut cedera dalam kejadian itu.