Wednesday, 24 September 2014

Pemerhati PBB pantau projek Gaza


Masjid al-Faruq di Rafah antara masjid paling teruk dibedil dalam serangan 50 hari oleh rejim Zionis di Gaza.
Masjid al-Faruq di Rafah antara masjid paling teruk dibedil dalam serangan 50 hari oleh rejim Zionis di Gaza.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar ratusan penyelia antarabangsa ke Genting Gaza bagi memantau projek pembinaan semula di wilayah itu.

Pada perjanjian minggu lalu antara wakil Timur Tengah PBB, Robert Serry; Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah dan penyelaras aktiviti Isreal di wilayah Plaestin, Yoav Mordechai dimaklumkan bahawa kira-kira 500 penyelia akan ditugaskan di kawasan berkenaan.

Di bawah pelan itu, mereka ditempatkan di kawasan pembinaan utama, tapak penyimpanan bahan dan lokasi jentolak serta peralatan mekanikal lain, dipetik dari laporan Press TV.

Mahmoud nekad kemuka tuntutan


Sekatan haram Israel memberi impak besar kepada kanak-kanak Palestin.
Sekatan haram Israel memberi impak besar kepada kanak-kanak Palestin.
RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas nekad mahu mengemukakan tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan resolusi bagi menamatkan sekatan haram di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki Israel sejak 1967.

"Jika tuntutan ini ditolak, kami tetap akan meneruskan usaha menghantar permohonan bagi menyertai agensi antarabangsa lain termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya lagi.

Menurut Mahmoud, jadual baharu rundingan damai Palestin-Israel juga akan dicadangkan ketika Perhimpunan Agung PBB kali ke-69 yang sedang berlangsung sehingga 1 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, menurutu laporan Press TV, PBB memaklumkan kira-kira 500 pemantau antarabangsa bakal dihantar ke Genting Gaza untuk memantau projek pembinaan semula wilayah itu yang musnah teruk akibat serangan rejim Zionis.

Keputusan itu dibuat selepas satu perjanjian dicapai bersama Wakil PBB di Timur Tengah, Robert Serry, Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah dan Penyelaras Aktiviti Israel di wilayah Palestin, Yoav Mordechai, minggu lalu.

'Gulingkan Netanyahu'


24 September 2014


TEL AVIV - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres menuntut parti politik utama supaya menggulingkan perdana menteri, Benjamin Netanyahu dan mengadakan pilihan raya baharu.

Menurut Press TV, Akhbar Jerusalem Post melaporkan Peres, 91, turut menggesa Menteri Kewangan, Yair Lapid supaya keluar daripada kerajaan gabungan pimpinan Netanyahu bersama pemimpin parti Hatnua, Tzipi Livni.

"Episod pentadbiran Netanyahu sudah sampai ke penghujung kerana ia tidak melangkaui jangkaan saya dan gagal membawa sebarang perkembangan positif," jelasnya.

Tinjauan dilakukan Channel 10 TV  juga menunjukkan populariti pemimpin Parti Likud itu jatuh kepada 55 peratus berbanding 69 peratus pada awal bulan lalu.

Israel tembak jatuh jet Syria di Bukit Golan


IMEJ menunjukkan sebuah jet pejuang milik tentera Syria terbakar selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara tentera Israel di Bukit Golan semalam.- AFP


BAITULMUQADDIS - Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon semalam memberi amaran bahawa tentera negara itu terpaksa bertindak balas terhadap sebarang cubaan untuk mengancam keselamatan negara berkenaan.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas tentera Israel menembak jatuh sebuah jet pejuang milik tentera Syria di Bukit Golan yang dikuasai rejim Zionis.
"Pada pagi ini (semalam) sistem pertahanan udara kami menembak jatuh sebuah jet pejuang Syria yang menghampiri wilayah Israel di Bukit Golan, jet itu seperti satu ancaman malah pesawat itu turut melintasi sempadan," katanya dalam satu kenyataan.
Kawasan seluas 1,200 kilometer persegi di Bukit Golan ditawan Israel daripada Syria ketika perang enam hari yang berlaku pada tahun 1967 sebelum mengisytihar kawasan berkenaan sebagai wilayahnya.
"Kami tidak akan membenarkan sesiapa sama ada negara atau organisasi pengganas mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan kami.
"Kami terpaksa bertindak balas terhadap cubaan tersebut sama ada ia disengajakan atau tidak," tegasnya.
Sementara itu, bekas ketua perisikan tentera udara Israel, Ram Shmueli berkata, kejadian tersebut kemungkinan berpunca daripada kesilapan juruterbang jet pejuang Syria itu.
"Kami percaya misi juruterbang itu adalah menyerang kedudukan pemberontak bukannya tentera Israel tetapi pesawat tersebut telah melintasi sempadan.
"Malangnya kami tidak boleh bertimbang rasa dengan sebarang pencerobohan terhadap ruang udara Israel," katanya.
Menurutnya, kejadian itu adalah kali pertama tentera Israel menembak jatuh sebuah pesawat Syria sejak tahun 1985. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3EDpKcrBM 
Hakcipta terpelihara 

Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula


KAHERAH 24 Sept. - Delegasi rundingan Israel tiba di sini, semalam bagi mengadakan perbincangan secara tidak langsung dengan pasukan Palestin mengenai gencatan senjata jangka panjang Gaza, beberapa jam selepas tentera Israel menembak mati dua suspek yang membunuh tiga remaja Yahudi, Jun lalu.
Perunding kanan pergerakan Hamas, Ezzat al-Rishq berkata, delegasi Palestin telah bergerak ke ibu pejabat perkhidmatan risikan Mesir yang menjadi orang tengah rundingan itu namun berpatah balik selepas mengetahui tentang pembunuhan suspek, Amer Abu Eisha dan Marwan Qawasmeh di Hebron.
"Rundingan itu tertunda selama dua jam," kata Rishq sambil mengutuk tindakan Israel yang disifatkannya sebagai satu 'pembunuhan'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140924/lu_12/Rundingan-gencatan-senjata-Gaza-disambung-semula#ixzz3EDkvGlAp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mahmoud Abbas mohon resolusi di UNGA


Sekumpulan kanak-kanak Palestin mengibarkan bendera ketika bermain berhampiran kawasan rumah mereka yang musnah akibat bedilan Israel di Gaza City, kelmarin. - REUTERS
NEW YORK 23 Sept. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan, beliau akan memohon satu resolusi antarabangsa bagi menetapkan tempoh masa untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin apabila berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada minggu ini.
Jika PBB menolak rayuannya, Abbas berkata, beliau akan memohon menyertai agensi dan institusi antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Penyertaan ke dalam mahkamah itu akan membuka peluang untuk mendakwa Israel dengan jenayah perang membabitkan dua tindakan rejim tersebut di Gaza dan pembinaan penempatan Yahudi yang berterusan di tanah Palestin.
Pemimpin Palestin itu dijangka berucap di UNGA pada Jumaat ini dan bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry hari ini.
Sementara itu, pasukan tentera Israel hari ini menembak mati dua penduduk Palestin yang disyaki membunuh tiga remaja Israel di wilayah yang diduduki rejim Zionis di Tebing Barat pada Jun lalu.
Israel telah memburu dua suspek itu, Marwan Kawasme dan Amar Abu Aysha sejak berbulan-bulan lalu.
Mereka didakwa merupakan individu yang terlibat menangkap dan menembak tiga remaja Israel tersebut berdekatan satu penempatan Yahudi pada 12 Jun lalu.
Penduduk Hebron berkata, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di bandar itu pada waktu senja sebelum bunyi tembakan kedengaran. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140924/lu_04/Mahmoud-Abbas-mohon-resolusi-di-UNGA#ixzz3EDkQsJeI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 23 September 2014

Israel rancang pindahkan kaum Badwi Palestin dari Tebing Barat



GAMBAR yang dirakam pada 18 September lalu menunjukkan seorang wanita Palestin daripada kaum Badwi bersama ternakan biri-biri di kampung Al-Eizariya, Tebing Barat berdekatan Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Sebuah agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin kelmarin mendesak masyarakat antarabangsa menentang rancangan Israel untuk menempatkan semula beribu-ribu penduduk Palestin daripada suku kaum Badwi yang tinggal di tengah Tebing Barat.
Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB, Pierre Krahenbuhl berkata, tindakan tersebut bakal memberikan jalan kepada Israel bagi meluaskan pembinaan penempatan haram penduduk Yahudi sekali gus mengancam perjanjian mewujudkan dua buah negara di wilayah itu.
"Rancangan ini juga melanggar perjanjian Konvensyen Geneva yang mengharamkan penempatan semula penduduk secara paksa di satu-satu wilayah yang dikuasai.
"Saya mendesak pihak berkuasa Israel tidak meneruskan rancangan penempatan semula ini dan mendesak negara penderma serta masyarakat antarabangsa mengambil satu pendirian tegas untuk menolaknya," katanya.
Gesaan tersebut dibuat ketika satu mesyuarat antarabangsa bagi membincangkan bantuan kepada Palestin diadakan di New York, Amerika Syarikat semalam.
Akhbar Haaretz sebelum ini melaporkan bahawa rancangan untuk memindahkan kira-kira 12,500 kaum Badwi daripada suku Jahalin, Kaabneh dan Rashaida dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk seperti yang dicadangkan oleh Mahkamah Agung Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3E9Bu1Q8l 
Hakcipta terpelihara 

Konflik Israel Hamas perlu dirujuk ke ICC


GENEVA 23 Sept. - Dakwaan jenayah perang semasa konflik antara pergerakan Hamas dan Israel di Genting Gaza perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, kata Timbalan Pesuruhjaya bagi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Flavia Pansieri ketika menyampaikan laporannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, di sini berkata, tentera Israel didawa melakukan jenayah perang dengan menjadikan orang awam dan kemudahan orang awam sebagai sasaran.
Laporan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa kumpulan bersenjata Palestin melanggar undang-undang perang dalam usahanya memerangi Israel dengan kumpulan seperti Hamas meletakkan objek-objek tentera di kawasan orang awam dan membunuh tali barut Israel. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140923/lu_04/Konflik-Israel-Hamas-perlu-dirujuk-ke-ICC#ixzz3E8LyIQbC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 22 September 2014

Inilah Gaza, yang menyimpan ribuan kisah, dari generasi ke generasi ..

Penduduk Palestin di Gaza dihalang guna laluan Rafah


RAFAH 21 Sept. - Pihak Berkuasa Mesir semalam mengeluarkan arahan menghalang penduduk Palestin di Genting Gaza pergi ke Turki, Qatar dan empat buah negara lain termasuk Malaysia menggunakan pintu sempadan di Rafah untuk meninggalkan wilayah Palestin itu.
Seorang pegawai Palestin memberitahu laman web middleeastmonitor.com, pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan penduduk Palestin di Gaza menggunakan laluan tersebut.
"Pihak berkuasa Mesir mengarahkan pihak berkuasa sempadan (di Rafah) supaya menghalang pelajar dan penduduk Palestin di Gaza yang ingin pergi Turki, Malaysia, Algeria, Iran, Qatar dan Libya," kata pegawai sempadan, Ismail Abul-Gabeen dalam satu kenyataan.
Hubungan antara Mesir, Turki dan Qatar tegang selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi oleh tentera Mesir pada tahun lalu.
Pintu sempadan Rafah terletak antara Semenanjung Sinai dan Genting Gaza dan menjadi laluan utama bagi penduduk Palestin dengan Mesir.
Pintu itu digunakan sebagai laluan, penghantaran barangan, makanan dan bantuan perubatan tetapi ditutup oleh pihak berkuasa Mesir sejak penyingkiran Mursi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140922/lu_06/Penduduk-Palestin-di-Gaza-dihalang-guna-laluan-Rafah#ixzz3E32mgscP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Halang datang Malaysia


Pihak berkuasa Mesir melarang penduduk Palestin di Gaza yang ingin meninggalkan wilayah itu untuk ke Turki, Qatar, dan empat negara Islam lain melalui sempadan Rafah.

“Pihak berkuasa Mesir mengarahkan pengawal sempadan untuk tidak melayan sebarang permohonan pelajar dan rakyat Palestin yang ingin meninggalkan Gaza untuk ke Turki, Malaysia, Algeria, Iran, Qatar dan Libya,” kata pegawai sempadan Ismail Abul-Gabeen dalam satu kenyataan akhbar.

Pihak berkuasa Mesir sehingga ini tidak mengulas mengenai dakwaan itu.



Hubungan Mesir dengan Turki dan Qatar tegang selepas tentera negara itu menggulingkan presiden terpilih, Mohamed Mursi.

Terletak di antara Semenanjung Sinai dan Gaza, pintu sempadan Rafah sering menjadi punca utama kepada ketegangan hubungan Mesir dan Palestin.

Pintu sempadan berkenaan yang menjadi laluan utama keluar masuk antara Gaza dengan Mesir termasuk kenderaan yang membawa barangan makanan dan ubat-ubatan, ditutup pihak berkuasa Mesir sejak penggulingan Mursi.

Tindakan Mesir itu memburukkan lagi penderitaan sedia ada penduduk Gaza selepas Israel mengepung wilayah berkenaan sejak lapan tahun lalu.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22

Lagi tentera Israel masuki Gaza

Beberapa kereta perisai masih berada di Genting Gaza.
Beberapa kereta perisai masih berada di Genting Gaza.
GAZA - PALESTIN. Tentera Israel sekali lagi dilihat memasuki Gaza dan kali ini di pinggir Khan Younis, pada awal pagi semalam.Kehadiran mereka adalah kali ke-3 sejak perjanjian gencatan senjata kekal antara di kuat kuasakan pada 26 Ogos lalu.Saksi melaporkan, mereka difahamkan tujuan tentera berkenaan memasuki Gaza adalah sebagai sebahagian aktiviti keselamatan.“Empat jentolak Israel dari pangkalan tentera Kissufim dilihat memasuki timur bandar Al-Qarara, utara Khan Yunis. Mereka mengorek tanah pertanian berhampiran bandar terbabit," katanya kepada East Monitor.Radio Tentera Israel sebagai memetik turut melaporkan, kehadiran tentera di Gaza adalah untuk aktiviti keselamatan dengan memeriksa kawasan sempadan di Khan Yunis.Dua minggu lalu, Israel melakukan aktiviti sama di pinggir bandar Rafah, Genting Gaza.









Banduan Palestin mati didera


22 September 2014
1


RAMALLAH - PALESTIN. Seorang tahanan Palestin ditahan di penjara Israel meninggal dunia akibat diseksa tentera rejim Zionis, menurut Ketua Hal Ehwal Banduan dan Tahanan Ramallah, Issa Qaraqe.

Raed Abdel-Salam Al-Jabari, ditahan 26 Julai lalu di penjara Eshel dan Qarawe mendakwa, Israel melakukan kesalahan jenayah iaitu menyembunyikan punca sebenar kematian dan penyeksaan.

"Laporan bedah siasat Jabari dijalankan Institut Perubatan Forensik di Abu Dis mendedahkan, mangsa didera dengan teruk hingga menyebabkan pendarahan dalaman yang membawa kepada kematian," katanya kepada Middle East Monitor.

Laporan turut menyebut, tiada apa-apa tanda di leher Jabari dan menyangkal dakwaan Israel yang mengatakan bahawa dia membunuh diri.

Dalam perkembangan lain, rundingan berkaitan krisis di Gaza antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan disambung semula pada 24 September ini.

Difahamkan, rundingan akan didahului dengan perbincangan antara dua kumpulan utama Palestin iaitu Hamas dan Fatah.

Saturday, 20 September 2014

SUBUH DAN Al-QASSAM



Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.
(Riwayat Muslim)

Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inilah rahsia kehebatan tentera Al-Fateh dan Al-Qassam yang disegani dan digeruni.

Syarat menjadi tentera Al-Qassam di Palestin mesti solat Subuh berjemaah 6 bulan berturut-turut selain hafal 30 juzuk Quran, hadis 40 Imam Nawawi, lulus ujian IQ untuk layak sertai saff mereka.

Mereka lah sebaik-baik tentera yang ada pada hari ini dan menjadi ikon umat Islam.

We Are All Qassam!
 

palestin

Sesi persekolahan di Gaza baru sahaja bermula Ahad lepas. Kali ini mereka pergi sekolah melihat bangunan sekolah yang rosak dibedil rejim Zionis.

Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar. Mereka tidak ponteng. Mereka tahu, dengan ilmulah bumi perjuangan itu akan bebas dan merdeka suatu hari kelak.

SUBUH DAN Al-QASSAM



Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.
(Riwayat Muslim)

Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inilah rahsia kehebatan tentera Al-Fateh dan Al-Qassam yang disegani dan digeruni.

Syarat menjadi tentera Al-Qassam di Palestin mesti solat Subuh berjemaah 6 bulan berturut-turut selain hafal 30 juzuk Quran, hadis 40 Imam Nawawi, lulus ujian IQ untuk layak sertai saff mereka.

Mereka lah sebaik-baik tentera yang ada pada hari ini dan menjadi ikon umat Islam.

We Are All Qassam!
 

Arab Saudi salur bantuan ke Gaza


Serangan Israel memusnahkan kediaman dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya. Foto: AFP
Serangan Israel memusnahkan kediaman dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya. Foto: AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi berjanji akan menyalurkan bantuan berjumlah AS$500 juta (RM1.7 bilion) bagi membantu membina semula Gaza, menurut Perdana Menteri Rami Al-Hamdallah, kelmarin.

"Saudi akan menderma RM1.7 bilion, dan bantuan lain akan diberi dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pembinaan semula," katanya dalam satu sidang video dari Tebing Barat.

Bantuan dari kerajaan berkenaan dibuat menjelang satu persidangan di Kaherah 12 Oktober ini dan pemimpin Palestin berharap penderma lain termasuk Turki, Qatar, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat turut memberi bantuan serta sokongan lapor Arab News.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Pemimpin Hamas Moussa Abu Marzouk memberitahu, sebuah rundingan tidak langsung antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan bermula sebelum akhir bulan ini untuk membincangkan persiapan Gaza selepas perang. 

Usaha bina semula Gaza selepas gencatan senjata

SABTU, 20 SEPTEMBER 2014 @ 11:33 AM

 
KUALA LUMPUR: Membina dan menyusun semula Gaza yang musnah dalam serangan udara tujuh minggu rejim Israel menjadi keutamaan kepada rakyat Palestin selepas gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu.

Ketua Hubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan berkata kira-kira 500,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal dalam serangan itu.

"Keperluan asas, rumah, sekolah, infrastruktur dan lain-lain lagi perlu dibina semula sebelum musim sejuk dalam tempoh dua bulan lagi," katanya kepada Bernama.

Beliau tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja lima hari.



Beliau berkata Gaza hanya mendapat enam jam bekalan elektrik akibat stesen jana utama dirosakkan Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan 2,133 rakyat Palestin terbunuh termasuk 1,489 orang awam.

Usamah berkata membina semula Gaza memerlukan perbelanjaan US$5 bilion.

Beliau kesal kerana Israel turut menyasarkan kemudahan awam termasuk sumber air.

Mesir akan menjadi hos kepada persidangan untuk menyusun semula Semenanjung Gaza pada 12 Okt ini di Kaherah, katanya.

Dalam pada itu beliau berkata bahan binaan sukar dibawa masuk ke Semenajung Gaza ekoran sekatan yang dikenakan Israel.

Usamah juga berkata, selepas perjanjian gencatan senjata, nelayan hanya dibenar tentera Israel membawa bot mereka sejauh enam batu nautika dari kawasan pantai Gaza.

"Tetapi kami sepatutnya sampai 12 batu nautika. Oleh itu kami memerlukan pertolongan masyarakat antarabangsa," katanya.

Beliau memuji kerajaan Malaysia yang bermurah hati membantu rakyat Palestin.

"Kerajaan (Malaysia) memain peranan penting dalam membina semula Gaza dan menyokong kerajaan perpaduan," katanya. - BERNAMA

Friday, 19 September 2014

Penduduk di Gaza hidup melarat


  • Penduduk Palestin terpaksa meneruskan kehidupan walaupun tinggal di bawah runtuhan bangunan. FOto: AFPPenduduk Palestin terpaksa meneruskan kehidupan walaupun tinggal di bawah runtuhan bangunan. FOto: AFP

GAZA - PALESTIN. Ketua Anti Pengepungan Palestin, Jamal Al-Khodari menggambarkan kehidupan penduduk di Genting Gaza sebagai bencana selepas diserang Israel selama 50 hari.

Al-Khodari berkata, lebih 90 peratus penduduk hidup melarat kerana peningkatan kadar pengangguran.

"Penduduk di kem perlindungan hidup sangat teruk. Mereka hilang keperluan asas kehidupan selepas kesemua kemudahan seperti elektrik dan air musnah," katanya.

Beliau turut menyifatkan, perang terbaharu itu juga menyebabkan krisis kemanusiaan meningkat di mana pendapatan individu kini di bawah AS$2 (RM6) sehari.

"Kira-kira 95 peratus air di Gaza tidak boleh diminum dan air laut tercemar kerana 40 juta liter air kumbahan tidak dirawat mengalir di dalamnya setiap hari. Ia membinasakan kesihatan awam dan industri perikanan," katanya kepada Middle East Monitor.

Menurutnya lagi, secara umum semua aspek kehidupan terjejas termasuk sektor pertanian memandangkan tanah dicemari bahan beracun daripada roket rejim Zionis.

Arab Saudi janji salur 500 juta Riyal untuk bantu bina semula Gaza


GAZA 19 Sept. - Kerajaan Arab Saudi berjanji untuk menyalurkan bantuan berjumlah 500 juta Riyal (RM429 juta) untuk membina semula Gaza, kata Perdana Menteri Palestin Rami Al-Hamdallah dengan jumlah kos sepenuh pembinaan semula dijangka menelan kos sekitar 4 bilion Riyal (RM3.4 bilion) dalam tempoh tiga tahun.
"Arab Saudi telah berjanji untuk menderma sebanyak 500 juta Riyal (RM429 juta). Dianggarkan 18,000 buah rumah musnah sepanjang tujuh minggu perang manakala 40,000 buah rumah lagi musnah teruk," kata Hamdallah, dalam satu sidang video dari tebing Barat.
Bantuan Arab Saudi itu tiba menjelang satu persidangan di Kaherah pada 12 Oktober ini dan pemimpin Palestin berharap penderma lain termasuk Turki, Qatar dan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mengikut langkah dengan menyalurkan bantuan dan sokongan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140919/lu_02/Arab-Saudi-janji-salur-500-juta-Riyal-untuk-bantu-bina-semula-Gaza#ixzz3Di5r3pzt
© Utusan Melayu (M) Bhd