Sunday, 17 August 2014

palestin

Guna visual Mesir label sebagai Gaza


  • Paparan visual di beni Suef, Mesir yang dilabel sebagai Gaza.Paparan visual di beni Suef, Mesir yang dilabel sebagai Gaza.

TEL AVIV - Tentera Israel menggunakan visual bandar Beni Suef di Mesir dan kemudiannya melabelkannya sebagai bandar Gaza untuk satu program khas.

Laman web berita tempatan Walad El-Balad melaporkan, visual empat minit tersebar di Facebook itu dibuat oleh tentera Israel pada Julai lalu.

"Visual asalnya berjudul The Street’s Anger in Beni Suef over Gaza’s Shelling and its Hopes to Solve the Crisis disadur oleh tentera Israel dan kemudiannya ditukarkan kepada What Happens Behind Public Bui," menurut laporan itu.

Program khas dibuat oleh tentera Israel itu turut memuatkan temu ramah penduduk yang yang kononnya adalah penduduk Gaza.

Temu ramah itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Hebrew bahawa penduduk Gaza menyelar kekejaman kumpulan Hamas dan Briged al-Qassam.

Memetik laporan Al Ahram, keseluruhan visual itu diberi kepada media Arab Avichay Adraee untuk disebarkan ke laman Facebook rasmi agensi berita berkenaan.

Ramai tertipu tabung Gaza


  • Laman sosial memaparkan aktiviti mengutip tabung Gaza yang mencurigakanLaman sosial memaparkan aktiviti mengutip tabung Gaza yang mencurigakan
 1 / 2 
TINJAUAN Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai yang berkongsi cerita mengenai aktiviti mencurigakan berhubung tabung Gaza.
Pengguna media sosial mula mempersoalkan kewujudan tabung derma yang dipercayai tidak berdaftar.

Satu blog menceritakan bagaimana seorang lelaki dikenali sebagai saudara K melihat sendiri perbuatan yang menimbulkan syak wasangka berkaitan tabung Gaza.

“Terdapat empat tabung diletakkan di luar surau (Menara Lembaga) Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Empat tabung tersebut diletakkan secara berdekatan, anggaran jarak adalah sejauh 10-20 meter antara satu sama lain.

"(Tabung itu) seperti dijaga beberapa orang berpakaian kemeja-t hitam tertera (tulisan) Free Palestine berwarna putih, dan berseluar jean sedikit koyak. Beberapa minit selepas itu, dua tabung dibungkus dan tinggal dua tabung lagi," menurut entri dalam bloglist-malaysia.blogspot.com itu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Nadiah Mohd Sarifuddin menyifatkan rakyat Malaysia sangat bermurah hati dengan terus menderma tanpa keraguan.

"Mereka (peminta derma) buat kutipan derma di pasar malam, pasar raya, depan bank, dan di tepi kaki lima sambil memakai mafela. Tetapi, kesahihan derma (sama ada) akan disampaikan (kepada) rakyat Gaza memang tidak pasti," katanya berkongsi pendapat.

Seorang lagi pengikut di laman sosial berkata, jika seseorang itu berniat baik ingin menyalurkan bantuan, mereka harus menggunakan medium dan cara yang betul.

"Hanya ALLAH yang tahu niat kita derma untuk Gaza tapi diselewengkan. Ada yang minta derma, masuk kedai dan katanya derma ikhlas tabung Gaza, tetapi apabila kita tanya dan tidak bagi derma, mereka akan buat muka tidak puas hati.

"Selepas itu, (terus) beredar. Rakyat Malaysia kalau pasal menderma memang murah hati, sebab itu ramai yang ambil kesempatan," katanya.

palestin

Wilayah Palestin, Gaza: Palestin membawa mayat dua kanak-kanak lelaki dari keluarga  Baker, yang pegawai perubatan berkata terbunuh dengan dua kanak-kanak dari keluarga yang sama dengan shell ditembak oleh kapal perang tentera laut Israel, semasa pengebumian mereka di Gaza City 16 Julai 2014 . Empat kanak-kanak Palestin terbunuh dan seorang cedera kritikal di pantai Gaza pada hari Rabu oleh shell ditembak oleh kapal perang tentera laut Israel, kata seorang pegawai kesihatan Palestin. . Pegawai kesihatan Gaza berkata 207 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh dalam empangan udara dan tentera laut, 
طفل رزقت به والدته بعد ثماني فتيات وهو الوحيد لها .. الصورة تتحدث عن عمق المأساة, 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

Palestin

Budak lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan Masjid Aisha yang musnah akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak sebulan lalu. - Foto AP
Seorang pekerja Palestin berjalan masuk ke kilang makanan al-Awdah yang dibedil dan dibakar tentera Israel semasa serangan di Deirl al-Balah, tengah Semenanjung Gaza - Foto Reuters
Seorang pekerja stesen jana kuasa memotong logam berhampiran tangki bahan api yang musnah di selatan Bandaraya Gaza. Satu-satunya stesen jana kuasa di Gaza itu musnah akibat bedilan Israel pada 29 Julai lalu. - AFP
Kanak-kanak Palestin, Yussef, 8, tersenyum apabila menyedari gambar beliau sedang dirakam ketika melalui pangsapuri yang dibedil tentera Israel di Beit Hanun, utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Seorang lelaki Palestin memeriksa kerosakan di sebuah kawasan di Rafah berikutan pertempuran selama sebulan antara tentera Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP
Seorang pengembala Palestin membawa sekumpulan biri-biri melalui sebuah kompleks pangsapuri yang rosak teruk dibedil tentera Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Mohammed Abu Ghama menyalakan api untuk memanaskan teh di bawah menara pangsapuri yang musnah akibat bedilan tentera Israel dan kini menjadi tempat tinggalnya. - Foto AFP
Dua budak lelaki berjalan melintasi rumah yang musnah di utara Semenanjung Gaza berhampiran sempadan Israel. PBB menganggarkan 10,000 kediaman musnah akibat serangan Israel sejal 8 Julai lalu. - Foto AFP
Pemilik rumah yang musnah akibat bedilan tentera Israel berbincang rancangan untuk membina semula kediaman mereka di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Seorang wanita Palestin menggunakan batang besi yang ditemui dalam runtuhan bangunan sebagai tongkat ketika berjalan melalui deretan rumah yang musnah di Beit Hanun di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Poster bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat diletakkan pada sebuah khemah di luar rumah yang musnah dibedil tentera Israel semasa gencatan senjata 72 jam di bandar Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
Seorang wanita Palestin berjalan melalui sebuah masjid yang dimusnahkan tentera Israel di perkampungan Khuzaa berhampiran Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Israel mengebom dan memusnahkan 63 masjid di Gaza semasa pertempuran selama sebulan dengan Pejuang Hamas. - Foto AP
Jemaah Palestin menunaikan solat Jumaat di sebelah runtuhan Masjid Soussi yang dibedil tentera Israel di Bandaraya Gaza. - Foto AP
Seorang wanita Palestin duduk bersama dua anak lelakinya di hujung kawah yang terbentuk di atas tapak rumahnya yang musnah dalam serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Kubah sebuah masjid yang dimusnahkan Israel dapat dilihat di Khuzaa, Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AP
Seorang wanita Palestin dan dua anak perempuannya menaiki pedati keldai di bandar Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza. - Foto AP

Gaza: Konvoi Malaysia terpaksa bermalam di Ismailia


Daripada Syed Azwan Syed Ali
ISMAILIA, Mesir: Konvoi misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza terpaksa berhenti dan bermalam di bandar pelabuhan Ismailia kerana kargo 10 tan bekalan ubat dan peralatan perubatan belum dikeluarkan dari Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah hari ini.
Ia juga ekoran faktor keselamatan perjalanan ke sempadan Rafah yang tertakluk kepada perintah berkurung tentera bermula jam 4 petang hingga 7 pagi setiap hari di kawasan utara Sinai.
Konvoi 85 sukarelawan Malaysia, termasuk empat wakil kedutaan itu, disertai sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Mercy Malaysia dan MAPIM.
    Misi yang diketuai Presiden KP1M yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka meneruskan 280km perjalanan ke Rafah esok.
    Misi kemanusiaan NGO Malaysia dikoordinasi Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Tak sudi simpan pingat Israel


Henk Zanoli memulangkan kembali Pingat Keberanian kepada duta Israel di The Hague selepas sebuah jet pejuang tentera Yahudi mengebom rumah cicitnya di Gaza dan membunuh seluruh isi rumah.

Melalui surat yang ditulisnya, Zanoli berkata: “Dengan kesedihan yang sangat mendalam, saya dengan ini memulangkan kembali pingat penghargaan yang saya terima daripada kerajaan Israel atas usaha dan risiko yang diambil ibu saya dan keluarganya melindungi seorang kanak-kanak Yahudi ketika era penguasaan Jerman.” Menurut surat yang dikirim Zanoli kepada duta Israel itu, pengeboman yang dilakukan tentera Zionis pada 20 Julai lalu meranapkan sebuah bangunan empat tingkat di Kem Pelarian Bureij dan membunuh semua orang di dalamnya.
“Cucu-cicit ibu saya kehilangan nenek mereka, tiga bapa saudara, seorang ibu saudara dan seorang sepupu angkara kekejaman Israel. Ia sesuatu yang mengejutkan dan tragik apabila hari ini, empat generasi keluarga kami menyaksikan pembunuhan yang dilakukan orang kami sendiri di Gaza,” katanya.

Hampir 2,000 rakyat Palestin dibunuh kejam tentera Israel dalam serangan bertali arus yang dilancarkan ke atas Gaza, berselindung dengan alasan membalas serangan roket Briged Izuddin Al-Qassam.

"Tindakan negara anda di Gaza akhir-akhir ini menyebabkan anda melakukan jenayah perang dan kemanusiaan," kata Zanoli melalui suratnya. - AFP
Photo
KANAK-kanak Palestin memeriksa keadaan rumah mereka yang musnah akibat keganasan tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, semalam.

Artikel ini disiarkan pada: 2014/08/17

Senjata Israel rosak organ pembiakan



Abdul Azeez Abdul Rahim (dua dari kiri) memberi taklimat sebelum memulakan konvoi perjalanan kepada sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di Kaherah, semalam. - BERNAMA
RAFAH 16 Ogos - Israel dipercayai menggunakan sejenis bom yang dicipta khusus bagi merosakkan fungsi organ pembiakan penduduk Gaza sebagai salah satu cara untuk menghapuskan bangsa Palestin dalam tempoh jangka panjang.
Keadaan itu dapat dilihat kesannya kepada penduduk Gaza yang tercedera akibat serangan Israel, di mana hampir kesemua mangsa yang menerima rawatan susulan di Mesir mendapat kecederaan parah dari paras dada ke bawah.
Jenis kecederaan yang mereka alami juga sama iaitu melecur secara luar biasa, kerosakan di bahagian abdomen sehingga menyebabkan ramai mangsa terpaksa dipotong usus serta hancur tulang di bahagian kaki.
Menurut Pengarah Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Khalid Ibrahim, hasil pemerhatian beliau ke atas puluhan mangsa yang mendapat rawatan di Mesir, adalah hampir pasti bahawa organ pembiakan mereka terutama lelaki telah rosak.
"Saya setuju dengan teori bahawa corak serangan yang membawa kepada kecederaan parah sedemikian rupa ada kaitan dengan cubaan Israel untuk memastikan bangsa Palestin tidak mampu melahirkan generasi baharu.
"Ini kerana kadar lecuran dan luka pada badan mangsa bukan sahaja menyebabkan kecacatan luaran tetapi turut merosakkan alat kelamin dan saraf yang menyokong organ pembiakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Khalid berkata demikian ketika dilontarkan persoalan apakah beliau setuju dengan teori bahawa serangan Isreal selain bertujuan membunuh juga mahu memastikan kerosakan organ pembaikan penduduk Gaza yang tercedera.
Beliau yang merupakan pakar kesihatan awam dan pengurusan bencana merupakan salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putra 1Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, beliau mengesyaki wujudnya kandungan tertentu dalam bom yang digunakan Isreal jika melihat kepada keadaan kecederaan semua mangsa walaupun tidak dapat dibuktikan secara pasti.
"Ada sesuatu dalam kandungan bom yang diguna tentera Israel kerana kecederaan semua mangsa agak pelik di mana terdapat demarcation line (garisan sempadan) terhadap setiap lecuran di badan mereka," katanya.
Sementara itu, Penasihat Kesihatan Kelab Putra 1Malaysia, Dr. Mohd. Kassim Abdul Rahim juga bersetuju bahawa Israel mahu memastikan mangsa yang cedera tidak lagi boleh melahirkan zuriat baharu Palestin khususnya di Gaza.
Katanya, kezaliman itu bukan sesuatu yang pelik bagi Israel kerana rejim Zionis itu telah melakukan pelbagai kaedah di luar batasan kemanusiaan khususnya ke atas wanita bagi memastikan tiada generasi baharu dilahirkan.
"Israel juga mahu memastikan penduduk Gaza yang cedera ini cacat seumur hidup bagi memastikan mereka tidak memiliki keupayaan untuk bangkit menentang Zionis dan membebaskan Palestin,"katanya.


Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 
 

Misi kemanusiaan mulakan perjalanan ke Gaza


RAFAH 16 Ogos - Misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putra 1Malaysia memulakan perjalanan ke sempadan Rafah selepas beberapa kali terpaksa ditangguhkan ekoran masalah keselamatan dan logistik.
Diiringi anggota keselamatan Mesir di bahagian hadapan dan belakang, konvoi sukarelawan yang terdiri daripada dua bas, dua lori kontena dan dua kenderaan kenamaan bergerak menuju ke Rafah mulai pukul 7 pagi waktu tempatan.
Perjalanan sepanjang 500 kilometer dari Kaherah yang sepatutnya berlaku lebih awal iaitu pada pukul 12.30 pagi terpaksa ditangguhkan kepada pukul 7 pagi berikutan masalah logistik membabitkan pihak kastam Mesir.
Selain itu, penangguhan juga berpunca akibat kelewatan mendapat kelulusan serta jaminan keselamatan bertulis daripada pihak perisikan Mesir kerana sebelum ini badan itu hanya memberi kebenaran lisan sahaja.
Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau bersyukur kerana segala kesulitan yang timbul setakat ini akhirnya berjaya diatasi walaupun terpaksa mengambil sedikit masa.
"Segala langkah keselamatan juga telah diambil di mana sukarelawan diwajibkan memakai jaket kalis peluru, helmet balistik serta kasut keselamatan," katanya semasa majlis perlepasan sebelum diiringi bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku serta laungan azan.
Misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang berlepas dari tanah air sejak 12 Ogos lalu membawa bekalan perubatan sebanyak 40 tan, para doktor pakar serta 5,000 kotak makanan untuk disalurkan kepada 25,000 warga Palestin.
Yang turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari serta Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha.
Sejak bermula serangan Israel pada 8 Julai lalu, lebih 1,900 penduduk Gaza majoritinya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala hampir 10,000 cedera dengan kebanyakkannya parah.


Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140817/dn_03/Misi-kemanusiaan-mulakan-perjalanan-ke-Gaza#ixzz3AbEjkKkM© Utusan Melayu (M) Bhd 
 

Akhbar Mesir dedah isi perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel


Sebahagian penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di dalam sebuah masjid yang musnah dibedil tentera Israel di Gaza City, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 16 Ogos - Rangka kerja perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Hamas, termasuk isu sensitif, didedahkan oleh sebuah akhbar Mesir hari ini, ketika rundingan antara dua pihak bertelagah masih belum mencapai persetujuan muktamad untuk menamatkan konflik di Gaza.
Akhbar Al-Shorouk yang memetik sumber kerajaan Mesir melaporkan, terdapat kemajuan dalam rundingan yang diusahakan Kaherah dan kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan usul rangka kerja perjanjian damai selepas hampir seminggu berbincang.
Jelas laporan itu, antara 11 syarat yang dikemukakan dalam draf itu, Israel akan menghentikan serangan udara, laut dan darat ke atas Gaza dan berjanji tidak akan memasuki wilayah Palestin atau mengancam penduduknya.
Hamas pula akan menghentikan serangan roket ke atas Israel dan tidak membina terowong bawah tanah di luar wilayah Gaza selain tidak akan mengancam keselamatan penduduk Yahudi.
Berkaitan isu sempadan pula, rejim Zionis akan menarik sekatan bagi memudahkan urusan keluar masuk penduduk, barangan dan bahan binaan antara Tebing Barat dan Gaza mengikut persefahaman yang dicapai Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA).
"Israel akan bekerjasama dengan PA untuk menguruskan wang yang disalurkan ke Gaza dan menghapuskan sekatan keselamatan di bahagian utara dan timur wilayah terbabit dengan menyerahkan tugas itu kepada pihak keselamatan Palestin bermula Januari tahun depan.
"Penduduk Gaza juga diberi kebenaran untuk menangkap ikan sejauh 11 kilometer dari kawasan pesisiran pantai berbanding 5.5 kilometer sebelum ini," tambah laporan tersebut.
Rundingan dijangka bersambung untuk membincangkan dua isu penting iaitu tuntutan Hamas untuk membina sebuah lapangan terbang di Gaza dan permintaan Israel agar aktiviti ketenteraan pergerakan Palestin itu dihentikan.


Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 
 

Saturday, 16 August 2014

Wujud jawatan kuasa boikot barangan zionis Israel


SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya.

Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis  Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB)

Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014

Israel guna 2.5 juta peluru, puluhan ribu roket bedil Gaza


HARAKAHDAILY | .
GAZA: Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.

-HARAKAHDAILY 16/8/2014

Misi bantuan KP1M ke Gaza sedia hadapi kekangan


16 Ogos 2014


KAHERAH - MESIR. Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersedia menghadapi sebarang kekangan yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 500 kilometer dari bandar Kaherah ke pintu sempadan Rafah.

Duta Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, pihaknya telah merancang koordinasi dan aturan keselamatan dengan kerajaan Mesir bagi memudahkan urusan misi bantuan itu.

Beliau berkata, antara cabaran yang bakal dilalui termasuk bilangan pos kawalan pasukan keselamatan yang banyak, kekurangan bekalan petrol serta liputan telekomunikasi yang terhad di sesetengah kawasan.

Bagaimanapun beliau yakin, pergerakan misi tidak akan menghadapi masalah, sebelum tiba di Ismailliyah, kira-kira 200km dari Kaherah.

"Bila kita dah sampai ke Ismailliyah, kita naik feri dan seberangi jambatan (Terusan Suez), selepas itu baharulah kita perlukan kawalan keselamatan yang lebih rapi..ini telah diatur," katanya dalam taklimat kepada peserta misi, di sini, Jumaat malam. - Bernama

Rakyat Israel hentam Netanyahu


  •  Benjamin NetanyahuBenjamin Netanyahu

TEL AVIV - Dek kerana tidak berpuas hati dengan cara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengendalikan pertempuran di Gaza, kira-kira 10,000 penduduk Israel mengadakan protes di Tel Aviv.
Memetik laporan Reuters, menurut rakyat Israel pertempuran yang tercetus sekian lama itu masih gagal diselesaikan oleh Netanyahu.
Dalam protes tersebut, kebanyakan penunjuk perasaan itu dibawa menggunakan bas dari pelbagai lokasi di Israel yang paling banyak diserang roket Hamas termasuk golongan dari kawasan perniagaan yang terbabit.
Gencatan senjata diadakan dua kali berturut-turut sejak Isnin yang dijangka berakhir pada 19 Ogos ini berjaya menghentikan tembakan untuk sementara waktu.
Namun, penunjuk perasaan bimbang pertempuran berlaku lagi sebaik gencatan senjata berakhir, malah menganggap tentera Israel sepatutnya menghapuskan tempat simpanan senjata Hamas di Gaza.
Ada antara mereka turut mendakwa rasa tertipu dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sebelum ini menjanjikan peperangan itu boleh menjamin keamanan di selatan Israel, selain menghapuskan terowong bawah tanah digunakan Hamas.
Bagaimanapun, Netanyahu tidak dikritik secara peribadi sebaliknya ramai mengucapkan terima kasih kerana usahanya melawan Hamas.
Namun demonstrasi itu kritikan paling lantang setakat ini terhadap cara kerajaan Israel sejak pertempuran bermula pada 8 Julai lalu.

Tuntutan Palestin jelas, tiada kompromi


  • Penduduk Palestin hanya ingin Gaza bebas daripada kepungan Israel dan kembalikan keamanan di wilayah itu.Penduduk Palestin hanya ingin Gaza bebas daripada kepungan Israel dan kembalikan keamanan di wilayah itu.

GENTING GAZA - Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menegaskan tidak akan ada gencatan senjata kekal jika Israel tidak menamatkan kepungannya ke atas Gaza.

Menurut Middle East Monitor, dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen Al-Aqsa, Haniyeh berkata, pengorbanan, hak dan tuntutan rakyat Palestin adalah jelas dan tiada kompromi.

"Mengenai pihak Palestin yang kini sedang berunding di Kaherah, Mesir, saya percaya bahawa mereka tidak akan diugut,"katanya.

Sementara itu, mengulas tentang ancaman Perdana Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman yang menggesa supaya Haniyeh dan pemimpin Hamas lain dibunuh sekiranya mayat dua tentera rejim Zionis tidak dipulangkan, Haniyeh berkata ancaman musuh itu sedikit pun tidak menakutkannya malah semakin meningkatkan kesabaran kumpulan mereka.

SubhanAllah !!!

Ketua Pembangkang Israel dari Parti Buruh, Yitzhak Herzog berkata:

Terkini | Gaza 12:22 am | Perang Hari ke-42



Saya sangat menyesal dengan sikap "bayi" Netanyahu yang tidak kuat dalam berhadapan dengan pejuang Palestin, bahkan mereka yang menjadi lebih kuat daripada kita. Kita telah menjadi ibarat periuk tertutup yang dihujani dengan letupan roket.

Sumber : شبكة قدس الإخبارية

#Pray4Gaza
#WeAreAllAlQassam
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

palestin



344 bayi dilahirkan oleh ibu-ibu di markaz (bangunan) UNRWA di Gaza

344 bayi dilahirkan oleh ibu-ibu di markaz (bangunan) UNRWA di Gaza setelah Israel menghalau mereka dan menghancurkan rumah-rumah mereka. Semoga kanak-kanak ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada ibu-bapa mereka, hasil daripada perjuangan kemerdekaan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh generasi mujahidin hari ini.
inilah Gaza yang cekal.

Tiada alasan untuk meninggalkan solat .