Wednesday, 13 August 2014

palestin

palestin

Gaza akan kekal walaupun berada dalam kemusnahan!

Khaled Batash

Khaled Batash , pemimpin gerakan Jihad Islam berkata :"Selagi terdapat isu perletakan senjata ditolak dan tidak didengari di meja rundingan, maka selagi itu rakyat Palestin berhak untuk membela diri dan berhak melawan penjajah . 

Sumber : شبكة قدس الإخبارية

Akhbar Haaretz melaporkan Netanyahu sedang mendapatkan sokongan menteri kabinet untuk pelan damai jangka masa panjang berkenaan konflik Gaza.

Akhbar Haaretz melaporkan Netanyahu sedang mendapatkan sokongan menteri kabinet untuk pelan damai jangka masa panjang berkenaan konflik Gaza.

Selepas membatalkan mesyuarat kabinet keselamatan pada hari ini, Netanyahu mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa menteri utama dijangka membincangkan isu pelan damai, untuk mendapatkan sokongan mereka.

Sumber: Haaretz

Tandatangani Million Souls Fight For Gaza Petition!
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

Menteri Ekonomi Israel Naftali bennett berkata beliau tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan Hama

Menteri Ekonomi Israel Naftali bennett berkata beliau tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan Hamas untuk pelan damai dan bercadang untuk mempengaruhi anggota kabinet untuk menolak pelan damai tersebut manakala Netanyahu cuba mempengaruhi menteri-menteri kabinet untuk menerimanya.

Sumber: Haaretz

Tandatangani Million Souls Fight For Gaza Petition!

http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

52% daripada pengundi di UK percaya bahawa Israel telah menggunakan kekerasan secara melampau di dalam operasi ketenteraan di Gaza

52% daripada pengundi di UK percaya bahawa Israel telah menggunakan kekerasan secara melampau di dalam operasi ketenteraan di Gaza. Hanya 19% dari responden menyatakan bahawa Israel bertindak secara berpatutan, manakala baki 29% berkata mereka tidak mempunyai maklumat.

Survey yang dijalankan oleh badan kajian terkemuka Britain ICM dan akhbar Theguardian tersebut menemuramah sejumlah 1002 responden berumur 18 tahun ke atas dari seluruh UK pada 8-10 Ogos yang lepas.

Sumber: Theguardian

Tandatangani Million Souls Fight For Gaza Petition!

http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

Zionis telah menangkap 4 orang penduduk Palestin

Terkini | Gaza 10.26 pm | Perang Hari ke-37

Pihak berkuasa Zionis telah menangkap 4 orang penduduk Palestin yang menyertai perarakan solidariti untuk Gaza yang diadakan di bandar Qalqilya selepas mereka menghalang pergerakan perarakan tersebut dengan menutup jalan- jalan di sana. Mereka turut merampas sebuah kereta yang dilengkapi pembesar suara. 

Sumber : Shehab News Agency

Gaza

Gambar | Gaza 10.37 pm | Perang Hari ke-37

Emir Qatar, Tamim bin Hammad dan Presiden Tunisia, Moncef Marzouki berbincang mengenai keadaan semenanjung Gaza melalui telefon petang tadi.

Qatar merupakan antara negara yang lantang mengutuk serangan Zionis ke atas Gaza.

Sumber : شبكة قدس الإخبارية

KL bimbang UNSC gagal tangani konflik Gaza


  • Hamzah ZainuddinHamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR - Malaysia amat bimbang terhadap kegagalan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bertindak bagi menangani krisis terbaharu di Gaza, Palestin.   

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata beberapa infrastruktur sosial dan ekonomi yang penting termasuk milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah ranap akibat bedilan berterusan dari udara, laut dan darat oleh tentera Israel.

"Bahkan 11 pekerja Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) juga tidak terlepas daripada rejim Israel," kata beliau pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi.

Teks ucapan Hamzah semasa mesyuarat peringkat Menteri Luar mengenai keadaan meruncing di Negara Palestin yang diduduki dihantar kepada Bernama, pada Selasa.   

Beliau menarik perhatian bahawa masyarakat antarabangsa harus menyoal UNSC mengapa nampaknya ia lumpuh dan tidak dapat bertindak terhadap penindasan dan pencerobohan yang terang-terang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

"Kita harus bertanya sama ada sikap pilih kasih yang diamalkan sesetengah anggota Majlis Keselamatan menggalakkan Israel untuk bebas bertindak termasuk menggunakan kekerasan sewenang-wenangnya walaupun terhadap orang awam.   

"Pernahkah kita terfikir mengapa banyak keputusan dan resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan,  Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan OIC tidak pernah berjaya menamatkan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin," beliau bertanya.

Hamzah berkata tindakan yang berkesan perlu diambil dengan segera bagi menamatkan kepungan Israel ke atas Palestin memandangkan masyarakat antarabangsa telah terlalu lama membenarkan Israel meneruskan pencerobohannya. - Bernama

Kekejaman Israel selesai jika AS tak campur tangan


  • Tun MahathirTun Mahathir

SEPANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin dapat dihentikan jika Amerika Syarikat menghentikan sokongan mereka terhadap Israel.   

Beliau berkata, keadaan itu juga menyebabkan penduduk Palestin menderita lebih 60 tahun.

"Isu Palestin hanya boleh diselesaikan jika Amerika Syarikat berhenti memberi sokongan kepada Israel. "Selagi Britain dan Amerika Syarikat tidak berhenti (memberi sokongan) ia tidak akan selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mengulas mengenai kedinginan negara Arab lain untuk menyelesaikan kemelut antara Israel dan Palestin, Dr Mahathir berkata, negara-negara Arab ini menganggap pejuang Hamas berbaik-baik dengan Ikhwanul Muslimin.

"Mereka (negara Arab) bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin, jadi mereka tidak akan menolong dan berpendapat perkara tersebut akan menimbulkan masalah," katanya.

Beliau juga membidas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak mampu menyelesaikan kemelut antara Palestin dan Israel.

Sementara itu mengenai sumbangan yang diberikan  rakyat Malaysia kepada Gaza, beliau berkata: "Saya berbangga semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama membantu rakyat Palestin di Gaza kerana di sana  berlaku penindasan dan ketidakadilan yang luar biasa".

Dalam perkembangan lain, beliau menganggap Kumpulan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) merupakan gerakan yang memecahbelahkan umat Islam dan tindakan mereka menembak orang Islam di Iraq tanpa belas kasihan amat menyedihkan.   

"Ini bukan cara orang Islam yang dibenarkan, Sesiapa yang campur ISIL mereka silap jalan dan tidak faham ajaran Islam yang sebenar," katanya. - Bernama

Empat rakyat Palestin cedera dipindah ke Turki

Seorang rakyat Palestin yang diusung ke ambulans selepas ketibaannya di lapangan terbang, awal semalam. - Foto Reuters
Seorang rakyat Palestin yang diusung ke ambulans selepas ketibaannya di lapangan terbang, awal semalam. - Foto Reuters
TURKI. Turki telah memindahkan empat rakyat Palestin yang cedera dari Gaza ke negara itu untuk mendapatkan rawatan, lapor Today Zaman.

Menurut laporan itu juga, Turki sedang berusaha untuk memindahkan lebih 200 orang lagi dalam misi bantuan fasa pertama tersebut.

Ambulans udara dari Kementerian Kesihatan Turki berlepas dari Tel Aviv dan telah mendarat di bandar Turki.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu , isterinya, Dr Sare dan Menteri Kesihatan, Mehmet Muezzinoglu menyambut pesakit-pesakit tersebut yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang remaja di Lapangan Terbang Ankara Esenboga.

Rakyat Palestin yang cedera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Penyelidikan dan Latihan Ankara Ataturk serta Hospital Penyelidikan dan Latihan Dıskagı Yıldırım Beyazıt dengan ambulans.

“Rakyat yang cedera dari Gaza telah mula tiba. Kami akan teruskan kerja kemanusiaan ini,” kata Davutoglu kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang.

Davutoglu turut melahirkan harapannya agar genjatan senjata yang berlangsung antara Israel dengan Gaza akan diteruskan.

Menurutnya, usaha Turki itu merupakan hasil persetujuan pada koridor udara yang dicapai Amerika Syarikat, Turki, Qatar dan beberapa negara lain dalam mesyuarat 25 Julai lalu di Paris bagi memindahkan rakyat Palestin yang cedera.

Namun sebelum ini, ia tidak dapat dilaksanakan gara-gara pencabulan terhadap gencatan senjata selama 72 jam itu.

Empat rakyat yang cedera itu tiba di Turki sehari selepas Israel dan Palestin bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata lagi selama 72 jam.

Sementara Muezzinoglu berkata, 200 pesakit lagi akan dipindahkan ke Turki sekiranya tiada masalah dengan koridor udara.

Sebelum ini, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pemindahan itu selepas memenangi pemilihan Presiden berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Selepas keputusan rasmi diketahui, Erdogan mengumumkan pula pelancaran koridor udara dalam ucapan kemenangannya, Ahad lalu.

Gaza tenang seketika

Penduduk yang tinggal di sekolah PBB mengambil peluang pulang ke rumah sejurus gencatan senjata berkuatkuasa.
Penduduk yang tinggal di sekolah PBB mengambil peluang pulang ke rumah sejurus gencatan senjata berkuatkuasa.
GAZA CITY - PALESTIN. Kehidupan seharian di Gaza kembali seperti biasa selepas Hamas dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata terbaharu selama 72 jam bagi memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk berunding di Kaherah.

Selepas lebih 12 jam genjatan senjata bermula, tiada tanda serangan akan tercetus daripada mana-mana pihak dan kedai serta perniagaan kembali dibuka kepada penduduk sekitar lapor Arab News.

Di luar sebuah sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), kenderaan dan keldai menunggu untuk membawa pelarian pulang semula ke rumah selepas lebih sebulan mendapatkan perlindungan di situ.

Sementara itu, PBB telah menamakan tiga pakar daripada suruhanjaya penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan kedua-dua pihak dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza.

Profesor undang-undang antarabangsa dari Kanada, William Schabas akan mengetuai panel bersama dua ahli lain iaitu veteran pakar hak asasi manusia PBB dari Senegal, Doudou Diene dan peguam British-Lubnan, Amal Alamuddin.

Kesemua panel dijangka menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Mac tahun depan. 

Gaza: Mesir serah cadangan gencatan senjata


2014/08/13 - 07:44:20
KAHERAH: Mesir menyerahkan cadangan gencatan senjata kepada Israel dan Hamas bertujuan menamatkan konflik selama sebulan selepas perunding bertemu pada hari kedua bagi menyelesaikan krisis dan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza, kata pegawai Palestin awal hari ini.

Pegawai Palestin berkata, kandungan cadangan yang dinyatakan Mesir ialah supaya pengepungan Israel di Gaza ditamatkan sekali gus dapat meredakan suasana di kawasan berkenaan.


Bagaimanapun, perkara utama yang masih tidak dipersetujui termasuk tuntutan kumpulan Hamas supaya pengepungan ditamatkan sepenuhnya dan Israel pula meminta Hamas menghentikan serangan dijangka dibincangkan kemudian.

Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju terhadap cadangan terbabit, ia akan memberi kesan signifikan kepada Palestin di Gaza dan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Tebing Barat.

Eksport Gaza dan perniagaan lain terjejas teruk akibat sekatan yang dikenakan di wilayah Israel dan Mesir selepas Hamas menguasai Gaza pada 2007. - AP 

Mula dengan seratus


Sepang: Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) merancang untuk membawa balik 100 kanak-kanak dan wanita Palestin yang cedera akibat bedilan rejim Zionis untuk mendapatkan rawatan susulan di Malaysia.
Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa hospital di Gaza untuk memilih pesakit yang boleh dibawa menaiki kapal terbang. 
"Kita akan meminta kerjasama daripada pihak Air Asia untuk menyediakan pesawat sekiranya perancangan ini berjaya," katanya sebelum berlepas mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza KP1M di KLIA malam ini. 

Antara hospital yang berminat untuk memberi kerjasama setakat ini adalah Institut Jantung Negara.
Foto
PETUGAS Hospital Al Najar mengangkat kanak-kanak yang cedera akibat serangan udara Zionis.

Bagaimanapun belum ada perancangan susulan untuk pesakit selepas mereka sembuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/12

Yahudi rai derita di Gaza


Gencatan senjata selama 72 jam dipersetujui Hamas dan Israel itu membolehkan penduduk di kedua-dua wilayah meninggalkan pusat perlindungan dan kembali ke rumah. 
Namun, nasib mereka tidak sama. 

Di Ashkelon di utara Israel, orang awam beramai-ramai berkunjung ke pantai untuk bersuka-ria ketika penduduk Gaza hanya mengenal kesedihan bukan saja akibat kemusnahan rumah, malah sesetengahnya kehilangan ahli keluarga dan saudara-mara.
Foto
PANTAI Ashkelon menjadi tumpuan penduduk Israel bercuti selepas perang terhenti seketika mulai kelmarin.

Bagaimanapun, pagi semalam (waktu tempatan) pelajar sekolah menengah di Gaza cuba kembali ke kehidupan biasa.

Di jalanan ramai pelajar pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil sijil tamat pembelajaran selepas kementerian pelajaran mengumumkan ia boleh dituntut. 

Orang dewasa pula berbaris untuk membeli minyak bagi menghidupkan generator, manakala pekerja komunikasi memperbaiki kabel yang rosak. 

Di bank pula lebih ramai orang berbaris untuk mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik. 

Harapan menamatkan pertumpahan darah di Gaza itu hidup semula selepas gencatan senjata 72 jam kali kedua dicapai. 

Sebelum ini tentera Zionis Israel menghujani penduduk Palestin dengan bom dari darat, laut dan udara menyebabkan hampir 2,000 orang terbunuh yang kebanyakannya orang awam.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Perbincangan gencatan senjata Israel-Hamas diteruskan di Kaherah


AZZAM (dua dari kanan) meninggalkan lokasi rundingan gencatan senjata di sebuah hotel di Kaherah semalam.


KAHERAH - Perbincangan mengenai gencatan senjata melibatkan Israel dan Hamas masuk hari kedua semalam dalam usaha untuk mencapai persetujuan bagi melanjutkan tempoh gencatan di Semenanjung Gaza.
Pergerakan Hamas menuntut supaya sekatan sempadan Israel-Mesir dibuka semula, manakala Israel mahukan semua persenjataan Hamas dilucutkan dalam rundingan itu.
Tentera Israel berkata, tiada pertempuran berlaku antara kedua-dua belah pihak ketika perbincangan berlangsung sepanjang malam kelmarin.
Gencatan senjata selama 72 jam itu diumumkan pada Isnin lalu selepas rejim Zionis melancarkan kempen ketenteraan di Gaza sejak 8 Julai lalu.
Peperangan yang meletus di Gaza telah mengorbankan lebih 1,900 penduduk Palestin.
Kebanyakan yang terkorban itu merupakan orang awam.
Dalam pada itu, sebanyak 67 warga Israel terbunuh dan tiga daripada mereka merupakan askar.
Beberapa wakil Israel kembali ke ibu negara Mesir semalam bagi meneruskan rundingan mengenai gencatan senjata itu.
Seorang pegawai kanan Israel bagaimanapun berkata, perkembangan rundingan pada hari pertama tidak begitu memberangsangkan.
"Perbezaan antara kedua-dua belah pihak sangat besar dan tidak ada perkembangan yang berlaku dalam rundingan itu," katanya.
Anggota delegasi Palestin pada Isnin lalu berkata, Israel menawarkan beberapa kemudahan bagi meningkatkan taraf hidup 1.8 juta penduduk Gaza.
Antara kemudahan yang mahu ditingkatkan itu adalah bagi membenarkan trak membawa barangan dari wilayah Israel ke Gaza. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ADoiEtGq 
Hakcipta terpelihara 

Tunang Clooney tolak bela Gaza


AMAL ALAMUDDIN

NEW YORK 12 Ogos - Tunang pelakon popular Hollywood, George Clooney yang juga seorang peguam, Amal Alamuddin, 36, menolak tawaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyertai tiga pakar menyiasat aspek pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam perang di Gaza.
Menurut akhbar United Kingdom, Daily Telegraph, Amal yang merupakan peguam hak asasi manusia menolak tawaran tersebut dengan memberi alasan bahawa dia terlalu sibuk selain mempunyai komitmen lain.
Amal, yang berketurunan Lebanon, menolak tawaran berkenaan beberapa jam selepas PBB mengemukakannya semalam.
"Saya telah dihubungi oleh PBB mengenai perkara tersebut untuk pertama kali pagi tadi (semalam).
"Saya sangat berbesar hati untuk menerima tawaran tersebut, tapi saya mempunyai banyak komitmen, termasuk lapan kes yang masih berjalan ketika ini. Malangnya, saya tidak dapat menerima tawaran itu," katanya.
Amal berkata, dia terkejut dengan keadaan di Gaza, khususnya membabitkan korban orang awam dan dia percaya bahawa perlu ada satu siasatan bebas dan berwibawa melibatkan jenayah yang telah dilakukan.
"Saya harap beberapa rakan saya yang akan berkhidmat dengan suruhanjaya itu mempunyai keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tugas mereka," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_07/Tunang-Clooney-tolak-bela-Gaza#ixzz3ADkh3ggz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kos bina semula Gaza RM19.1b


Seorang penduduk Palestin, Ziad Rizk, 38, menyediakan kopi di tengah-tengah runtuhan bangunan yang pernah menempatkan pangsapuri serta kedai pakaiannya di Beit Lahiya, utara Genting Gaza, kelmarin. - AGENSI
GAZA CITY 12 Ogos - Pembinaan semula Gaza akibat konflik antara pergerakan Hamas dan Israel dijangka menelan belanja sehingga AS$6 bilion (RM19.1 bilion), yang turut memerlukan Israel menarik balik sekatan kemasukan bahan binaan ke Genting Gaza.
Simen merupakan satu daripada komponen terpenting pembinaan yang diperlukan Palestin dengan import bahan itu akan mencetuskan kontroversi sejak menjadi isu hangat peperangan antara Israel dan Hamas sekali gus menjadikan usaha pembinaan Gaza berdepan satu tugas yang sukar diselesaikan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 11,800 buah rumah telah musnah atau tidak boleh didiami, lebih sekali ganda jumlah yang musnah dalam Perang Gaza atau 'Operasi Cast Lead' pada 2008.
Konflik yang bermula sejak 8 Julai lalu itu mengakibatkan daerah Beit Lahiya di utara sehingga Rafah di selatan mengalami kemusnahan teruk akibat serangan Israel.
Masyarakat antarabangsa pada ketika itu berjanji menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion (RM14.3 bilion) untuk membaiki semula infrastruktur Gaza yang musnah dalam perang tersebut.
Namun kali ini, Palestin dilaporkan memerlukan kira-kira RM19.1 bilion bagi memperbaiki hospital, jalan raya, sekolah, kemudahan air dan kilang-kilang yang terjejas akibat bedilan dan pengeboman tentera Israel.
Ketua Dewan Perniagaan dan Industri Gaza, Mahir al-Tabaa berkata, 'lebih daripada 350 bangunan industri' musnah dalam konflik itu termasuk 50 kilang-kilang utama.
Bagaimanapun, konflik yang bermula sejak 8 Julai lalu itu masih belum tamat ketika kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama tiga hari yang menyaksikan wakil kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di Kaherah, Mesir bagi menamatkan krisis tersebut.
Pegawai Israel sedar akan kepen­tingan pembinaan semula Gaza, namun mereka tidak mahu menarik balik sekatan yang menjadi tuntutan utama Palestin.
"Tidak akan ada persetujuan tanpa sekatan itu ditarik balik. Bagaimana anda mengharapkan kita membangunkan semula (Gaza) tanpa simen?," kata pegawai kanan Palestin, Daifallah al-Akhras. - AFP
Kesan serangan Israel
- 20 hingga 25 peratus stok bekalan makanan penduduk Gaza musnah.
- 70 peratus rumah di bandar Beit Hanun, utara Gaza tidak selamat untuk dihuni.
- 300 hingga 2,000 buah rumah musnah di bandar Shawkat.
- 65,000 orang penduduk hilang tempat berlindung di Gaza.
- 200,000 pelarian Palestin berlindung di kawasan penempatan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Lebih 30 buah terowong bawah tanah dimusnahkan Zionis sepanjang pertempuran berlaku.
- 10 daripada 26 buah hospital di Gaza terpaksa ditutup selepas dibedil tentera Israel.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_03/Kos-bina-semula-Gaza-RM191b#ixzz3ADjHB3Vq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel tunduk kepada Hamas


KETUA delegasi Palestin, Azzam al-Ahmed (dua dari kiri) bersama anggota delegasi lain tiba di sebuah hotel bagi pertemuan dengan pegawai risikan Mesir di Kaherah, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 12 Ogos - Israel dilapor bersetuju untuk melonggarkan sekatan ke atas Genting Gaza dalam menyelesaikan krisis di wilayah Palestin itu ketika rundingan masih berlangsung di Mesir selepas gencatan selama 72 jam antara Hamas dan rejim Zionis, bermula semalam.
Akhbar Israel, Haaretz memetik sumber pegawai kanan kerajaan berkata, walaupun persetujuan akhir antara kedua-dua pihak masih belum dimeterai, rejim Zionis bersedia mengurangkan sekatan di beberapa kawasan terpilih berdasarkan operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza yang dijalankan pada 2012.
Antara syarat yang dipersetujui, Israel membenarkan kawasan menangkap ikan di pesisiran laut Gaza diperluaskan daripada 5.5 kilometer kepada 11 kilometer dan rejim bersedia memberi kebenaran lebih jauh sehingga 22 kilometer jika tahap ke­selamatan memuaskan.
Selain itu, laluan penduduk Gaza ke Israel dan Tebing Barat dipermudahkan selain meningkatkan jumlah permit yang dikeluarkan pada setiap bulan sehingga 5,000 orang.
"Israel juga setuju meningkatkan jumlah trak yang membawa pelbagai jenis barangan untuk menggunakan laluan di Israel melalui sempadan Kerem Shalom.
"Rejim Zionis sedia membenarkan wang yang dibawa masuk ke Genting Gaza untuk membayar gaji pegawai Hamas menerusi sebuah negara ketiga, bukan melalui Qatar atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan urusan tersebut akan dipantau bagi mengelakkan pembiayaan aktiviti keganasan," jelas laporan akhbar itu.
Bagaimanapun, Israel tidak bersedia memenuhi tuntutan Hamas membina sebuah pelabuhan atau lapangan terbang di Gaza, namun rejim mempertimbangkan untuk membebaskan berpuluh-puluh tahanan Palestin yang ditahan sebagai pertukaran dua mayat tentera mereka, Staf Sarjan Oron Shaul dan Leftenan Kedua, Hadar Goldin.
Sementara itu, sumber kerajaan Mesir melaporakan, 95 peratus masalah berbangkit dalam rundi­ngan antara kedua-dua pihak itu telah selesai, tetapi baki lima peratus perkara yang masih dibincangkan mempunyai kaitan dengan pembinaan lapangan terbang dan pelabuhan di Gaza.
Sumber tersebut menjelaskan, Israel dan Mesir bersetuju membuka semula laluan yang bersempadan dengan Gaza walaupun keputusan untuk melaksanakan pemantauan di kawasan terbabit belum dibuat.
SENARAI TUNTUTAN HAMAS
1.Israel perlu tamatkan serangan ke atas Gaza.
2.Tarik semula sekatan selama tujuh tahun ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dan Mesir.
3.Bekalan tenaga elektrik disalurkan semula ke Gaza.
4.Hak menangkap ikan sejauh 22 kilometer dari pantai Gaza.
5.Pembebasan beratus-ratus anggota Hamas yang ditahan oleh pasukan keselamatan Israel.
6.Pembinaan sebuah pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_01/Israel-tunduk-kepada-Hamas#ixzz3ADieWnrR
© Utusan Melayu (M) Bhd