Wednesday, 18 June 2014

Sertai tilawah selepas 3 tahun dihalang Zionis

Sertai tilawah selepas 3  tahun dihalang Zionis
Murad Yasin M Abugharbia 
Larangan keluar oleh Israel kuatkan semangat peserta Palestin

Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga tahun dilarang keluar dari negaranya oleh tentera Israel, Murad Yasin M Abugharbia, 41, dari Tebing Barat, Palestin, akhirnya berpeluang menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) Ke-56. Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, tilawah bermula pada 16 hingga 21 Jun ini.
Satu sebab kenapa saya mahu menyertai pertandingan ini ialah kerana kemerduan bacaan ayat suci al-Quran oleh bangsa bukan Arab, terutama bacaan daripada peserta Malaysia yang sangat baik hingga menyentuh hati” Murad Yasin M Abugharbia, Qari Palestin

Penantian itu menguatkan lagi semangat bapa empat anak itu untuk menyertai Tilawah al-Quran di negara ini buat pertama kali, yang disifatkan beliau sangat masyhur dan sering disebut-sebut penduduk di Palestin.

Tuesday, 17 June 2014

Today in history

17 June 2014
Today in history, still waiting for the British crown apology for our suffering, Terrorist British occupation forces executed the three Palestinian leaders of Buraq revolution Mohamad Jamjoum, Atta Ezzir and Fu'ad Hejazee in Akka prison in 17 June 1930, never forget, never forgive.

Monday, 16 June 2014

palestin

Pembunuhan Tokoh Ha'avara Haim Arlosoroff

Hari ini dalam sejarah | 16 Jun 1933 | Pembunuhan Tokoh Ha'avara Haim Arlosoroff

Palestin berada di bawah penjajahan British melalui ‘Mandat British’ dari 29 September 1923 sehingga 14 Mei 1948. Dengan kelulusan yang diberikan oleh British melalui Deklarasi Balfour pada November 1917, tempoh Mandat British itu digunakan sepenuhnya oleh Zionis untuk mereka berimigrasi ke Palestin.

Dari 1923 sehingga 1948, pertambahan penduduk Yahudi di Palestin adalah sebanyak 483,000 orang.

Di antara tokoh Zionis yang memainkan peranan penting dalam Ha’avara (Perpindahan) besar-besaran ini ialah Haim Arlosoroff. Haim Arlosoroff merupakan seorang Yahudi yang dilahirkan di Romny, Ukrain dan mendapat pendidikan di Jerman. Pada usia 24 tahun, beliau beroleh PhD dalam jurusan Ekonomi dan mendapat tempat di Universiti Berlin, namun kerana visi Zionisnya untuk mewujudkan Eretz Israel (Israel Raya), beliau telah meninggalkan Jerman dan bergerak dalam politik bersama Parti Mapai (Parti Buruh).

Pada Januari 1933, sebaik selepas Hitler menjadi Presiden Jerman, beliau telah melaksanakan polisi yang melarang orang Yahudi memegang sebarang kedudukan dalam masyarakat Jerman. Orang Yahudi mula dipinggirkan. Yahudi sedunia terus melancarkan kempen boikot ke atas produk Jerman bagi menjatuhkan kekuatan ekonomi Jerman. Namun sebaliknya, Yahudi semakin ditindas di Jerman. Walaupun Yahudi hendak berhijrah keluar dari Jerman atas segala tekanan yang dikenakan ke atas mereka, mereka tidak dibenarkan untuk membawa bersama harta mereka.

Haim Arlosoroff lantas tampil untuk berunding dengan pimpinan Nazi termasuk Adolf Hitler untuk membolehkan Yahudi Jerman keluar dari negara tersebut. Suatu perjanjian diwujudkan iaitu The Ha’avara Agreement (Perjanjian Perpindahan). Melalui perjanjian ini, suatu syarikat yang dinamakan sebagai Ha’avara ditubuhkan dan melaluinya, pendapatan Yahudi dijana supaya mereka mampu untuk keluar dari Jerman. Perjanjian ini menguntungkan Jerman kerana dengan ini Yahudi dapat dinyahkan dari tanah air mereka dan dengan berunding dengan wakil Zionis, tekanan ekonomi boikot Yahudi sedunia dapat ditamatkan. Di pihak Zionis pula, 50,000 orang Yahudi Jerman dapat dipindahkan bersama-sama dengan jentera pembajak yang melancarkan lagi perancangan mereka untuk menakluk Palestin, ke arah tertegaknya Eretz Israel. Jentera pembajak membolehkan penduduk baharu dapat membina kehidupan mereka di Palestin.

Walaubagaimanapun, tidak semua pihak bersetuju dengan Haim Arlosoroff. Dua hari selepas pulang dari Jerman, Haim Arlosoroff telah ditembak mati di Tel Aviv. Sehingga kini, pembunuh dan motif pembunuhannya gagal dikenal pasti.

Dakwaan yang paling popular adalah Haim Arlosoroff telah dibunuh oleh dua orang Zionis Parti Revisionist yang tidak bersetuju dengan tindakan Haim Arlosoroff yang berunding dengan Nazi Jerman yang sangat kuat menentang Yahudi dan agenda Zionis. 2 suspek itu bernama Avraham Stavsky dan Ze’ev Rosenblatt.

Di mata Zionis, beliau mati sebagai pejuang dalam usahanya untuk menegaknya visi Zionis. Tempat-tempat di Israel dinamakan sempena namanya dan tugu didirikan pada tahun 2009 di tempat dia dibunuh bagi memperingati tokoh Ha’avara ini.

Kisah ini membuktikan bahawa Israel tidak ditegakkan dengan mudah. Selain tentangan yang dizahirkan oleh pimpinan-pimpinan arab di sekitar Israel, adanya persengketaan dalaman di antara sesama Zionis. Persengketaan itu berlaku sehingga mengakibatkan seorang Yahudi tergamak mengambil jiwa Yahudi yang lain.

Ummah perlu terus bersatu untuk menjatuhkan Zionis dan kezaliman yang dilakukannya. Sebagaimana sukarnya Israel ditegakkan, keyakinan perlu terus menebal bahawa kesusahan yang terpaksa dideritai pada hari ini adalah prasyarat kepada kemenangan yang pasti akan dirangkuli. Zionis bukannya suatu pertubuhan yang begitu tersusun dan sangat bersatu seperti mana yang dikarang dalam teori-teori konspirasi. Mereka mempunyai lompong dan mampu dikalahkan sepertimana kumpulan-kumpulan batil yang lain.

[AK]

Mari melanggan 'Newsletter' kami: http://goo.gl/kg05AJ #pacemalaysia#HIDSpacemalaysia
 

Pesta gay Yahudi


Baitulmaqdis: Ribuan lelaki Israel berparti di sepanjang jalan di Tel Aviv semalam dalam acara perarakan tahunan golongan gay di bandar itu.

Ia dianggap sambutan terbesar seumpamanya di Timur Tengah.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata puluhan ribu lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis mengambil bahagian dalam acara sambutan besar-besaran itu.

Acara itu diwarnai dentuman muzik yang kuat serta lelaki yang berpakaian wanita serta tanpa baju berarak sambil mengibarkan bendera berwarna-warni.

Tel Aviv menjadi bandar terbaru yang memberi kebebasan kepada lelaki gay untuk mengamalkan gaya hidup songsang itu.

Ia menjadi satu daripada destinasi pelancongan paling mesra gay beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia jauh berbeza berbanding bandar di sekelilingnya.

Lelaki gay diterima secara terbuka dalam perkhidmatan ketenteraan, parlimen dan ramai dikalangan selebriti negara itu adalah gay.

Namun pemimpin komuniti berkenaan berkata Israel masih belum mampu memberikan hak sama rata kepada golongan gay.

Sehingga kini masih belum ada perkahwinan sejenis yang dilangsungkan di Israel kerana ia tidak termaktub dalam undang-undang.

Semua perkahwinan mesti melalui rabai Yahudi yang tegas menyatakan hubungan sejenis adalah dilarang dalam fahaman Yahudi.

Namun negara itu mengiktiraf pasangan sejenis yang berkahwin di luar negara.

Israel tahan 80 warga Palestin


TEL AVIV 15 Jun - Pihak berkuasa Israel menahan kira-kira 80 orang warga Palestin yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan tiga remaja Israel pada minggu lalu.
Remaja berkenaan dua daripadanya berusia 16 tahun dan seorang 19 tahun diculik ketika sedang melalui kawasan penempatan haram Yahudi di Gush Efzion di Tebing Barat dan sehingga kini kelibat mereka tidak didengari.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel, Peter Lerner berkata, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan berusaha menyelesaikan masalah ini, walau dengan apa cara sekali pun.
Kebanyakan yang ditahan adalah anggota pergerakan Hamas, termasuk beberapa anggota Parlimen Palestin. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140616/lu_09/Israel-tahan-80-warga-Palestin#ixzz34kQJmhnL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Netanyahu tuduh pergerakan Hamas terlibat dalam kes culik


BAITULMAQDIS 16 Jun - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam, menuduh pergerakan Hamas terlibat dalam penculikan tiga remaja di Tebing Barat, baru-baru ini.
Sebagai usaha mencari ketiga-tiga remaja berkenaan, Eyal Yifrah, 19, Gilad Shaar, 16, dan Naftali Frenkel, 16, tentera Israel menahan 80 orang penduduk Palestin di Hebron, selatan Tebing Barat.
Pegawai tentera berkata, kebanyakan yang ditahan adalah anggota pergerakan Hamas. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140616/lu_02/Netanyahu-tuduh-pergerakan-Hamas-terlibat-dalam-kes-culik#ixzz34kNGrsrf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 14 June 2014

Lelaki minta dibicarakan


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Jun 2014


KUANTAN - Seorang buruh tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam atas tuduhan menjalankan perniagaan hiburan internet tanda lesen yang sah daripada pihak berkuasa.

Tertuduh, Muhammad Efendi Rodimin, 31, dari Paka, Terengganu, dituduh menjalankan perniagaan tersebut di sebuah premis di Jalan Datuk Bahaman, Kubang Buaya pada 9 Jun lepas, lebih kurang jam 11.55 malam.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) (b) Enakmen Hiburan 1993 (Pahang) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(2) enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang mengaku bekerja sebagai buruh binaan dengan berpendapatan dalam lingkungan RM800 sebulan dan perlu menyara dua adik memohon  mahkamah meringankan jaminan.

Majistret Jessica Daimis yang mengambil kira rayuan tertuduh mengarahkan lelaki tersebut diikat jamin RM3,000 sementara menunggu kes perbicaraan pada 1 Julai depan.

Keluarga tahanan Palestin sertai mogok lapar


14 Jun 2014

RAMALLAH - PALESTIN. Keluarga tahanan Palestin yang  mogok lapar di penjara Israel turut melancarkan tindakan sama sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka.

Menurut Press TV, bapa kepada salah seorang tahanan, Nidal al-Srafeesi nekad mogok lapar sejak lebih dua minggu lalu sebagai sokongan kepada anaknya.

"Mereka tidak akan menamatkan mogok lapar sehingga pihak berkuasa Israel akur dengan tuntutan kesemua tahanan di bawah penahanan pentadbiran.

Susulan daripada itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas terhadap rejim Zionis yang melakukan penindasan terhadap tahanan Palestin.

Sejak 24 April lalu, lebih 120 tahanan menyertai mogok lapar walaupun tindakan itu kini mengancam nyawa mereka.

Friday, 13 June 2014

Israel hancurkan perkampungan Badwi.

Berita | Israel hancurkan perkampungan Badwi.

13 Jun, Occupied Palestine - Israel memusnahkan penempatan badwi (bedouin) Al-Arakib semalam. Israel berbuat demikian selepas mahkamah bersidang terlalu lama untuk menyelesaikan masalah di antara Lembaga Tanah Israel (Israel Lands Authority ILA) dan penduduk kampung.

Setakat ini, kampung tersebut yang terletak di kawasan Palestin yang dijajah, iaitu Be'er As-Sabiq (Be'er Sheva) telah dimusnahkan sebanyak 10 kali sejak 2010.

Walau bagaimanapun, kemusnahan semalam merupakan kali pertama pihak Israel memasuki dan memusnahkan kawasan perkuburan dan juga sebuah pondok besar yang menjadi masjid sementara penduduk.

Kredit Gambar : Oren Ziv, Yotam Ronen / Activestills.org
Sumber: Activestills [Ph]

#aqsasyarif #ikkm #ramadhan

Israel hancurkan perkampungan Badwi.

Berita | Israel hancurkan perkampungan Badwi.

13 Jun, Occupied Palestine - Israel memusnahkan penempatan badwi (bedouin) Al-Arakib semalam. Israel berbuat demikian selepas mahkamah bersidang terlalu lama untuk menyelesaikan masalah di antara Lembaga Tanah Israel (Israel Lands Authority ILA) dan penduduk kampung.

Setakat ini, kampung tersebut yang terletak di kawasan Palestin yang dijajah, iaitu Be'er As-Sabiq (Be'er Sheva) telah dimusnahkan sebanyak 10 kali sejak 2010.

Walau bagaimanapun, kemusnahan semalam merupakan kali pertama pihak Israel memasuki dan memusnahkan kawasan perkuburan dan juga sebuah pondok besar yang menjadi masjid sementara penduduk.

Kredit Gambar : Oren Ziv, Yotam Ronen / Activestills.org
Sumber: Activestills [Ph]

#aqsasyarif #ikkm #ramadhan

Thursday, 12 June 2014

Yayasan Islam harus bantu taja filem Palestin

Kisah benar mengenai seorang kanak-kanak Palestin yang bernama Farah didokumenkan dalam filem "Farah" oleh penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas, Farheen Pasha Umar. - Foto U T San Diego
Kisah benar mengenai seorang kanak-kanak Palestin yang bernama Farah didokumenkan dalam filem "Farah" oleh penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas, Farheen Pasha Umar. - Foto U T San Diego
ISTANBUL - TURKI. - Ada dua cadangan menarik yang dibuat pada penutup forum media Palestin iaitu pembangunan pelbagai media bertujuan memberi liputan lebih meluas perjuangan rakyat Palestin di seluruh dunia.
Forum ini juga menggesa diwujudkan saluran komunikasi yang turut mendokong hak rakyat Palestin dalam pelbagai bahasa.
Farheen Pasha Umar, penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas telah menggunakan pendekatan ini apabila menghasilkan filem dokumentari yang begitu menyayat hati bertajuk "Farah".
Filem ini menyingkap kehidupan seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang melecur terbakar peringkat ketiga apabila sebutir bom meletup berhampiran rumahnya.
Kejadian itu berlaku pada 2009 apabila tentera Yahudi menyerang Gaza yang berikutnya disebut Perang Gaza.
Farah dihantar ke hospital di San Diego untuk menjalani beberapa pembedahan sebelum kembali ke kampung halamannya di Gaza.
Perang Gaza atau dikenali juga sebagai 'Operation Cast Lead' menyebabkan kira-kira 1,400 rakyat Palestin termasuk ibu Farah terkorban berbanding hanya 13 di pihak Israel.
Bagaimanapun, Farheen berkata semasa beliau mahu memulakan penggambaran filemnya, beliau kecewa kerana tidak dapat mencari pertubuhan atau yayasan Islam untuk memohon dana.
Menurut Farheen, beliau membuat carian atas talian tetapi gagal. 
 
Banyak yayasan membiayai filem Yahudi   
 
Berpangkalan di Amerika, Farheen berkata beliau tidak tahu siapa yang patut dihubungi dan telah membuat carian atas talian untuk pertubuhan yang berkaitan bagi mendapatkan dana.
"Ketika mencari itu saya dapati untuk filem Yahudi atau apa sahaja mengenai Israel, banyak betul yayasan yang boleh mengeluarkan dana.   

"Mereka (yayasan Yahudi) menggalakkan orang membuat filem tetapi malangnyatidak ada apa-apa untuk orang Islam.
"Jadi bagi kami yang hendak membuat filem ini, ke mana harus kami pergi untuk dapatkan wang?", tanya Farheen, sambil menambah, pembikinan filem memerlukan belanja yang banyak.
Meskipun terpaksa melakukan sendirian, Farheen akhirnya berjaya juga menghasilkan "Farah", filem yang memaparkan rakyat Palestin dari sudut yang berbeza daripada yang digunakan media Arab lain.
Filem dokumentari ini julung-julung kali dipertontonkan pada 2011 di San Diego dan sekali lagi ditayangkan kepada peserta Forum Media Palestin yang berlangsung di Istanbul. 
 
Farah   
 
Menurut Farheen, kisah Farah adalah kisah penuh emosi dan kemanusiaan yang boleh menyentuh perasaan semua orang.
Beliau berkata kebanyakan rakyat Amerika tidak berapa tahu sangat tentang isu Palestin.
Farah mengisahkan bagaimana kanak-kanak perempuan ini dijaga ibu angkatnya daripada keluarga Arab-Amerika. Dia tinggal bersama mereka selama sembilan bulan sepanjang masa menjalani rawatan untuk badannya yang melecur terbakar.
Selesai rawatan, dia terpaksa kembali ke Gaza.
"Yang menarik ialah ibu angkat yang begitu sayang kepada kanak-kanak perempuan ini. Runtunan perasaan wanita ini yang saya mahu gambarkan dalam filem ini.

Farah kini tinggal bersama ayah, ibu tiri dan neneknya," kata Farheen.
Menurut Farheen, beliau merancang sebuah lagi filem tentang Farah dan kali ini penggambaran akan dibuat di Gaza. 
 
Filem rapatkan jurang timur dan barat   
  
Pembuat filem berketurunan Pakistan-Amerika ini berkata tujuan utama beliau menghasilkan filem itu adalah untuk merapatkan jurang antara timur dan barat.
Katanya, terlalu banyak salah faham di Amerika Syarikat mengenai Islam, Timur Tengah dan Asia Selatan.
"Oleh yang demikian saya cuba membuat topik yang boleh merapatkan jurang ini. Saya pernah menghasilkan filem tentang wanita Islam - Wanita Islam - Purdah dan Pengasingan.
"Banyak sekali salah faham di Amerika tentang purdah, burka atau hijab," katanya sambil menambah filem itu untuk menjelaskan apa sebenarnya hijab.
     
 Kekeliruan tentang hijab 
 
 Menurut Farheen, Wanita Islam dihasilkan selepas serangan 11 September.
Pada masa itu terdapat banyak isu dan filem mengenai Afghanistan dan bagaimana wanita memakai burka ditindas (oleh taliban).
"Di Amerika, ramai Muslim Amerika mula mengenakan hijab dan sesetengah rakyat Amerika keliru dan mereka berfikir mengapa pakai hijab sedangkan tidak ada Taliban di situ."
Kata Farheen, beliau menghasilkan filem itu untuk menunjukkan perbezaan dalam dunia orang Islam berhubung hijab.
Beliau mewawancara wanita dari Pakistan dan Iran yang terpaksa berhijab sedangkan keadaan di Turki pula berbeza.
"Saya buat filem ini untuk menjelaskan keadaan", katanya.     
  
Bahasa  
  
Semasa satu daripada sesi forum, antara isu yang dibahaskan ialah soal "bahasa".
Para peserta dari negara bukan Arab termasuk peserta dari Afrika berpendapat "bahasa" yang digunakan untuk isu Palestin perlu diperluaskan kepada bahasa satu-satu negara atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris.
Ini dapat membantu meningkatkan kefahaman berhubung isu Palestin dan mendapat lebih banyak sokongan daripada lebih ramai penduduk dunia termasuk di benua Afrika.
Editor kanan, MEMO, Ibrahim B Hewit membangkitkan perkara bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa.
"Kita perlu membangunkan profesional media yang yakin bertutur dalam bahasa Inggeris dan boleh bercakap kepada orang ramai yang bertutur bahasa Inggeris supaya kita dapat hebahkan mesej ini dengan berkesan", katanya.
Untuk makluman, sebahagian besar program forum berlangsung dalam bahasa Arab tetapi terjemahan disediakan.
Mengenai forum media Palestin, meskipun Ibrahim memuji penganjurannya, beliau turut melahirkan rasa sangsi akan hasilnya.
"Saya tak tahu sama ada ia akan mendatangkan apa-apa manfaat. Kita menghadiri banyak persidangan mengenai Palestin, kita bercakap dan lepas itu, kita pulang dan tidak ada sesiapa berbuat apa-apa. Sungguh  mengecewakan", tambahnya.
 
 
Harapan penganjur    
 
Forum media Palestin menarik peserta dan penceramah dari negara-negara seperti Mesir, Palestin, Jordan, Malaysia, Russia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Forum selama dua hari itu dipenuhi dengan sesi panel, bengkel, latihan dan ruang pameran untuk saluran dan syarikat media.
Pihak penganjur berharap perhimpunan media di Istanbul akan menjadi titik permulaan kepada banyak lagi majlis seumpama itu.
Pada penutup forum, persidangan mencadangkan pertubuhan media menyokong pertubuhan media serta wartawan Palestin dalam membangunkan kemahiran serta kemampuan mereka untuk meningkatkan lagi peranan mereka.
Persidangan juga mengumumkan pelancaran Anugerah Media Antarabangsa Palestin untuk menggalakkan liputan media serta pengeluaran artistik serta kreatif yang ada kaitannya dengan perjuangan rakyat Palestin. 
Ia juga mengumumkan penubuhan Pusat Filem Palestin, yang akan mendokumen, mempromosi dan mengedar filem-filem Palestin.
Pusat itu juga akan menggalakkan komunikasi antara pembuat filem dan pihak lain dalam industri.
Hari perpaduan
 
Satu lagi perkara yang mendapat perhatian persidangan ialah Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin dan mendedikasikannya untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam media antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan tarikh 29 November untuk sambutan hari berkenaan, yang juga dikenali sebagai Hari Perpaduan.
Secara tradisi, Hari Perpaduan menyediakan peluang kepada masyarakat antarabangsa untuk menumpukan perhatian kepada persoalan rakyat Palestin yang masih belum selesai.
Hakikatnya juga, rakyat Palestin masih lagi belum mendapat hak mereka seperti yang ditakrif Perhimpunan Agung PBB.
Hak itu meliputi hak untuk menentukan masa hadapan mereka tanpa campur tangan luar, hak untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara dan hak untuk kembali ke rumah dan harta benda mereka sebelum mereka diusir. - Bernama

Kecewa gagal tikam tentera Israel

Ayat
Ayat
TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang gadis di Hebron, Palestin hidup dalam kegelapan sejak berumur dua tahun selepas tentera Israel bertindak melepaskan kanister gas ke dalam rumahnya.

Akibatnya, Ayat Mahfouz, 22, buta mata kanan dan penglihatan mata kirinya semakin teruk dari sehari ke sehari.

Nyata, kekejaman rejim Zionis itu menjadikan gadis ini seorang pendendam dan sejak dua tahun lalu dia didakwa telah gagal sebanyak dua kali dalam percubaannya untuk menikam tentera Israel.

Bagi percubaan pertama, dia ditahan selama 40 hari dan percubaan kedua membawa kepada penahanan selama 10 bulan.

Difahamkan menurut laporan SANA, akibat tekanan melampau dia menjadi buta sepenuhnya dan putus asa untuk hidup.

Tuesday, 10 June 2014

Penduduk Gaza tiada akses air bersih


10 Jun 2014


GENTING GAZA - Penduduk Palestin di Gaza dilaporkan tidak mempunyai akses air bersih susulan sekatan Israel di bandar itu.

Pengarah air, Ahmad Yacoubi berkata, air di bandar itu dicemari nitrat dan klorida tiga kali lebih tinggi berbanding paras normal.

"Pencemaran dicatatkan semakin tinggi hingga menyebabkan 90 peratus air di Gaza tercemar teruk," katanya kepada PIC.

Pengarah Penyulingan, Ahmad Robaie pula berkata, penyulingan air laut adalah penyelesaian menangani masalah itu namun ianya tercemar dan memberi kesan kepada penduduk," katanya.

Monday, 9 June 2014

palestin

Sekarang, 

Puak Yahudi bersenang lenang ber 'selfie' di hadapan masjid suci Al Aqsa. Manakala, Umat Islam ber 'selfie' di ......

Ya Allah, bantulah kami Ya Rabb dalam usaha mengembalikan sinar Islam di bumi Palestin dan Syria. Kami lemah Ya Allah, justeru, kuatkanlah iman di dada kami, terangilah hati kami, dan bantulah kami dalam tiap-tiap langkah urusan kami. Amiin

Sunday, 8 June 2014

Azan di Vatican City

Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh  pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu.

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.

PBB gesa tahanan Palestin dibebas


WASHINGTON 7 Jun - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melahirkan kebimbangan berhubung tahap kesihatan tahanan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar memandangkan keadaan mereka dilaporkan semakin buruk.
Ketua badan dunia itu pada masa sama menuntut Israel sama ada membicarakan kesemua tahanan tersebut secara rasmi ataupun membebaskan mereka dengan segera.
Berpuluh-puluh tahanan Palestin melancarkan mogok lapar bagi membantah tindakan digunakan Israel untuk memastikan mereka terus berada di penjara dan kebanyakan tahanan terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Ki-moon amat bimbang dengan laporan berhubung kesihatan tahanan pentadbiran Palestin yang semakin buruk selepas melancarkan mogok lapar lebih sebulan lalu.
"Beliau turut mengulangi pendirian bahawa tahanan perlu dibicarakan ataupun dibebaskan segera," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada media. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140608/lu_07/PBB-gesa-tahanan-Palestin-dibebas#ixzz33zhLktov
© Utusan Melayu (M) Bhd