Saturday, 8 February 2014

Zionis musnah kediaman Palestin


Ramallah: Agensi bantuan yang bertugas di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis semalam memberi amaran terhadap peningkatan kegiatan memusnahkan kediaman milik penduduk Palestin yang dilakukan Israel menjelang usaha rundingan damai disokong Amerika Syarikat yang diperbaharui.

Kenyataan daripada 25 organisasi bantuan berkata, bilangan kes itu meningkat hampir separuh dan pengusiran penduduk Palestin hampir tiga perempat antara Julai tahun lalu ketika rundingan bermula dan akhir tahun, berbanding dengan tempoh sama pada 2012. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Kempen pulau produk Israel berkesan



NEW YORK 7 Feb. - Kempen memulaukan produk Israel ternyata memberi kesan buruk ke atas rejim Zionis itu, apabila seorang pemimpin tertinggi Yahudi Amerika mendakwa tindakan tersebut merupakan cabaran terbesar yang dihadapi sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) itu.
Cabaran berkenaan disuarakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Persidangan Persatuan Utama Yahudi Amerika, Malcolm Hoenlein yang meminta kerajaan Barat bekerjasama bagi menentang kempen tersebut.
"Israel dan sekutunya perlu menentang kempen boikot tersebut yang dikenali sebagai BDS dengan cara yang paling berkesan," katanya.
Israel berdepan kempen boikot yang dilancarkan secara meluas di seluruh dunia termasuk perniagaan di Eropah yang menentang tindakan rejim Zionis itu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.
Dua institusi perbankan terbesar di Eropah turut memulaukan urusan kewangan dengan syarikat Israel berhubung isu yang sama.
Malah Kesatuan Eropah menyekat dana dan bantuan yang disalurkan kepada entiti Israel, selain Persatuan Kajian Amerika mengambil langkah sama atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Ekoran kempen pemulauan secara meluas itu, Israel terpaksa mengadakan mesyuarat Kabinet pada minggu depan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Kempen itu mendapat sambutan, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara mengecam tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin walaupun mendapat tentangan antarabangsa.
Kekejaman rejim Zionis Israel menyekat ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin di Genting Gaza sejak 2007 turut mendapat kecaman dunia yang menyifatkan tindakan Israel itu melanggar hak asasi manusia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140208/lu_04/Kempen-pulau-produk-Israel-berkesan#ixzz2sg2R2PBG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 7 February 2014

Selamat pagi dari Palestin!



#Palestine
#Hamas
#Turkey
#Egypt
#Syria

Dari tanah jihad yang dilimpahi dengan 
Semoga hari-hari kalian dilimpahi dengan rahmat dan diberkati oleh Allah swt.
Jangan lupakan kami didalam doa kalian.

Thursday, 6 February 2014

palestin

For the seventh day in a row and continue to fulfill campaign delegation Aman Palestine the tender for the people of the Yarmouk refugee camp

4,800 rakyat Palestin ditahan


Gambar fail bertarikh 6 Mac tahun lalu, menunjukkan tentera Israel menahan seorang remaja Palestin selepas matanya disembur dengan penyembur lada di Kampung Qusin, berat Nablus, utara Tebing Barat. - AGENSI
BAITULMAQDIS 5 Feb. - Palestin mendedahkan, lebih 4,800 rakyatnya termasuk kanak-kanak dan wanita masih ditahan di pusat-pusat tahanan rejim tersebut.
Ketua Jabatan Bancian di Kementerian Tahanan Palestin, Abdul Nasser Ferwana semalam berkata, semua tahanan ditempatkan di 17 buah penjara, pusat tahanan dan pusat soal siasat.
“Kebanyakan mereka ditahan kerana terlibat menentang penjajahan Israel ke atas Palestin atau Intifada al-Aqsa pada bulan September tahun 2000," katanya.
Abdul Nasser menjelaskan, sejak itu juga, tentera Israel telah menculik dan menahan lebih 10,000 kanak-kanak Palestin.
Tambahnya, rejim Yahudi itu turut menahan kira-kira 11,034 rakyat Palestin termasuk 2,500 kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.
Abdul Nasser berkata, seramai 150 individu yang ditahan di penjara Israel, tidak diberi akses guaman atau dibicarakan, sementara sebanyak 12 Ahli Parlimen Palestin turut ditahan.
Jelas beliau lagi, para tahanan bukan sahaja dilayan dengan teruk, malah terdapat kira-kira 1,500 daripada mereka kini menderita pelbagai penyakit serius termasuk kanser.
Katanya, ada di antara tahanan turut hilang upaya dan sebanyak 250 tahanan dilaporkan maut akibat penyeksaan semasa soal siasat, kekurangan bekalan perubatan dan penggunaan kekerasan melampau oleh tentera sejak 1967. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140206/lu_01/4800-rakyat-Palestin-ditahan#ixzz2sUgMu3uS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 5 February 2014

Ekonomi Genting Gaza terus alami kemerosotan


Gambar tidak bertarikh merakamkan seorang kanak-kanak perempuan berlari di hadapan runtuhan bangunan akibat bedilan tentera Israel di Genting Gaza, Palestin. - AGENSI
GAZA 4 Feb. - Keadaan ekonomi di Genting Gaza terus mengalami kemerosotan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selepas Israel bertindak mengenakan sekatan dan menutup jalan-jalan masuk ke wilayah Palestin itu.
Sekatan yang dikenakan sejak 2007 ke atas 1.7 juta penduduk Gaza mengakibatkan banyak premis perniagaan ditutup dan jatuh muflis.
Sebagai contoh, Kerem Shalom, satu-satunya pusat komersial di sini terpaksa ditutup selama lebih 150 hari pada tahun lalu.
Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sebelum Israel mengenakan sekatan, sekurang-kurangnya 3,000 buah lori melalui Kerem Shalom untuk ke Gaza setiap minggu.
Namun, kini bilangan lori yang melalui kawasan itu semakin berkurangan dengan hanya mencatat kira-kira 900 lori seminggu.
"Penutupan lintasan itu sememangnya menganggu perniagaan kami, operasi perniagaan dijalankan dalam jangka waktu yang terlalu singkat. Bagi kawasan perniagaan yang semakin membangun seperti Kerem Shalom, waktu perniagaan haruslah tetap," kata salah seorang penduduk Palestin kepada Press TV.
Dahulunya, Gaza memiliki tiga buah pusat komersial, namun ia ditutup oleh kerajaan Israel beberapa tahun lalu atas alasan keselamatan.
Seorang profesor ekonomi, Moeen Rajal berkata, ekonomi di Gaza boleh kembali berkembang jika sekatan tersebut ditarik balik dan membuka semula kawasan lintasan itu.
"Israel secara unilateral menutup lintasan Kerem Shalom selama lima bulan pada 2013. Penutupan itu dibuat selepas penemuan terowong bawah tanah dari Gaza ke Mesir oleh tentera Mesir, yang dipercayai bagi menyeludup barangan keperluan kepada penduduk Gaza selain menyuburkan ekonomi di sini," jelas Moeen. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140205/lu_02/Ekonomi-Genting-Gaza-terus-alami-kemerosotan#ixzz2sOPwakIm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 4 February 2014

Israel tolak amaran AS

Israel tolak amaran AS
Israel kini menghadapi kempen boikot meluas Kesatuan Eropah dan AS.

4 Februari 2014
TEL AVIV - Israel tidak mengendahkan ancaman Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan boikot sekiranya rundingan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin gagal.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam tindakan Setiausaha Negara AS, John Kerry dan menggelarnya sebagai tindakan tidak bermoral.

“Tindakan itu tidak adil kerana sepanjang rundingan itu kami tidak memberi tekanan terhadap AS mahupun menghalau Setiausaha itu keluar dari negara ini,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, AS cuba memperdaya dan mengugut Israel berlandaskan resolusi yang bakal dicapai menerusi rundingan itu nanti.

Terdahulu, Kerry  memberi amaran meningkatkan kempen boikot terhadap Israel ketika berucap di Persidangan Keselamatan ke-50 di Munich, Jerman.

Difahamkan, Israel kini menghadapi kempen boikot meluas oleh Kesatuan Eropah apabila menyekat semua geran dan pembiayaan kepada mana-mana entiti Israel.

Persatuan Pengajian AS turut memboikot institusi pengajian Israel kerana negara itu melakukan diskriminasi terhadap ahli akademik dari Palestin.

Israel tawar RM66 juta kepada mangsa komando


Baitulmaqdis: Israel menawarkan AS$20 juta (RM66 juta) kepada Turki sebagai pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam serbuan ganas tentera rejim Zionis itu ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 2010, lapor akhbar Haaretz semalam.

Memetik ringkasan daripada beberapa diplomat Barat yang tidak didedahkan identitinya, rundingan mengenai isu itu diadakan di Ankara.


Bagaimanapun, kata sumber, kerajaan Turki belum memberi kata putus mengenai tawaran itu. Hubungan baik kedua-dua negara itu retak selepas komando Israel menyerbu dan membunuh sembilan warga Turki ketika rombongan membawa bekalan kemanusiaan itu memasuki perairan Gaza pada Mei 2010. Serangan itu mencetuskan krisis diplomatik terbesar antara dua bekas sekutu itu, dengan Ankara menuntut permohonan maaf secara rasmi dan bayaran pampasan untuk keluarga mangsa.



Rundingan akhirnya dimulakan pada Mac tahun lalu selepas Israel melanjutkan permohonan maaf secara rasmi kepada Turki bagi memulihkan hubungan kedua-dua negara itu berikutan campur tangan oleh Presiden AS, Barack Obama.


Rundingan terhenti selama beberapa bulan tetapi disambung semula pada Disember lalu apabila delegasi Israel berkunjung ke Istanbul. Diplomat Barat yang dipetik dalam akhbar itu berkata, Ankara menuntut bayaran $30 juta (RM100 juta), tetapi Israel pada awalnya hanya mampu menjanjikan AS$15 juta (RM50 juta).


Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kemudian memutuskan untuk menaikkan tawaran Israel kepada RM66 juta dengan tambahan $3 juta (RM10 juta) jika persetujuan di capai. “Pampasan itu tidak akan dibayar secara langsung kepada keluarga mangsa tetapi akan dimasukkan ke tabung kemanusiaan dan diagih kepada mereka mengikut kriteria ditetapkan,” menurut sumber. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

Israel halang azan di Masjid al-Ibrahimi


Masjid al-Ibrahimi mencetuskan kontroversi apabila pihak berkuasa Israel menghalang azan dilaungkan di masjid itu. - AGENSI
RAMALLAH 3 Feb. - Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang Masjid al-Ibrahimi di Hebron melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk Israel dan menyebabkan kawasan itu menjadi bising.
Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Tayseer Abu Snaineh berkata, pihak berkuasa Israel menghalang masjid berkenaan melaungkan azan ketika masuk waktu solat, tindakan yang dilihat memihak kepada penduduk Yahudi yang melawat bandar lama Hebron.
Tayseer berkata, tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid berkenaan turut mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penduduk Palestin sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid itu, namun, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
"Penduduk Yahudi juga mencemari kawasan masjid itu dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya.
Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan mereka dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.
Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun itu merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim serta ahli keluarga baginda.
Jawatankuasa khas kerajaan Israel telah membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi, selepas tragedi 1994 apabila seorang penganut Yahudi menembak mati 29 orang Islam serta mencederakan 125 yang lain ketika penduduk Islam sedang menunaikan solat Subuh.
Isu berhubung laungan azan di masjid telah berlarutan sejak 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara kerana didakwa mengganggu waktu tidur penduduk Israel.
Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140204/lu_04/Israel-halang-azan-di-Masjid-al-Ibrahimi#ixzz2sKcT8Fsd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 1 February 2014

10 cedera di Gaza

10 cedera di Gaza1 Februari 2014Pesawat pejuang Israel melancarkan tiga siri serangan di Genting Gaza, semalam.

GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Genting Gaza, semalam.

Menurut pihak berkuasa Palestin, serangan itu turut menyebabkan tiga letupan kuat menggegar kawasan timur, utara dan selatan wilayah terbabit.

Sementara itu menurut laporan AP, jurucakap tentera Zionis memaklumkan bahawa operasi itu dilancarkan kononnya sebagai serangan balas terhadap roket yang dibedil dari Genting Gaza.

Friday, 31 January 2014

Mahmud Abbas paling anti-Yahudi


Baitulmaqdis: Menteri Perisikan Israel, Yuval Steinitz berkata, Presiden Palestin Mahmud Abbas ialah pemimpin paling anti-Yahudi selepas pengunduran Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden.

“Sejak Mahmoud meninggalkan arena politik, Abu Mazen (Mahmud Abbas) ialah pemimpin nombor satu yang menyuntik racun anti-Yahudi dan anti-Israel.


“Di bawah pemerintahan Abu Mazen, hasutan anti-Yahudi dan anti-Israel dalam kalangan rakyat Palestin mencapai tahap tertinggi dengan sasaran mereka ialah kemusnahan Israel.

“Sebagai individu yang menolak tragedi Holocaust pada zaman kanak-kanaknya, hari ini dia menolak kewujudan rakyat Yahudi, hak mereka dan negara Yahudi,” katanya.


Dalam tesis kedoktorannya, di Universiti Patrice Lumumba, Moscow, Mahmud dikatakan mempersoalkan bilangan enam juta Yahudi yang terbunuh dalam Holocaust dengan berkata jumlah itu kurang daripada sejuta. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Thursday, 30 January 2014

seorang warga Palestin Mati Ditembak oleh IOF berhampiran Ramallah



Mangsa berusia 20 tahun Mahmoud Mohammed Mubarak dari al-Jalzoun kem pelarian terbunuh selepas ditembak oleh tentera Israel berhampiran Ein Seinia, utara Ramallah.

Wartawan PNN berkata tentera Israel menghalang ambulans daripada sampai ke tempat kejadian. 

Sumber dari Palestin Persatuan Bulan Sabit Merah berkata tentera Israel diisytiharkan kawasan zon tentera tertutup, mereka enggan untuk menyerahkan jenazah syahid kepada anak-anak kapal.

Media Israel mendakwa bahawa Palestin melepaskan tembakan ke atas sebuah pangkalan luar IOF.

Tiada kecederaan yang dialami oleh tentera rejim Zionis.

Angkatan IOF Merobohkan Kampung rakyat Palestin di Lembah Jordan



perkampungan Um al-Jmal di utara Lembah Jordan di Tebing Barat. 

Aref Daraghmeh, Ketua Maleh kampung majlis memberitahu PNN bahawa jentolak Israel, diiringi oleh pasukan tentera Israel, menyerbu kawasan tersebut dan mula merobohkan rumah dan struktur. 

Daraghmeh berkata 13 keluarga tinggal di kampung.

Tentera Israel bunuh remaja Palestin


Ramallah: Seorang remaja Palestin berusia 19 tahun ditembak mati tentera Israel, semalam menurut laporan sumber keselamatan dan perubatan.

Menurut sumber, mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Mubarak dari kem pelarian Jalazun.

Mohammad dikatakan bekerja sebagai buruh di sebuah projek USAID di kawasan itu.



Bapanya pula ketua kem terbabit.

Kejadian itu yang berlaku berhampiran penempatan Ofra disahkan tentera Israel dalam satu kenyataan yang mendakwa pihaknya melepaskan tembakan balas selepas diserang ‘pengganas’.

“Pengganas Palestin melepaskan tembakan terhadap tentera menyebabkan mereka membalas disebabkan keadaan yang membahayakan nyawa mereka,” kata kenyataan itu.

Kejadian berkenaan kali pertama seorang warga Palestin dibunuh tentera Israel tahun ini.

Sementara itu, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera Israel menembak mati 27 warga Terbing Barat tahun lalu.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Askar Israel tembak mati remaja Palestin di Ofra


BEBERAPA askar Israel berhimpun di lokasi seorang remaja Palestin mati ditembak dekat penempatan haram Yahudi di Ofra semalam.


RAMALLAH - Askar-askar Israel menembak mati seorang remaja Palestin yang berusia 19 tahun dekat bandar Ramallah semalam, kata pasukan perubatan dan sumber keselamatan.
Kejadian itu berlaku dekat penempatan haram Yahudi di Ofra dan disahkan tentera Israel menerusi satu kenyataan.
Kenyataan itu mendakwa remaja berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah askar-askar regim Zionis yang terpaksa melepaskan tembakan dan mengenai remaja berkenaan.
Sumber Palestin mengesahkan mangsa dikenali sebagai Mohammad Mubarak berusia 19 tahun dan menetap di kem pelarian Jalazun.
Beberapa saksi memberitahu bahawa, Mubarak tidak bersenjata.
Remaja itu turut diseksa oleh askar-askar Israel dan dipaksa membuka pakaiannya.
Sumber Palestin juga memberitahu, Mubarak bekerja sebagai buruh untuk sebuah syarikat pembinaan jalan yang menghubungkan Ramallah dengan Nablus. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2rpl32J3U 
Hakcipta terpelihara 

218 pasangan berkahwin di Tebing Barat


SERAMAI 218 pasangan berkahwin pada satu majlis di Jericho kelmarin.


JERICHO, Tebing Barat - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai melibatkan 218 pasangan pengantin di tempat letak kereta sebuah hotel lima bintang di sini kelmarin.
Para pengantin itu mengambil peluang untuk berkahwin secara percuma pada majlis tersebut dengan segala kos ditanggung pemerintah.
Ramai pasangan di sini yang tidak mampu mengadakan majlis perkahwinan mengikut tradisi ekoran kadar pengangguran dan kos sara hidup yang tinggi.
Pejabat Mahmoud membiayai majlis itu yang menelan belanja lebih AS$1 juta (RM3.3 juta).
Perbelanjaan itu termasuk wang pendahuluan sebanyak AS$4,000 (RM13,346) untuk setiap pasangan.
Pengantin perempuan memakai jubah Palestin yang disulam dan membawa jambangan ros putih.
Pada majlis itu, pengantin lelaki memakai pakaian hitam bersama kemeja putih serta tali leher merah. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2rpkgUZ4s 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 29 January 2014

palestin

Israel merobohkan 4 rumah rakyat Palestin


27 Jan, Jerusalem - Seorang wanita ditenteramkan oleh ahli keluarganya selepas hanya mampu melihat rumah miliknya dirobohkan oleh pihak Israel.

Sebanyak 4 buah rumah yang menempatkan 20 orang dirobohkan selepas dituduh tidak mempunyai 'permit'. [AKA]

sumber: Eye on Palestine
#aqsasyarif #shitaaemergencyrelief #SaveYarmoukCamp
***
Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6o

palestin

Rumah mereka hari ini. Apa khabar rumah anda?

Inilah keadaan rumah seorang warga Palestin di Bait Hanina, Tebing Barat yang dimusnahkan oleh jentera zionis. [Ph]

sumber: teampalestina
#aqsasyarif #shitaaemergencyrelief #SaveYarmoukCamp
***
Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6o