Tuesday, 28 January 2014

Israel diserang penggodam


Baitulmaqdis: Pakar perlindungan data Israel semalam mendedahkan penggodam berjaya menceroboh komputer negara itu, termasuk satu yang digunakan menteri pertahanan rejim Zionis berkenaan dalam hal ehwal orang awam di Tebing Barat.

Ketua Pegawai Teknologi firma Seculert, Aviv Raff memberitahu stesen radio tentera, satu e-mel dihantar ke beberapa syarikat di Israel termasuk organisasi keselamatan.



“E-mel itu mempunyai dokumen dilampirkan dan sesiapa yang membukanya mengakibatkan komputer diserang virus yang membolehkan penyerangnya mengawal komputer berkenaan sepenuhnya, termasuk menjalankan sebarang operasi di dalam rangkaian berkenaan.

“Sebaik menyedarinya kami membatalkan kawalan penggodam dan memaklumkan pihak berkuasa.

“Satu daripada 15 komputer itu milik Jabatan Pentadbiran Awam,” katanya merujuk kepada jabatan yang dikelola kementerian pertahanan itu.

Dia tidak dapat mengenal pasti siapa penyerang itu namun ia disyaki dari Gaza.

Sementara itu, pihak tentera Zionis dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai kejadian itu sedang disiasat.

Menurut kenyataan itu, hanya rangkaian Pentadbiran Awam terjejas dengan kejadian itu, namun tidak membabitkan sebarang maklumat rahsia.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/28

Monday, 27 January 2014

‘Hadiah’ kepala babi untuk kedutaan Israel, biara Yahudi


Rome: Beberapa kotak berisi kepala babi dihantar ke Kedutaan Israel dan biara Yahudi di Rome, lapor media tempatan semalam.

Kotak berkenaan dirampas polis selepas seorang pekerja syarikat pos memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai bau busuk dihidunya.

Kotak lain turut dihantar ke biara dan muzium Yahudi di Rome Jumaat lalu.

Menteri Perpaduan, Cecile Kyenge berkata, kerajaan menyuarakan sokongan penuh kepada masyarakat Yahudi atas apa yang berlaku.



“Kami akan melakukan apa saja untuk menyiasat dalang di sebalik perbuatan itu,” katanya.

Kotak itu tiba di biara berkenaan Jumaat lalu sejurus selepas kakitangan pos menerima panggilan telefon daripada seseorang tidak dikenali yang mendakwa ada bungkusan berisi bom akan dihantar ke situ.

Pakar pemusnah bom yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudian menemui kepala babi itu yang dipercayai datang dari rumah sembelihan berhampiran.

Sekeping surat di dalam kotak itu juga mengandungi kutukan kepada kaum Yahudi dan rujukan terhadap Theodor Herzl yang dianggap pengasas kepada politik moden Zionis.

Datuk Bandar Ignazio Marino menulis dalam Twitter bahawa mereka yang menghina masyarakat Yahudi diibaratkan seperti menyakitkan Rome.

“Kami benar-benar membantah perbuatan berbentuk ancaman itu,” katanya.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/27

Sunday, 26 January 2014

Tentera Israel tembak orang awam, seorang terbunuh


GAZA 25 Jan. - Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dan mencederakan seorang lagi di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mangsa, Bilal Samir Oweida, 20, merupakan orang awam dan ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel di timur Jabaliya, utara Gaza.
Walau bagaimanapun, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140125/lu_01/Tentera-Israel-tembak-orang-awam-seorang-terbunuh#ixzz2rRwp4o7I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 25 January 2014

Tentera Israel tembak orang awam, seorang terbunuh


GAZA 25 Jan. - Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dan mencederakan seorang lagi di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mangsa, Bilal Samir Oweida, 20, merupakan orang awam dan ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel di timur Jabaliya, utara Gaza.
Walau bagaimanapun, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140125/lu_01/Tentera-Israel-tembak-orang-awam-seorang-terbunuh#ixzz2rMC3BEwd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 24 January 2014

Israel rancang bina 261 rumah lagi di Tebing Barat


BAITULMUQADDIS 23 Jan. - Rejim Israel semalam merancang untuk meneruskan hasrat membina 261 rumah di dua penempatan semula jauh di pinggir Tebing Barat, kata kumpulan pemerhati.
Ekoran itu juga, tindakan tersebut turut mendapat kecaman hebat daripada negara Eropah.
Langkah itu merupakan yang kelima dilakukan rejim Zionis tersebut dalam tempoh dua minggu dan jumlah penduduk di penempatan baharu kini meningkat 2,791 sejak ia dilakukan pada awal tahun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_13/Israel-rancang-bina-261-rumah-lagi-di-Tebing-Barat#ixzz2rGLnjvHM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 23 January 2014

Zionis bedil pejuang


Gaza: Serangan udara Israel mengorbankan dua penduduk Palestin, termasuk seorang didakwa militan di utara Gaza, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas Ashraf al-Qudra berkata, pejuang yang meninggal dunia itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.


“Mangsa terbunuh apabila sebuah misil memusnahkan kenderaan mereka ketika berada di Beit Hanun,” katanya. Sementara itu, tentera Zionis mengesahkan serangan itu dan mendakwa ia disasarkan kepada Ahmad yang dianggap “anggota kanan pertubuhan pengganas” dan bertanggungjawab dalam serangan ke atas Israel baru-baru ini. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Dua pejuang Palestin terkorban


BEBERAPA penduduk menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki dua pejuang Palestin terkena peluru berpandu milik tentera Israel di Beit Hanoun, Genting Gaza semalam.


GAZA - Dua pejuang Palestin terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka diserang tentera Israel semalam sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.
Para pejuang Palestin sebelum ini melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan itu kemudian dibalas oleh tentera Israel menerusi beberapa serangan udara yang menyebabkan beberapa pejuang Palestin terkorban.
Serangan itu berlaku setahun selepas konflik antara kedua-dua belah pihak berakhir pada November 2012 sehingga tercetusnya satu gencatan senjata melibatkan pergerakan Hamas dengan Israel.
Pasukan perubatan Palestin menyatakan, kedua-dua pejuang tersebut yang mati itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.
Mereka terkorban selepas sebuah peluru berpandu mengenai kereta yang dinaiki mereka di bandar Beit Hanoun.
Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan Ahmad al-Zaanin yang merupakan ketua operasi sebuah kumpulan pejuang Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2rB3Q8kYP 
Hakcipta terpelihara 

Dua pejuang Palestin maut diserang


GAZA 22 Jan. - Dua pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel di Genting Gaza semalam, selepas seorang daripada mangsa didakwa melancarkan serangan roket merentasi sempadan ketika majlis pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon diadakan minggu lalu.
Penduduk kawasan berkenaan mengenal pasti kedua-dua mangsa berkenaan sebagai ahli kumpulan Jihad Islam, manakala tentera Israel melaporkan, serangan itu disasarkan terhadap Ahmed al-Za'anin yang pernah menganggotai kumpulan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP).
Menurut kenyataan tentera Israel, Ahmed didakwa bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan termasuk melancarkan serangan roket ke selatan Israel pada minggu lalu ketika majlis pengebumian Sharon diadakan.
Ahmed dan seorang lagi mangsa yang merupakan ahli keluarganya sedang berada dalam kereta ketika diserang tentera Israel, kata penduduk di sini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_07/Dua-pejuang-Palestin-maut-diserang#ixzz2rAY2SvXg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel lancar peluru berpandu ke Genting Gaza


GAZA 22 Jan. - Tentera Israel melancarkan serangan peluru berpandu yang memusnahkan sebuah kereta di Genting Gaza hari ini dan membunuh dua lelaki Palestin yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan roket di sempadan.
Menurut laporan hospital, dua lelaki itu dikenali sebagai ahli kumpulan Islamic Jihad dan merupakan ahli keluarga Al-Za'anin.
Sementara itu, penduduk kawasan itu menjelaskan, kedua mangsa sedang berada dalam kereta itu ketika diserang peluru berpandu berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_16/Israel-lancar-peluru-berpandu-ke-Genting-Gaza#ixzz2rAX3V0VQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 21 January 2014

Hamas ikrar pertahan gencatan senjata dengan Israel


2014/01/21
GAZA: Kerajaan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza hari ini berkata ia mengerahkan pasukan keselamatan untuk "mempertahan gencatan senjata" selepas bedilan roket dari wilayah itu ke Israel.

“Pasukan keselamatan negara sudah di kerah bagi mempertahankan gencatan senjata" yang diatur Mesir dan berkuatkuasa sejak 21 November 2012," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Islam Shawan.


Beliau berkata demikian selepas kumpulan militan di wilayah Palestin itu melancarkan sekurang-kurangnya sebuah roket ke Israel lewat semalam.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan bedilan roket itu.

Kelmarin, dua rakyat Palestin cedera selepas serangan udara Israel ke atas Bandaraya Gaza. - AFP

Israel bebaskan pemimpin Hamas



BEITUNIYA, Tebing Barat 20 Jan. - Israel membebaskan seorang pemimpin terkemuka pergerakan Hamas, Hassan Yousef, semalam selepas beliau dipenjarakan selama lebih dua tahun di penjara Israel.
Hassan yang juga merupakan anggota Majlis Perundangan Palestin selepas pembebasannya berkata, beliau akan bekerjasama dengan 'Fatah dan kumpulan-kumpulan lain dalam Palestin bagi mencapai perpaduan'.
Berpuluh-puluh penyokong Hamas menyambut ketibaan Hassan di sini, berhampiran Penjara Ofer, lokasi beliau ditahan sejak November 2011 kerana didakwa menyertai sebuah pertubuhan 'haram'.
Penahanan Hassan, yang merupakan seorang daripada pengasas pergerakan Hamas ketika itu, menjadi tajuk utama media selepas anaknya, Mossab mendakwa Hassan mengintip Israel dari 1997 hingga 2007.
Mossab kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan menukar namanya kepada Joseph serta memeluk agama Kristian.
Ketegangan berpanjangan antara Hamas dan Fatah tercetus selama seminggu dalam perang 2007 yang menyaksikan pergerakan itu menguasai Gaza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140121/lu_08/Israel-bebaskan-pemimpin-Hamas#ixzz2qyZmPnhY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 16 January 2014

Masihkah mahu bermewah-mewah?



Angka kematian di Kem Pelarian Palestin Yarmouk di Syria meningkat kepada 51 orang selepas pertambahan kematian 3 orang lagi semalam disebabkan kebuluran berpunca dari kepungan ke atas perkehmahan pelarian tersebut sejak 185 hari.

Hulurkan sumbangan anda.

Konvoi PM Palestin ditahan

Konvoi PM Palestin ditahan16 Januari 2014

Rami dikerumuni pengikutnya selepas pihak berkuasa ingin menahan beliau.

RAMALLAH - PALESTIN. Polis Israel kelmarin, menahan konvoi Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah kerana mendakwa dipandu secara  melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Jurucakap kerajaan, Ihab Bseiso berkata, sebuah kenderaan tentera Israel diiringi anggota polis bertindak menahan kenderaan Rami di antara ibu negara dan Nablus.

"Alasan mengatakan mereka memandu secara melulu adalah mengarut. Ia sesuatu yang disengajakan kerana tempat pemeriksaan yang digunakan untuk menahan konvoi hampir satu jam itu tidak pernah wujud sebelum ini," katanya.

Dipetik laporan PIC, Rami kemudiannya diarah untuk berada dipos kawalan itu seorang diri tanpa tujuh pengawal peribadi yang mengiringinya. Bagaimanapun, beliau menolak cadangan itu hingga dibebaskan. -

Bumi pun enggan menerimanya...



Satu gempa bumi telah berlaku sehingga menggegarkan utara Israel ketika Sharon dikebumikan. 

Peristiwa seumpama ini mungkin memperingatkan kita semasa majlis pengkebumian Mustafa Kamal Atarturk pada satu ketika dulu.

http://www.ibtimes.com/earthquake-shakes-northern-israel-former-prime-minister-ariel-sharon-laid-rest-1536696

BUMI MENOLAK ARIEL SHARON



Media Israel menyatakan berlaku gempa bumi semasa mayat ariel sharon dimasukkan ke dalam kubur. Berlaku gegaran. Ianya dapat dirasai disekitar kawasan Jalil dan utara tasek tobariah sekuat 3.5 skala rekter.

Tidak sebagaimana yang dijangkakan, sedikit sahaja orang yang datang ke upacara tersebut. Pasukan polis begitu ramai untuk mengawal keadaan kerana bimbang berlaku kesesakan tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Sharon mencatatkan diari kehidupannya dengan darah rakyat Palestin serta pembunuhan kejam semenjak berkhidmat dalam tentera seterusnya semasa menjadi PM hingga beliau koma hampir 8 tahun.

Pengajaran buat kita bersama... Orang zalim pasti mendapat balasan setimpal di dunia sebelum akhirat.

Info gambar : Penduduk Palestin merayakan kematian ariel sharon dengan membakar gambarnya.
 

Angkatan IOF membuat Penangkapan 17 rakyat Palestin dari Tebing Barat, Termasuk Bawah umur



Pasukan Israel membuat penangkapan pada Selasa lalu, 11 rakyat Palestin termasuk di bawah umur dari Kampung Azoun dalam Qalqilyah Governorate dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui.

Datuk Bandar Azoun Nimer Adwan berkata, kebanyakan tahanan di bawah umur ditangkap ketika berada didalam rumah.

Tentera IOF sentiasa menjalankan carian dan penangkapan kanak-kanak di kampung tersebut di bawah dakwaan palsu bahawa anak-anak muda membaling batu pada peneroka yang melalui jalan yang bersebelahan dengan kampung.

Dalam konteks yang sama pasukan IOF menahan seorang lagi rakat Palestin dari bandar lama Nablus .

Sumber tempatan berkata, beberapa kenderaan tentera menyerbu kampung pada waktu subuh dan menahan Mohammed Waleed Issa 27, setelah sekian lama mencari rumahnya.

Di Hebron, tentera IOF menahan seorang rakyat Palestin dari al- Fawwar kem pelarian selatan Hebron.

Keselamatan telah menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kem dan menangkap Mu'ayad Abudl Jabbar Ahmaro , 26, setelah menjumpai rumahnya. turut membuat serangan pada rumah Abdul Fattah al- Qawasmeh dari Hebron.

Di Bethlehem, tentera Israel menahan empat rakyat Palestin dari bandar Bethlehem dan kampung al- Obeidiyeh timur bandar.

Sumber keselamatan berkata bahawa tentera Israel menahan dua rakyat Palestin iaitu Issam Atta al- Shaer dan Hari Raya Kamel selepas menyerang dan mencari rumah-rumah mereka.

Di kampung al- Obeidiyeh timur Bethlehem, tentera Israel menyerbu rumah Mahmoud Abdullah al- ASSA. Serangan juga turut merampas dua komputer riba dan telefon bimbit sebelum menahan dua anak-anaknya Ayman ,32, dan Omar ,18.

Sumber : Aman Palestin

Wednesday, 15 January 2014

Upacara pengebumian dibedil

Upacara pengebumian dibedil15 Januari 2014

Penduduk dan pemimpin negara menghadiri upacara pengebumian Sharon, semalam.

GENTING GAZA - ISRAEL. Dua roket dilepaskan berhampiran kawasan pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di Shaar HaNegev, semalam.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld bagaimanapun tidak menyatakan roket berkenaan dilepaskan dari kawasan mana tetapi tidak menolak ianya dilakukan oleh sekumpulan  individu dari sempadan Gaza.

“Bom itu disasarkan di bandar Sderot terletak berhampiran sempadan Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan,” katanya kepada Al Arabiya.

Susulan kejadian itu, polis dan tentera Israel meningkatkan kawalan  keselamatan di kawasan berkenaan. 

Kanak-kanak dibakar dengan rokok oleh tentera Israel dalam penyelesaian


140115-belia arrested.jpg

Tentera Israel "menjalankan tangkapan trauma kanak-kanak Palestin, selalunya melibatkan keganasan dan penghinaan," kata kumpulan hak.
 Sliman Khader / imej APA )
Tiga kanak-kanak Palestin yang diculik dibakar dengan rokok dinyalakan dan dinafikan akses kepada makanan, air atau kemudahan tandas selepas ditangkap dan ditahan oleh tentera dan polis Israel pada bulan September, satu laporan baru menunjukkan .
Dalam insiden berasingan, ketiga-tiga kanak-kanak yang didakwa diserang dan didera semasa penangkapan dan pemindahan ke Balai Polis Ariel, yang terletak di dalam haram Ariel koloni penempatan di Tebing Barat yang diduduki.
... Tentera Israel teruk dan berulang kali menewaskan Ali S, 14, dari Azzun, Hendi S, 17, dari Salfit, dan Mohammad A, 15, dari Tulkarem selepas menangkap mereka. Seorang askar yang dipadamkan puntung rokok di bibir Ali manakala dibakar lengan Hendi dengan rokok, menurut keterangan bersumpah kedua-dua remaja. Hendi dan Mohammad telah dinafikan akses kepada kemudahan makanan, air dan tandas untuk tempoh yang lama. Ketiga-tiga mereka dituduh batu membaling.
DCI-Palestin menambah bahawa ia dikemukakan sepuluh aduan berasingan pada tahun 2013 ke atas penyalahgunaan dakwaan dan "penyeksaan kanak-kanak Palestin oleh tentera dan polis Israel," tetapi dalam lapan daripada kes, "Pihak berkuasa Israel gagal untuk memberitahu DCI-Palestin sama ada mereka telah membuka penyiasatan. Baki dua kes menyebabkan keputusan tentera peguam bela Ketua untuk menutup siasatan kerana bukti tidak mencukupi. Pihak berkuasa Israel menyifatkan keengganan mangsa untuk memberi keterangan tanpa kehadiran peguam sebagai bukti tidak mencukupi. "
Kumpulan itu memetik statistik Yesh Din, sebuah pertubuhan hak asasi manusia Israel, yang melaporkan bahawa hanya lima peratus daripada aduan yang dikemukakan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tentera telah membawa kepada dakwaan.

"Tangkapan Trauma"

Dalam siaran akhbar mereka, DCI-Palestin menambah:
"Tentera Israel menjalankan tangkapan trauma kanak-kanak Palestin, selalunya melibatkan keganasan dan penghinaan, kepada perdana mereka cepat mengaku semasa soal siasat," kata Iyad Misk, seorang peguam di DCI-Palestin."Membakar kanak-kanak dengan puntung rokok menimbulkan penggera tertentu yang menuntut siasatan segera, telus dan tidak berat sebelah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tentera di mana pendera dipertanggungjawabkan."
Pihak berkuasa Israel tanpa syarat yang dikeluarkan Hendi dan dihukum Mohammad ke semasa berkhidmat semasa dalam tahanan pra-perbicaraan. Ali masih dalam tahanan Israel.
Ini menandakan kali kedua Hendi bertahan rawatan sakit tahun ini . Pada penghujung Februari [2013], DCI-Palestin dikemukakan aduan kepada Jabatan Siasatan Dalaman Polis ke atas penyalahgunaan Hendi dialami semasa soal siasat di balai polis Ariel pada Februari.
Hanya bulan lepas, ia telah mendedahkan bahawa tentera Israel meletakkan tahanan Palestin - termasuk kanak-kanak - dalam sangkar luar semasa ribut musim sejuk yang kejam .
Dan seminggu yang lalu, tentera Israel telah ditangkap pada video penculikan dan memukul remaja Palestin berhampiran dinding Israel di Timur Baitulmuqaddis.
Pemerhati Hak Asasi Manusia baru-baru ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua kali pada tahun 2013, tentera Israel diserang hendap, tembakan dan membunuh kanak-kanak Palestin berhampiran sekolah di Tebing Barat tanpa sebarang sebab.
Pertahanan seksyen Kanak-kanak Antarabangsa-Palestin mengatakan bahawa terdapat purata 203 kanak-kanak dalam tahanan Israel dalam tahun 2013, purata 33 daripada mereka berusia antara 12 dan 15 tahun. "Caj yang biasa adalah untuk membaling batu," DCI-Palestin menambah. "Pada masa ini 51.4 peratus daripada tahanan kanak-kanak Palestin yang ditahan di Israel melanggar Perkara 76 Konvensyen Geneva Keempat."

Israel ganggu usaha damai


Ramallah: Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier berkata, tindakan agresif Israel membuka kawasan petempatan baru menyukarkan usaha damai yang diusahakan komuniti antarabangsa.

Steinmeier bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan sama ada Kesatuan Eropah akan mengadakan sekatan terhadap Israel, sebaliknya isu peneroka akan dibincangkan dengan rakan sejawatnya Avigdor Lieberman.


Dia berada di Israel untuk lawatan sehari bagi membincangkan proses damai dengan perunding utama negara itu, Tzipi Livni, sebelum menghadiri upacara peringatan bekas perdana menteri Ariel Sharon.

Steinmeier turut menemui Presiden Palestin Mahmud Abbas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

'Jentolak' mati koma dikebumi


2014/01/14
Baitulmaqdis: Israel semalam mengebumikan bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon, salah seorang pemimpin politik dan tentera paling mahir tetapi sentiasa diburu kontroversi.

Sharon meninggal dunia Sabtu lalu selepas lapan tahun koma apabila diserang angin ahmar pada kemuncak kerjayanya yang menyaksikan beliau dipuji sebagai wira dan negarawan tetapi turut dilabel penjenayah perang. Beliau berusia 85 tahun.


Dikebumi di kediaman keluarga

Beliau dikebumikan dalam upacara di kediaman keluarganya di selatan Negev, yang terletak beberapa kilometer dari sempadan utara dengan Semenanjung Gaza.

Pada majlis peringatan yang diadakan di luar Parlimen di Baitulmaqdis yang dipenuhi pemimpin Israel dan diplomat asing, Sharon diingat kerana kedegilan dan sikap ganas yang membuatkan beliau diberi gelaran ‘Jentolak’.

“Anda tidak pernah berehat daripada berkhidmat untuk rakyat, apabila mempertahankan tanah air dan menjadikan ia makmur. Tanah ini akan menyambut anda dengan tangan mesra sejarah negara yang anda turut lakarkan sesuatu yang tidak dapat dilupakan,” kata Presiden Shimon Peres yang berdiri di depan Plaza Knesset, lokasi keranda Sharon diletakkan. - AFP