Friday, 27 December 2013
Israel umum bebaskan tahanan Palestin, bina lebih banyak penempatan
2013/12/27
BAITULMAQDIS: Israel akan mengumumkan rancangan pembinaan penempatan baru minggu depan, serentak dengan pembebasan kelompok ketiga tahanan warga Palestin sebagai sebahagian daripada rundingan damai, kata pegawai tempatan, semalam.
“Kerajaan Israel akan mengumumkan tender untuk pembinaan baru di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, yang dianggap bertepatan dengan pembebasan kumpulan ketiga tahanan Palestin, kata pegawai itu.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan pembinaan walaupun mendapat bantahan daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dan Kesatuan Eropah. - AFP
Israel berdegil
Baitulmaqdis: Israel dijangka mengumumkan rancangan baru untuk membina penempatan Yahudi minggu depan meskipun ia akan membangkitkan kemarahan dan mengancam rundingan damai dengan Palestin.
Pengumuman itu akan dibuat sempena dengan pembebasan sekumpulan rakyat Palestin.
Seorang pegawai rejim berkata, pengumuman mungkin dibuat minggu depan, tetapi enggan menjelaskan mengenainya secara terperinci.
Pegawai Palestin Wasil Abu Yousif berkata, pengumuman yang dirancang itu membuktikan Israel tidak serius untuk mewujudkan keamanan.
“Semua orang dapat melihat dengan jelas bahawa rejim Israel berhasrat memusnahkan proses damai,” kata Wasil.
Beliau tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa Palestin akan menarik diri daripada rundingan damai.
Bagaimanapun, menurut Wasil, dasar Israel itu akan memaksa rakyat Palestin mencari lebih banyak alternatif untuk memaksa Israel bersetuju mewujudkan keamanan.
Pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis menjadi punca yang mencetuskan kepada ketegangan hingga menjejaskan usaha damai Asia Barat. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27
Hari Ini Dalam Sejarah | 27 Disember 2008 | Memperingati Marakat Furqan (Cast Lead)

27 Disember 2008 merupakan detik mula mata masyarakat dunia terbuka seluas-luasnya apabila menyaksikan rejim Zionis Israel meratah nyawa rakyat Palestin tanpa mengira had umur. Serangan yang berpanjangan selama 22 hari itu disifatkan antara serangan paling kejam dan ganas ke atas Jalur Gaza.
Dalam serangan yang digelar sebagai Operation Cast Lead oleh regim Zionis Israel atau Marakat Furqan oleh mujahidin di Gaza, lebih 1,400 orang awam Palestin terkorban termasuk lebih 300 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun. Lebih 5,000 rakyat Palestin cedera, 3,540 rumah runtuh dan sekitar 2,870 lagi rumah rosak teruk.
Serangan juga telah memusnahkan banyak infrastruktur awam Gaza yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina dek sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Gaza sejak HAMAS memenangi pilihanraya umum pada 2006. Lebih 18 sekolah, 268 pusat perniagaan, 324 kilang dan bengkel musnah yang mengakibatkan kerugian puluhan juta US dollar.
Serangan ini tercetus di celah-celah perjanjian gencatan senjata yang baru sahaja ditandatangani antara HAMAS dan rejim Israel pada bulan Jun 2008. Gencatan senjata ini dicemari pada bulan November 2008 bilamana tentera Israel menyerang Gaza dan membunuh 6 anggota HAMAS. Serangan ini diikuti dengan siri-siri serangan yang akhirnya menjadi operasi besar-besaran, Operation Cast Lead.
Hakikatnya, rejim Zionis Israel sebenarnya sudah lama merancang operasi ini. Menurut Barak Ravid, wartawan Haaretz (sebuah akhbar utama Israel), Menteri Pertahanan rejim Israel ketika itu, Ehud Barak telah mengarahkan persiapan untuk Operation Cast Lead sejak lebih 6 bulan sebelum itu ie. sewaktu rundingan gencatan senjata antara Israel dan HAMAS sedang berlangsung!
Ur Shlonsky, seorang professor linguistik di Universiti Geneva, Switzerland menyebutkan bahawa objektif Israel adalah untuk "menyerang masyarakat awam dan memastikan kemusnahan maksima ke atas infrastruktur awam. Kehidupan seharian rakyat Palestin mesti ditekan sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan; mereka dikurung, dihalang dari melaksanakan aktiviti harian, bekerja, bersekolah dan mendapatkan bantuan kesihatan dari hospital. Ini akan menggalakkan perpindahan keluar dari Palestin dan melemahkan semangat mereka untuk menentang serangan-serangan Israel yang akan datang."
Pada September 2009, setelah didesak masyarakat sivil antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membentangkan 'Laporan Goldstone' yang memperincikan sekurang-kurangnya 36 jenayah perang yang dilakukan oleh Israel dalam Operation Cast Lead, termasuk pembedilan rumah-rumah masyarakat awam seperti keluarga Samouni dan Al-Daya dan penggunaan fosforus, senjata kimia yang haram digunakan semasa perang di kawasan penempatan. Namun, laporan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian kuasa-kuasa besar dunia yang terus menyokong rejim Zionis Israel. Israel tidak dijatuhkan hukuman sedikit pun atas jenayah-jenayah perang yang telah mereka lakukan dalam operasi ini.
Maka, benarlah pendirian HAMAS selama ini. Rundingan tidak akan membawa perjuangan pembebasan Palestin ke mana-mana. Zionis Israel tidak pernah ingin menghormati persetujuan dalam rundingan yang dibuat. Apabila mereka berjanji, mereka akan mengkhianati. Justeru, hanya jalan jihad dan penentangan akan mampu menundukkan rejim Israel.
“From the river to the sea, Palestine will be free!”
#pace
[KJ]
Budak tiga tahun mangsa baharu keganasan Israel
BAITULMAQDIS 25 Dis. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terkorban, manakala 10 yang lain cedera dalam satu serangan balas udara tentera Israel semalam selepas seorang rakyatnya maut ditembak penyerang hendap semasa bertugas di sempadan Gaza-Israel di sini.
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Hala Abu Sabikha dari sebuah kem pelarian di tengah Genting Gaza.
Pegawai Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Kidra berkata, tiga ahli keluarga kanak-kanak itu merupakan antara 10 yang tercedera akibat serangan berkenaan.
Serangan udara itu disifatkan sebagai yang terburuk sejak November tahun lalu dan mengancam perjanjian genjatan senjata kedua-kedua pihak yang telah dilaksanakan sejak 13 bulan itu.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon menggesa Hamas untuk tidak mencabar kesabaran Israel dengan memperlihatkan kuasa mereka.
Menurut laporan tentera Israel, serangan yang dilakukan itu menghala ke arah kawasan pejuang di Gaza termasuk sebuah kilang senjata dan mesin pelancar roket yang disembunyikan.
Sementara itu, pegawai keselamatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 16 serangan dilancarkan tentera Israel yang menyebabkan satu siri letupan dalam wilayah berkenaan.
Dalam pada itu, Hamas telah mengarahkan tenteranya untuk mengosongkan bangunan kerajaan serta mengatur semula kedudukan di kawasan yang lebih selamat.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai serangan pengecut tentera Israel.
"Tentera Israel itu tidak mampu menakut-nakutkan rakyat Palestin dalam serangan terbabit. Mereka tidak akan melemahkan tentangan kami atau menghentikan tindak balas terhadap sebarang serangan mereka di Gaza,'' katanya. - AP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131226/lu_07/Budak-tiga-tahun-mangsa-baharu-keganasan-Israel#ixzz2ocasfgV9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rusia sangkal Arafat diracun
YASSER ARAFAT
|
MOSCOW - Satu siasatan Rusia berhubung kematian Yasser Arafat gagal menemui racun radioaktif yang didakwa membunuh pemimpin Palestin tersebut, kata ketua sebuah agensi kerajaan yang melakukan kajian itu semalam.
Ketua Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan, Vladimir Uiba berkata, pihaknya tiada perancangan untuk melakukan ujian lebih lanjut.
"Kematian Arafat adalah secara semula jadi, tiada kesan radiasi yang ditemui," kata Uiba menurut beberapa agensi berita Rusia.
Beberapa pasukan saintis dari Perancis, Switzerland dan Rusia diminta mengenal pasti sama ada racun polonium menjadi punca kematian Arafat di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004.
Penduduk Palestin sudah lama mengesyaki Arafat diracun oleh Israel tetapi dinafikan oleh rejim Zionis.
Dalam pada itu, Rusia mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa Palestin sejak era negara Kesatuan Soviet apabila Moscow menyokong perjuangan mereka.
Selepas satu laporan pada 2012 bahawa terdapat kesan bahan radioaktif polonium ditemui pada pakaian Arafat, balunya Suha Arafat mengemukakan aduan rasmi di Perancis supaya satu siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada Arafat dibunuh.
Sementara itu, pasukan saintis Switzerland menyatakan, mereka menemui kesan polonium dan plumbun manakala keadaan kesihatan Arafat dan kematiannya selaras dengan kesan keracunan akibat meminum polonium.
Mengulas keputusan pasukan pakar Rusia itu, Duta Palestin ke Moscow, Fayed Mustafa dipetik sebagai berkata oleh agensi berita RIA Novosti bahawa Pihak Berkuasa Palestin menghormati keputusan mereka.
Namun, pihaknya beranggapan adalah perlu supaya kajian berhubung kematian Arafat diteruskan. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ocPsGW9x
Hakcipta terpelihara
Thursday, 26 December 2013
Wednesday, 25 December 2013
Hari Ini Dalam Sejarah | 25 Disember 2000 | Rakyat Israel Memusnahkan 400 Pokok Zaitun di Wadi Marda

13 tahun yang lalu, sekumpulan rakyat Israel yang mendiami kawasan penempatan haram di wilayah Selfit, Tebing Barat telah bertindak memusnahkan 400 batang pokok Zaitun sambil dilindungi pihak tentera; jumlah tertinggi yang direkodkan sehingga hari ini [passia.org].
Nak tahu berita lanjut? Nantikan pada jam 8 malam nanti. Insya'Allah kami akan siarkan berita penuh malam nanti.
[HR]
Tahanan mogok lapar dibebas
BAITULMAQDIS 24 Dis. - Seorang tahanan warga Palestin yang melancarkan mogok lapar hampir sembilan bulan, akhirnya dibebaskan dari penjara Israel semalam.
Samer Issawi yang hanya minum bagi mengalas perutnya selama berada di penjara dari 1 Ogos 2012 sehingga April tahun ini, menjadi simbol kepada perjuangan Palestin menentang Israel.
Lelaki berusia 33 tahun yang dipenjarakan atas dakwaan melakukan beberapa siri serangan itu, merupakan sebahagian daripada tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar.
Samer dihantar pulang ke kampung halamannya di Issawiyeh, pinggir Baitulmaqdis dan dia disambut sebagai wira oleh penduduk tempatan. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_06/Tahanan-mogok-lapar-dibebas#ixzz2oQunrK91
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kanak-kanak perempuan maut serangan udara Israel
BAITULMAQDIS 25 Dis. -Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia tiga tahun terbunuh dan tiga ahli keluarganya cedera dalam satu siri serangan udara oleh pesawat rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza di sini kelmarin, kata sumber perubatan semalam.
Rejim Israel melancarkan serangan balas itu di Semenanjung Gaza selepas seorang rakyatnya maut ditembak semasa bertugas di sempadan Gaza-Israel di sini.
Saksi berkata, pesawat Israel juga dilihat membedil pusat latihan Hamas di selatan Khan Yunis dan dua lagi serangan dilaporkan di timur bandar Gaza dan sebuah wilayah kecil di negara itu. - AP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_13/Kanak-kanak-perempuan-maut-serangan-udara-Israel#ixzz2ocaWU5fj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 24 December 2013
Israel Akan Terus Membina Penempatan, kata Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyatakan bahawa Israel akan meneruskan pembinaan penempatan walaupun amaran telah dibuat bahawa rundingan damai dengan rakyat Palestin boleh mengalami kerosakan.
Dalam temu bual pada Rabu Netanyahu menyatakan bahawa, " Kita tidak akan berhenti, walaupun untuk seketika, membina negara kita dan menjadi kuat, dan membangunkan... perusahaan penyelesaian. "
Xavier Abu Eid, penasihat di Jabatan Hal Ehwal Rundingan (NAD) Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO ), berkata langkah itu menunjukkan " kelemahan serius di sebelah Israel " mengenai proses damai Al Arabiya News melaporkan.
"Tindakan Israel perlu membuat dunia antarabangsa , terutamanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, yang telah sekian lama berkuasa, untuk memegang Israel bertanggungjawab atas tindakan mereka . Hanya kerana Palestin komited kepada proses tidak bermakna masyarakat antarabangsa perlu berhenti melakukan dengan obligasi mereka sendiri memegang bertanggungjawab Israel kerana jenayah perang , " katanya.
Sejak rundingan bermula, Israel telah mengumumkan rancangan untuk membina 5,992 unit perumahan baru. Dengan dua rakyat Palestin dibunuh oleh Israel minggu ini sahaja, ketegangan adalah pelekap.
Nabil Abu Rudeineh, Jurucakap Presiden Palestin, menyatakan bahawa Israel bertujuan untuk meningkat keganasan, dalam usaha untuk menghalang usaha damai Amerika Syarikat dan dengan itu membawa rundingan berakhir.
Sekurang-kurangnya 3608 orang Palestin Cedera oleh tentera Israel pada tahun 2013

Menurut laporan baru oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sekurang-kurangnya 3608 rakyat Palestin cedera atas perbuatan tentera Israel pada tahun ini.
Tambahan pula laporan itu menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 145 rakyat Palestin cedera dalam serangan 91 dilaporkan oleh penduduk Yahudi.
10510 pokok-pokok zaitun Palestin telah dirosakkan oleh peneroka.
Ia dijelaskan dalam laporan bahawa keganasan oleh peneroka di Tebing Barat termasuk serangan fizikal ke atas individu, gangguan, perampasan, dan kerosakan kepada harta swasta, halangan akses kepada tanah pertanian dan sumber air, bersama-sama dengan serangan ke atas ternakan, tanah pertanian dan tempat-tempat ibadat.
Roket Terkena Selatan Ashkelon

Polis Israel mendakwa bahawa sebuah roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza meletup di kawasan terbuka berhampiran Ashkelon di dalam garis hijau, lewat malam Ahad.
Jurucakap Polis Israel, Luba Samri al-, berkata, pihak polis Israel didapati sisa-sisa roket pagi Isnin. Tiada sebarang kecederaan, tetapi kerosakan cahaya kekal.
Israel dan Palestin semakin hampir untuk berdamai.
TEL AVIV, Israel 8 Dis. - Israel dan Palestin kini semakin hampir untuk memeterai perjanjian damai selepas beberapa tahun perbincangan diadakan bagi melaksanakan matlamat tersebut.
``Saya yakin kita semakin hampir untuk mencapai keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang sudah menjadi hak kepada penduduk di rantau berkenaan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kepada pemberita ketika berada di Lapangan Terbang Ben Gurion.
Kenyataannya itu dibuat selepas Israel dan Palestin melakukan perbincangan selepas beberapa rundingan langsung diadakan sejak akhir Julai lalu, walaupun tidak menunjukkan kemajuan yang memberansangkan.
Kerry juga dilaporkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk kali ketiga dalam masa 24 jam semalam, dalam membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131208/lu_05/Israel-dan-Palestin-semakin-hampir-untuk--berdamai.#ixzz2oOaAhT7P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Diberondong Mujahidin Gaza, Kapal-kapal Perang Israel Lari Tunggang Langgang
Ternyata angkatan laut Zionis tidak sehebat yang dikampanyekan. Sejumlah kapal perang Israel lari tunggang langgang setelah diberondong mujahidin Palestina di bibir pantai laut Gaza, Ahad (22/12) lalu.Menurut InfoPalestina, kapal-kapal perang Israel datang ke perairan Gaza Utara untuk mengejar seorang buronan yang lari bersama tiga warga Palestina dengan menggunakan perahu. Kurang lebih satu mil dari bibir pantai, angkatan laut zionis itu menembaki warga Palestina tersebut dan memerintahkanya untuk mendekat serta menggiringnya ke pelabuhan Adod Israel.
Namun sekelompok pejuang perlawanan yang berada di bibir pantai Gaza melesskkan sejumlah roket jenis ringan ke arah kapal Zionis, mengakibatkan kapal-kapal Zionis lari tunggang langgang. Tiga warga Palestina itu pun akhirnya selamat dari kejaran marinir Zionis. [AM/InfoPalestina/BersamaDakwah]
Subscribe to:
Posts (Atom)






