Sunday, 22 December 2013
Israel bunuh seorang lelaki Palestin
GAZA CITY 21 Dis. - Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin dan mencederakan tiga yang lain dalam dua kejadian berasingan di Genting Gaza, semalam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, seorang lelaki dikenali sebagai Odeh Hamad, 22, ditembak di kepala berhampiran sempadan antara Gaza dan Israel.
Manakala, tiga lagi penduduk awam Palestin mengalami kecederaan dalam serangan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza-Israel ketika mereka sedang menangkap burung.
Tentera Israel berkata, anggotanya hanya memberi tindak balas kepada tembakan yang dilepaskan dalam empat kejadian di sepanjang sempadan semalam. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131222/lu_07/Israel-bunuh-seorang-lelaki-Palestin#ixzz2o9NrMdko
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 20 December 2013
Dua rakyat Palestin dibunuh di Tebing Barat

19 Dis - Askar zionis Israel membunuh dua lagi rakyat Palestin di Tebing Barat dalam serbuan berasingan di bandar-bandar Jenin & Qalqiya. Pertempuran turut mencederakan tujuh yang lain, termasuk tiga mengalami kecederaan serius
Salah seorang daripada mereka, ditembak pada jarak dekat selepas serbuan dibuat di rumah Jamal Abu Al-Haiga. Pemuda yang syahid dikenal pasti sebagai Nafaa Al-Saedi,23. Manakala sepupunya tercedera.
Sebagai tindak balas terhadap serbuan di rumah tersebut, belia Palestin mula membaling batu ke arah askar zionis, manakala askar zionis membalas serangan batu tersebut dengan peluru hidup, yang mencederakan tujuh yang lain.
Manakala di Qalqiya, Saleh Yasin, 29, pegawai keselamatan Palestin, diserang hendap dan syahid semasa pulang daripada kerja. Askar zionis mendakwa beliau membalas tembakan, tetapi laporan hospital membuktikan beliau ditembak dari belakang.
Saksi menyatakan, selepas beliau ditembak, askar zionis membiarkan beliau mengalami pendarahan sehingga mati. Juga, beliau tidak bersenjata semasa ditembak. [Ph]
sumber: MEMO
#aqsasyarif
Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6o
Palestin sedia lanjutkan tempoh rundingan
Gambar fail bertarikh 2 November 2011, menunjukkan seorang pekerja sibuk melakukan kerja-kerja pembinaan di Har Homa, timur Baitulmaqdis. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan meneruskan pembinaan rumah haram Yahudi. - AP
TEBING BARAT 19 Dis. - Palestin bersedia melanjutkan tempoh rundingan damai melebihi tarikh akhir pada April tahun depan, jika rangka kerja perjanjian yang terperinci boleh disiapkan tepat pada waktunya.
Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, rangka kerja itu berkemungkinan boleh disiapkan sebelum April walaupun terdapat perbezaan besar antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
"Semuanya bergantung kepada keputusan Netanyahu untuk melanjutkan tempoh rundingan.
"Jika beliau bersetuju dengan perjanjian tersebut, maka itu keputusan yang akan dicapai kedua-dua pihak," katanya.
Ini merupakan kali pertama perunding Palestin yang diketuai Saeb menyatakan kesediaan untuk mengadakan persetujuan awal berbanding rundingan perjanjian akhir yang akan tamat dalam tempoh sembilan bulan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.
Ditanya jika Palestin bersetuju untuk meneruskan rundingan jika rangka kerja perjanjian disiapkan pada April, Saeb berkata, ia bergantung kepada persetujuan yang dicapai membabitkan beberapa perkara.
"Jika isu sempadan, keselamatan, status Baitulmaqdis dan pelarian Palestin diselesaikan, kami bersedia untuk meneruskan rundingan dengan Israel," katanya.
Dalam pada itu, Netanyahu dalam kenyataannya hari ini berkata, Israel berikrar untuk meneruskan perluasan kawasan penempatan haram, sekali gus dijangka menggugat rundingan damai dengan Palestin.
Keputusan itu dibuat ekoran tekanan Amerika Syarikat (AS) terhadap rejim Zionis menjelang pusingan rundingan seterusnya bagi membincangkan pembebasan tahan Palestin pada bulan ini.
"Kami tidak akan berhenti walaupun sekejap untuk membina Israel dan menjadi kuat serta membangun melalui pembangunan penempatan terbabit," katanya. - AGENSI/AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131220/lu_11/Palestin-sedia-lanjutkan-tempoh-rundingan#ixzz2nzSy0v4d
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 19 December 2013
Khemah Sebagai Tempat Berlindung

Gambar menunjukkan keadaan sebuah keluarga Palestin yang terpaksa tinggal di khemah selepas rumah mereka dinaiki air di bandar Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Dalam keadaan musim sejuk dan dilanda pula krisis banjir, mereka amat memerlukan bantuan anda untuk terus hidup.
Mari bantu mereka dengan menyumbang melalui Tabung Shitaa'(Winter) Emergency Relief Aqsa Syarif. Setiap sumbangan anda bermakna senyuman buat mereka.
Sumber : gazanow[IZ]
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
[HR]
Dalam keadaan musim sejuk dan dilanda pula krisis banjir, mereka amat memerlukan bantuan anda untuk terus hidup.
Mari bantu mereka dengan menyumbang melalui Tabung Shitaa'(Winter) Emergency Relief Aqsa Syarif. Setiap sumbangan anda bermakna senyuman buat mereka.
Sumber : gazanow[IZ]
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
[HR]
Jihad Menuntut Ilmu Perlu Diteruskan

Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak Gaza sedang mendedahkan buku-bukunya untuk dikeringkan dibawah terik cahaya matahari selepas rumahnya dibanjiri air hujan dan kumbahan.
Semangat mereka untuk menuntut ilmu tidak luntur walaupun hampir kesemua peralatan sekolah seperti buku, alatulis dan lain-lain rosak akibat banjir.
Mari bantu mereka untuk membolehkan mereka terus belajar. Bakal Pemimpin Palestin Masa Depan Insya'Allah.
Sumber : gazanow[IZ]
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
[HR]
Masjidil Aqsa Bersalji

Wajah gembira anak Palestin bermain salji berlatar belakangkan kawasan Masjidil Aqsa. Mereka masih mampu tersenyum walau dilanda pelbagai krisis.
Anak-anak ini kesejukan di sana ditambah dengan banjir yang teruk di Gaza khususnya manakala ribut salji di Tebing Barat. Sedangkan kita masih lena di dalam selimut empuk setiap malam.
Mari bersama kami untuk terus menyalurkan sumbangan kepada anak-anak ini. Moga sumbangan anda mampu membuat mereka terus tersenyum.
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6o
[HR]
Banjir buatan tangan jijik...Israel
Banjir buatan tangan jijik...Israel telah membuka Empangan Wadi sofa Empangan di sebelah timur Rafah (di selatan Semenanjung Gaza) yang telah mengakibatkan banjir. Ratusan penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal mereka yang ditenggelami air.
Issa Nashar, Datuk Bandar Rafah telah mengesahkan kejadian itu pada hari Ahad yang lalu dengan berkata , "Israel memang telah membuka empangan yang menyebabkan banjir di kawasan jiran di Gaza sehingga 1 meter dalam".
Kejadian ini berlaku selepas ribut Alexa yang melanda Timur Tengah yang telah menyebabkan bencana kemanusiaan di kawasan yang paling teruk di rantau ini.
Di Semenanjung Gaza , sekurang-kurangnya seorang dilaporkan telah terkorban akibat perubahan cuaca yang aneh dan hampir 5,000 orang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka tidak boleh didiami .
Menurut akhbar Yedioth Ahronoth Israel , hujan lebat yang membawa kepada takunagn air yang berlebihan yang tidak boleh dialirkan keluar sehingga pihak berkuasa Israel terpaksa menghalakan pergerakan air yang berlebihan ke dalam Semenanjung Gaza. Itu adalah jawapan regim zionis untuk menjastifikasikan tindakan mereka.
Sumber : https://
Kerugian cuaca buruk cecah RM208 juta
7,000 keluarga dipindahkan walaupun disekat oleh tentera Zionis.
Menteri Kerja Raya dan Perumahan Yousef Gariz berkata, walaupun berhadapan sekatan, pasukan penyelamat dapat mengawal keadaan dengan memindahkan lebih 7,000 keluarga.
“Lebih daripada 3,300 kediaman terjejas dan hampir seribu musnah. Nilai kerugian kediaman dianggarkan AS$40 juta (RM130 juta), kerosakan jalan raya mencecah AS$12 juta (RM39 juta) dan sektor pengangkutan AS$2 juta (RM 6.5 juta),” katanya.
Menurutnya, sektor industri dan komersial mengalami kerugian sekitar AS$3 juta (RM9.7 juta) dan sektor pertanian mencapai AS$7juta (RM22.8 juta).
Dalam perkembangan berasingan, Hamas bersetuju menyertai kerajaan perpaduan dengan Fatah.
Agensi berita Ma’an melaporkan, Hamas secara rasmi memaklumkan perkara itu kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
“Pemimpin Hamas, Khalid Mashaal dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh menghubungi Mahmoud untuk membincangkan hal itu,” memetik laporan tersebut kepada PIC.
2 Orang Syahid Mati Tembak di Rumah Tawanan Abu Haija

Sumber - sumber Palestin menegaskan , dua orang warga Palestin gugur syahid dalam usaha menghalang pasukan Zionis yang belum menyerbu rumah tawanan Palestin Syeikh Jamal Abu Haija .Kedua korban syahid adalah Nafi ' Jamil dan anak saudaranya Qasim Sa'di . Keduanya ditangkap oleh pasukan Zionis dalam keadaan terluka kemudian dinyatakan mati syahid setelah itu . Keduanya meninggal kemarin Rabu setelah pasukan Israel menembak yang secara langsung di dari jarak yang sangat dekat . Saksi mata menegaskan Zionis menggertak rumah Abu Haija selepas . Sehingga terjadi satu tembakan secara sengit dengan perlawanan Palestin . Saksi mata meyakini adanya pasukan khas Zionis menyerbu rumah itu menyerbu rumah Syeikh Jamal untuk menangkap Hamza Abu Haija , anak Syeikh Jamal kerana dia salah satu buron Zionis sejak beberapa saat lalu dan dikejar juga oleh pihak berkuasa keselamatan Palestin di Jenin . Namun usaha masih gagal .
Tentera IOF Bunuh rakyat Palestin di Qalqiliya

Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin selepas menyerang Tebing Barat Qalqiliya Rabu tengah malam.
Para saksi berkata bahawa syahid Saleh Yassen, 24, terbunuh selepas tentera Israel membuat serangan hendap di pintu masuk timur bandar. Saleh telah dipindahkan ke hospital di bandar, di mana beliau telah mengumumkan mati.
5,000 mangsa banjir di Palestin
Kelolaan MOHD. SHAH CHE AHMAD
SEBAHAGIAN daripada mangsa banjir yang melanda Palestin, baru-baru ini ditempatkan di sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan sementara sebelum diarah pulang ke rumah masing-masing.
Kira-kira 5,000 penduduk Palestin terpaksa dipindahkan berikutan kejadian banjir besar setinggi dua meter di Utara Gaza yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 100 penduduk cedera manakala seorang maut ekoran banjir tersebut. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131219/ba_03/5,000-mangsa-banjir-di-Palestin#ixzz2oOYp6ZJX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, 18 December 2013
Pelan keselamatan AS berat sebelah
Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo
RAMALLAH - AMERIKA SYRAIKAT. Pelan keselamatan yang dibentangkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry didakwa akan menjadi punca utama kegagalan rundingan damai bersama Israel.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo menyatakan bahawa idea Kerry itu hanya akan menyebabkan usaha menjayakan rundingan tersebut bakal menemui jalan buntu.
"Pelan keselamatan di Lembah Jordan tersebut seperti berat sebelah kerana askar rejim Zionis dapat mengekalkan kedudukan mereka di sepanjang timur Tebing Barat," jelasnya lagi.
Sementara itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas memaklumkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak akan menerima sebarang penangguhan untuk membebaskan tahanan Palestin.
Menurut Nabil Abu Rudaineh, AS dan sekutu kuatnya, Israel cuba berdolak dalik dan turut mengancam menangguhkan tarikh pembebasan baki tahanan yang telah dipersetujui, Julai lalu. - Press TV
Bantu Anak-Anak Kami

Gambar menunjukkan seorang penduduk Gaza, Lutfi Bishawi berusia 40 tahun bersama keluarganya.
Mereka berlindung di sebuah khemah di salah satu daripada jalan-jalan di Gaza selepas rumah mereka ditenggelami banjir.
Dalam krisis banjir teruk dan musim sejuk yang menggigit, anak-anak mereka khususnya memerlukan perlindungan dan makanan.
Ayuh menyumbang untuk mereka dan mangsa-mangsa lain.
Sumber : gazanow[AAB]
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
[HR]
Kanak-Kanak Berjiwa Merdeka

Gambar menunjukkan keadaan sebuah kelas di salah sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan banjir di Gaza.
Kelihatan dua orang kanak-kanak yang gigih membuat latihan kerja sekolah walaupun dalam keadaan krisis!!
Adakah kamu melihat sebuah cita-cita yang indah pada diri mereka? Ayuh bantu mereka untuk keluar dari krisis banjir ini dan doakan agar mereka menjadi pemimpin negara Palestin satu hari nanti.
Sumber : gazanow[AAB]
#aqsasyarif
**********
[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]
Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.
Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!
[HR]
Kempen boikot Israel
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira dua pertiga daripada 1,252 ahli akademik Persatuan Pengajian Amerika Syarikat (Asa), kelmarin sebulat suara menyokong resolusi memboikot Israel.
"Semasa perbincangan terbuka baru-baru ini, beberapa ahli meminta kami menggubal draf resolusi yang bertujuan untuk 'menghukum' Israel kerana melakukan penindasan berterusan ke atas penduduk Palestin," jelas jurucakap Asa.
Kempen itu juga bertujuan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua institusi pengajian di Israel yang telah dijalinkan sejak sedekad lalu.
Difahamkan, dipetik dari AFP, persatuan terbesar yang melakukan penyelidikan ke atas sejarah dan adat kebudayaan AS itu turut melancarkan kempen secara dalam talian bagi meraih sokongan masyarakat.
Mei lalu, ahli kosmologi Britain, Stephen Hawking menarik diri daripada sebuah persidangan berprestij di Israel sebagai protes terhadap pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat.
Ribut salji di Gaza
GAZA - Puluhan penduduk terpaksa berpindah apabila ribut salji memusnahkan kediaman dan bangunan, sejak kelmarin.
Puluhan kediaman penduduk miskin yang hanya didirikan dengan struktur binaan tidak kukuh dilaporkan musnah sama sekali hingga memaksa mereka menumpang teduh di sekolah-sekolah sekitar bandar itu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, lebih 30 penduduk cedera dalam kemalangan kereta dan runtuhan bangunan.
“Hampir 200 kediaman di perisir pantai musnah apabila salji menghempap kediaman. Ini adalah keadaan paling teruk sejak 20 tahun lalu,” katanya.
Pemilik kedai Fayez al- Yazghi berkata, penderitaan penduduk bertambah sejak pihak berkuasa menyekat bahan api dua sejak bulan lalu.
“Saban hari kami bergelap dan hanya masak sekali sehari kerana tiada minyak. Kami mohon negara antarabangsa menyelamatkan kami di sini. Hulurkan bantuan dan bukan hanya sekadar menjadi penonton melihat penderitaan kami,” katanya pada Al Jazeera.
Sementara itu, penduduk tempatan membina jambatan sementara dengan batang pokok untuk membolehkan operasi menyelamat di kawasan terjejas akibat ribut salji.
Di bahagian di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis, sekolah dan pejabat terpaksa ditutup termasuk pengangkutan awam digantung sementara susulan ribut dan banjir tersebut.
Zionis utamakan Langkah-langkah persaingan Internasional

Forum Ekonomi Zionis mengungkap tentang kebimbangan kerajaan Zionis akan bertambah pengasingan antarabangsa yang dihadapi entiti Zionis tahun depan. Forum Ekonomi Zionis mengingatkan peningkatan rangkaian pemasaran global yang memasang tanda khusus pada produk dari penempatan-penempatan Zionis. Seperti yang dilaporkan oleh saluran tujuh televisyen Zionis dari Forum Ekonomi Zionis, ada pemboikotan konkrit pada produk-produk dari penempatan-penempatan Yahudi. Ada tekananyang dihadapi syarikat-syarikat global akibat aktiviti di penempatan-penempatan Yahudi tersebut. Syarikat pengangkutan Perancis "Faoulih" menghadapi pelbagai tekanan akibat aktiviti di Jerusalem (al Quds) dan penempatan-penempatan Yahudi. Gereja Protestan terbesar di Kanada telah melakukan kempen untuk memboikot produk-produk dari penempatan-penempatan Yahudi.
Angkatan Israel mengepung Kampung untuk Latihan Tentera

Beratus-ratus tentera Israel bersenjata menyerbu Rashayda, sebuah kampung di selatan Bethlehem awal pagi Selasa dan memulakan latihan ketenteraan. Ini dilakukan sehari selepas menduduki rizab alam semula jadi yang berhampiran dan menggantikan keluarga yang tinggal di sana.
Pengerusi majlis kampung Fawaz al- Rashayda memberitahu cawangan Palestin yang tentera Israel tiba dalam kumpulan dan memulakan latihan ketenteraan antara rumah-rumah manakala kenderaan tentera yang besar ditempatkan di sekitar kampung.
Pusat Pemeriksaan kemudiannya didirikan dan penduduk tempatan telah diberitahu bahawa mereka tidak akan mampu untuk meninggalkan rumah-rumah mereka selepas 10:00
Pada petang Isnin, tentera Israel dikerahkan di rizab alam semula jadi timur kampung Rashayda, penyisihan keluarga berdekatan dan mengisytiharkan ia satu "zon tentera tertutup."
Tentera memberi amaran kepada jiran penduduk Palestin separa nomad bahawa mereka harus mengosongkan kawasan tersebut sebelum 5 petang dan mereka sebaliknya akan dipindahkan " secara paksa . "
Kira-kira 80 keluarga tinggal di khemah-khemah berhampiran kangang biri-biri dan kambing.
Berpuluh-puluh murid sekolah tidak akan dapat untuk meneruskan persekolahan mereka pada hari-hari akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

