Monday, 16 December 2013

Berikut ialah nama-nama yang pernah digunakan bagi Al-Quds:



1. Madinatus Salam (Bandar Keamanan) - Uru Salim - Jurusalem
Nama ini merupakan nama yang tertua diketahui manusia. Ianya diberikan oleh penduduknya yang terawal iaitu bangsa Arab Kan'an iaitu nama yang dinisbahkan kepada saalim (sejahtera) atau Syalim, nama Tuhan keamanan bangsa Kan'an atau pun nama bagi orang yang mengasaskan bandar ini. Kalimah Uru/ Juru adalah kalimah 'Sumeria' yang bermakna bandar. Hari ini ia dikenali dengan nama Jurusalem yang bermaksud Bandar Sejahtera.

2. Yabus
Nama ini dilafazkan oleh panglima tentera Yahudi yang bernama Yusha' ketika menyerang Palestin pada kurun ke-12 sebelum masihi. Yabus dinisbahkan kepada bangsa Yabusiyun yang berasal daripada bangsa Arab. Mereka adalah penduduk terawal yang menetap di Semenanjung Arab. Mereka juga merupakan penduduk terawal di Al-Quds yang mengabadikan sejarah kependudukan mereka di Palestin.

3. Iliaa'
Nama ini diberikan oleh Maharaja Rom yang bernama Hdyran pada tahun 135 sebelum masihi. Iliaa' adalah nama datuk kepada keluarga maharaja ini. Nama ini kekal digunakan sehingga dalam perjanjian bertulis oleh Umar Al-Khattab ketika berlakunya pembebasan Al-Quds oleh umat Islam.

4. Baitul Maqdis
5. Baitul Muqaddas
6. Al-Quds

Sumber: Dr. Wahbah Az-Zuhaili

Gaza lumpuh akibat banjir

 Gaza lumpuh akibat banjir Sebahagian bandar Gaza lumpuh akibat paras banjir naik mendadak sejak empat hari lalu.

16 Disember 2013
GENTING GAZA - PALESTIN. Lebih 4,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas utara Genting Gaza ditenggelami banjir dan turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Menurut jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan bagi pelarian Palestin (UNRWA), Chris Gunness memberitahu paras banjir mencecah hingga dua meter di kebanyakan kawasan dan ramai penduduk terperangkap di kediaman mereka.

"Banjir besar tersebut berlaku akibat daripada hujan berterusan sejak empat hari lalu," katanya menurut Reuters.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, kira-kira 100 cedera berikutan cuaca buruk yang melanda wilayah tersebut sejak minggu lalu.

Jumaat lalu, salah satu laluan utama ke Gaza dibuka, sekali gus membenarkan bekalan bahan api dan empat pam air dihantar ke Genting Gaza untuk membantu menangani masalah banjir di bandar terbabit.

Dalam perkembangan lain, seorang penduduk Palestin dilaporkan cedera akibat dibedil kereta kebal rejim Zionis di selatan bandar Khan Yunis.

Tentera Israel turut mengesahkan insiden itu dan mendakwa kononnya tindakan tersebut terpaksa diambil kerana mangsa menghampiri tembok pemisah di kawasan terbabit.

Gaza banjir 5,000 dipindah


sukarelawan Pertahanan Awam Palestin membantu memindahkan penduduk selepas berlaku banjir di Gaza City, kelmarin. - AFP
GAZA 15 Dis. - Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk Palestin terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala seorang dilaporkan terkorban selepas banjir dan salji tebal melanda utara Gaza, semalam.
Menurut jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Chris Gunness, banjir tersebut berikutan hujan lebat yang beterusan sejak empat hari lalu.
“Kebanyakan kawasan di utara Gaza ditenggelami banjir sedalam dua meter dan keadaan boleh disifatkan ‘amat teruk’.
“Banjir yang melanda utara Gaza boleh diibaratkan seperti lautan," katanya.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 100 penduduk cedera ekoran banjir tersebut yang turut memusnahkan banyak harta benda.
Ramai penduduk terperangkap di dalam kediaman masing-masing ketika banjir melanda, serta menyebabkan beberapa kemalangan jalan raya di sekitar kawasan yang dinaiki air.
Beberapa sekolah dan bangunan dijadikan pusat perlindungan bagi penduduk yang terjejas akibat banjir.
Kegiatan harian penduduk di beberapa bandar utama Palestin termasuk Hebron lumpuh seketika akibat salji tebal.
Seorang lelaki berusia 22 tahun di sini, meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menyalakan api bagi memanaskan rumahnya ekoran cuaca sejuk melampau.
Penduduk Gaza juga berdepan bekalan elektrik yang dicatu selama 12 jam setiap hari berikutan pencawang elektrik ditutup kerana kekurangan bahan api. - REUTERS/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131216/lu_10/Gaza-banjir-5000-dipindah#ixzz2ndBJptGE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel sambung bekalan bahan api ke Gaza



PENDUDUK di utara Genting Gaza berpindah dengan menaiki bot selepas rumah mereka dilanda banjir semalam.- REUTERS


BANDAR GAZA - Israel mula memindahkan bahan api ke satu-satunya loji jana kuasa di Genting Gaza semalam, kata seorang pegawai Palestin ketika wilayah pentadbiran Hamas itu dilanda banjir besar akibat hujan lebat pada musim sejuk.
Pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bertanggungjawab mengatur pemindahan barangan antara Gaza dan Israel, Raed Fatuh berkata, rejim Zionis akan memindahkan 450,000 liter bahan api ke loji berkenaan.
Loji itu sebelum ini ditutup selama 50 hari akibat sekatan bahan api oleh Israel.
PA tidak berkuasa di Genting Gaza tetapi bertanggung jawab mengatur pemindahan barangan dari wilayah berkenaan dan Israel yang tidak mengiktiraf Hamas.
"Israel menjual bahan api itu kepada PA yang dibayar menggunakan dana Qatar," kata Raed.
Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Tenaga Palestin menyatakan, ia berharap loji janakuasa itu akan kembali beroperasi lewat semalam.
Hujan lebat yang bermula Khamis lalu menyebabkan banjir besar di Genting Gaza dengan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ncuzDBSt 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, 15 December 2013

[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]



Polis Gaza dan Unit Pertahanan Awam Gaza sedang memindahkan kanak-kanak yang ditimpa bencana banjir dan ribut musim sejuk.

9 Pusat Penempatan banjir dibuka di Gaza sehingga kini dan pelbagai keperluan sangat diperlukan sekarang!

Selimut Tebal dan bekalan makanan sangat diperlukan!

Ayuh salurkan sebahagian rezeki anda kepada saudara kita di sana!

Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: AQSA SYARIF BERHAD

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904

Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.

Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza.

Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!

sumber gambar: Khaled Al-Sabbah, Gaza

-AKA-
 

Subhanallah..



Al-Quds 12 Disember 2013

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah ketika melawat mangsa banjir di Gaza.

Saturday, 14 December 2013

Ingatkah lagi anda akan dua peribadi ini?

 

Remaja mithali...



Sarah Binti Ibrahim adalah seorang remaja anak masyarakat kebanyakan di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.

Sebagaimana kebanyakan rakannya yang lain, Sarah yang berumur 12 tahun ini akan berjalan kaki ke sekolahnya di sebelah pagi dan ke kelas al Qur'an pula pada sebelah petang.

Miski pun beliau hidup di dalam keadaan keluarganya yang daif yang tidak mepunyai sebarang sebarang kemudahan yang canggih seperti anak-anak remaja di Malaysia, Sarah amat cemerlang di dalam pelbagai bidang.

Selain daripada menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya, remaja yang berketerampilan ini telah pun berjaya mengahfaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umur beliau mencecah 12 tahun lagi. Bahkan sarah juga telah berjaya menghafaz sebanyak 500 buah hadith.

Di usia yang semuda ini, Sarah telah pun bertekad untuk menjadi seorang yang cemerlang demi masa depan masyarakatknya serta berjuang ke arah pembebasan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin yang tercinta.

Baca lagi :

Dr Zainur Rashid Zainuddin

14 Disember 1981 - Rejim Israel Merampas Bukit Golan(Syria)



Parlimen Israel, Knesset, telah meluluskan rang Undang-Undang Bukit Golan (Golan Heights Law) pada hari ini bagi membolehkan undang-undang yang digunapakai di semua wilayah Israel juga digunapakai di wilayah itu. 2/3 daripada wilayah Bukit Golan kini berada di bawah kekuasaan negara haram Israel selepas perang Arab-Israel 1967.

Pihak antarabangsa terutamanya PBB tidak mengiktiraf keputusan ini sehingga ke hari ini kerana resolusi-resolusi PBB sekitar Bukit Golan, terutamanya Resolusi 497, menegaskan bahawa wilayah itu masih merupakan wilayah berdaulat Syria yang kini diduduki oleh Israel. Tindakan Israel itu jelas menunjukkan pengilhakan (aneksasi); proses merampas dan mengisytiharkan hak milik sendiri, Bukit Golan sebagai wilayah Israel. Justeru undang-undang tersebut adalah tidak sah dan terbatal dari pentafsiran undang-undang antarabangsa.

Sungguhpun Syria dan Israel bersetuju untuk mengeluarkan tentera mereka dari zon-zon bebas tentera yang ditetapkan oleh PBB bagi mengelakkan pertempuran berterusan, pihak regim Israel telah bertindak licik dengan menegakkan undang-undang kerajaannya ke atas Bukit Golan bagi meneruskan agenda penguasaannya kepada wilayah-wilayah yang ia rampas melalui jalan ketenteraan.

Keistimewaan Bukit Golan ialah ia memberikan kelebihan dari sudut ketenteraan melalui penguasaan kawasan tinggi. Dari sudut domestik, ekonomi dan politik pula ia memberi kelebihan melalui penguasaan sumber air dari Tasik Hula, Laut Galilee dan Sungai Jordan. Perseteruan antara Syria-Israel pernah mendapat julukan “Perang Untuk Air”.

Bukit Golan kini diduduki oleh lebih 20,000 orang Yahudi di kira-kira 40 penempatan Israel di sana. 10% warga tempatan, Druze, di wilayah itu kini memiliki kewarganegaraan Israel. Ini adalah sebahagian daripada proses normalisasi wilayah Bukit Golan sepertimana yang dilakukan oleh regim Israel di wilayah Tebing Barat dan Baitul Makdis.

Israel, sedikit demi sedikit merampas tanah berdaulat umat Islam. Tatkala Syria bergolak, Israel semakin mengukuhkan kedudukannya di Bukit Golan.

Esok tanah mana pula yang bakal kita hilang?

TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam.



BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.

Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.

Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.

"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.

Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini.

Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.

Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.

Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters

Friday, 13 December 2013

Salji Mula Turun Di Tebing Barat

Salji tidak sekata dan turun sekali-sekala sejak malam tadi. Setakat ini, beberapa kawasan telah diliputi salji terutamanya di Al-Khalil (Hebron) dan بيت لحم Bayt Lehem (Bethlehem) di Tebing Barat.

Imej bandar Al-Khalil kini.

Moga Allah melindungi saudara-mara kita di Palestin juga di Syria dan lain-lain[HR]

Sumber : gazanow[IZ]
#aqsasyarif
 

Pemimpin prihatin.



Pemimpin ini milik rakyatnya. Gaza sedang banjir dan diselubungi cuaca musim sejuk yang teramat sangat .... Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk dapat membantu mereka. [MZK]

Syeikh Ismail Haniyeh melawat Gaza yang sedang banjir. [Ph]

Zionis Bagikan Perintah Penghancuran Masjid dan Rumah Tinggal di Silwan



Pasukan gabungan dari kerajaan bandar penjajah Zionis dan pasukan penjajah Zionis hari Ahad ( 29 / 12 ) menyerbu daerah Silan dan membahagikan perintah kemusnahan dengan dalih bangunan tanpa izin .Pusat Maklumat Wadi Silwan memberitahu bahawa penyerbuan kerajaan bandar dan pasukan Zionis ini termasuk kampung Beir Ayyub dan Ain Lauzah . Di mana mereka membahagikan perintah pemusnahan masjid Qa'qa ' dan rumah - rumah tinggal , juga bangunan - bangunan yang sedang dibina dan letak kereta .Para saksi mata menyebutkan , pasukan gabungan tersebut mengambil gambar rumah - rumah dan masjid tersebut . Mereka fokus mengambil gambar gerbang dan luar perkampungan di Silwan . Pasukan penjajah Zionis menyerbu masjid Qa'qa ' yang ada di Ain Lauzah dan memasang papan perintah kemusnahan . Masjid ini berdiri sejak tujuh bulan lalu , seluas 140 meter persegi , setiap hari digunakan warga untuk menunaikan solat lima waktu juga pengajaran al Quran . Dalam konteks berkaitan , pasukan kerajaan bandar Zionis menyerbu sebuah rumah milik warga Walid Abdul Raziq di kampung Beir Ayyub dan menyerahkan perintah pemusnahan dalam tempoh 30 hari . Rumah tersebut sudah ada sejak 200 tahun namun keluarga yang menduduki rumah tersebut membongkarnya pada tahun 2009 dan mengubahsuai kembali

Thursday, 12 December 2013

Zionis serbu kem pelarian Aida

Logo Suara Dari Palestin
12 Disember 2013
Suara dari Palestin
BETHLEHEM - PALESTIN. Tentera Zionis terus bertindak kejam apabila menyerbu kem pelarian Aida dan memecah masuk beberapa kediaman sebelum menahan lima individu, subuh kelmarin.

Beberapa risalah ugutan diedarkan di sekitar makam Rachel berhampiran kawasan kem.

"Tentera akan menahan individu yang ingkar dengan arahan. Hukuman keras akan diambil kepada pesalah," menurut risalah itu.

Media tempatan PIC melaporkan, tentera Zionis tiada hak untuk mengawal pergerakan penduduk di kem pelarian itu termasuk mengugut dengan kekerasan. 

.....anda semua telah terlambat.....



Ayat telah pergi meninggalkan kita.

Dia merintih, "Sesungguhnya anda semua telah terlambat." 

Seorang bayi, Ayat dari Perkhemahan Yarmuk, Syria meninggal dunia disebabkan kepungan ke atas perkhemahan tersebut.

Bekalan perubatan tidak mencukupi untuk diberikan kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Berita dari Perkhemahan Yarmuk, Damsyik, Syria.

palestin

palestin

Kota Rafah-Palestina

Hari Ini Dalam Sejarah Palestin | Rakyat Palestin Ingin Pulang



11 Disember – Hari ini merupakan ulangtahun ke-65 Resolusi PBB 194 yang mengandungi penetapan bahawa pelarian Palestin diberikan hak untuk kembali ke tanah air mereka. Pelarian Palestin telah dipaksa hidup dalam pelarian sejak tercetusnya perang Arab-Israel 1948 selepas pengisytiharan penubuhan negara Israel pada Mei tahun yang sama.

Resolusi 194 mempunyai 15 artikel yang menyentuh tentang:

Artikel 1 : Pengiktirafan kepada Folke Bornadotte*, orang tengah kepada inisiatif ini

Artikel 2 – 6 : Pembentukan Suruhanjaya Keamanan bagi pelaksanaan resolusi

Artikel 7 – 10 : Penetapan Jerusalem sebagai zon antarabangsa dan kebebasan akses ke dalam tempat-tempat ibadat di Jerusalem

Artikel 11 : Penetapan hak pelarian perang dan gantirugi yang wajar diperoleh atas kehilangan atau kerosakan harta benda

Artikel 12-15 : Pengoperasian Suruhanjaya Keamanan melalui dana PBB

Resolusi ini selari dengan tuntutan dalam artikel 9 dan 13, Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB yang diiystiharkan sehari sebelumnya (10 Disember 1948).

Kebebasan pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka adalah hak mutlak yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak sama ada dari sudut moral mahupun undang-undang. Ia tidak boleh dipisah mahupun dikecualikan dalam mana-mana proses perundingan damai.

Undang-undang antarabangsa sedia ada telah menetapkan bahawa mana-mana perundingan antara penjajah dan mereka yang dijajah secara automatik akan terbatal dan tidak sah sekiranya hak pelarian untuk kembali, dikembalikan atau dihantar pulang dinafi atau dikecualikan.

Sungguhpun Resolusi 194 telah dijadikan pra-syarat kepada keanggotaan Israel ke dalam PBB, ia tetap tidak menghalang Israel untuk terus melanggar resolusi demi resolusi yang dibentangkan pada setiap tahun bagi menegaskan kedudukan PBB dalam hal ini; termasuklah Resolusi 237 dan Resolusi 242 Suruhanjaya Keselamatan serta Resolusi 2792, 31/20, 32/40, 3236, 3326, dan 3376 Perhimpunan Agung PBB.

Hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka adalah hak mutlak yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun. Sebahagian besar rakyat Palestin masih menunggu saat mereka dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Ada yang masih menyimpan dan mewariskan kunci rumah sungguhpun rumah-rumah mereka telah pun dimusnahkan. Ia adalah simbolik bahawa mereka tidak pernah berhenti berharap dan tidak pernah mengiktiraf berdirinya negara haram Israel di atas tanah air mereka yang tercinta!

Buatlah apa sahaja resolusi, Israel tetap akan terus menghalau rakyat Palestin sehingga tanah Palesin menjadi tanah mereka.

Apa USAHA kita untuk mempertahankan tanah suci ini dari terus dinodai???

*Folke Bornadotte adalah warganegara Sweden yang menjadi utusan PBB dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada Perang Arab-Israel 1948. Beliau telah dibunuh oleh kumpulan pengganas Israel, Stern Gang/Lehi pada 17 September 1948 di perkarangan Ben Zion Guini, Jerusalem. Mereka bimbang dengan cadangan-cadangan daripada Folke yang akan memihak kepada rakyat Palestin. [KJ]