Friday, 15 November 2013
Zionis Tangkap dan Adili Sejumlah Jamaah Majlis Taklim Rutin di Al-Aqsa

Beberapa sumber Palestin menegaskan, mahkamah zionis menunda jadwal persidangan enam warga Palestin yang merupakan murid program " mashathib ilmi " (semacam sekolah non formal ) di Masjid Al- Aqsa.
Lembaga Al - Aqsa untuk Wakaf dan Peninggalan Bersejarah Palestin dalam kenyataan medianya petang semalam Kamis (14 /11) bahawaMahkamah Damai Zionis menunda persidangan enam warga itu sampai waktu yang tidak ditentukan.
Seharusnya mengikut jadual , persidangan digelar semalam terhadap enam warga al -Quds ; Muhammad Ahmad Jabarin , Bilal Jabarin , Ali Zaidan , Abdu dan Amjad Jabarin dengan dakwaan mengganggu ketenteraman awam dan meneriakkan suara takbir di depan kelompok warga peneroka Yahudi saat menyerbu masjid Al- Aqsa pada mei 2011 . Keenam warga itu akhirnya ditangkap penjajah zionis.
Dalam konteks yang sama semalam , polis penjajah zionis menangkap dua pelajar program Mashathib Ilmi yakni Ahmad Utsman dan Shalih Suwaithi dari baldah Baru sebeleh utara Palestin 1948 kerana dianggap membalas kata -kata kasar warga peneroka Yahudi.
Hari ini dalam sejarah | 14 November 2012 | Syahidnya Ahmad Al-Jabari

Hari ini, setahun yang lalu, As-Syahid Syeikh Ahmad Al-Jabari telah menemui syahidnya
Ahmad Al-Jabari atau juga dikenali sebagai Abu Mohammad merupakan orang yang paling dikehendaki oleh Israel. As-Syahid merupakan orang kedua Bridged Al-Qassam yang bertanggungjawab meletakkan kekuatan HAMAS di Gaza, menculik Gilad Shalit ~ גלעד שליט dan mengembangkan penggunaan roket jarak jauh Qassam.
Di bawah kepimpinannya, Bridget Izzudin Al-Qassam sangat sistematik dan telah menggegarkan Israel dengan sumber yang terhad.
Cubaan membunuhnya bermula semenjak tahun 2004, di mana anaknya, Mohammad dan saudaranya terbunuh. As-Syahid telah menempuh 5 cubaan bunuh semenjak hari itu namun selamat tanpa sebarang kecederaan.
Beliau tidak banyak menonjolkan diri atas sebab keselamatan, menyebabkan masyarakat dunia tidak begitu mengenali beliau padahal peranannya begitu besar. Namun, apabila beliau mati, sokongan terhadapnya membara dan akhirnya Hijaratus Sijjil telah tercetus.
Perang itu telah berlaku dari 14 November 2012 hingga 22 November 2012.
Kata-katanya yang terkenal kepada pemberita:
"Jihad and resistance" were the "only ways to liberate the homeland, and not negotiation and bargains."
"Jihad dan penentangan adalah satu-satunya cara untuk membebaskan tanah air, bukannya dengan perbincangan atau rundingan"
As-Syahid Ahmad Al-Jabari telah meninggalkan suatu legasi kepada kita, iaitu untuk terus berjuang membebaskan tanah air kita, Palestin. Hingga maut menjemput kita akhirnya.
[AK]
Israel setuju kembalikan organ curi
RAMALLAH - Israel bersetuju mengembalikan jasad dan organ rakyat Palestin yang ahli patologi forensik semasa autopsi, semalam.
Ketua Institut Forensik Abu Kabir, Jahuda Hiss berkata, dia mengaku, pihaknya banyak mengawet organ mayat tanpa kebenaran waris terutama kalangan rakyat Palestin.
"Kami mengaku selama ini, tindakan itu menyalahi undang-undang kerana tidak meminta kebenaran keluarga mangsa. Bagaimanapun, aktiviti itu berakhir sejak sedekad lalu," katanya dipetik Al Arabiya
Sebelum ini, difahamkan pakar forensik mengawet tulang, kornea, injap jantung dan kulit mangsa korban rakyat Palestin dan pekerja asing untuk dikomersialkan.
Ketua Institut Forensik Abu Kabir, Jahuda Hiss berkata, dia mengaku, pihaknya banyak mengawet organ mayat tanpa kebenaran waris terutama kalangan rakyat Palestin.
"Kami mengaku selama ini, tindakan itu menyalahi undang-undang kerana tidak meminta kebenaran keluarga mangsa. Bagaimanapun, aktiviti itu berakhir sejak sedekad lalu," katanya dipetik Al Arabiya
Sebelum ini, difahamkan pakar forensik mengawet tulang, kornea, injap jantung dan kulit mangsa korban rakyat Palestin dan pekerja asing untuk dikomersialkan.
Kemelut rundingan Asia Barat
Gambar fail bertarikh 13 September 2010, menunjukkan kawasan perumahan haram baharu Yahudi di Givat Zeev, tebing Barat, di utara Baitulmaqdis. - AFP
RAMALLAH 14 Nov. - Proses rundingan damai Asia Barat 'ditimpa' masalah terbaharu apabila semua anggota pasukan rundingan Palestin semalam meletakkan jawatan bagi membantah pembinaan penempatan haram Yahudi.
Sumber berkata, antara yang menyerahkan surat peletakan mereka merupakan ketua perunding, Saeb Erakat.
Seorang jururunding Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, tindakan itu diambil sebagai maklum balas kepada 'peningkatan pembinaan penempatan haram Yahudi dan ketiadaan harapan untuk mencapai sebarang hasil'.
"Sehingga sekarang, Presiden, Mahmoud Abbas masih belum menerima peletakan jawatan kami,'' katanya.
Beliau berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kegagalan dalam melakukan rundingan damai berikutan aktiviti pembinaan rumah haram Yahudi yang terus dilaksanakan.
Seorang lagi jururunding yang enggan dikenali mengesahkan peletakan jawatan tersebut.
"Abbas mempunyai sejumlah pilihan, beliau boleh menolak atau menerima tindakan kami dan membentuk delegasi baharu,'' katanya, merujuk kepada kemungkinan rundingan tidak secara langsung iaitu melalui pasukan Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki menyatakan, Abbas kekal memberi komitmen untuk mengadakan rundingan damai 'dalam tempoh rangka kerja selama sembilan bulan seperti dijanjikan sebelum ini'.
"Kedua-dua pihak kekal menyatakan komitmen mereka pada minggu lepas. Justeru, kami akan terus melakukan rundingan,'' katanya kepada wartawan.
Rundingan damai secara langsung kelolaan Washington berjalan semula pada Julai lalu selepas tiga tahun tertunda ekoran keengganan Palestin melakukannya setelah Israel meneruskan pembinaan penempatan haram tersebut.
Sejak itu, Israel mengumumkan rancangan untuk membina beribu-ribu penempatan haram baharu di Tebing Barat, kawasan yang ingin dijadikan sebahagian daripada negara Palestin.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengarahkan pembatalan lebih 20,000 rumah haram di Tebing Barat, hanya beberapa jam selepas rancangan pembinaan itu diumumkan kerana mendapat kecaman Palestin dan AS. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_03/Kemelut-rundingan-Asia-Barat#ixzz2kfMph0Pb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Air kumbahan melimpah di Gaza
BEBERAPA penduduk melihat air kumbahan yang melimpah di luar rumah mereka di Bandar Gaza semalam.- REUTERS
GAZA - Sejumlah kanak-kanak dan penduduk Palestin terpaksa berjalan di sebuah kawasan yang dilanda banjir air kumbahan di tengah bandar ini semalam.
Banjir itu berlaku selepas salah sebuah pusat rawatan air kumba- han milik Palestin terpaksa ditutup ekoran kekurangan minyak bagi digunakan untuk menjana tenaga elektrik .
Menurut beberapa pegawai, air kumbahan itu mungkin memasuki rumah-rumah milik ratusan ribu penduduk Palestin di bandar Gaza.
Kekurangan minyak itu berlaku disebabkan kerajaan Mesir bertindak memerangi terowong-terowong penyeludupan penduduk di sempadan Gaza.
"Ia merupakan permulaan bencana melainkan dunia mendengar rintihan kami. Bencana besar mungkin melanda Gaza dan penduduknya," kata seorang pegawai perbandaran Gaza, Sa'ad El-Deen Al-Tbash.
Sejumlah orang menutup hidung semasa berjalan kerana air tersebut berbau busuk.
Pemerintah Mesir menutup kira-kira 1,200 terowong yang dikendalikan pergerakan Hamas bagi menghalang penyeludupan masuk minyak.
Sekatan itu menyebabkan penduduk Palestin terpaksa membeli minyak petrol dari Israel pada harga dua kali lebih tinggi.
Pemerintah tentera Mesir berasa bimbang jika terowong itu digunakan untuk membawa masuk senjata api ke Semenanjung Sinai.
Dalam pada itu, beberapa jet pejuang tentera Israel melancarkan dua serangan di Genting Gaza selepas para pejuang Palestin melepaskan tembakan mortar dan roket ke wilayah penduduk Yahudi tersebut.
Pihak tentera Israel mengesahkan jet-jet itu melancarkan sera- ngan ke lokasi yang menyembunyikan pelancar roket milik para pejuang Palestin. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2kf90Nik6
Hakcipta terpelihara
Thursday, 14 November 2013
BAHAGIA
BAHAGIAIni merupakan detik-detik terakhir bagi si anak kecil, Sama, bersama ayahnya yang tersayang, Asy-Syahid Khalid Abu Bakra, sebelum menyertai misi menentang Israel baru-baru ini. Khalid Abu Bakra terkorban syahid di dalam terowong ketika memerangkap tentera Israel.
Semoga adik Sama tabah tanpa kehadiran ayah di sisi. Sesungguhnya ayah Sama sedang menunggu di syurga abadi.
Ramal Intifada ke-3
Dipetik laporan PNN, susulan daripada itu, presiden Mahmoud Abbas bertindak menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kebangkitan itu yang dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah.
Difahamkan, ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mencetuskan huru-hara di Tebing Barat dengan mengambil kesempatan terhadap perbezaan fahaman politik antara Hamas dan Fatah.
Tentera Israel maut ditikam remaja
Baitulmaqdis: Seorang anggota tentera Israel maut ditikam remaja Palestin ketika mereka berada dalam sebuah bas di utara negara haram itu, kata polis.
Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata tentera terbabit ditikam di atas bas berhampiran stesen Afula.
Katanya, tentera itu mati di hospital akibat kecederaan parah.
Menurut Rosenfeld, remaja Palestin berusia 16 tahun yang berasal dari Jenin di utara Tebing Barat itu ditahan oleh penumpang dan anggota polis.
“Kami menganggap insiden ini sebagai serangan pengganas yang didorong oleh semangat nasionalisme,” katanya.
Menurut polis, remaja itu tidak memiliki permit untuk berada di wilayah Israel.
Saksi berkata, remaja terbabit menaiki bas yang dalam perjalanan ke Nazareth-Afula dan melakukan serangan sebaik ia tiba di destinasi.
Radio tentera memetik remaja Palestin itu sebagai berkata, dia menikam anggota tentera terbabit kerana beberapa bapa saudaranya ditahan di penjara Israel. - AFP
Wednesday, 13 November 2013
Israel batal bina 20,000 rumah haram
Gambar fail bertarikh 25 Ogos 2005, menunjukkan pemandangan kawasan perumahan haram terbesar Israel, Maaleh Adumim, di Tebing Barat, kira-kira lapan kilometer dari timur Baitulmaqdis. - AP
BAITULMAQDIS 13 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam membatalkan rancangan untuk membina 20,000 rumah penempatan haram di Tebing Barat, beberapa jam selepas pengumuman pembinaan tersebut dikritik Amerika Syarikat (AS) dan Palestin.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan, Netanyahu mengarahkan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel untuk 'menimbang semua langkah penilaian rancangan' yang diagihkan tanpa sebarang penyelarasan.
"Rancangan itu tidak membawa apa-apa makna dari segi perundangan dan merupakan satu tindakan yang mewujudkan konfrontasi dengan masyarakat antarabangsa ketika kita berusaha mendesak satu perjanjian lebih baik dicapai dengan Iran,'' kata kenyataan tersebut.
Arahan Netanyahu dikeluarkan selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran pengumuman pembukaan tender rancangan pembinaan tersebut oleh Kementerian Perumahan semalam, akan menyebabkan beliau membatalkan proses damai anjuran AS itu.
Washington melahirkan kebimbangan dengan tindakan tersebut yang akan meningkatkan jumlah peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang kini berjumlah 550,000 orang.
Netanyahu dalam kenyataan tersebut secara jelas menyatakan, pengumuman tender itu akan mengganggu usahanya untuk meyakinkan kuasa dunia supaya tidak menandatangani perjanjian dengan Iran berhubung program nuklear Teheran.
"Ketika ini, perhatian masyarakat antarabangsa tidak boleh dialihkan daripada usaha utama iaitu menghalang Iran daripada menerima perjanjian yang akan membenarkan negara itu meneruskan program nuklearnya,'' kata Netanyahu.
Netanyahu menentang keras perjanjian enam negara kuasa dunia dengan Iran berhubung program nuklear tersebut yang dilihat Perdana Menteri Israel itu memberi kelebihan kepada Teheran. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_05/Israel-batal-bina-20000-rumah-haram#ixzz2kb8DoGb4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lokasi majlis peringati kematian Yasser Arafat digempur Israel
Tindakan itu mengundang insiden pertempuran antara tentera Israel dan pemuda Palestin berhampiran kelab di Silwan, Baitulmaqdis.
Tentera Israel turut melepaskan bom yang mengeluarkan bunyi kuat, menyebabkan seorang pemandu motosikal cedera akibat terkena serpihan bom.
Menurut saksi, pasukan keselamatan Israel menyerbu kelab itu dan memaksa majlis tersebut dihentikan dengan segera sambil menunjukkan surat arahan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Gideon Sa'ar yang mengharamkan penganjuran acara berkenaan.
"Selepas mengetahui Pihak Berkuasa Palestin menaja majlis memperingati kematian Arafat tanpa mendapatkan lesen atau surat kebenaran, saya dengan ini mengharamkan program itu di mana-mana lokasi lain di Baitulmaqdis," menurut surat arahan itu.
Setiausaha Agung Fatah di Baitulmaqdis, Omar Shalabi mengecam pengharaman itu dan menyatakan empat penduduk Palestin, Maamoon Abbasi, Anas Abbasi, Muhammad Abu Swayy dan Ghadyan Qemary telah disaman oleh Israel.
Sementara itu, beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan perhimpunan di beberapa bandar di Tebing Barat semalam untuk memperingati ulang tahun kematian Arafat.
Insiden pertempuran turut berlaku di beberapa kawasan di Hebron antara pemuda Palestin dan tentera Israel.
Ulang tahun kali ini disambut selepas Switzerland yang menjalankan ujian ke atas sampel yang diambil daripada mayat Arafat, mendapati ia memiliki tahap radioaktif polonium 18 kali lebih tinggi daripada biasa. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131113/lu_06/Lokasi-majlis-peringati-kematian-Yasser-Arafat-digempur-Israel#ixzz2kUbdacoO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 12 November 2013
Hamas lantik jurucakap wanita pertama
Menurut laporan Al-Jazeera, pelantikan Isra al-Modallal, 23, seorang wartawan fasih berbahasa Inggeris merupakan inisiatif kumpulan untuk menyampaikan imej baru kepada rakyat tempatan dan antarabangsa.
"Kami berharap untuk mempunyai bahasa yang berbeza dan pelbagai," katanya. Al-Modallal, ibu tunggal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibesarkan di Gaza tetapi menghabiskan usia remajanya selama lima tahun di Britain.
"Saya bukan Hamas. Saya aktivis Palestin yang mencintai negara," katanya.
Monday, 11 November 2013
Krisis kemanusiaan meruncing di Gaza
Mufid al-Mekhalilati berkata, rawatan yang menggunakan peralatan seperti mesin dialisis mungkin terpaksa dihentikan kerana krisis bekalan kuasa elektrik tersebut.
"Kami menjangkakan 'malapetaka' besar akan berlaku di Genting Gaza jika masalah terbabit gagal diatasi dalam masa terdekat," jelasnya lagi, menurut laporan Press TV.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Banduan memaklumkan tahanan Palestin di penjara Nafha, selatan Israel merancang untuk melancarkan protes baru sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang jatuh sakit di pusat tahanan tersebut.
Dalam satu kenyataan, peguam Amer Abu Hamdiyya memberitahu kebanyakan tahanan tidak mahu berdiam diri berikutan beberapa orang daripada mereka dilaporkan terpaksa menderita sakit dan tidak dihiraukan pihak berkuasa rejim Zionis.
Awal minggu lalu, Hasan Turabi dilaporkan meninggal dunia akibat leukemia dan kematiannya dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa Israel.
Sunday, 10 November 2013
Hari ini dalam sejarah | 10 November 2013

Syahidnya Faris Audah di tangan Zionis
14 tahun yang lalu, seorang budak lelaki yang berusia 14 tahun telah dibunuh oleh Zionis Israel dengan menggunakan kereta kebal. Padahal Faris Audah hanya berbekalkan batu sahaja.
***
Peristiwa ini telah membuka mata dan membangkitkan ruh jihad ummat islam sedunia untuk berjuang membela nasib saudara seislam mereka di Palestin.
Tanah itu telah diwaqafkan oleh Umar Al-Khattab untuk seluruh umat islam seluruh dunia setiap zaman.
Marilah kita memperingati tarikh ini, bukannya sebagai suatu hari bersejarah semata-mata. Namun, titik perubahan dalam diri kita. Kerana budak berumur 14 tahun sahaja, telah membuktikan penyaksiannya. Kita bagaimana?
[AK]
http://www.youtube.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)






