Thursday, 14 November 2013
Wednesday, 13 November 2013
Israel batal bina 20,000 rumah haram
Gambar fail bertarikh 25 Ogos 2005, menunjukkan pemandangan kawasan perumahan haram terbesar Israel, Maaleh Adumim, di Tebing Barat, kira-kira lapan kilometer dari timur Baitulmaqdis. - AP
BAITULMAQDIS 13 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam membatalkan rancangan untuk membina 20,000 rumah penempatan haram di Tebing Barat, beberapa jam selepas pengumuman pembinaan tersebut dikritik Amerika Syarikat (AS) dan Palestin.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan, Netanyahu mengarahkan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel untuk 'menimbang semua langkah penilaian rancangan' yang diagihkan tanpa sebarang penyelarasan.
"Rancangan itu tidak membawa apa-apa makna dari segi perundangan dan merupakan satu tindakan yang mewujudkan konfrontasi dengan masyarakat antarabangsa ketika kita berusaha mendesak satu perjanjian lebih baik dicapai dengan Iran,'' kata kenyataan tersebut.
Arahan Netanyahu dikeluarkan selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran pengumuman pembukaan tender rancangan pembinaan tersebut oleh Kementerian Perumahan semalam, akan menyebabkan beliau membatalkan proses damai anjuran AS itu.
Washington melahirkan kebimbangan dengan tindakan tersebut yang akan meningkatkan jumlah peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang kini berjumlah 550,000 orang.
Netanyahu dalam kenyataan tersebut secara jelas menyatakan, pengumuman tender itu akan mengganggu usahanya untuk meyakinkan kuasa dunia supaya tidak menandatangani perjanjian dengan Iran berhubung program nuklear Teheran.
"Ketika ini, perhatian masyarakat antarabangsa tidak boleh dialihkan daripada usaha utama iaitu menghalang Iran daripada menerima perjanjian yang akan membenarkan negara itu meneruskan program nuklearnya,'' kata Netanyahu.
Netanyahu menentang keras perjanjian enam negara kuasa dunia dengan Iran berhubung program nuklear tersebut yang dilihat Perdana Menteri Israel itu memberi kelebihan kepada Teheran. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_05/Israel-batal-bina-20000-rumah-haram#ixzz2kb8DoGb4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lokasi majlis peringati kematian Yasser Arafat digempur Israel
Tindakan itu mengundang insiden pertempuran antara tentera Israel dan pemuda Palestin berhampiran kelab di Silwan, Baitulmaqdis.
Tentera Israel turut melepaskan bom yang mengeluarkan bunyi kuat, menyebabkan seorang pemandu motosikal cedera akibat terkena serpihan bom.
Menurut saksi, pasukan keselamatan Israel menyerbu kelab itu dan memaksa majlis tersebut dihentikan dengan segera sambil menunjukkan surat arahan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Gideon Sa'ar yang mengharamkan penganjuran acara berkenaan.
"Selepas mengetahui Pihak Berkuasa Palestin menaja majlis memperingati kematian Arafat tanpa mendapatkan lesen atau surat kebenaran, saya dengan ini mengharamkan program itu di mana-mana lokasi lain di Baitulmaqdis," menurut surat arahan itu.
Setiausaha Agung Fatah di Baitulmaqdis, Omar Shalabi mengecam pengharaman itu dan menyatakan empat penduduk Palestin, Maamoon Abbasi, Anas Abbasi, Muhammad Abu Swayy dan Ghadyan Qemary telah disaman oleh Israel.
Sementara itu, beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan perhimpunan di beberapa bandar di Tebing Barat semalam untuk memperingati ulang tahun kematian Arafat.
Insiden pertempuran turut berlaku di beberapa kawasan di Hebron antara pemuda Palestin dan tentera Israel.
Ulang tahun kali ini disambut selepas Switzerland yang menjalankan ujian ke atas sampel yang diambil daripada mayat Arafat, mendapati ia memiliki tahap radioaktif polonium 18 kali lebih tinggi daripada biasa. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131113/lu_06/Lokasi-majlis-peringati-kematian-Yasser-Arafat-digempur-Israel#ixzz2kUbdacoO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 12 November 2013
Hamas lantik jurucakap wanita pertama
Menurut laporan Al-Jazeera, pelantikan Isra al-Modallal, 23, seorang wartawan fasih berbahasa Inggeris merupakan inisiatif kumpulan untuk menyampaikan imej baru kepada rakyat tempatan dan antarabangsa.
"Kami berharap untuk mempunyai bahasa yang berbeza dan pelbagai," katanya. Al-Modallal, ibu tunggal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibesarkan di Gaza tetapi menghabiskan usia remajanya selama lima tahun di Britain.
"Saya bukan Hamas. Saya aktivis Palestin yang mencintai negara," katanya.
Monday, 11 November 2013
Krisis kemanusiaan meruncing di Gaza
Mufid al-Mekhalilati berkata, rawatan yang menggunakan peralatan seperti mesin dialisis mungkin terpaksa dihentikan kerana krisis bekalan kuasa elektrik tersebut.
"Kami menjangkakan 'malapetaka' besar akan berlaku di Genting Gaza jika masalah terbabit gagal diatasi dalam masa terdekat," jelasnya lagi, menurut laporan Press TV.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Banduan memaklumkan tahanan Palestin di penjara Nafha, selatan Israel merancang untuk melancarkan protes baru sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang jatuh sakit di pusat tahanan tersebut.
Dalam satu kenyataan, peguam Amer Abu Hamdiyya memberitahu kebanyakan tahanan tidak mahu berdiam diri berikutan beberapa orang daripada mereka dilaporkan terpaksa menderita sakit dan tidak dihiraukan pihak berkuasa rejim Zionis.
Awal minggu lalu, Hasan Turabi dilaporkan meninggal dunia akibat leukemia dan kematiannya dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa Israel.
Sunday, 10 November 2013
Hari ini dalam sejarah | 10 November 2013

Syahidnya Faris Audah di tangan Zionis
14 tahun yang lalu, seorang budak lelaki yang berusia 14 tahun telah dibunuh oleh Zionis Israel dengan menggunakan kereta kebal. Padahal Faris Audah hanya berbekalkan batu sahaja.
***
Peristiwa ini telah membuka mata dan membangkitkan ruh jihad ummat islam sedunia untuk berjuang membela nasib saudara seislam mereka di Palestin.
Tanah itu telah diwaqafkan oleh Umar Al-Khattab untuk seluruh umat islam seluruh dunia setiap zaman.
Marilah kita memperingati tarikh ini, bukannya sebagai suatu hari bersejarah semata-mata. Namun, titik perubahan dalam diri kita. Kerana budak berumur 14 tahun sahaja, telah membuktikan penyaksiannya. Kita bagaimana?
[AK]
http://www.youtube.com/
Saturday, 9 November 2013
Lagi pemuda Palestin mati ditembak
Sebahagian ahli keluarga meratapi kematian Anas al-Atrash yang maut ditembak polis sempadan Israel di Baitulmaqdis, semalam. - AFP
BAITULMAQDIS 8 Nov. - Polis sempadan Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di satu pos pemeriksaan berhampiran Baitulmaqdis hari ini, insiden kedua dalam tempoh 12 jam.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, insiden berlaku tengah malam tadi (6 pagi waktu Malaysia), apabila seorang lelaki yang didakwa bersenjatakan pisau berlari ke arah seorang polis Israel yang sedang mengawal sempadan sebelum dia ditembak.
Mangsa dikenal pasti sebagai Anas al-Atrash, 23, dari Hebron, Tebing Barat.
Namun, ayah mangsa, Fuad al-Atrash berkata, polis Israel menahan dua anak lelakinya di pos pemeriksaan Wadi Nara dan mereka sedang menunggu untuk diperiksa ketika kejadian tembakan berlaku.
"Polis Israel kemudiannya datang ke kereta kami dan membuka pintu sebelum anak lelaki saya cuba untuk keluar, tetapi ditembak," katanya.
Insiden berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang lagi penduduk Palestin berhampiran bandar Nablus, Tebing Barat. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131109/lu_03/Lagi-pemuda-Palestin-mati-ditembak#ixzz2k93WYKfC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 4 November 2013
palestin
![]() |
This Palestinian child from Rafah, south Gaza was asking the doctor:" How come I cant see and hear?????", can anyone of you tell why he cant see and hear, why he was targeted at the first place by Israeli occupation forces airstrikes, why no one was able to save him, help him, 4 August 2014.
#StopTheHolocaust
#EndTheIsraeliOccupation
#FreePalestine
Sunday, 3 November 2013
Israel perintah perobohan 200 rumah Palestin di Jerussalem.
Israel perintah perobohan 200 rumah Palestin di Jerussalem.Pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan perintah perobohan untuk 200 unit kediaman di bandar Al-Quds (Jerusalem), mengancam kira-kira 15,000 penduduk Palestin.
Amaran perobohan juga telah dikeluarkan untuk beberapa rumah di kawasan kejiranan Wadi Hilweh di bandar ini.
Gaza bergelap
Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Palestin, Fathi el-Sheikh berkata, loji jana kuasa terpaksa ditutup dan ia memberi kesan kepada seluruh penduduk di Gaza.
"Masalah ini berpunca daripada tindakan Israel memusnahkan terowong rahsia yang digunakan untuk membawa masuk bekalan bahan api ke wilayah ini,"
"Susulan daripada itu, kurang daripada 50 peratus keperluan di Genting Gaza terpaksa bergantung dengan bekalan elektrik dari Israel,"jelasnya pada laporan AFP.
Minggu lalu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menawarkan bekalan bahan api dihantar ke Gaza tanpa dikenakan cukai, sekali gus membenarkan kerajaan Hamas untuk membeli 400,000 liter petrol sehari.
Bagaimanapun, PA membatalkan tawaran pengecualian cukai tersebut pada saat akhir.
Saturday, 2 November 2013
Message bergambar dari Noor Harazeen, muslimah Gaza.

"Dalam pertempuran hari ini dengan pasukan pendudukan Israel di Nahal zon penampan Oz, mereka menyerang kami dengan peluru dan gas pemedih mata tetapi kita semua terselamat dan ditangani mesej yang kuat daripada belia Palestin, kita tidak akan lupa, kita tidak akan memaafkan, dan kami akan menentang dalam semua cara yang mungkin !"
Genting Gaza bergelap akibat kehabisan minyak
BANDAR GAZA 2 Nov. - Masalah kekurangan bekalan minyak menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh Genting Gaza terputus, semalam.
Timbalan Pengerusi Jabatan Tenaga, Fathi el-Sheikh Khalil berkata, pihaknya terpaksa menghentikan operasi loji tenaga kira-kira pukul 6 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia semalam) kerana kehabisan minyak.
Seorang wartawan AFP berkata, bekalan elektrik terputus di hampir kesemua kawasan di wilayah yang ditadbir oleh pergerakan Hamas itu.
Fathi el-Sheikh menyalahkan kerajaan sementara Mesir kerana memusnahkan terowong yang digunakan penduduk Gaza untuk membawa masuk minyak.
"Kurang 50 peratus keperluan di Genting Gaza bergantung kepada bekalan elektrik dari Israel dan kami tidak boleh mendapatkan minyak dari rakyat Mesir ekoran tindakan Kaherah memusnahkan terowong.
"Kami cuba mendapatkan minyak dari Israel melalui Pihak Berkuasa Palestin yang pro-Barat, namun mereka mengenakan cukai yang terlalu tinggi," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131102/lu_03/Genting-Gaza-bergelap-akibat-kehabisan-minyak#ixzz2oOHkP2wX
© Utusan Melayu (M) Bhd
ZIONIS KEMBALI MENYERBU GHAZA

Tentara Zionis kembali menyerbu Ghaza. Serangan dilancarkan dari darat dan udara di Khan Yunus. Dua rudal ditembakkan ke sekelompok Mujahid yang sedang ribath/berjaga-jaga dan berusaha menhadang pasukan Zionis yang merengsek masuk. Korbannya, tiga orang mujahid wafat. Semoga Allah menerima mereka sebagai Syuhada'. Amin
http://www.islammemo.cc/
Dengan demikian, sempurnalah silsilah perang terhadap Islam.
* Zionis dari dulu adalah pembantai muslim Palestina.
*Amerika dan Rusia bersama Iran membantai kaum muslimin di Afghanistan.
*Amerika dan Iran membantai kaum muslimin di Irak.
*Iran. Rusia, dan rezim Syi'ah Basyar bersama koalisi Syi'ah membantai kaum muslimin di Suria.
*Kafir Budha membantai kaum muslimin di Burma, Miyanmar. (Pemerintah Iran jutru berinvestasi di sana)
Saudaraku, kenalilah musuh sejatimu, agar kau bisa selamat dari makar dan kelicikannya!
Hari ini dalam sejarah | 2 November 1917

Deklarasi Balfour
Tarikh ini merupakan suatu tarikh yang amat penting kerana Ia merupakan suatu pengesahan bahawa Zionis mempunyai sokongan dari British untuk berpindah ke tanah suci Palestin, dan menubuhkan negara Yahudi di sana. Dengan katanya;
"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object..."
"Kerajaan Diraja memandang baik penubuhan negara bagi orang Yahudi di Palestin, dan akan membantu sehabis baik agar projek ini berjaya..."
Ianya merupakan suatu perancangan mega yang dilaksanakan di antara British, Zionis dengan penglibatan Amerika yang kemudiannya merupakan kuasa yang paling kuat menyokong kemandirian negara haram Israel, berkesinambungan daripada Perjanjian Sykes-Picot yang telah ditandatangani pada tahun sebelumnya.
Bermula dari hari ini, Yahudi dari seluruh dunia berpindah ke Palestin dan menawannya sedikit demi sedikit sehingga negara Israel diisytiharkan pada 1948.
[AK]
Arab Saudi jel, sebat pengintip Israel
Riyadh: Mahkamah Saudi semalam menghukum penjara sembilan tahun dan 80 sebatan ke tas seorang warga Jordan yang didapati bersalah mengintip untuk Israel.
Mahkamah khas itu mendakwa lelaki berkenaan menghubungi Perdana Menteri Israel (Benjamin Netanyahu) dan pegawai perisik Zionis menerusi e-mel serta bersetuju bekerjasama dengan agensi perisikan rejim itu, lapor akhbar Al Riyadh.
Mahkamah di Riyadh berkata, lelaki yang dirahsiakan identitinya menerima wang sebagai pertukaran maklumat dan akan diasingkan selepas menjalani hukuman.
Lelaki itu turut didakwa menagih dadah dan bersekedudukan dengan wanita asing yang bekerja di Arab Saudi. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)






