Friday, 30 August 2013

Penduduk Palestin menderita

Penduduk Palestin menderitaSekumpulan penduduk Palestin yang terkandas akibat penutupan sempadan Rafah.

GENTING GAZA - Keadaan semakin teruk dari sehari ke sehari.

Keluhan itu antara yang sering diluahkan oleh kebanyakan penduduk Gaza yang menderita selepas kerajaan sementara Mesir menutup sempadan Rafah pada 19 Ogos lalu.

Seorang pemandu teksi, Khaled Jaradeh berkata, wilayah tersebut kini mengalami krisis kekurangan bahan api.

"Kami tidak pernah mengalami masalah ini walaupun ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak," jelasnya yang dipetik laporan PressTV

Difahamkan, sejak rampasan kuasa pada 3 Julai lalu,  hanya mereka yang mempunyai pasport antarabangsa dan pelajar perubatan dibenarkan masuk atau keluar menerusi sempadan Rafah.

Pada masa ini, ribuan penduduk termasuk pesakit dilaporkan terkandas sejak lebih sebulan lalu.

Timbalan Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamed memberitahu angka penduduk Palestin yang menggunakan laluan itu juga telah menurun secara mendadak daripada 1,200 kepada 50 orang sehari.

Ramai pekerja yang terkandas di Gaza kini terpaksa menanggung risiko hilang pekerjaan kerana sempadan Rafah adalah laluan tunggal ke dunia luar.

 Penutupan sempadan Rafah juga didakwa telah memberi kesan besar kepada 1.7 juta penduduk di Gaza dan tindakan itu dikatakan adalah lebih buruk daripada sekatan haram yang dikenakan Israel.

Sementara itu, Hamas terus menggesa kerajaan sementara Mesir untuk membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan penduduk Palestin menjalankan urusan harian mereka.

Thursday, 29 August 2013

Bodoh juga Yahudi sekor ni

Seorang tentara Israel melepaskan pemuda asal Palestina yang ditangkap, dengan imbalan sebuah IPhone
milik salah seorang tentara Israel yang ditemukan oleh seorang pemuda Palestin.
Kejadian ini bermula ketika sekelompok pemuda Palestin yang berasal dari desa Barta’a timur ingin menyebrang ke desa tetangga yang berada dalam wilayah Israel.
Pasukan militer yang sedang bertugas kemudian mengejar mereka, persengketaan antara kedua kubu pun tidak mampu dihindarkan.
Selama persengketaan antara kedua belah pihak , salah satu handphone milik tentara Israel jatuh ke tanah dan diamankan salah seorang pemuda Palestin.
Setelah berhasil menangkap beberapa orang pemuda Palestin, tentara tersebut mendapati handphone miliknya telah hilang. Kemudian tentara tersebut menghubungi nombor handphone miliknya, dan mendapati bahwa IPhone miliknya berada di tangan pemuda Palestin.
Dalam pembicaraan telephone dengan tentara Israel, pemuda Palestin tersebut berkata, ” Jika Anda ingin IPhone anda kembali kepada Anda, maka lepaskanlah teman kami bernama Muhammad yang anda tahan.”
Beberapa saat kemudian, mobil tahanan yang membawa  Muhammad pun datang ke kota terdekat untuk membebaskanya, dan tentara tersebut akhirnya dapat berjumpa kembali dengan iPhone milikinya, seperti yang dikatakan saksi kepada Anatolia News Agency.
Kejadian ini pun dijadikan lelucon terhadap tentara Israel, menurut mereka tentara Israel lebih sayang dengan harta benda dan jiwa mereka. (sumber)
ustazcyber

Wednesday, 28 August 2013

Kematian 3 pemuda Palestin jejas rundingan


Ahli keluarga dan saudara mara mengangkat jenazah Jihad Aslan, seorang daripada pemuda yang mati ditembak Israel di Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. - REUTERS
RAMALLAH 27 Ogos - Rundingan damai antara Palestin dan Israel yang sepatutnya berlangsung di sini, semalam dibatalkan selepas tiga rakyat Palestin ditembak mati di Tebing Barat, satu laporan yang dinafikan Amerika Syarikat (AS) sebagai penganjur rundingan tersebut.
"Mesyuarat yang sepatutnya berlangsung di Jericho hari ini dibatalkan berikutan jenayah yang dilakukan Israel di kem pelarian Qalandiya,'' kata seorang pegawai Palestin.
Namun Jabatan Negara AS yang menjadi pengantara rundingan tersebut menegaskan, tiada mesyuarat antara kedua-dua pihak dijadual berlangsung semalam.
"Saya boleh memberi jaminan bahawa tiada mesyuarat yang dibatalkan,'' kata jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf kepada media di Washington.
Dalam pada itu, pegawai pihak berkuasa Palestin yang enggan namanya didedahkan, tidak menyatakan tarikh baharu perjanjian itu akan berlangsung.
Tiga rakyat Palestin ditembak mati tentera Israel dan 19 lagi cedera dalam kejadian awal pagi semalam di kem pelarian Qalandiya.
"Apa yang berlaku di Qalandiya menunjukkan niat sebenar Israel,'' kata jurucakap bagi Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina.
Beliau menggesa pentadbiran Amerika supaya mengambil 'langkah segera dan serius' bagi menghalang kegagalan rundingan damai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_10/Kematian-3-pemuda-Palestin-jejas-rundingan#ixzz2dEaFWJOw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 27 August 2013

Israel serbu kem Palestin

Israel serbu kem PalestinSeorang penduduk Palestin membantah tindakan Israel menceroboh kampungnya di Kfar Qaddum, Tebing Barat. Foto: AFP

TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lebih 20 cedera, semalam selepas tentera Israel menyerbu kem pelarian Qalandiya di Tebing Barat.

Sumber perubatan memberitahu, enam turut cedera parah dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa rejim Zionis itu.

Difahamkan menurut Al-Jazeera, serbuan itu dilakukan kononnya untuk menahan suspek militan, namun keadaan bertukar ganas selepas tentera Israel mula menggunakan tindakan kekerasan ke atas 1,500 penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.

Perdana Menteri Rami Hamdallah turut mengutuk serbuan tersebut.

"Perbuatan jenayah seperti itu jelas menunjukkan penduduk Palestin sememangnya memerlukan perlindungan antarabangsa," katanya.

Insiden sama dilaporkan turut berlaku di kem pelarian Jenin pada minggu lalu.

Sejak awal tahun lalu, keganasan di Tebing Barat akibat tindakan rejim Zionis telah meragut 14 nyawa penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 65 pelampau Yahudi diiringi polis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis untuk berbincang mengenai pembinaan saumaah atau pusat keagamaan dan tempat ibadat orang Yahudi.

Penyelaras Media Yayasan Al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan, Mahmoud Abu Atta memberitahu pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa kini semakin berleluasa dan berlaku hampir setiap hari.

Mahmoud turut memberi amaran tindakan bertujuan mencemari kesucian Al-Aqsa mungkin akan meningkat pada awal bulan depan.

3 dibunuh tentera Israel


Ramallah: Tentera Israel semalam menembak mati tiga warga Palestin dan mencederakan 19 yang lain dalam pertempuran di kem pelarian Qalandiya, Tebing Barat.

Pegawai perubatan Palestin berkata, Rubeen Abed Fares, 30, dan Yunis Jahjouh, 22, ditembak di dada sementara Jihad Aslan, di kepala.


Polis Israel bertindak kejam ketika cuba menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang membantah penangkapan seorang penduduk awal semalam.

Jurucakap tentera rejim Zionis, Luba Samri berkata, anggotanya menyerbu kem pelarian berkenaan untuk menangkap seorang penduduk yang didakwa aktivis pengganas.


“Selepas menangkapnya, kira-kira 1,500 penduduk menunjuk perasaan dengan melontar batu dan bom api,” katanya. Luba turut menafikan tentera Zionis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan.


Keganasan Israel itu dilakukan ketika perunding rejim berkenaan dan Palestin dijadual mengadakan satu lagi rundingan damai yang secara rasminya disambung semula bulan ini selepas tertangguh selama hampir tiga tahun.

Mengulas mengenai keganasan terbaru Israel itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Abu Rudeina berkata: “Apa yang berlaku di Qalandiya hari ini (semalam) menunjukkan niat sebenar Israel untuk tidak mahu rundingan damai disambung semula.


“Pembunuhan ke atas penduduk Palestin yang dilakukan hampir setiap hari dan kegiatan mereka membina penempatan haram Yahudi di bumi Palestin yang mereka jajah adalah mesej Israel yang bertujuan untuk memusnahkan proses damai,” katanya. - Agensi

KEBIADAPAN YAHUDI LAKNATULLAH TERHADAP SAUDARA KITA DI PALESTINA



DARI PALESTINA..salah seorang mangsa iaitu ayah kita ini sedang di beri bantuan kecemasan setelah sesak nafas apabila Tentera Israel menembak gas pemedih mata ketika umat islam sedang bersolat Jumaat di sebuah masjid di Kufr Qaddum pada 22 August 2013 .

Saturday, 24 August 2013

Ribuan penduduk Palestin terkandas

GENTING GAZA 22 Ogos - Beribu-ribu penduduk Palestin terkandas untuk memasuki atau meninggalkan Genting Gaza ekoran tindakan kerajaan Mesir menutup satu-satunya pintu merentasi sempadan di Rafah.
Jurucakap pergerakan Hamas, Ihab al-Ghusen berkata, mereka tidak mempunyai maklumat bila pintu sempadan Rafah akan dibuka dan rundingan sedang dijalankan dengan pihak berkuasa Mesir.
"Penutupan pintu sempadan itu menyebabkan berlakunya krisis apabila beribu-ribu penduduk Palestin kini terkandas di dalam dan di luar Gaza," katanya.
Wael Salem, 24, seorang pelajar kejuruteraan di Sweden adalah antara beratus-ratus penduduk Palestin yang pulang ke wilayah ini sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dan kini tidak dapat pulang ke Sweden.
Sejak tentera Mesir melancarkan rampasan kuasa menggulingkan Presiden, Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu, negara itu telah mengurangkan waktu kerja di Rafah kepada lima jam sehari.
Operasi di terminal juga dihentikan apabila berlaku serangan bersenjata yang disasarkan terhadap pasukan keselamatan dan pos pemeriksaan Mesir di Semenanjung Sinai.
Pihak berkuasa Hamas berkata, pintu sempadan di Rafah untuk semua tujuan telah ditutup.
Sebelum bulan Julai, purata 1,200 pengunjung menggunakan laluan Rafah untuk meninggalkan Gaza dalam tempoh sehari, tetapi angka itu menurun kepada 150 orang selepas Mursi digulingkan.
Pada Sabtu lalu, kerajaan Mesir secara mengejut membuka sempadan itu bagi membolehkan mereka yang terkandas selama beberapa hari melintasinya, tetapi hanya sebuah bas dibenarkan meninggalkan Gaza melalui Rafah.
Pada hari Isnin pula, pihak berkuasa Mesir mengumumkan penutupan sempadan Rafah sehinggalah notis baharu dikeluarkan ekoran insiden pembunuhan 25 anggota polis negara itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130823/lu_04/Ribuan-penduduk-Palestin-terkandas#ixzz2cqGEh833
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pejuang Palestin lancar empat roket ke Israel

LEBANON 23 Ogos - Kumpulan pejuang Palestin melancarkan empat roket ke Israel dari bandar pelabuhan Tyre yang terletak di utara negara ini, semalam.
Menurut pihak berkuasa Lebanon, serangan roket itu menyebabkan beberapa letupan dapat didengar di kawasan sempadan di utara Israel.
"Kumpulan pejuang melancarkan kesemua roket tersebut dari dua arah iaitu dari selatan dan timur Tyre," jelasnya.
Israel pula menyatakan bahawa sistem pertahanannya, Iron Dome berjaya memintas satu daripada empat roket tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130823/lu_01/Pejuang-Palestin-lancar-empat-roket-ke-Israel#ixzz2cqFC0q6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 23 August 2013

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel


  • rejim ZionisSekatan dilakukan rejim Zionis semakin teruk bertujuan memberi tekanan kepada rundingan Israel-Palestin.

GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan kepungan yang dilakukan tentera Israel.

Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.

"Rejim Israel bertindak sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan rundingan memihak kepada Yahudi," katanya.  - PIC

Lagi rumah Palestin diroboh


  • Lagi rumah Palestin dirobohKesan robohan. Keadaan tapak kediaman penduduk Palestin yang dihancurkan tentera Yahudi.

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Sepasukan askar Israel bertindak merobohkan sebilangan kediaman penduduk Palestin dan bangunan kedai dalam usaha membangunkan penempatan haram di Semenanjung Barat dan Baitulmaqdis Timur, semalam.

Jurucakap aktivis hak asasi kemanusiaan berkata, jentolak digunakan oleh askar Yahudi bagi meranapkan tiga rumah dan pokok yang ditanam penduduk Islam di kejiranan Baitulmaqdis Timur.

"Askar Israel mendakwa penempatan penduduk Islam di sini adalah terlarang dan tidak memiliki permit menduduki bangunan secara sah," katanya dipetik dari laporan PressTV.

Sementara itu, pada Jun lalu, sepasukan askar Israel bertindak menyerbu kampung Faqeh berdekatan bandar Jericho dalam Lembah Jordan dan memusnahkan sebilangan kediaman yang menempatkan lebih 50,000 penduduk Islam.

Dalam perkembangan lain, rejim Yahudi dengan berani mengumumkan akan membina 900 penempatan haram di Gilo, Baitulmaqdis Timur selain melengkapkan 1,200 kediaman yang telah diluluskan oleh mereka sendiri. 

Puluhan warga Palestin sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata "Israel" di Jenin




JENIN - Sejumlah warga Palestin mengalami sesak nafas setelah menghirup gas air mata yang ditembakkan oleh pasukan penjajah "Israel" di desa Jaba ', sebelah selatan Jenin, lansir PNN pada Kamis (22/8/2013).

Sumber-sumber keselamatan dan saksi mata mengatakan bahawa konfrontasi meletus setelah pasukan penjajah "Israel" menyerbu desa itu.

Pasukan brutal "Israel" menyerbu dan kemudian melepaskan gas airmata terhadap warga Palestin di desa tersebut.
 —

Kanak-kanak Palestin disiksa secara rutin, beberapa diancam dengan rogol: Kumpulan hak Israel


Kanak-kanak Palestin secara sistematik tertakluk kepada penyeksaan dan keganasan, termasuk ancaman rogol, oleh penyiasat Israel, untuk memaksa mereka untuk mengaku kepada batu-membaling.
Kekejaman, di Etzion balai polis, dalam tanah jajahan haram Israel berhampiran bandar Tebing Barat yang diduduki Betlehem, akan didokumenkan dalam laporan baru oleh kumpulan Israel B'Tselem :
Pada bulan November 2009, B'Tselem mula menerima laporan keganasan terhadap anak di bawah umur Palestin semasa soal siasat di balai polis Etzion.Sehingga Julai 2013, penyelidik bidang B'Tselem dikumpul 64 testimoni penduduk lapan masyarakat di selatan Tebing Barat yang melaporkan insiden tersebut. Lima puluh enam daripada mereka di bawah umur pada masa soal siasat mereka. Testimoni digambarkan keganasan fizikal yang teruk semasa soal siasat atau disoal awal, yang, dalam beberapa kes, berjumlah penyeksaan. Keganasan termasuk slaps, tumbukan dan tendangan untuk semua bahagian badan, dan pukulan dengan objek, seperti pistol atau kayu .Sebahagian daripada bekas interrogatees juga melaporkan ancaman: dalam dua belas kes, mereka mendakwa penyiasat mengancam mereka atau saudara-saudara perempuan dengan serangan seksual seperti rogol dan kecederaan kemaluan . Dalam enam kes, interrogatees mendakwa penyiasat telah mengancam untuk melaksanakannya ; dalam lapan kes, penyiasat didakwa mengugut untuk mencederakan ahli keluarga; dan dalam lima kes lain, mereka didakwa mengancam untuk arus listrik yang interrogatees, termasuk dengan cara yang akan merosakkan kesuburan mereka.

"Saya akan membunuh anda jika anda tidak mengaku"

B'Tselem termasuk testimoni MA, seorang budak lelaki berumur 15 tahun, dari kampung Husan berhampiran Bethlehem:
Para penyiasat "Daud" mengambil saya di luar dengan seorang askar. Mereka menutup mata saya. Hubungan kabel plastik masih di tangan saya. Mereka meletakkan saya di dalam kereta dan mula memandu. Saya tidak tahu di mana mereka membawa saya. Kami sampai ke beberapa tempat di luar Etzion dan mereka memaksa saya keluar dari kereta. Tangan saya benar-benar menyakitkan kerana hubungan kabel. Mereka mengambil kira penutup mata saya. Saya tidak tahu di mana saya berada. Mereka mengikat saya untuk pokok, dan kemudian mereka mengangkat tangan digari saya dan diikat mereka untuk pokok itu juga. Ia menyakiti banyak. "Daud" mula menumbuk saya. Selepas beberapa minit, dia mengeluarkan pistol dan berkata: " Saya akan membunuh anda jika anda tidak mengaku! Di sini, tidak ada yang akan mencari anda.Kami akan membunuh anda dan meninggalkan anda di sini.

Selaras

Walaupun ayat-ayat dari B'Tselem adalah mengejutkan, mereka, sedih, tidak baru. Akaun kanak-kanak Palestin adalah konsisten dengan yang dipungut dalam berpuluh-puluh kes pada 2012 semata-mata oleh Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa - Seksyen Palestin (DCI).
Kes-kes ini termasuk penggunaan rutin kurungan tanpa akses kepada keluarga atau peguam, dan juga keganasan fizikal, untuk memaksa anak-anak terang.
Tahun lepas, DCI dibebaskan video ringkas di atas, Alone , menonjolkan pengalaman dan testimoni kanak-kanak Palestin didera dan diseksa oleh kuasa-kuasa pendudukan.
Filem ini membuat titik bahawa kanak-kanak Palestin tertakluk kepada pendudukan tentera tidak mempunyai sesiapa untuk melindungi mereka daripada penyalahgunaan tersebut oleh tentera Israel.
Sehingga Jun tahun ini, terdapat 193 kanak-kanak Palestin di penjara Israel yang mana 41 adalah di antara umur 12 hingga 15.
Sesetengah 7,500 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh tentera Israel sejak tahun 2000, menurut DCI.

Keganasan sistematik dan jumlah sewenang-wenangnya berhampiran

B'Tselem melaporkan bahawa usaha untuk mendapatkan akauntabiliti untuk mangsa Palestin di berpuluh-puluh kes-kes yang telah dipenuhi dengan batu-Walling.
Kumpulan itu berkata rayuan untuk pekerjaan untuk menangani "sistematik" dengan fenomena penderaan dan keganasan di Etzion telah pergi tempat:
Walaupun B'Tselem dihubungi Polis Israel mengenai perkara ini berulang kali, tiada jawapan rasmi telah diberikan kepada soalan sama ada langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani fenomena ini dan, jika demikian, apa yang mereka. Semua komunikasi dengan pihak polis mengenai perkara itu adalah bertemu dengan penafian.
B'Tselem berkata jumlah yang tinggi laporan konsisten penyeksaan mencadangkan proses yang sistematik:
Bilangan yang tinggi laporan B'Tselem telah menerima mengenai soal siasat ganas di stesen Etzion, dan hakikat bahawa mereka merangkumi beberapa tahun, menimbulkan syak wasangka berat bahawa ini bukan kes seorang penyiasat tunggal yang memilih untuk menggunakan kaedah soal siasat haram, tetapi lebih kepada alat keseluruhan yang belakang dia dan membenarkan kelakuan sedemikian berlaku.
B'Tselem sendiri mengeluarkan laporan mengenai penderaan kanak-kanak di balai polis Etzion seawal 2001 .
Sekali lagi, pengalaman B'Tselem ini perlawanan yang kumpulan Israel yang lain, sepertiYesh Din , yang telah mendapati bahawa usaha untuk obstain keadilan untuk rakyat Palestin daripada penindas mereka menyebabkan sewenang-wenangnya hampir total dan sistematik untuk pendera .

Komplot jahat Yahudi cemari al-Aqsa didedah


  • al-AqsaPenduduk Yahudi berterusan cuba untuk mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.
 1 / 1 
BAITULMAQDIS - Yayasan Al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan membongkar agenda jahat golongan Yahudi yang mahu mencemari kesucian Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Menurut yayasan itu, pemimpin Yahudi cuba memujuk pihak berkuasa Israel menyertai sebuah persatuan rasmi bertujuan untuk membina saumaah (pusat keagamaan dan tempat ibadat orang Yahudi) di tenggara masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Penyelaras media Yayasan Al-Aqsa, Mahmoud Abu Atta memaklumkan pendaftaran persatuan rasmi yang akan mengendalikan pembinaan saumaah tersebut didakwa telah diluluskan.

"Perkara ini dirancang sejak tujuh bulan lalu selepas ribuan penganut menggesa pembinaan tempat ibadat tersebut yang dilihat sebagai satu tindakan biadab oleh mereka untuk menguasai al-Aqsa," jelasnya dipetik dari laporan PNN.

Awal bulan lalu, Mufti Sheikh Mohammad Hussein memberi amaran keras berhubung akibat yang akan ditanggung oleh rejim Zionis sekiranya mereka meneruskan rancangan membahagikan Masjid al-Aqsa.

Menurut Sheikh Mohammad, jika agenda jahat Israel itu berjaya diteruskan beliau khuatir ia akan menerima nasib sama seperti Masjid Ibrahimi di Hebron, sekali gus mencetuskan perang serantau.

Susulan daripada itu, beliau menggesa negara Islam dan rantau Arab bersatu untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa tersebut.

Lagi rumah Palestin diroboh


  • Lagi rumah Palestin dirobohKesan robohan. Keadaan tapak kediaman penduduk Palestin yang dihancurkan tentera Yahudi.

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Sepasukan askar Israel bertindak merobohkan sebilangan kediaman penduduk Palestin dan bangunan kedai dalam usaha membangunkan penempatan haram di Semenanjung Barat dan Baitulmaqdis Timur, semalam.

Jurucakap aktivis hak asasi kemanusiaan berkata, jentolak digunakan oleh askar Yahudi bagi meranapkan tiga rumah dan pokok yang ditanam penduduk Islam di kejiranan Baitulmaqdis Timur.

"Askar Israel mendakwa penempatan penduduk Islam di sini adalah terlarang dan tidak memiliki permit menduduki bangunan secara sah," katanya dipetik dari laporan PressTV.

Sementara itu, pada Jun lalu, sepasukan askar Israel bertindak menyerbu kampung Faqeh berdekatan bandar Jericho dalam Lembah Jordan dan memusnahkan sebilangan kediaman yang menempatkan lebih 50,000 penduduk Islam.

Dalam perkembangan lain, rejim Yahudi dengan berani mengumumkan akan membina 900 penempatan haram di Gilo, Baitulmaqdis Timur selain melengkapkan 1,200 kediaman yang telah diluluskan oleh mereka sendiri. 

Thursday, 22 August 2013

[Hari Al Quds Sedunia | 21 Ogos 1969]



21 Ogos setiap tahun adalah merupakan Hari Al-Quds Sedunia. Tarikh 21 Ogos dipilih kerana memperingati tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa pada 44 tahun yang lalu oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi hitam tersebut merupakan antara peristiwa yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.

Dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Masjid al-Aqsa telah menempuh suatu sejarah yang cukup panjang, malah dikhabarkan Nabi Adam alaihissalam adalah pembina masjid ini (40 tahun selepas baginda mendirikan Masjid alHaram). Di masjid inilah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya dibawa ke langit untuk bertemu Allah dalam masa satu malam.

"Maha suci Allah yang telah mengisrakkan (membawa pada perjalanan malam) hamba-Nya dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan Kami.."(Al-Israk : 1)

Jika kita sentiasa menyorot akan perkembangan semasa yang berlaku kepada dunia dan umat Islam, suatu isu yang wajib menjadi perhatian kita walau 10 minit sehari ialah isu yang menyentuh bumi Palestin yang di dalamnya terletak Masjid al-Aqsa. Selain kekejaman dan kekejian yang direncanakan oleh puak Zionis Israel dan sekutunya terhadap perjuangan Hamas dan umat Islam di Gaza, jangan sekali-kali kita abaikan isu yang melanda Masjid al-Aqsa yang kita cintai ini. Memang sejak lebih satu abad dahulu pada era moden ini, Masjid al-Aqsa telah menjadi sasaran golongan ekstremis serta Zionis Yahudi dan Kristian yang bercita-cita untuk merobohkan masjid tersebut.

Sejak 1967 pula, iaitu setelah rejim Zionis berjaya menawan Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Perang Enam Hari, pelbagai perkara keji telah dilakukan oleh mereka demi untuk mencemarkan kesucian masjid tersebut. Semuanya telah berlaku kepada Masjid al-Aqsa; diceroboh, dibakar, dikotori dengan najis, dihalang daripada dikunjungi oleh umat Islam, malah digali dasarnya dengan tujuan untuk merosakkan struktur asas binaannya.

Semua ini dirancang oleh rejim Zionis bagi melakukan provokasi yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin. Saya percaya banyak lagi peristiwa yang serupa berlaku yang tidak mendapat liputan media-media utama dunia, yag mana merupakan rentetan kepada perancangan jahat Zionis terhadap Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sejak sekian lama. Soalnya, mengapa pihak Zionis begitu bernafsu besar untuk menguasai Masjid al-Aqsa? Mengapa tidak masjid yang lain? Tentu ada keistimewaannya Masjid al-Aqsa ini dalam hati mereka atau pada kepercayaan mereka, sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menguasai masjid tersebut.

Menurut Dr. Maszlee Malik dalam bukunya 'Al-Aqsa Dalam Bahaya', Masjid al-Aqsa begitu penting kepada kaum Yahudi kerana menurut kitab "Old Testament" mereka, di situlah terdapatnya "Haykal" ataupun kuil yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman pada zaman kegemilangan baginda. Kuil tersebut telah pun diruntuhkan sebanyak dua kali sebelum ini dan kini hanya menjadi kenangan yang termaktub dalam kitab suci mereka sahaja. Bagi kaum Yahudi dan Zionis, kegemilangan zaman tersebut hanyalah milik mutlak kaum Yahudi dan tidak boleh dijadikan kredit bagi bangsa mahupun agama lain di atas muka bumi ini.

Haykal tersebut yang menjadi tempat ibadah utama bagi kaum Yahudi dipercayai terletak di bukit Moravia, iaitu di mana terletaknya Kubah al-Sakhra sekarang ini. Sejak awal abad kedua masihi, iaitu setelah kaum Yahudi yang terakhir meninggalkan Baitul Maqdis, mereka telah mencipta rukun iman baru sebagai kepercayaan mereka, iaitu mereka tidak akan pulang ke Baitul Maqdis sehinggalah munculnya "Messiah" (penyelamat) yang akan mengumpulkan kaum Yahudi di sana menjelang hari kiamat.

Bagi golongan Kristian Protestan pula, setelah melakukan "penyemakan semula" kepada kitab suci mereka, mereka akhirnya mempercayai bahawa suasana kedatangan Jesus semula ke dunia di Baitul Maqdis haruslah sama sepertimana suasana semasa beliau kali pertama muncul di sana. Beliau tidak akan muncul melainkan selepas terbinanya Haykal seperti yang disebutkan dalam Old Testament. Oleh yang demikian, untuk menyambut kedatangan semula Jesus, Haykal perlu dibina semula dan orang-orang Yahudi hendaklah dikumpulkan semula di Baitul Maqdis.

Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basle, Switzerland pada 1897, golongan Kristian Protestan dan Protestan Yahudi (Haskalah) telah bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis dan membangunkan semula Haykal (walaupun mereka berbeza kepercayaan, namun misi mereka tetap sama).

Namun, untuk membina semula Haykal pada waktu ini adalah mustahil kerana di situlah terdapatnya Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra. Oleh hal yang demikian, mereka telah merancang untuk merobohkan Haram al -Syarif yang mana di dalamnya terdapat Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra dan menggantikannya dengan pembinaan Haykal yang mereka impikan. Sebab itulah sejak tahun 1967 lagi dan berterusan sehingga kini mereka telah melakukan banyak usaha untuk merosak dan mencemar kesucian masjid tersebut.

Itulah serba ringkas realiti yang telah dan sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa. Justeru, apakah tindakan kita sebagai Muslim yang peduli dengan nasib umat dan agamanya, lebih-lebih lagi terhadap nasib salah satu rumah Allah yang paling utama? Patutkah kita berterusan membiarkan pelampau-pelampau Yahudi dan Zionis bertindak sewenang-wenangnya terhadap Masjid al-Aqsa demi menjayakan makar jahat mereka?

Ayuh teruskan perjuangan membebaskan bumi Palestin!

Sumber : Aqsa Syarif
#mesirkini
#R4BIA
 —

Di dunia ini hanya ada dua panji.

Di dunia ini hanya ada dua panji.
Panji Taghut (Tirani/kejahatan)
Dan Islam.
Lihatlah ke dalam diri kamu,
Atas panji yang mana kamu berdiri??

As Syeikh Ahmad Ismail Yasin
(28 Jun 1936-22 Mac 2004)
Tokoh Dakwah Islam
Pengasas HAMAS

Sumber : ikhwanalgehad
#mesirkini
#R4BIA
 

"Bagunkan umat di kawasan kamu" (Khaled Meshaal)

Apakah yang kami boleh bantu anda di Palestin? 

"Bagunkan umat di kawasan kamu" (Khaled Meshaal)

Wednesday, 21 August 2013

MESIR DAN SYRIA SEBAGAI HARGA MEMBUKA PALESTIN



Sejarah pembukaan Baitul Maqdis sudah pasti akan berulang kembali. Panglima tentera di zaman Umar al Khattab r.u yang dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah terlebih dahulu menguasai negara Syria (sebelah utara) dan Mesir (sebelah selatan) yang dipimpin oleh Amru al-Aas sebelum mereka berjaya membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhannya.

Sejarah yang sama turut berlaku di zaman Sultan Solahuddin al Ayyubi apabila beliau telah menguasai Mesir serta wilayah sekitarnya serta Syria (di bawah pimpinan Sultan Nuruddin Zinki) sebelum mereka berjaya membuka Baitu Maqdis dan Palestin.

Tidakkah anda memerhatikan bahawa sejarah ini juga akan berulang lagi di masa depan. Regim zalim Bashar al Assad sekarang sebenarnya adalah kroni kepada regim Zionis sejak sekian lamanya.

Apa yang berlaku di Mesir juga adalah harga yang begitu mahal yang perlu dibayar sebelum ketulinan perjuangan diperolehi oleh gerombolan generasi pembuka Baitul Maqdis dan Palestin yang diberkati.

Ya Insya allah, Baitul Maqdis akan dibuka semula melalui laluan Damsyik....

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel - Global - Sinar Harian:

  • rejim ZionisSekatan dilakukan rejim Zionis semakin teruk bertujuan memberi tekanan kepada rundingan Israel-Palestin.

GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan kepungan yang dilakukan tentera Israel.

Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.

"Rejim Israel bertindak sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan rundingan memihak kepada Yahudi," katanya.  - PIC

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. 

Allah telah memberitakan kisah ketakutan mereka melalui kalamNya dalam Surah A-li 'Imran, ayat ke 151: "Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim."