Tuesday, 14 May 2013

SEBUAH PESAWAT JUANG ISRAEL HANCUR DI GAZA.



Pihak ketenteraan Israel kembali kehilangan senjata perangnya, setelah pesawat tak berawak(drone) jenis Scarlik milik mereka hancur di kawasan Gaza. Laman web Israel iaitu Weila, melaporkan bahawa pasukan Israel kehilangan pesawat tersebut pada hari Sabtu (11/5), tanpa menyatakan sebab hancurnya pesawat itu di perbatasan Gaza.
Komandan militer Israel kawasan Selatan langsung mengumumkan kondisi darurat atas alasan khuatir pesawat tersebut jatuh ke tangan musuh.

”Pesawat tersebut jatuh setelah sekitar 10 minit terbang di udara,” kata Laman Weila seperti dipetik Info palestina.com. ”Militer Israel masih mencari informasi mengenai penyebab hancurnya pesawat tersebut.”

Pasukan dikerahkan ke kawasan perbatasan mencari puing-puing pesawat. Disebutkan bahawa pesawat mengalami kerosakan teruk akibat terhempas.

Sumber militer Israel mengatakan mereka khawatir jika teknologi pesawat canggih tersebut mungkin dimanfaatkan oleh Hamas.

[/ip/sm/ipos/weila/sha]

Pertempuran berlaku di Tebing Barat




14 Mei 2013
Pertempuran berlaku di Tebing Barat
Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di bandar Beit Sahur, Bethlehem.
TEBING BARAT - Berpuluh penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel berikutan keputusan kerajaan itu membenarkan pembinaan penempatan di Tebing Barat.

Pertempuran tercetus di bandar Beit Sahur, timur Bethlehem kian memuncak apabila rejim Zionis melepaskan bom dan gas pemedih mata bagi menyuraikan pertempuran itu.

Menteri Luar Riyad al-Maliki diminta campur tangan serta-merta kerana kejadian itu didakwa boleh menggagalkan rundingan damai dengan Israel dalam usaha mencapai keamanan di Timur Tengah.

“Bagi kami, menghentikan pembinaan penempatan adalah penting sehingga rundingan damai mencapai resolusi,” katanya.

Menurutnya, rundingan ini penting bagi penduduk Palestin dan ia juga sebagai sebahagian daripada keperluan masyarakat antarabangsa.

PBB sebelum ini menganggap, penempatan tersebut sebagai kawasan haram untuk penduduk Israel seperti mana tertakluk dalam Konvensyen Geneva pada 1967.

Maka itu, Israel bersetuju untuk membekukan pembinaan penempatan di bawah Pelan Keamanan pada tahun 2002 namun, negara itu gagal mematuhi komitmen perjanjian hingga mendapat kecaman antarabangsa.

Difahamkan lebih setengah juta penduduk Israel berdegil apabila terus membina lebih 120 penempatan haram sejak Israel mendakwa wilayah Palestin di Tebing Barat dan Timur al-Quds adalah miliknya, laporan dipetik daripada Press TV.

Isreal gempur penduduk Palestin



Tebing Barat: Pasukan keselamatan Israel menggempur berpuluh-puluh penduduk Palestin selepas rejim Zionis membenarkan pembinaan petempatan haram di Tebing Barat.

Pertempuran berlaku di antara sejumlah belia Palestin dan tentera Israel di bandar Beit Sahour, timur Baitullaham semalam.


Saksi berkata, tentera rejim Zionis itu melepaskan tembakan grenad pegun ke arah penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka. Sementara itu, Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki menggesa pembinaan petempatan haram itu dibekukan serta-merta.

Kata Riyad, insiden itu melemahkan usaha untuk menghidupkan semula proses rundingan damai.


“Bagi kami, menghentikan pembinaan adalah penting dan menjadi asas untuk meneruskan rundingan damai.


“Tanpanya, ia akan sukar - jika pun tidak sehingga mustahil - untuk mencari wakil Palestin yang berminat berunding dengan Israel,” katanya. Riyad berkata, tuntutan itu bukan syarat ditetapkan Palestin, sebaliknya dikehendaki komuniti antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara menganggap petempatan Israel itu adalah haram kerana dibina di kawasan yang dirampas negara Yahudi itu dalam perang pada 1967. Ia tertakluk kepada Konvensyen Geneva yang melarang sebarang pembinaan dijalankan di tanah yang dijajah. - AFP

Monday, 13 May 2013

Bantuan Perubatan Saudi Tiba Di Gaza


[12/05/2013 - 02:56]

Gaza - Gelombang baru bantuan perubatan Saudi tiba di Gaza melalui sempadan Rafah, bantuan ini dibawa dengan pesawat kargo milik Saudi.

Sumber di sempadan Rafah menyatakan, dua kenderaan besar mengandungi 10 tan bantuan perubatan diberikan kerajaan Saudi Arabia untuk rakyat Palestin, bantuan ini gelombang ke 11 dari bantuan Saudi.

Bantuan disalurkan melalui kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Mesir di Sinai dan Palestin di Gaza.

Penerbangan udara antara Saudi dan lapangan terbang Arish baru diaktifkan untuk mengangkut bantuan perubatan Saudi bagi rakyat Gaza sejak Isnin minggu lalu. Penerbangan dijadualkan berlangsung selama 14 hari untuk mengangkut bantuan sebanyak 140 tan mengandungi ubat-ubatan dan peralatan perubatan bernilai 3 juta USD. (qm)

Sumber : Info Palestina

Aman Palestin

Pesawat Tempur Zionis Meletup di Tel Rabi

[12/05/2013 - 09:20]


Tel Rabi - Sejumlah sumber di media Zionis melaporkan peristiwa meledaknya sebuah pesawat milik angkatan udara Zionis yang kemudian jatuh di atas laut tengah Mediterranea.

Sebagaimana ditulis di surat khabar, Yedeot Aharonot yang menyebutkan sebuah pesawat pejuang yang sedang menjalankan tugasnya menjaga keamanan, tiba-tiba jatuh. Dikatakan ada tidak berfungsi pada salah satu komponannya. Hingga kini korban dan serpihan masih berada di perairan laut tengah, pintu gerbang masuk Tel Rabi. (asy)

Sumber : info Palestina

Pejuang Palestin bentuk unit pertempuran



WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Mei 2013
Pejuang Palestin bentuk unit pertempuran
Tentera Israel melakukan persediaan menghadapi serangan pejuang Palestin di Golan Heights
BEIRUT -  Sebuah kumpulan pejuang Palestin berpangkalan di Syria dilapor sedang membentuk unit pertempuran untuk merampas semula kawasan yang dijajah Israel, terutamanya di Golan Heights.
Unit tersebut ditubuhkan selepas kumpulan tersebut mendapat sokongan Presiden Syria Bashar al-Assad dan Hezbollah.

Jurucakap Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin-Pemerintah Umum (PFLP-GC) berkata, mereka sedang bersiap sedia melancarkan operasi baru ke atas rejim Zionis selepas hampir 40 tahun tidak melakukan sebarang operasi di kawasan sempadan Syria-Israel.

“Pemimpin tertinggi PFLP-GC berikrar akan membentuk briged untuk menakluki semula kawasan jajahan yang diduduki Israel terutama di wilayah, Golan. Pemimpin Syria dan Hezbollah juga berjanji untuk bekerjasama sebagai sukarelawan tentera dalam pertempuran ini,” katanya dipetik  Reuters

Kumpulan PFLP-GC yang dilabelkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat lain, merupakan kumpulan pejuang paling aktif pada 1970-an dan 1980-an.

Sehingga kini, kumpulan tersebut masih mempunyai pengaruh besar di Syria dan Lebanon.

Sementara itu, sumber perisikan berkata, Israel kini sedang meningkatkan sasaran terhadap kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan kumpulan Hizbullah di Lubnan.

Saturday, 11 May 2013

The President di Palestin




11 Mei 2013
The President di Palestin
Seorang peserta wanita, Jihad al-Jabari sedang menjawab beberapa soalan daripada barisan juri dalam program realiti itu di Baitulham, Tebing Barat.
BAITULHAM - Rakyat Palestin kini berpeluang mengundi presiden kesukaan mereka menerusi sebuah program televisyen (TV) realiti, The President.

Dipetik AP, juri rancangan,  Kholoud Idabis berkata, The President yang disiarkan di TV Maan pada setiap minggu peserta diwajibkan memberi idea pembaharuan yang bakal dilakukan jika dilantik sebagai Presiden Palestin.

"Mereka (peserta) wajib menjawab soalan oleh barisan juri yang terdiri daripada ahli politik, cendekiawan dan usahawan sepanjang pertandingan dan pengundinya adalah penonton sendiri.

"Program ini juga salah satu medium yang dapat membentuk pemikiran rakyat dalam memilih pemimpin negara jika pilihan raya diadakan suatu masa nanti," katanya.

Kata Idabis, ribuan anak muda Palestin menyertai pertandingan itu dan kini ia berbaki 15 peserta yang bersaing sehingga ke garisan penamat pada penghujung Jun depan.

"Pemenang berpeluang melancong ke seluruh dunia sebagai Duta Palestin olok-olok selain dijanjikan sebuah kereta," katanya.

The President turut menjemput pegawai atasan Palestin, Hanan Ashrawi dan ahli Parlimen Arab-Israel, Ahmad Tibi mengadili pertandingan.

Sejak 20 tahun lalu, rakyat Palestin hanya berpeluang mengundi sebanyak dua kali iaitu pada 1996 dan 2005. 

palestin

A GAZA FERITE ED USTIONI MAI VISTE...
"Fonti mediche a Gaza riferiscono di medici alle prese con ferite e ustioni mai viste nella loro carriera professionale". Lo rende noto all'Adnkronos Salute Foad Aodi, presidente dell'Associazione medici di origine straniera in Italia (Amsi) e del Co-mai (Comunità del mondo arabo in Italia), in costante collegamento telefonico con il direttore generale della Mezzaluna rossa palestinese, Kalad Gjwda. "La situazione sanitarie e umanitaria é drammatica", afferma il presidente dell'Amsi. "Manca di tutto: sacche di sangue, farmaci, attrezzature mediche. Ma soprattutto, non c'è elettricità sufficiente per garantire gli interventi chirurgici. Ci sono numerosi bambini gravemente feriti in attesa di un'operazione". Aodi rilancia quindi l'appello affinché i paesi europei e arabi inviino "i medicinali e materiali richiesti. Non quelli - conclude - che in questo momento non sono indispensabili".
(contropiano.org)

palestin

We havent seen so much of patience and courage as there is in the people of palestine ~
Ya Allah help the innocent, help our muslims brothers and sisters, childrens and help mujahedeen. Ameen.

TODAY IN HISTORY

TODAY IN HISTORY: Alice Coy (ISM activist) cries for help as she holds her hand over the head wound of British peace activist Thomas Hurndall, who had been shot in the head moments earlier in Rafah, southern Gaza Strip, Friday, April 11, 2003. Thomas Hurndall, age 21, from Manchester, England, had been standing between Israeli troops and Palestinian children when Israeli soldiers opened fire. Tom Hurndall was left in a coma and died nine months later. 

(AP Photo/Khalil Hamra)

Israel sengaja sabotaj rundingan damai



Baitulmaqdis: Ketua perunding Palestin mendakwa, kerajaan Israel cuba melakukan sabotaj terhadap langkah AS menghidupkan semula rundingan damai dengan menandatangani kebenaran membina hampir 300 kediaman baru berhampiran Ramallah.

Menurut Saeb Erakat, tindakan Tel Aviv itu adalah mesej jelas kepada Washington membuktikan negara Yahudi itu tidak berminat menyambung rundingan damai yang tergendala sejak 2010. “Kami mengutuk keputusan Israel yang cuba melakukan sabotaj dan memusnahkan usaha Rumah Putih ,” katanya. Semalam, Israel mengumumkan kerajaan memberi lampu hijau kepada projek pembinaan 296 unit rumah haram di kawasan Beil El.


Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel berkata, pelan itu diumumkan tahun lalu sebagai langkah gantian terhadap arahan mengosongkan kawasan Ulpana di pinggir Beit El. - AFP

Friday, 10 May 2013

Dr Yusuf Qardhawi dan Bekas Presiden Sudan Muhammad Siwar Dahab

Dr Yusuf Qardhawi dan Bekas Presiden Sudan Muhammad Siwar Dahab dan delegasi yang mengiringi semasa lawatan ke Universiti Islam, Gaza.

TT 
Sumber: QNN

Abu Marzuq: Langkah Kerry Hancurkan Hak Palestin

Abu Marzuq: Langkah Kerry Hancurkan Hak Palestin
[07/05/2013 - 01:49]

Kaherah - Anggota Biro Politik Hamas Dr. Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa terowong antara Jalur Gaza dan Mesir tiada undang-undang dan politik berhubung sejarah antara Jalur Gaza dan Mesir. Dia menegaskan bahawa terowong ini tidak dibuat oleh situasi rasmi di Mesir atau Pihak Berkuasa Palestin.

Abu Marzuq berpendapat bahawa dari sudut kemanusiaan terowong tersebut tiada hukumnya, walaupun terowong tersebut merupakan gambaran yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak kerana tidak boleh diambil tindakan undang-undang.

Di sisi lain Abu Marzuq menegaskan bahawa sesiapa tidak mempunyai hak untuk melepaskan sejengkal pun tanah Palestin. Tak seorang pun mempunyai hak untuk membatalkan hak kembali setiap orang Palestin ke tanah airnya.

Dia mengatakan, "Perundingan mempunyai dua sisi. Sisi perunding Palestin yang mensyaratkan tamatnya pembangunan penempatan, pembebasan tawanan Palestin dan sebuah negara di atas batas wilayah tahun 1967. Dan sisi perunding Zionis yang tidak mensyaratkan apa-apa untuk meneruskan rundingan. Namun ada banyak penolakan (dengan kata "tidak ada") yang sudah diketahui sebelumnya. Tidak ada hak kembali ke batas wilayah 1967, tidak ada perundingan seputar al Quds, dan Palestin harus mengakui keyahudian negara entiti Zionis. "

Abu Marzuq menyebutkan bahawa Setiausaha Negara Amerika John Kerry tidak mencari jalan untuk menekan entiti Zionis dan mendapati Arab adalah pihak yang peling boleh menerima tekanan dan memulakan langkah-langkah, melalui "piagam yang ditandatangani Presiden Mahmud Abbas dan Raja Abdullah Husanin yang mlimpahkan persoalan al Quds kepada Jordan ". Dengan semikian tidak perlu ada perundingan antara Palestin dan Zionis.

Dia menyatakan hal itu telah boleh mengatasi masalah sempadan tahun 1967 kemudian menghidupkan kembali inisiatif Arab dengan memperbaikinya untuk membatalkan pembicaraan tentang sempadan tahun 1967 dengan pertukaran tanah yang setara dalam kuantiti dan cara serta perubahan sederhana. Sebelumnya Olmert ingin 6.8% daripada wilayah Tebing Barat dan pihak berkuasa Palestin 1.2%, kemudian diubah menjadi 3.7%, dan ini sudah cukup untuk menggabungkan seluruh penempatan Zionis di al Quds dan Tebing Barat. Dan sebelumnya telah diluluskan kondisi untuk penggabungan penempatan-penempatan Zionis berikut: Ghous Etzion, Ma'aleh Adomim, Jeefat Ze'ev dan Ariel.

Ahli Biro Politik Gerakan Hamas Abu Marzuq menegaskan bahawa langkah Setiausaha Negara Amerika John Kerry memaksakan penyelesaian dua negara (two state solution)berbahaya dan strateginya menghancurkan hak Palestin di bawah slogan 'penyelesaian dua negara ". (Asw)

Sumber : Info Palestina
________________

TT: Aman Palestin

Hari Jumaat adalah hari yg penuh barakah.

Hari Jumaat adalah hari yg penuh barakah. Jangan lupa berdoa untuk saudara kita di Palestin, Syria, Bangladesh, Malaysia dan dimana sahaja di seluruh pelusuk dunia.

Setiap hari Jumaat juga "singa-singa Palestin" akan keluar dan menunjukkan penentangan terhadap pencerobohan di sekitar makam Nabi Saleh, Qadum, Masaara, Bilin dan Nilin.

lensa: Hudaifa Sarour
Sumber: team Palestina
_____________

TT: Aman palestin Mesir

Qardhawi diberikan kerakyatan negara Palestin

Qardhawi diberikan kerakyatan negara Palestin

Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin telah menyerahkan pasport kerakyatan negara Palestin kepada Sheikh Dr Yusuf Qardhawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang telah melawat mengunjungi wilayah Gaza semalam.

Yusuf Qardhawi adalah seorang ulama terkemuka dunia yang berasal daripada Mesir. Beliau merupakan Ketua, Institut al Aqsa SeDunia yang berpusat di Doha, Qatar.

Penyerahan pasport diplomatik kepadanya semalam adalah satu peristiwa yang begitu simbolik. Negara Palestin bukan hanya milik bangsa Palestin dan Arab semata-mata tetapi juga adalah milik umat Islam sejagat. Setiap kita bertanggung-jawab untuk membebaskan kembali tanah wakaf milik umat Islam yang telah dijajah sejak tahun 1964 yang lalu.

Pastinya saat yang dinanti akan tiba, semua kita akan berkunjung dan bersolat di Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis setelah ia dibebaskan daripada cengkaman Zionis...Insya Allah


Sumber: DR Zainur Rashid

TT: Aman Palestin Mesir

Zionis ceroboh Ramallah, bina 296 unit rumah




10 Mei 2013
Zionis ceroboh Ramallah
Ismail Haniyeh menyambut kedatangan Sheikh Yusuf al-Qaradawi di Gaza, kelmarin.
Zionis ceroboh Ramallah
Sekumpulan penduduk membantah pembinaan penempatan di Beit El.
BAITULMUQADDIS - Pihak berkuasa Israel tidak menghiraukan kritikan antarabangsa apabila meluluskan pembinaan hampir 300 rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah.

Seorang jurucakap Israel berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El dengan memulakan kerja-kerja pembinaan peringkat pertama.

“Kami telah mendapat kelulusan penuh untuk meneruskan projek pembinaan dan peringkat pertama pembinaan akan dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Tindakan meluluskan pembinaan penempatan itu bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan mempelawa kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.

Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baru sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin.

Sementara itu, polis Israel membebaskan Mufti Besar Baitulmuqaddis, Sheikh Mohammed Hussein selepas melakukan soal siasat selama enam jam.

Beliau ditahan kelmarin selepas dituduh terlibat dalam kekacauan antara penduduk Palestin dan Israel di luar Masjid al-Aqsa.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Sheikh Mohammed akan disiasat dari masa ke semasa untuk melengkapkan siasatan penuh berhubung insiden terbabit.

Dalam perkembangan lain, Di Gaza, ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaradawi melakukan lawatan peribadi ke bandar itu sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan kumpulan Hamas.

“Kita harus berjihad hingga akhir hayat. Kita perlu berusaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis,” katanya.

Kehadiran beliau disambut Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin kanan kerajaan, laporan dipetik daripada Reuters.

Israel lulus pembinaan 296 unit rumah dekat Ramallah



BAITULMAQDIS 9 Mei - Israel hari ini meluluskan pembinaan hampir 300 buah rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah, tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan untuk mengajak kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.
Seorang jurucakap rejim Zionis berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El yang merupakan peringkat pertama sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baharu sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_09/Israel-lulus-pembinaan-296-unit-rumah-dekat-Ramallah#ixzz2SpwiB2va
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 9 May 2013

Lebih kurang sejuta orang meraikan kegembiraan kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25

Lebih kurang sejuta orang meraikan kegembiraan kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25, Apabila masuk waktu zohor, laungan azan berkumandang, dalam keadaan sesak yg nak keluar dari barisan agak sukar,meraka trus solat beramai2 selepas azan..lihat gambar ni berapa ramai yg hadir, Kegembiraan tidak membiarkan mereka lupa dengan kewajipan kita sebagai umat Islam. Takbir! Allahu Akbar..

walaupun sudah 5 bulan meninggalkan bumi Gaza, tapi masih segar dlm ingatan di saat berkongsi air mineral 500ml beramai2 untuk amik wuduk, dan solat di dlm perhimpunan yg penuh dngan manusia..di saat itu saya psang azam berharap sngt agar rakyat Malaysia akan mengamalkan apa yg sedara kita di Gaza buat..*berharap sgt dpt jejak kaki smula ke bumi Gaza..
 

Mufti Besar Baitulmaqdis ditahan



Sheikh Mohammed Hussein
BAITULMAQDIS 8 Mei - Polis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein di rumahnya di sini, hari ini sehari selepas berlaku satu kekacauan antara penduduk Palestin dan Israel di luar Masjid al-Aqsa, semalam.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Sheikh Mohammed ditahan bagi membantu siasatan tentang kaitannya dengan kejadian itu yang berlaku di pekarangan yang menempatkan Masjid al-Aqsa.
Beliau dibawa daripada rumahnya oleh pasukan penyiasat Israel ke balai polis untuk disoal siasat.
Menurut Rosenfeld, insiden itu bermula selepas polis Israel menahan seorang lelaki Arab yang mahu memasuki kawasan kompleks berkenaan, namun dia enggan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian.
Beliau mendakwa, berlaku pergelutan selepas itu dengan orang Islam mula membaling kerusi ke arah pengunjung Yahudi di situ.
Sementara itu, Pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan mengutuk tindakan Israel yang menahan Sheikh Mohammed.
Abbas pada masa sama menuntut Israel segera membebaskan Mufti Besar Baitulmaqdis itu dan menyifatkan penangkapan Sheikh Mohammed merupakan satu cabaran terhadap kebebasan beragama.
Penahanan Sheikh Mohammed dilakukan ketika penduduk Israel sedang merayakan Hari Baitulmaqdis yang menandakan ‘penyatuan semula’ bandar itu selepas Israel menawan bahagian timur Arab tersebut dari Jordan semasa Perang Enam Hari pada 1967. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_03/Mufti-Besar-Baitulmaqdis-ditahan#ixzz2SlQ2IG2f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 8 May 2013

Wajah Sendu Ibuku Saat Diusir dari Rumahnya

Wajah Sendu Ibuku Saat Diusir dari Rumahnya
(Al-Quds Timur,Palestina)

Ibu ini, mungkin tidak jauh beda dengan ibuku , ibu atau nenek saudara. Sekelompok pemuda Zionis (lihat di belakang), mengusirnya dengan paksa dan terhina dari rumah kesayangannya, yang mungkin sudah dia tinggali sejak puluhan tahun lalu. Sekarang dia terpaksa mengungsi di rumah warga lain yang tak terlalu jauh dari rumahnya.

Saya tidak tau, apakah si Ibu tidak lagi mempunyai keluarga yang menjaga dan mempertahankan haknya. Namun yang pasti Penjajah Zionis memberikan otoritas kepada rakyatnya untuk melakukan "Pembersihan Etnis dari Al-Quds bagian Timur."

Rasa sakit hati, kecewa, dan sedih bercampur marah terpancar dari wajah muram sang Ibu. Lebih 60 tahun sudah penderitaan saudara2 kita di Palestina. Tetapi, jika boleh membandingkan, maka penederitaan saudara-saudara kita di Suria dalam dua tahun terakhir, jauh lebih dahsyat daripada penderitaan saudara kita di Palestina selama 20 tahun. Dan mereka, sama-sama berada di bumi Syam. Bumi yang akan menyaksikan sebagian besar peristiwa-peristiwa akhir zaman.

Ya, Allah angkatlah derajat saudara2 kami di Bumi Syam.

المرأة التي طردت من منزلها في شرق القدس تسكن اليوم مع عائلة أخرى في منزل قريب من منزلها، بعد أن قام الشبان، الظاهرين في الصورة خلفها، بالسيطرة على منزلها وأخذه منها بالقوة، بعد أن قاموا بإهانتها.
يذكر أن المستوطنين لديهم إذن حكومي للقيام "بتطهير عرقي للقدس الشرقية".
المتأمل بوجهها سيستشعر الألم

The woman who was expelled from her home in East Jerusalem live today with another family in a house near her home, after the young men, apparent in the picture behind her, controlling her home and take them by force, after they had insulted this woman.
The settlers have government permission to do the "ethnic cleansing of East Jerusalem."
Meditator her pain Sesicar face!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376029045839657&set=a.362990027143559.1073741865.286544421454787&type=1&theater