Wednesday, 1 May 2013

Ratusan penduduk Palestin diusir




1 Mei 2013
Ratusan penduduk Palestin diusir
Seorang wanita Palestin bersama anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka di Wadi al- Maleh, kelmarin.
TEBING BARAT - Tentera Israel bertindak mengusir ratusanpenduduk Badwi Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera.
Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran.
Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon tertutup tentera.
Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan penempatan haram Yahudi.
Laporan yang dipetik AP, Januari lalu, golongan pengembala di kawasan Lembah Jordan tersebut diarah berpindah atas alasan sama kononnya untuk memberi laluan kepada latihan ketenteraan yang dijalankan oleh rejim Zionis.

Menurut laporan Pejabat bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha), pada masa ini, seramai 5,000 penduduk di 38 komuniti tinggal di zon tentera Israel.

Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al- Kidra berkata, mangsa, Haitham Mishal menjadi sasaran rejim Zionis selepas dia didakwa sebagai anggota militan yang terlibat dengan serangan roket dilancarkan di selatan Israel, 17
April lalu.

Zionist menyerang sebuah bas sekolah

Zionist menyerang sebuah bas sekolah yang dalam perjalanan mengadakan lawatan Selatan Nablus.

Sumber: Team Palestina

TT : Aman Palestin Mesir

Catatan Peserta Rombongan pelajar Malaysia Kaherah-Gaza bersama Aman Palestin Mesir yang lalu.

Catatan Peserta Rombongan pelajar Malaysia Kaherah-Gaza bersama Aman Palestin Mesir yang lalu.

Antara sasaran tentera Israel Laknatullah pada peperangan Hijaratus Sijjil yang lepas ialah kawasan2 berkaitan politik dan belia. Buktinya, bangunan kementerian dan padang bola utama ini menjadi antara tempat yang dibom.

Pada mereka, semua usaha ini dapat menakutkan kerajaan yang memerintah Gaza dan melemahkan golongan pemuda tetapi mereka salah. Golongan belia semakin setia menyokong perjuangan Islam di sana walaupun mereka terus dikepung dan disita pada banyak benda.

Inilah hasil kesedaran dan sikap pantang menyerah kalah yang ada dalam diri generasi mereka sejak 1918 lagi. Pembebasan tanah air dan al-quds diturunkan dari generasi ke generasi. Hidup seluruhnya diserahkan untuk kebenaran Islam itu tertegak, atau syahid menjemput.

Wahai para ibu dan bapa, didiklah anak-anak untuk mengambil tempat dalam memenangkan Islam. Buang rasa takut dalam diri anak-anak kita untuk berjihad dan jadikan mereka insan yang berani membawa kebenaran.

Wahai anak-anak dan adik-adik, generasi kami akan pergi. Kalian yang akan tinggal meneruskan perjuangan di bumi ini. Korbankanlah keseronokan dunia yang semakin menjerat, berilah waktu rehat dan tidur kalian untuk membangunkan umat manusia, menanam jihad dalam diri mereka sehingga titisan darah terakhir.

Isu mereka bukan sekadar isu kemanusiaan tetapi isu mereka lebih besar, iaitu isu perjuangan menegakkan kebenaran dan pantang menyerah kalah!

Ratusan penduduk Palestin diusir

Ratusan penduduk Palestin diusirSeorang wanita Palestin bersama anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka di Wadi al- Maleh, kelmarin.
TEBING BARAT - Tentera Israel bertindak mengusir ratusanpenduduk Badwi Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera.
Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran.
Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon tertutup tentera.
Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan penempatan haram Yahudi.
Laporan yang dipetik AP, Januari lalu, golongan pengembala di kawasan Lembah Jordan tersebut diarah berpindah atas alasan sama kononnya untuk memberi laluan kepada latihan ketenteraan yang dijalankan oleh rejim Zionis.

Menurut laporan Pejabat bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha), pada masa ini, seramai 5,000 penduduk di 38 komuniti tinggal di zon tentera Israel.

Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al- Kidra berkata, mangsa, Haitham Mishal menjadi sasaran rejim Zionis selepas dia didakwa sebagai anggota militan yang terlibat dengan serangan roket dilancarkan di selatan Israel, 17
April lalu.

Monday, 29 April 2013

Rejim Zionis bedil pangkalan Hamas




29 April 2013
Rejim Zionis bedil pangkalan Hamas
Sebahagian bangunan lama musnah dalam serangan di pangkalan Hamas di Rafah.
GENTING GAZA - Tentera rejim Zionis, semalam melancarkan serangan udara ke atas pangkalan Hamas di Rafah yang kononnya sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan ke selatan Israel, kelmarin.

Dipetik AP, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) mengesahkan tiada kematian atau mangsa cedera akibat serangan itu.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan roket itu, namun Israel mendakwa ia didalangi kumpulan ekstremis.   

Jumaat lalu, kira-kira 500 penduduk Palestin berarak di Tebing Barat sebagai membantah perbuatan biadab pendatang haram Yahudi yang menyerang dan membakar kereta mereka, minggu lalu.

Bagaimanapun, tentera Israel bertindak melepaskan beberapa das tembakan dan gas pemedih mata ke arah mereka.

"Kami berhimpun secara aman untuk menuntut pendatang Yahudi diusir dari kampung kami," kata salah seorang penduduk, Sami Issa.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Sunday, 28 April 2013

Israel bedil pangkalan Hamas



28 April 2013
GENTING GAZA - Tentera rejim Zionis hari ini melancarkan serangan udara ke atas pangkalan Hamas di Rafah kononnya sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan ke selatan Israel, sehari sebelum itu.

Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) mengesahkan tiada kematian atau mangsa cedera akibat serangan tersebut.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan roket itu, namun Israel mendakwa ia didalangi kumpulan ekstremis, lapor AP.

Jumaat lalu, kira-kira 500 penduduk Palestin berarak di Tebing Barat sebagai membantah perbuatan biadab pendatang haram Yahudi yang menyerang dan membakar kereta mereka, minggu lalu.

Bagaimanapun, tentera Israel bertindak melepaskan beberapa das tembakan dan gas pemedih mata ke arah mereka.

"Kami berhimpun secara aman untuk menuntut pendatang Yahudi diusir dari kampung kami," kata salah seorang penduduk, Sami Issa.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Saturday, 27 April 2013

Warga Gaza katakan tank-tank dan buldozer "Israel" memasuki Gaza


GAZA - Tentera "Israel" memasuki utara Jalur Gaza pada Kamis (25/40213) dengan kereta kebal dan jentolak, menurut laporan warga tempatan kepada pejabat berita Ma'an.

Saksi mata mengatakan kepada Ma'an bahawa lapan buldozer diiringi tank-tank memasuki sejauh kira-kira 100 meter ke tanah pertanian di bahagian timur bandar Khan Younis.

Tidak ada pertembungan dilaporkan dan belum diketahui tujuan konvoi tentera Yahudi itu memasuki Gaza.

Hal serupa juga terjadi pada Rabu (24/4) di mana tentera "Israel" memasuki kawasan bahagian selatan Jalur Gaza.

Buldozer-buldozer dan tank-tank "Israel" masuk ke kawasan tanah pertanian di Beit Hanoun sejauh 300 meter.

Berkaitan aktiviti ini, pihak tentera "Israel" belum mengeluarkan komen atau penjelasan.

"Israel" menebang ratusan pohon zaitun milik penduduk Palestin untuk mempersiapkan penempatan haram baru


TEPI BARAT - Kamis (25/4/2013), buldosenr pasukan Zionis merosakkan ratusan pohon zaitun di bukit yang berhampiran dengan penempatan haram Jabal Abu Ghneim, di timur bandar Bethlehem, Tebing Barat, dalam rangka untuk membuka jalan bagi penempatan haram baru yang rencananya akan berdiri 3,000 rumah di sana, demikian ditulis IMEMC.

Gabenor Bethlehem, Abdul-Fattah Hamayil menyatakan bahawa pelanggaran terbaru merupakan sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh Dewan Kota Yerusalem untuk membina lebih banyak unit penempatan haram di tanah milik warga Palestin di daerah tersebut.

Hamayil menambah bahawa tanah tersebut merupakan sebahagian daripada wilayah yang berada di bawah kawalan kerajaan Palestin namun terletak di belakang tembok pemisah haram "Israel".

Gabenor meminta para pemilik tanah untuk membawa semua dokumen yang mereka miliki ke Unit Undang-undang di pejabatnya untuk merayu di mahkamah "Israel" menentang pelanggaran ini.

"Israel" tidak memberikan surat pemberitahuan apapun kepada para pemilik tanah sebelum menghancurkan pohonpohon zaitun tersebut.

Perluasan penempatan haram untuk warga Yahudi serta tembok pemisah yang dicipta oleh pihak berkuasa Zionis di Tebing Barat akan mengasingkan penduduk kampung Palestin dari kebun dan tanah pertanian mereka.

Thursday, 25 April 2013

ALLAHUAKBAR!!! Para SNIPER Hamas

ALLAHUAKBAR!!!
Para SNIPER Hamas

Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini!

Saya menangis membaca kisah di sebalik gambar ini. Gambar ini di ambil semasa sepasang suami isteri melawat 4 orang anak mereka di penjara Israel. Anak-anak mereka adalah:

1. Nasser Abu Hamid (7 kali hukuman penjara seumur hidup+50 tahun)
2. Sharif Abu Hamid (4 kali hukuman penjara seumur hidup) 
3. Nasr Abu Hamid (5 kali hukuman penjara seumur hidup) 
4. Mohammad Abu Hamid (2 kali hukuman penjara seumur hidup+30 tahun)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini!

Ameen.

sumber: http://goo.gl/Ei518

Rakyat Palestin Cedera akibat Serangan Tentera ke atas penunjuk perasaan Di Jerusalem

Khamis, 25/04/2013 - Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang remaja Palestin telah ditembak dan cedera di muka selepas tentera Israel menyerang rakyat Palestin yang mengadakan protes tanpa kekerasan bersama-sama dengan tahanan Palestin, di bandar Abu Dis, di Timur Baitulmuqaddis. Beberapa rakyat Palestin menerima rawatan oleh pegawai perubatan.
Saksi melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Nayef Jaber, ditembakdengan peluru logam bersalut getah di rahang kerana beliau telah meninggalkan kereta selepas meletak nya di jalan utama di bandar.
Mereka menambah bahawa tentera melepaskan berpuluh-puluh bom gas dan bom tangan terhadap penunjuk perasaan yang membawa kepada kecederaan beberapa orang.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Polis Menangkap Dua Remaja Israel kerana Membakar Kereta Warga Palestin

Khamis, 25/04/2013 - Pihak Polis Israel mengumumkan bahawa mereka telah menangkap dua remaja Israel yang tinggal di kawasan penempatan haram berhampiran kampung Dir Jareer, utara timur tengah Tebing Barat bandar Ramallah, kerana mereka dipercayai terlibat dalam pembakaran 10 kenderaan Palestin Selasa lalu.
Polis berkata bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Penyiasatan Pusat memberkas dua remaja tersebut, sebagai sebahagian daripada penyiasatan kes pembakaran kenderaan Palestin di kampung berhampiran. Luba Samri, jurucakap polis Israel untuk media Arab, melaporkan bahawa dua remaja Israel itu masih dalam soal siasat.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Kekejaman Zionis – Jenazah Anak Palestin Di Makan Anjing Peliharaan Mereka

Kekejaman Zionis – Jenazah Anak Palestin Di Makan Anjing Peliharaan Mereka | Siapa yang tidak kenal akan kekejaman zionis, Palestin sebuah negara yang merdeka habis dijarah oleh mereka. Terbaru, satu lagi kisah memilukan apabila tentera Zionis dikatakan telah memberi anjing-anjing mereka makan dengan jenazah anak kecil Palestin, Ya Allah…
Untuk selanjutnya, sila baca petikan info yang kami salin dibawah.
Berita ini dilaporkan dari sebuah laman web. Tingkah laku keji dari tentera “Israel” laknatullah (semoga Allah mempercepatkan kebinasaan mereka). Seorang anak kecil mangsa bom “Israel”, insya Allah syahid dengan darah disekujur tubuhnya .., kemudian ibu bapanya berusaha menyelamatkan jasad anaknya …
Apa yang terjadi ..?
Tentera-tentera terkutuk itu menembak ibu bapa yang berusaha mengambil jasad anaknya, dan yang paling keji … mereka melepaskan anjing-anjing mereka yang kemudian memakan anak kecil itu … orang tua mana yang sanggup menyaksikan perkara sebegitu berlaku ..?
Berikut berita lebih lengkapnya:
Kekejian yang dilakukan tentera-tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sudah di luar batas perikemanusiaan. Tentera-tentera Zionis itu bukan hanya memyerang warga Gaza dengan bom-bom dan tank-tanknya, tapi juga menggunakan anjing-anjing buas untuk menyiksa warga Gaza.
Kayed Abu Aukal, seorang doktor emergency di Gaza tidak tahu lagi kata-kata apalagi yang boleh digunakan untuk menggambarkan kekejian tentera-tentera Zionis itu. “Oh, Tuhan! Saya tidak pernah melihat pemandangan yang mengerikan seperti ini, “cuma itu kata-kata yang terlontar dari mulut Doktor Aukal melihat keadaan jenazah Shahd, seorang anak kecil Palestin yang berusia 4 tahun.
Shahd sedang bermain di belakang rumahnya di kem pelarian Jabalita, utara Jalur Gaza ketika sebutir bom Israel jatuh di belakang rumah mereka. Shahd yang masih anak kecil itu pun gugur syahid. Orang tua Shahd cuba menyelamatkan puterinya yang sudah bersimbah darah itu, tapi ketika mereka cuba mengambil jasad Shahd, tentera-tentera Zionis menembak mereka dari kejauhan.
Selama lima hari jasad Shahd tidak terurus dan terbaring di tanah, sampai akhirnya tentera-tentera Zionis melepaskan beberapa ekor anjing yang langsung mengoyak jasad Shahd yang sudah tak bernyawa. “Anjing-anjing itu meninggalkan satu bahagian tubuh dari bayi yang malang itu dalam keadaan utuh,” kata Doktor Aukal sambil menitiskan air mata.
“Kami sudah melihat pemandangan yang sangat memilukan selama 18 hari ini. Kami mengambil tubuh anak-anak yang terbakar atau terpisah-pisah, tapi kami belum pernah melihat hal yang seperti ini, “sambungnya.
Melihat jenazah adik perempuannya yang masih anak kecil menjadi santapan anjing-anjing tentara Israel, saudara laki-laki Shahd bernama Matar dan sepupunya bernama Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd, tapi keduanya ditembak tentera-tentera Zionis hingga gugur syahid.
Tetangga keluarga Shahd, Omran Zayda mendedahkan, tentera-tentera Zionis Israel itu sengaja melakukan kekejaman itu. “Mereka (pasukan Zionis) mencegah keluarga Shahd yang ingin mengambil jenazahnya, dan mereka tahu anjing-anjing itu akan memakan jenazah Shahd,” ujar Zayda.
“Tentera-tentera Israel itu bukan hanya membunuh anak-anak kami, mereka juga dengan sengaja melakukan cara-cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kamu tidak akan pernah boleh bayangkan apa yang dilukan anjing-anjing itu terhadap tubuh Shahd, “kata Zayda sambil menahan cucuran air matanya.
Sejumlah warga Palestin mendedahkan, banyak warga mereka yang mengalami hal yang sama dengan Shahd. Di Jabaliya, tentera-tentera Israel menembak keluarga Abd Rabu yang sedang mengebumikan ahli keluarga yang menjadi mangsa serangan Israel. Tembakan membuat orang-orang yang ingin mengebumikan berlarian mencari perlindungan.
Bukan cuma menembak, tentera-tentera Zionis yang biadab itu kemudian melepaskan beberapa ekor anjing ke arah jenazah-jenazah yang belum sempat dikebumikan. “Apa yang terjadi kemudian sangat mengerikan dan tidak boleh dibayangkan,” kata Saad Abd Rabu.
“Anak-anak lelaki kami meninggal di depan mata kami dan kami dihalangi untuk menguburkan jenazahnya. Selepas itu, tentera Israel tersebut melepaskan beberapa ekor anjing mendekati jenazah, seakan-akan kekejaman yang telah mereka lakukan pada kami belum cukup, “tutur Abd Rabutak kuasa menahan tangisnya.
Tentera-tentera keji … semoga kematian-kematian yang menyiksakan segera kamu rasakan, diteruskan siksa kubur yang lebih menyakitkan sampai akhirnya menjadi penghuni neraka Jahannam yang paling menyakitkan.

Wednesday, 24 April 2013

Israel tunduk tuntutan Issawi




24 April 2013
Israel tunduk tuntutan Issawi
Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pembebasan Issawi selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
TEL AVIV - Israel akhirnya tunduk dengan tuntutan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar sejak Ogos lalu, menurut peguamnya, semalam.

Dipteik AP, di bawah perjanjian yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat itu pihak berkuasa rejim Zionis bersetuju membebaskan Samer Issawi, 33, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara lapan bulan.

"Issawi mungkin dibebaskan pada tahun ini. Beliau juga setuju untuk menamatkan mogok lapar selepas menandatangani perjanjian tersebut.

Ia adalah satu kemenangan besar untuk Issawi selepas beliau sanggup menggadai nyawanya," kata Jawad Bulous.

Pada 2002, Issawi dijatuhi hukuman penjara 26 tahun atas penglibatannya dalam siri serangan yang menyasarkan polis Israel.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran ratusan tahanan Palestin pada 2011 tetapi ditahan semula selepas didakwa melanggar syarat pembebasannya.

Bulan lalu, Ayman Sharawneh yang pernah ditahan semula tahun lalu telah dibebaskan di bawah perjanjian yang menyaksikan beliau dibuang negeri ke Genting Gaza.

Tuesday, 23 April 2013

Maraton Palestin pertama




22 April 2013
Maraton Palestin pertama
Pelari Palestin melepasi pemeriksaan pihak berkuasa Hamas di Beit Lahiya ketika menyertai Maraton Gaza pada 2011.
BAITULHAM - Kira-kira 200 pelari tempatan dan antarabangsa menyertai Maraton Palestin pertama, semalam, dianjurkan dua wanita warga Denmark yang bekerja di Baitulmaqdis.

Dipetik PNN, acara berlangsung di bandar Baitulham itu bertujuan memberitahu negara antarabangsa berhubung hak kebebasan bergerak dan penderitaan penduduk akibat sekatan Israel selain mengutuk insiden pengeboman di Boston.

Kira-kira 160 anggota polis ditempatkan di beberapa laluan bagi mengawal keadaan sepanjang acara larian sejauh 42 kilometer itu berlangsung termasuk berhampiran tembok pemisah di Tebing Barat.

Khamis lalu, Israel enggan memberi kebenaran kepada pelari Palestin dari Genting Gaza untuk menyertai maraton tersebut selepas mendakwa kononnya mereka tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

Difahamkan, seramai 20 peserta termasuk bekas atlet Olimpik, Nadar al-Masri berhasrat untuk menjayakan acara julung kali diadakan itu.

Sunday, 21 April 2013

Polis Israel dikecam dedahkan remaja Palestin kepada bahaya



21/04/2013 3:04am

BAITULMUQADDIS - Polis Israel telah menggunakan seorang remaja Palestin sebagai ‘perisai tubuh’ apabila berdepan dengan sekumpulan penunjuk perasaan yang sedang marah di kejiranan Abu Dis. Tindakan itu membuatkan rasa kurang senang pihak aktivis hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, polis menyatakan bahawa tujuan tindakan itu dibuat adalah untuk meredakan kemungkinan berlaku keganasan.
Badan Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa Palestin (DCI) telah menayangkan klip video berdurasi 76 saat melalui YouTube yang menunjukkan beberapa orang polis Israel memaksa seorang remaja Palestin dikenali sebagai Muhammad R, 17, keluar daripada jip tahanan dan berdiri di sebelah mereka. Remaja itu disuruh mengangkat tangannya yang bergari ke atas kepala.
“Kami amat marah apabila polis Israel terus-terusan menggunakan anak-anak Palestin sebagai ‘perisai tubuh’. Dalam kes ini, remaja itu sengaja didedahkan kepada bahaya selepas dia ditahan. Pihak berkuasa Israel seharusnya menjalankan etika tangkapan dan siasatan yang betul,” kata wakil badan tersebut, Ayed Abu Eqtaish.
Jurucakap polis sempadan Israel, Shai Hachimi berkata, pegawai polis yang menjalankan tugas itu berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa remaja itu tidak diapa-apakan seterusnya untuk meredakan kemarahan 400 penunjuk perasaan Palestin termasuk yang membaling batu dan bom petrol kepada pihak berkuasa. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2R3xzDR5x 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 18 April 2013

Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera

Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera
Israel tahan rakyat Palestin kibar bendera
BETHLEHEM - Pihak berkuasa  Israel menahan lima rakyat Palestin selepas didakwa mengibarkan  bendera Palestin ketika mereka berada di dalam kereta di Baitulmuqaddis.

Media tempatan melaporkan, dua daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 Shekel (RM4,200) dan diberi amaran supaya tidak mengibarkan bendera negara itu pada Hari Kemerdekaan Israel, manakala tiga yang lain dibebaskan.

“Israel mendakwa kibaran bendera itu satu penghinaan dan sindiran serta menyalahi undang-undang negara,” menurut laporan itu.

Sementara itu, lapan penduduk Palestin yang menaiki motosikal turut didenda 250 Shekel (RM210)  atas kesalahan yang sama.

Memetik laporan PNN, seorang penduduk Palestin berkata, mereka tidak mengibarkan bendera sebaliknya, lambang bendera  Palestin itu adalah pelekat stiker yang ditampal pada kenderaan mereka sejak tiga tahun lalu.
Israel mengambil tindakan drastik dengan menyaman mana-mana individu mengibarkan bendera selain daripada bendera Israel sepanjang minggu hari kemerdekaan negara itu.

As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (23 Oktober 1947-17 April 2004)



Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar



RAMALLAH 18 April - Kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel enggan menjamah sarapan pagi yang disediakan sebagai melancarkan mogok lapar selama sehari bagi menyambut ulang tahun pertama Hari Penjara, semalam.
Selain itu, kumpulan hak asasi manusia melaporkan, seramai 4,713 rakyat Palestin di seluruh negara mengadakan perarakan sebagai tanda sokongan mereka terhadap kesemua tahanan yang ditempatkan di penjara rejim Zionis.
Di Tebing Barat, kira-kira 600 ahli keluarga tahanan Palestin mengadakan bantahan di Dataran Arafat di tengah Ramallah dan merancang untuk berarak di penjara tentera Israel di Ofer.
Hari Penjara merupakan simbolik kepada pembebasan tahanan Palestin, Khader Adnan pada tahun lalu selepas melancarkan mogok lapar selama 66 hari sebagai membantah tindakan Israel menahannya tanpa sebab. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_02/3000-tahanan-Palestin-lancar-mogok-lapar#ixzz2QldFIllY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 15 April 2013

Perdana Menteri Palestin rasmi letak jawatan




15 April 2013
Salam Fayyad
Salam Fayyad
RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Presiden Mahmud Abbas, semalam.

Jurucakap kerajaan berkata, Fayyad bertemu Abbas selama setengah jam di ibu pejabat presiden di Ramallah, Tebing Barat dan secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

“Fayyad memutuskan untuk meninggalkan pentadbiran negara itu, walaupun diminta untuk memegang jawatan itu buat sementara waktu,” katanya.

Agensi media Wafa melaporkan, Abbas dan Fayyad bermusuh berikutan kritikan terhadap dasar ekonomi perdana menteri terbabit yang dilaksanakan dalam pergerakan Fatah tetapi Washington mendesak supaya ekonomi berasaskan Amerika Syarikat kekal di situ.

Khabar angin menyatakan Fayyad akan meletak jawatan atau diarah supaya meletak jawatan oleh Abbas bertiup kencang sejak minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham sekian lama membabitkan portfolio kewangan.

Kemelut dalaman pentadbiran Palestin bermula apabila Menteri Kewangan, Nabil Qassis mengumumkan pada 2 Mac lalu untuk meletak jawatan.

Menurut laporan AFP, Fayyad bagaimanapun bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi Abbas yang berada di luar negara ketika itu menolak permohonan beliau.