Saturday, 6 April 2013

Hamas Berencana akan Melakukan Penangkapan Besar-besaran, Salafi Jihadi Siaga Penuh


PALESTINA, GAZA – Pada tanggal 30 Maret, Ibn Taimiyah Media Center pada halaman facebooknya memperingatkan tentang rencana persiapan yang sedang dilakukan oleh Hamas untuk meluncurkan kampanye penangkapan besar-besaran terhadap anggota Salafi Jihadi di Jalur Gaza.

Menurut peringatan tersebut, menginformasikan bahwa anggota Hamas dari sayap militer Brigade al Qassam telah diharapkan untuk ikut serta dalam penangkapan tersebut, yang diharapkan dimulai sedini mungkin pada hari Sabtu. Astagfirullah.

Pernyataan itu menyarankan “saudara-saudara kita (Salafi Jihadi) yang kami cintai untuk bersiap dan siaga penuh.”

Pekan lalu, Hamas dengan paksa menangkap dua anggota salafi jihadi di Zawaida, menggerebek rumah seorang anggota Komite Perlawanan Rakyat, dan menculik seorang salafi jihadi di Rafah. Laporan pers menunjukkan bahwa dua anggota salafi jihadi di Zawaida mempunyai hubungan dengan Dewan Syura Mujahidin di sekitar Baitul Maqdis (DSM), yang bertanggung jawab untuk serangan roket terhadap Israel pada tanggal 21 Maret.

Salafi jihadi di Jalur Gaza telah lama mengeluh tentang penargetan yang telah dilakukan Hamas terhadap para anggota Salafi Jihadi. Pada 22 Februari, Abdullah al Jihad Ashqar hafidzahullah (Abu al-Muhtasib al Maqdisi), seorang pejabat (petinggi) di Dewan Syura Mujahidin di sekitar Baitul Maqdis (DSM), mengecam penangkapan mujahidin Salafi Jihadi di Jalur Gaza oleh Hamas. Menurut al Ashqar, setelah Abu al Walid al Maqdisi dan Ashraf al Sabah syahid (insyaaAllah) dalam sebuah serangan udara oleh Angkatan Udara Yahudi pada bulan Oktober, Hamas meredakan tekanannya terhadap Salafi jihadi di Jalur Gaza.

Bahkan, pada awal Desember, Hamas dilaporkan telah membebaskan Abu Hafs al Maqdisi, amir atau pemimpin dari Salafi Jihadi yang dikenal sebagai Jaish al Ummah.

Namun, setelah beberapa bulan “kebijakan untuk menahan kembali diberlakukan, seperti mengejar, menculik, menyerbu rumah-rumah lalu kemudian menangkap dan menyiksa di penjara yang disebut badan keamanan dalam negeri,” kata al Ashqar.

September lalu, Hamas dilaporkan telah menangkap lebih dari 20 anggota salafi jihadi di Jalur Gaza. Sebagai tanggapan atas penangkapan tersebut, Abu Abdul Muhajir hafidzahullah, salah satu pemimpin Salafi jihadi terkemuka di Gaza, Mengecam tindakan Hamas untuk kampanye dzolim melawan salafi jihadi. Beberapa bulan kemudian, Syaikh Abdul Rahman Anas hafidzahullah, seorang pejabat (petinggi) di DSM, mengeluhkan hal yang sama.


(KabarDuniaIslam/al-mustaqbal.net)

Rejim Israel semakin biadab


Rejim Israel semakin biadab
Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian Amer Nasser serta Naji Balbisi di Anbata, Tebing Barat, kelmarin.
Rejim Israel semakin biadab
Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian Abu Hamdiyeh di Hebron. Gambar kecil: Abbas.
RAMALLAH - Presiden Palestin, kelmarin menegaskan Israel semakin biadab dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketegangan di Tebing Barat.

Mahmoud Abbas berkata, rejim Zionis seperti sengaja mencetuskan huru-hara di wilayah Palestin dengan tindakan membunuh dua penunjuk perasaan di Tulkram, Rabu lalu.

"Israel mahu menggugat keselamatan di Palestin dengan cara menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan walaupun protes itu dilakukan secara aman. Ia sememangnya tidak boleh diterima," jelasnya yang dipetik dari laporan AP.

Abbas memaklumkan beliau menangguhkan secara sementara tindakan sebelah pihak yang akan diambil ke atas Israel bagi memberi peluang kepada rundingan damai antara kedua-dua negara tersebut.

Palestin memberikan tempoh selama dua bulan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry untuk memastikan usaha itu berjaya kerana beliau dijangka mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Difahamkan, sepanjang masa itu, kepimpinan Palestin tidak akan membuat tuntutan baru kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Mereka turut memberi amaran, jika Israel gagal untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi, Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya.

"Projek pembangunan E1 jelas melangkaui garis sempadan yang dilihat sebagai punca utama kegagalan penyelesaian politik dua negara ini," jelasnya.
 
Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes besar-besaran selepas menghadiri pengebumian dua remaja yang ditembak mati selepas mereka melempar bom  petrol ke arah tentera rejim Zionis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan keadaan kembali reda menjelang malam.

Sehari sebelum itu, kira-kira 4,500 tahan Palestin juga nekad mogok lapar selama tiga hari dalam protes terbaru susulan daripada insiden kematian Maysara Abu Hamdiyeh, 64, yang meninggal dunia akibat barah tekak.

Sejak Selasa lalu, penduduk Palestin mengadakan demonstrasi mengutuk tindakan sambil lewa Israel kerana tidak memberikan rawatan sepatutnya kepada Abu Hamdiyeh walaupun mereka sedar keadaan kesihatannya semakin buruk.

Friday, 5 April 2013

BENTROKAN BERDARAH DI AL-QUDS DAN TEPI BARAT


Aksi protes rakyat Palestina dimulai sejak siang tadi, setelah shalat jum'at di berbagai distrik Al-Quds dan Tepi Barat. Samapi sekarang bentrokan masih berlangsung, dan tentara Zionis mulai menembakkan peluru karet dan gas air mata.

Sampai saat ini, diberitakan sudah 20 orang lebih pemuda Palestina terluka. Aksi ini mereka lakukan menuntut Zionis membebaskan para tahanan yang kritis, akibat aksi mogok makan.
http://almokhtsar.com/node/116112

Pada saat yang sama sekitar 200 ulama dan da'i Mesir melakukan kunjungan resmi ke Ghaza. Kunjungan ini ditujukan untuk menghancurkan blockade terhadap Ghaza. Shalah Sulthan selaku pemimpin utusan ini menuntut Pemerintah Zionis membebaskan Samir al-Isawi, tahanan Palestina yang sudah melakukan aksi mogok makan lebih dari 203 hari, juga tawanan lainnya.

Rabithah Ulama Islam dunia, mengajak kaum muslim dunia agar terus mengadakan kunjungan ke Ghaza, selain membawa bantuan, kunjungan tersebut ditujukan untuk menghancurkan blockade terhadap rakyat Ghaza.
http://almokhtsar.com/node/115930

Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di bumi Syam; Palestina dan Suria, dari kezhaliman musuh-musuh Islam. Semoga juga, masjid Al-Aqsha segera terbebas dari jajahan Zionis.

Perkembangan terkini Palestina bisa saudara ikuti di sini:
http://www.facebook.com/QudsN

Photo: Tentara Zionis memburu dan menangkapi rakyat Palestina pasca shalat jum'at di Masjidil Aqsha.
 —

Pemuda Ramallah wafat di Penjara Zionis


Arafat Jaradat, tahanan Palestin dari Ramallah, dikabarkan wafat di penjara Zionis, karena kerasnya siksaan.

Pemerintah Zionis mengklaim, pemuda ini menderita penyakit jantung. Tetapi keluarga korban menampik klaim tersebut. Mereka mengaku anaknya ditangkap dalam kondisi sehat walafiat.

Rakyat Ramallah, Tepi Barat langsung melancarkan aksi protes, dan menuntut penjajah Zionis bertanggung jawab.

http://www.facebook.com/QudsN

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, dan menerima amalnya. Mudah2an peristiwa ini membawa hikmah yang besar bagi rakyat Palestin.
 

Al-Quds.

Al-Quds.

Sekelompok wanita jalang Yahudi Zionis, menyerang seorang muslimah sampai jilbabnya terlepas.

Peristiwa aniaya ini terjadi saat sang muslimah antri menunggu datangnya kereta api.

Kaum muslimin dunia harus bangkit, sampai kapan kita diam?


متطرفات يهوديات يعتدين على سيدة مقدسية وينزعن حجابها، في القدس المحتلة، أثناء انتظارها في محطة القطار الخفيف بالمدينة.

Dua remaja Palestin mati ditembak




SEORANG askar Israel menghalakan senjata api ke arah beberapa penunjuk perasaan yang membaling batu di bandar Hebron, wilayah Palestin kelmarin.


HEBRON, wilayah Palestin - Askar-askar rejim Zionis menembak mati dua orang remaja Palestin dalam satu pertelingkahan di Tebing Barat, kata beberapa petugas perubatan semalam.
Kejadian itu meningkatkan lagi ketegangan yang sedia ada berikutan kematian seorang banduan Palestin di sebuah penjara Israel kerana menghidap kanser tekak.
Kejadian tembakan itu berlaku lewat petang kelmarin di bandar Tulkarem.
Kematian tersebut berlaku selepas dua hari tunjuk perasaan dan mogok umum berlangsung ekor kematian banduan Palestin itu, Maysara Abu Hamdeya.
Tentera Israel berkata, askar-askar Israel melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang membaling bom petrol ke arah sebuah pos kawalan tentera di bandar berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2PXUDNEhc 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 4 April 2013

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza




3 April 2013
GAZA - Israel melancarkan serangan udara ke Gaza - yang pertama sejak gencatan senjata dikuatkuasakan di sempadan Palestin itu November lalu.

Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan hari ini yang pesawatnya menyasarkan dua kawasan semalam, kedua-duanya tepat menuju sasaran.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza, yang diperintah Hamas, memerintahkan supaya pesawat mendarat ke ruang terbuka di utara Gaza bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

Terdahulu, tentera Israel berkata Palestin terlebih dahulu melancarkan tiga roket ke arah Israel.

Israel dan Hamas bersetuju untuk gencatan senjata sejak November lalu selepas lapan hari bertempur. Ia mengorbankan 170 rakyat Palestin dan tiga rakyat Israel.

Israel-Palestin terus bergolak




4 April 2013
Israel-Palestin terus bergolak
Penduduk Palestin mengadakan protes mengutuk Israel selepas berita kematian Abu Hamdiyeh diumumkan, kelmarin.
BANDAR GAZA - Dua roket dibedil ke selatan Israel beberapa jam selepas rejim Zionis melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza, awal pagi semalam.

Ia adalah kejadian serangan balas pertama sejak pelaksanaan gencatan senjata selepas berakhirnya Perang Israel-Palestin selama lapan hari pada November lalu.

Saksi memberitahu sehari sebelum itu, sebuah kawasan lapang di selatan Israel diserang roket dari Gaza selepas media mengumumkan berita kematian seorang tahanan Palestin di penjara negara tersebut.

Pihak berkuasa turut mengesahkan insiden berbalas serangan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemusnahan harta-benda.  

Dalam satu kenyataan, Majlis Syura Mujahidin memaklumkan tindakan itu adalah sebagai respons terhadap tindakan sambil lewa Israel kerana gagal memberi rawatan sepatutnya kepada Maisara Abu Hamdiyeh, 63, yang menderita barah tekak.

Mereka turut mendakwa Israel sengaja enggan membebaskan Abu Hamdiyeh lebih awal walaupun mereka sedar tahap kesihatannya semakin buruk dipetik dari sumber AFP.

Gementar lihat F-16 Israel di udara



MOHD HAIKAL ABD JALIL
4 April 2013
Gementar lihat F-16 Israel di udara
Sebahagian pejuang Briged al-Qassam menunjukkan kekuatan senjata yang mereka ada.
GAZA – Bagi anggota Misi Kemanusiaan Aman Palestin dari Kuala Lumpur, berada di sempadan Israel adalah sesuatu yang menakutkan, lebih-lebih lagi apabila pesawat tentera musuh berlegar di udara.

Walaupun singgah dalam waktu singkat dan dikawal pasukan keselamatan, kedudukan dalam jarak hanya 400 meter dari wilayah rejim Yahudi memang mendebarkan sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Tetapi bagi anggota pasukan pejuang Briged al-Qassam, ancaman pesawat pejuang tentera Israel menjadi sebahagian hidup dan mereka sudah nekad berjihad menentang Yahudi.

“Kami tidak gentar dan akan pertahan hak kami,” kata ketua di markas yang terletak di sempadan Israel, ketika menerima kunjungan singkat rombongan Aman Palestin.

Atas sebab-sebab keselamatan, beliau enggan disebut nama dan hanya bersedia diambil gambar dengan memakai topeng.

Briged al-Qassam, dianggotai pelbagai latar belakang termasuk pelajar dan petani berumur 18 hingga 35 tahun, ialah sayap tentera dalam parti politik Hamas yang identiti dan posisi pejuang mereka dirahsiakan.

Rombongan kami berkesempatan melawat dua markas latihan, diberi taklimat dan berkenalan dengan anggota pasukan berani mati.

Anggota briged mengucapkan terima kasih dan terharu dengan bantuan yang disalurkan Malaysia.

Pada lawatan pertama, peserta rombongan dibawa ke markas latihan briged al-Qassam. Walaupun serba-serbi terhad, semangat dan keberanian mereka jelas ditonjolkan dalam sesi latihan.

Peserta rombongan kemudian dibawa pula ke sebuah lagi lokasi markas yang terletak hanya 400 meter dari sempadan Israel dan tiba-tiba kelihatan pesawat pejuang F-16 milik tentera Israel berlegar di ruang udara berhampiran.

Ketua markas tidak membenarkan kami lama di situ kerana bimbang keselamatan anggota rombongan.

Israel beri amaran kepada pejuang Palestin

SEORANG juruteknik bom memeriksa serpihan roket yang dilancarkan
para pejuang Palestin dari Genting Gaza yang jatuh di Sderot,
 selatan Israel semalam.- AFP

BAITULMUQADDIS - Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon memberi amaran semalam bahawa Israel akan bertindak terhadap sebarang serangan yang dilakukan ke atas wilayahnya.
Amarannya itu dibuat selepas beberapa pejuang Gaza melancarkan serangan roket ke arah selatan Israel semalam.
Selain itu Israel turut menerima serangan mortar dari Syria dan serangan senjata kecil lain di Bukit Golan.
"Kami tidak akan membenarkan sebarang serangan ke atas orang awam dan pasukan pihak berkuasa kami," kata Yaalon.
Ekoran serangan itu, sebuah jet pejuang Israel melancarkan serangan ke Genting Gaza awal semalam.
Ia merupakan kejadian berbalas serangan yang paling sengit sejak para pejuang Palestin dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada November tahun lalu.
Rejim Zionis melancarkan serangan udara selepas tiga roket dilancarkan para pejuang Palestin di selatan Israel.
Sebuah kumpulan Al-Qaeda, Magles Shoura Al-Mujahadeen mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Menurut kumpulan itu, ia melancarkan serangan itu bagi membalas kematian seorang banduan Palestin di sebuah penjara Israel, Maysara Abu Hamdeya yang berusia 64 tahun.
Maysara menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah cuba untuk mengebom sebuah kafe Israel.
Beliau mati kerana kanser pada Selasa lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2PSeI4G80 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 3 April 2013

Kanak-kanak dipukul dan ditutup mata oleh tentera Israel


Pada bulan Februari, bilangan kanak-kanak Palestin di antara 12 dan 15 tahun yang ditahan oleh Israel meningkat daripada 31 kepada 39 Hampir 60 peratus daripada 236 Palestin  tahanan kanak-kanak  daripada semua peringkat umur telah menyalahi undang-undang yang dipindahkan ke penjara di Israel. Kanak-kanak telah ditangkap dan ditahan dalam protes baru-baru ini bagi menyokong tahanan Palestin mogok lapar.  
Fakta-fakta ini telah dibuat awam oleh Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa - Seksyen Palestin (DCI-PS). Organisasi  2013 ringkasan kes  membuat untuk bacaan penyejukan. 

Ditolak ke tanah

Sebagai contoh, tentera Israel menggunakan kekerasan berlebihan semasa penangkapan Jaber berusia 15 tahun. Di tengah-tengah malam, berpuluh-puluh tentera menyerbu rumah kanak-kanak itu apabila mereka datang mencari dia. Ibu Jaber ini menyaksikan bagaimana anaknya diseret dari katil ke halaman depan rumah keluarga di Beit Ur al-takhta (berhampiran bandar Tebing Barat Ramallah),  DCI-PS dilaporkan pada 28 Mac .
Tentera ditolak budak lelaki itu ke tanah, dan menendang dan menumbuk beliau beberapa kali. Jaber bergetar dan menangis apabila tentera dikelilingi dia dengan tiga anjing.Tentera searched rumah selama beberapa jam. Sepanjang masa, Jaber terpaksa tinggal di luar dalam kesejukan tanpa pakaian yang mencukupi. Selepas tentera telah terikat tangannya di belakang dan ditutup mata beliau, beliau telah diambil dalam jip tentera.
DCI-PS mendapati Jaber telah diadakan di penjara Moskobiyyeh di Baitulmuqaddis Barat (juga dikenali sebagai Kompaun Rusia). Ia bukan kali pertama yang Jaber ditangkap.Tahun lepas, beliau telah menghabiskan masa sembilan bulan penjara kerana membaling batu.

"Benar-benar takut"

Pada 5 Mac, Mo'men berusia sembilan tahun melarikan diri daripada demonstrasi di Hebron. Berhampiran rumahnya, dia berlari ke dalam sekumpulan tentera Israel. Mereka meraih dia di leher dan dengan bahu kiri dan membawanya ke sebuah bilik berhampiranShuhada Street . "Saya amat takut dengan mereka terutama apabila mereka meraih saya oleh leher saya," kata Mo'men. "Saya benar-benar takut dan bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada saya."
Di dalam bilik, dia telah diadakan dengan beberapa remaja. Beliau telah ditutup mata dan tangannya terikat di hadapannya dengan dua tali plastik. A jip tentera membawanya ke balai polis dalam penyelesaian Kiryat Arba , di mana dia terpaksa duduk di luar hingga 9:30 petang - sepanjang masa tangannya diikat dan dia menutup mata. Beliau telah dibawa balik ke Shuhada Street di sebuah jip tentera di mana beliau telah diserahkan kepada polis Palestin. Tidak lama selepas itu, beliau telah bersatu semula dengan bapanya.
Menurut undang-undang Israel , kanak-kanak di bawah umur dua belas tidak bertanggungjawab jenayah dan tidak boleh ditangkap, disoal siasat sebagai suspek atau dibawa ke mahkamah.

Menumbuk dan menendang

Tujuh belas tahun kanak-kanak berusia Ahmad dan Moath ditahan oleh tentera Israel semasa demonstrasi berhampiran pusat pemeriksaan Huwwara (selatan bandar Nablus, Tebing Barat) pada 3 Mac. Dalam mereka keterangan , mereka berkata bahawa mereka telah dikejar oleh empat tentera Israel yang telah menumbuk dan menendang dan memukul mereka dengan stok senapang mereka. Tangan mereka diikat ke belakang mereka dengan tali plastik dan mereka ditutup mata. Mereka telah diserang secara fizikal di bahagian belakang sebuah jip tentera dalam perjalanan ke Huwwara soal siasat dan pusat tahanan. Walaupun ditutup mata mereka mendengar tentera menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar mereka, kedua-dua bersendirian dan dengan askar di sebelah mereka.
Askar menumbuk dan menendang mereka sebelum mereka sekali lagi dimasukkan ke dalam jip tentera, masih ditutup mata dan dengan tangan mereka terikat. Mereka dibawa ke balai polis Ariel di mana mereka telah disoal siasat tanpa kehadiran ahli peguam atau keluarga. Mereka tidak dimaklumkan mengenai hak mereka. Mereka kedua-dua pengakuan disediakan dan ditandatangani kenyataan dalam bahasa Arab tanpa dibenarkan untuk membaca kenyataan itu atau memahami kandungan. Pada hari berikutnya, mereka menyalahi undang-undang dipindahkan ke penjara Megiddo di Israel.

Dipaksa untuk menandatangani kenyataan

Pada 25 Februari, Hassan berusia 14 tahun telah ditangkap oleh tentera Israel semasa pertempuran antara belia dan tentera berhampiran Huwwara pusat pemeriksaan. Askar dikejar Hassan melalui bidang dan ditangkap kerana dia mempunyai masalah pernafasan dari terhidu gas pemedih mata. Seorang tentera telah mengetuk dia turun dari belakang dan memukulnya beberapa kali dengan batang kayu pada kaki.
Hassan memberi keterangan bahawa beliau ditumbuk di muka dan ditendang di perut, kemudian menyambar oleh leher. Tangannya diikat ketat di belakangnya dengan tali plastik, menyebabkan dia kesakitan. Beliau telah ditutup mata dan dipindahkan ke balai polis Ariel. Dalam bilik soal siasat di balai polis itu, beliau mengadu bahawa tangannya cedera; mereka bengkak dan kelihatan biru. Penyiasat yg tdk dijilid tangannya. Hassan menafikan beliau telah dibuang batu pada tentera.
Hassan mengalah selepas dia takut dengan penyiasat yang berjanji untuk menghantar dia pulang jika dia mengaku. "Tetapi jika tidak, saya akan mengunci anda jauh selama enam bulan dan melarang kamu untuk memasuki Israel." Hassan terpaksa menandatangani kenyataan dalam bahasa Ibrani. Pada 28 Februari, beliau dibebaskan dengan jaminan 3,000 shekel (hampir $ 650). Walau bagaimanapun, caj boleh difailkan terhadapnya pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan dari penangkapannya.
Pada 25 Februari, Baha berusia 15 tahun itu ditahan oleh tiga anggota tentera ketika beliau dalam perjalanan pulang dari sekolah. Di balai polis Ariel, penyiasat satu Baha dipaksa untuk menandatangani kertas ditulis dalam bahasa Ibrani. Baha memberitahu DCI-PS bahawa beliau telah meminta penyiasat "untuk menerangkan apa yang ditulis, tetapi dia enggan dan menjerit dan membuat saya menandatangani kertas." Baha memberi keterangan bahawa dia tidak mengaku, walaupun penyiasat telah didesak untuk mengaku batu dia telah dibuang .

Dipukul untuk mengadu 

hendiandmajd.03.04.13.jpg

Dua remaja, Hendi dan Majd, mengadu mengenai kelakuan kesat oleh penyiasat Israel.DCI-Palestine Seksyen )
Sementara itu, DCI-PS telah mengemukakandua aduan mengenai kelakuan yang kesat penyoal siasat di balai polis Ariel pada Februari. Majd berusia enam belas tahun memberi keterangan bahawa satu penyiasat memukul mukanya dengan sebatang kayu semasa soal siasat kedua. Satu lagi penyiasat ganas berjabat dia sehingga dia pening. Hurt, takut dan letih, Majd mengaku membaling batu selepas bertahan dua jam layanan buruk. Aduan lain yang berkenaan penyalahgunaan lisan yang bersifat seksual terhadap seorang budak lelaki berumur 16 tahun.
Kedua-dua remaja ditahan dalam serbuan awal pagi pada 9 Februari. Tentera diikat tangan mereka dengan ketat di belakang punggung mereka dan menutup mata mereka.Majd berkata tentera mereka dipindahkan ke pusat tahanan yang berbeza - termasuk balai polis Ariel - beberapa kali. Askar mengalahkan mereka apabila mereka mengadu bahawa hubungan plastik terlalu ketat.
Menurut DCI-PS, kanak-kanak yang ditahan tiba di pusat-pusat soal siasat Israel menutup mata dengan tangan mereka diikat dan kekurangan tidur. Mereka dinafikan hak untuk disertai oleh ibu bapa mereka dan mereka tidak mempunyai akses kepada seorang peguam. Mereka jarang tentang hak-hak mereka. Soal siasat adalah secara umum dari segi mental dan paksaan secara fizikal, sering menggabungkan unsur-unsur ugutan, ancaman dan keganasan fizikal. Teknik-teknik soal siasat yang digunakan dengan jelas bertujuan untuk mendapatkan pengakuan.
Sebaliknya penderaan ini dan layanan buruk, anak-anak harus berhak untuk mempunyai ibu bapa yang hadir pada setiap masa semasa soal siasat, mempunyai akses kepada peguam pilihan mereka sebelum soal siasat, dan sebaik-baiknya di sepanjang proses soal siasat. Selain itu, semua soal siasat kanak-kanak hendaklah direkodkan dengan peralatan audio-visual.
Testimoni terbaru meninggalkan tidak syak lagi bahawa Israel secara rutin melanggar hak-hak golongan yang mudah terjejas. 

Hamas perintahkan pemisahan kelas murid laki-laki dan perempuan




GAZA - Kerajaan Hamas yang mengawal Gaza telah melepaskan undang-undang baru yang memerintahkan untuk memisahkan kelas murid laki-laki dan perempuan di sekolah-sekolah negeri maupun swasta mulai dari kelas empat, seperti dilaporkan oleh Al Jazeera pada Selasa (2/4/2013).

Menteri pendidikan Hamas mengeluarkan peraturan baru yang melarang campur baur di sekolah di Jalur Gaza, melarang guru lelaki mengajar di kelas perempuan dan sebaliknya.

Undang-undang baru yang diumumkan pada Isnin (1/4) ini ditetapkan akan berlaku di seluruh Jalur Gaza dan juga memerintahkan pemisahan kelas siswa dan siswi mulai dari usia sembilan tahun ke atas.

Peraturan ini juga berlaku bagi sekolah-sekolah Kristian dan sekolah yang dikendalikan PBB. Meskipun demikian, penasihat menteri pendidikan Gaza menegaskan bahawa mereka tidak hendak memaksa orang-orang untuk memeluk Islam dengan peraturan ini.

Saat ini, sebahagian besar sekolah-sekolah yang dikendalikan kerajaan Gaza telah melaksanakan peraturan pemisahan kelas perempuan dan laki-laki.

Osama Mazini, menteri pendidikan Hamas, mengatakan bahawa undang-undang yang telah dikeluarkan pada 10 Februari lalu ini, telah disepakati oleh dewan perundangan Palestin dan akan berlaku mulai tahun ajaran baru pada September akan datang.

Sebelumnya Hamas telah menetapkan peraturan agar setiap murid perempuan di Gaza memakai gamis dan tudung.

Undang-undang baru ini juga melarang penerimaan hadiah atau bantuan yang bertujuan untuk "memulihkan" hubungan dengan penjajah Zionis Yahudi.
 

Friday, 22 March 2013

Turki dan Israel Sepakat Pulihkan Hubungan Diplomatik


22 Mac 2013

Pejabat Perdana Menteri Negara Haram Israel telah mengesahkan kesepakatan antara Tel Aviv dan Ankara untuk memulihkan hubungan diplomatik.

Perdana Menteri rejim Zionis mengeluarkan kenyataan bahawa Benyamin Netanyahu telah memohon maaf kepada Turki atas serangan pasukan tentera rejim Zionis ke atas kapal Mavi Marmara, konvoi kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Gaza pada 2010 yang telah membunuh sembilan aktivis Turki.

Permohonan maaf Netanyahu kepada Turki itu dikemukakan hari ini dalam perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Turki Recep Tayib Erdogan. Hubungan telefon yang pertama kali sejak keganasan 2010 tersebut adalah inisiatif Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berkunjung ke Palestin yang di jajah. Tujuan panggilan telefon tersebut bertujuan pemulihan hubungan diplomatik Negara Haram Israel dan Turki serta penghantaran kembali para duta besar kedua negara.

Dalam beberapa tahun kebelakang ini, Turki berusaha menggalang dukungan dan kepercayaan dari negara-negara Arab, dengan mengistiharkan telah memutus hubungannya dengan rejim Zionis Israel.

Tuesday, 19 March 2013

PERGINYA SEORANG SRIKANDI



Kerajaan Palestin mengumumkan betapa negara Palestin berduka di atas pemergian Maryam Farhaat atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal. Ummu Nidal berumur 62 tahun dan meninggal dunia pada Ahad 17hb Mac 2013 setelah berjuang panjang melawan penyakit yang dideritanya.

Kenyataan rasmi kerajaan Palestin telah menyatakan rasa duka atas kematian Ummu Nidhal yang telah mewakafkan hidupnya kepada perjuangan dan sentiasa berkorban demi kemerdekaan Palestin.

Ummu Nidhal adalah simbol legenda perjuangan di peringkat nasional and internasional. Beliau adalah Ahli Parlimen di Dewan Legislatif Palestin, telah meninggal setelah beberapa jam dimasukkan ke ICU, Hospital Al Shifa, Gaza City, Palestin.

Beliau dilahirkan di Gaza pada 24hb September 1949 dan telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata. Beliau adalah ibu kepada 3 orang syuhada yang telah melakar sejarah yang hebat seumpama Khaulah Binti al Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab dan seumpamanya.

Ummu Nidhal tidak henti-henti menyeru kaum wanita, para pemuda dan pemudi, rakyat Palestin dan umat Islam keseluruhnya agar berjuang untuk Islam dan berharap agar Allah swt mengurniakan ke semua anak-anaknya mati syahid untuk membebaskan Masjid al Aqsa, kemerdekaan bumi Palestin dan mempertahankan kemuliaan agama-Nya.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, “Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan”, kata tokoh pejuang ini.

Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya yang bernama Muhammad Farhaat, dia dan anaknya itu saling berpelukan dan kemudiannya berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”.

Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibibir atau hanya bertinta di lembaran kertas tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu. Setelah Muhammad Farhaat menemui syahid pada tahun 2002, diikuti pula oleh Nidhal Farhaat pada Februari 2003 dan kemudian anak bongsunya yang bernama Rawad Farhaat yang syahid pada tahun 2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih lagi merengkok di dalam penjara Israel.l

Kita bersaksi dengan ketulusan perjuangan ibu 3 syuhada ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rahmat kepadanya dan mendapatkan kerehatan yang damai bagi ruhnya, semoga Allah memberikan semangat bagi keluarganya dan memberikan kesabaran dan ketabahan bagi orang-orang yang mencintainya.

Thursday, 7 March 2013

Berjuta-juta angkatan tentera belalang menyerang wilayah Israel


Sekumpulan belalang telah melintasi sempadan dari Mesir ke negara jiran Israel menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu akan dibelenggu oleh serangan serangga itu.

Sekumpulan serangga lebih 30 juta telah memburukan tanaman di Mesir dan berhijrah ke negara itu meletakkan pihak berkuasa di Israel mengeluarkan arahan berjaga-jaga.
Tetapi sekumpulan yang lebih kecil beberapa jutabelalang kini telah melanda Israel.

Belalang juta datang kelompok di atas tanah di perkampungan Israel Kmehin di Gurun Negev berhampiran sempadan Mesir.

Kementerian Pertanian negara itu telah menghantar pesawat untuk menyembur racun perosak ke atas kawasan pertanian pada hari Isnin untuk mengelakkan kerosakan oleh belalang dan menubuhkan hotline kecemasan dan meminta penduduk Israel melaporkan serangan perosak itu.

Serangga menyerang kawasan pertanian meliputi hampir 2,000 ekar di padang pasir semalaman, kata pegawai.

Pihak Israel menyembur racun perosak dari udara dan tanah untuk cuba untuk membunuh serangga itu pada awal pagi.

Miriam Freund, pengarah perlindungan tumbuhan di Kementerian Pertanian menubuhkan talian hotline utk petani buat aduan dalam kes ini.

"Kami berharap tindakan kita berkesan, 'satu juruterbang pesawat menyembur berkata di Radio Tentera. 'Mari kita berharap kerosakan akan menjadi minimum.'

Balasan dari Allah SWT akibat kekejaman dan kejahatan Zionis. Teringat kisah di zaman Nabi Musa, belalang menyerang bani israel

Monday, 4 March 2013

Kekejaman Zionis


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Mac 2013
Kekejaman Zionis
Kanak-kanak Palestin diseksa Zionis
Tindakan mogok lapar berlaku disebabkan tahanan menuntut hak tawanan perang, hak untuk dilawati oleh keluarga dan hak mendapatkan pendidikan. Sebelum mereka melakukan mogok tersebut, tahanan tidak kira lelaki, wanita tau kanak-kanak biasanya didera, diseksa, dipukul atau dirogol.

Proses Penangkapan

Penangkapan biasanya dilakukan di pusat pemeriksaan atau di rumah pada awal pagi. Bagi kes tangkap dari rumah, tentera Zionis akan mengepung rumah mangsa antara tengah malam dan 4 pagi lalu memaksa ahli keluarga keluar dari rumah tanpa menghiraukan pakaian ataupun cuaca ketika itu.

Selepas penangkapan, tahanan digari dengan matanya ditutup. Mereka tidak dimaklumkan sebab penangkapan dan lokasi yang bakal dibawa tetapi biasanya ia mengambi tempoh 20 minit sehingga berjam-jam.

Semasa penangkapan, tahanan dipaksa berbogel di khalayak ramai sebelum ditahan. Manakala, ahli keluarga yang lain turut dipaksa berbogel sekiranya tangkapan dilakukan dari dalam rumah.

Ketika disoal siasat, penderaan fizikal dan penghinaan adalah perkara biasa. Berdasarkan banyak afidavit, tahanan melaporkan mereka tertakluk kepada tuduhan membunuh dan rogol sebelum disepak terajang.

Pengagihan Banduan

Penjara Israel terletak dalam 1,948 kilometer dari sempadan Israel. Terdapat empat pusat soal siasat dan 21 penjara khusus buat penduduk Palestin. Lokasi penjara atau pemindahan tahanan ke lokasi di dalam wilayah Israel adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, pelaku boleh dituduh melakukan jenayah perang.

Konvensyen Geneva Ke-4 menyatakan “orang terlindung yang dituduh melakukan kesalahan hendaklah ditahan di negara yang diduduki, dan jika sabit kesalahan, mereka hendaklah dihukum di dalamnya negaranya.” (Perkara 76).

Lawatan keluarga

Keluarga tahanan yang ingin melawat tahanan di Israel mesti mempunyai permit masuk ke Israel (kecuali bagi penduduk Baitulmuqaddis). Permit mengambil tempoh antara satu dan tiga bulan untuk mendapatkannya tetapi hanya sah untuk tiga bulan.

Permohonan permit dikemukakan melalui ICRC dan dipindahkan kepada pihak Israel. Lelaki berusia 16 hingga 45 tahun dilarang mendapatkan permit termasuk beratus keluarga atas faktor keselamatan.

Bagi yang dibenarkan melakukan lawatan, tempoh dibenarkan adalah sekali setiap dua minggu iaitu selama 45 minit. Mereka dipisahkan dengan tingkap kaca dan berbual hanya melalui telefon. Hanya tiga orang ahli keluarga dibenarkan untuk melawat tahanan pada satu-satu masa.

Sejak Jun 2007, pihak berkuasa Israel meletakkan larangan jumlah lawatan oleh ahli keluarga dari Gaza. Pengharaman ini memberi kesan kepada kira-kira 1,000 banduan dan keluarga mereka.

Keadaan penjara

Tahanan ditempatkan di penjara penuh sesak dengan keperluan terhad dan kotor. Pihak Berkuasa Penjara Israel (IPS) hanya menyediakan produk kebersihan dengan jumlah terhad. Tahanan melaporkan, IPS hanya menyediakan setengah liter cecair pembersihan lantai.

Mereka juga melaporkan makanan disediakan tidak mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti. Kebanyakan banduan terpaksa membeli makanan sendiri dari kantin. Ada juga yang terpaksa berlapar kerana tidak dapat makanan dan tidak mampu membeli makanan.

Penjagaan kesihatan

Terdapat klinik dengan seorang jururawat di semua penjara Israel. Doktor datang ke klinik sekali atau dua kali seminggu tidak lebih daripada empat jam. Selepas itu mereka meninggalkan penjara dan banduan yang sakit tidak dirawat sehingga minggu berikutnya.

Jika tahanan memerlukan rawatan lanjut, doktor penjara akan merujuk pesakit ke hospital Penjara Ar-Ramleh. Jika pesakit perlu menjalani pembedahan mereka terpaksa menunggu giliran yang mengambil masa hingga beberapa bulan sekali gus menyebabkan komplikasi teruk lalu meninggal dunia.

Ubat tahan sakit diberikan kepada semua jenis penyakit. Pentadbiran penjara melarang akses ubat dari luar penjara, sama ada dari keluarga atau organisasi Palestin. Kebanyakan tahanan menghidapi penyakit kulit, keletihan, masalah buah pinggang dan ulser.

Pendidikan

Tahanan boleh menerima buku melalui ICRC dan keluarga ketika lawatan, tetapi jenis dan bilangan buku adalah terhad. Mereka hanya menerima akhbar dalam bahasa Arab, Ibrani atau Inggeris yang telah luput tarikh.

Tahanan Palestin dibenarkan melanjutkan pelajaran di Open University Israel. Tahanan dihalang menyertai program pengajian universiti Arab atas sebab-sebab keselamatan. Ramai tahanan gagal mendaftar di universiti-universiti Israel kerana sekatan kewangan dan bahasa.

Sunday, 3 March 2013

BERAKHIRNYA EMPAYAR UTHMANIAH



Hari ini 3 Mac 1924, Mustafa Kamal Atarturk mengadakan sidang khas Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau memutuskan semua hal yang berkaitan islam di Turki, menghapuskan sistem Khalifah Islam, mengusir Sultan, keluarganya, penyokongnya keluar dari Turki. Harta-harta mereka juga dirampas disamping menukar undang-undang Islam dengan undang-undang barat. Cadangan itu disokong sebulat suara oleh perwakilan.

Kemudian barulah rakyat Turki sedar betapa jahatnya manusia bernama Mustafa Kamal Atarturk. Rasa kasih dan sayang bertukar kebencian. Tetapi semuanya sudah terlambat, Mustafa Kamal Atarturk berkuasa sepenuhnya.

Friday, 15 February 2013

. sebahagian cerita duka penduduk Gazza mengharungi kekejaman Israel

Tuan rumah yg ranap ini bercerita, saat ia menerima panggilan yg mengejutkan dari tentera Israel, agar ia dan seluruh keluarganya keluar dari rumah segera, kerana seketika lagi rumahnya dan jiran sebelah akan di tembak oleh fighter Israel, saat itu malam yang gelap, ia berkejaran ke rumah jiran sebelah agar secepat mungkin keluar dari rumahnya, ia menjadi sasaran Israel pada mlm itu, sayangnya ia terlambat, jirannya selamat namun 3 anaknya dan suaminya tersungkur syahid dlm runtuhan rumahnya yg sekelip mata sahaja di ranapkan oleh serangan peluru berpandu israel itu... sebahagian cerita duka penduduk Gazza mengharungi kekejaman Israel