Wednesday, 3 April 2013

Hamas perintahkan pemisahan kelas murid laki-laki dan perempuan




GAZA - Kerajaan Hamas yang mengawal Gaza telah melepaskan undang-undang baru yang memerintahkan untuk memisahkan kelas murid laki-laki dan perempuan di sekolah-sekolah negeri maupun swasta mulai dari kelas empat, seperti dilaporkan oleh Al Jazeera pada Selasa (2/4/2013).

Menteri pendidikan Hamas mengeluarkan peraturan baru yang melarang campur baur di sekolah di Jalur Gaza, melarang guru lelaki mengajar di kelas perempuan dan sebaliknya.

Undang-undang baru yang diumumkan pada Isnin (1/4) ini ditetapkan akan berlaku di seluruh Jalur Gaza dan juga memerintahkan pemisahan kelas siswa dan siswi mulai dari usia sembilan tahun ke atas.

Peraturan ini juga berlaku bagi sekolah-sekolah Kristian dan sekolah yang dikendalikan PBB. Meskipun demikian, penasihat menteri pendidikan Gaza menegaskan bahawa mereka tidak hendak memaksa orang-orang untuk memeluk Islam dengan peraturan ini.

Saat ini, sebahagian besar sekolah-sekolah yang dikendalikan kerajaan Gaza telah melaksanakan peraturan pemisahan kelas perempuan dan laki-laki.

Osama Mazini, menteri pendidikan Hamas, mengatakan bahawa undang-undang yang telah dikeluarkan pada 10 Februari lalu ini, telah disepakati oleh dewan perundangan Palestin dan akan berlaku mulai tahun ajaran baru pada September akan datang.

Sebelumnya Hamas telah menetapkan peraturan agar setiap murid perempuan di Gaza memakai gamis dan tudung.

Undang-undang baru ini juga melarang penerimaan hadiah atau bantuan yang bertujuan untuk "memulihkan" hubungan dengan penjajah Zionis Yahudi.
 

Friday, 22 March 2013

Turki dan Israel Sepakat Pulihkan Hubungan Diplomatik


22 Mac 2013

Pejabat Perdana Menteri Negara Haram Israel telah mengesahkan kesepakatan antara Tel Aviv dan Ankara untuk memulihkan hubungan diplomatik.

Perdana Menteri rejim Zionis mengeluarkan kenyataan bahawa Benyamin Netanyahu telah memohon maaf kepada Turki atas serangan pasukan tentera rejim Zionis ke atas kapal Mavi Marmara, konvoi kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Gaza pada 2010 yang telah membunuh sembilan aktivis Turki.

Permohonan maaf Netanyahu kepada Turki itu dikemukakan hari ini dalam perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Turki Recep Tayib Erdogan. Hubungan telefon yang pertama kali sejak keganasan 2010 tersebut adalah inisiatif Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berkunjung ke Palestin yang di jajah. Tujuan panggilan telefon tersebut bertujuan pemulihan hubungan diplomatik Negara Haram Israel dan Turki serta penghantaran kembali para duta besar kedua negara.

Dalam beberapa tahun kebelakang ini, Turki berusaha menggalang dukungan dan kepercayaan dari negara-negara Arab, dengan mengistiharkan telah memutus hubungannya dengan rejim Zionis Israel.

Tuesday, 19 March 2013

PERGINYA SEORANG SRIKANDI



Kerajaan Palestin mengumumkan betapa negara Palestin berduka di atas pemergian Maryam Farhaat atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal. Ummu Nidal berumur 62 tahun dan meninggal dunia pada Ahad 17hb Mac 2013 setelah berjuang panjang melawan penyakit yang dideritanya.

Kenyataan rasmi kerajaan Palestin telah menyatakan rasa duka atas kematian Ummu Nidhal yang telah mewakafkan hidupnya kepada perjuangan dan sentiasa berkorban demi kemerdekaan Palestin.

Ummu Nidhal adalah simbol legenda perjuangan di peringkat nasional and internasional. Beliau adalah Ahli Parlimen di Dewan Legislatif Palestin, telah meninggal setelah beberapa jam dimasukkan ke ICU, Hospital Al Shifa, Gaza City, Palestin.

Beliau dilahirkan di Gaza pada 24hb September 1949 dan telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata. Beliau adalah ibu kepada 3 orang syuhada yang telah melakar sejarah yang hebat seumpama Khaulah Binti al Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab dan seumpamanya.

Ummu Nidhal tidak henti-henti menyeru kaum wanita, para pemuda dan pemudi, rakyat Palestin dan umat Islam keseluruhnya agar berjuang untuk Islam dan berharap agar Allah swt mengurniakan ke semua anak-anaknya mati syahid untuk membebaskan Masjid al Aqsa, kemerdekaan bumi Palestin dan mempertahankan kemuliaan agama-Nya.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, “Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan”, kata tokoh pejuang ini.

Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya yang bernama Muhammad Farhaat, dia dan anaknya itu saling berpelukan dan kemudiannya berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”.

Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibibir atau hanya bertinta di lembaran kertas tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu. Setelah Muhammad Farhaat menemui syahid pada tahun 2002, diikuti pula oleh Nidhal Farhaat pada Februari 2003 dan kemudian anak bongsunya yang bernama Rawad Farhaat yang syahid pada tahun 2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih lagi merengkok di dalam penjara Israel.l

Kita bersaksi dengan ketulusan perjuangan ibu 3 syuhada ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rahmat kepadanya dan mendapatkan kerehatan yang damai bagi ruhnya, semoga Allah memberikan semangat bagi keluarganya dan memberikan kesabaran dan ketabahan bagi orang-orang yang mencintainya.

Thursday, 7 March 2013

Berjuta-juta angkatan tentera belalang menyerang wilayah Israel


Sekumpulan belalang telah melintasi sempadan dari Mesir ke negara jiran Israel menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu akan dibelenggu oleh serangan serangga itu.

Sekumpulan serangga lebih 30 juta telah memburukan tanaman di Mesir dan berhijrah ke negara itu meletakkan pihak berkuasa di Israel mengeluarkan arahan berjaga-jaga.
Tetapi sekumpulan yang lebih kecil beberapa jutabelalang kini telah melanda Israel.

Belalang juta datang kelompok di atas tanah di perkampungan Israel Kmehin di Gurun Negev berhampiran sempadan Mesir.

Kementerian Pertanian negara itu telah menghantar pesawat untuk menyembur racun perosak ke atas kawasan pertanian pada hari Isnin untuk mengelakkan kerosakan oleh belalang dan menubuhkan hotline kecemasan dan meminta penduduk Israel melaporkan serangan perosak itu.

Serangga menyerang kawasan pertanian meliputi hampir 2,000 ekar di padang pasir semalaman, kata pegawai.

Pihak Israel menyembur racun perosak dari udara dan tanah untuk cuba untuk membunuh serangga itu pada awal pagi.

Miriam Freund, pengarah perlindungan tumbuhan di Kementerian Pertanian menubuhkan talian hotline utk petani buat aduan dalam kes ini.

"Kami berharap tindakan kita berkesan, 'satu juruterbang pesawat menyembur berkata di Radio Tentera. 'Mari kita berharap kerosakan akan menjadi minimum.'

Balasan dari Allah SWT akibat kekejaman dan kejahatan Zionis. Teringat kisah di zaman Nabi Musa, belalang menyerang bani israel

Monday, 4 March 2013

Kekejaman Zionis


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Mac 2013
Kekejaman Zionis
Kanak-kanak Palestin diseksa Zionis
Tindakan mogok lapar berlaku disebabkan tahanan menuntut hak tawanan perang, hak untuk dilawati oleh keluarga dan hak mendapatkan pendidikan. Sebelum mereka melakukan mogok tersebut, tahanan tidak kira lelaki, wanita tau kanak-kanak biasanya didera, diseksa, dipukul atau dirogol.

Proses Penangkapan

Penangkapan biasanya dilakukan di pusat pemeriksaan atau di rumah pada awal pagi. Bagi kes tangkap dari rumah, tentera Zionis akan mengepung rumah mangsa antara tengah malam dan 4 pagi lalu memaksa ahli keluarga keluar dari rumah tanpa menghiraukan pakaian ataupun cuaca ketika itu.

Selepas penangkapan, tahanan digari dengan matanya ditutup. Mereka tidak dimaklumkan sebab penangkapan dan lokasi yang bakal dibawa tetapi biasanya ia mengambi tempoh 20 minit sehingga berjam-jam.

Semasa penangkapan, tahanan dipaksa berbogel di khalayak ramai sebelum ditahan. Manakala, ahli keluarga yang lain turut dipaksa berbogel sekiranya tangkapan dilakukan dari dalam rumah.

Ketika disoal siasat, penderaan fizikal dan penghinaan adalah perkara biasa. Berdasarkan banyak afidavit, tahanan melaporkan mereka tertakluk kepada tuduhan membunuh dan rogol sebelum disepak terajang.

Pengagihan Banduan

Penjara Israel terletak dalam 1,948 kilometer dari sempadan Israel. Terdapat empat pusat soal siasat dan 21 penjara khusus buat penduduk Palestin. Lokasi penjara atau pemindahan tahanan ke lokasi di dalam wilayah Israel adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, pelaku boleh dituduh melakukan jenayah perang.

Konvensyen Geneva Ke-4 menyatakan “orang terlindung yang dituduh melakukan kesalahan hendaklah ditahan di negara yang diduduki, dan jika sabit kesalahan, mereka hendaklah dihukum di dalamnya negaranya.” (Perkara 76).

Lawatan keluarga

Keluarga tahanan yang ingin melawat tahanan di Israel mesti mempunyai permit masuk ke Israel (kecuali bagi penduduk Baitulmuqaddis). Permit mengambil tempoh antara satu dan tiga bulan untuk mendapatkannya tetapi hanya sah untuk tiga bulan.

Permohonan permit dikemukakan melalui ICRC dan dipindahkan kepada pihak Israel. Lelaki berusia 16 hingga 45 tahun dilarang mendapatkan permit termasuk beratus keluarga atas faktor keselamatan.

Bagi yang dibenarkan melakukan lawatan, tempoh dibenarkan adalah sekali setiap dua minggu iaitu selama 45 minit. Mereka dipisahkan dengan tingkap kaca dan berbual hanya melalui telefon. Hanya tiga orang ahli keluarga dibenarkan untuk melawat tahanan pada satu-satu masa.

Sejak Jun 2007, pihak berkuasa Israel meletakkan larangan jumlah lawatan oleh ahli keluarga dari Gaza. Pengharaman ini memberi kesan kepada kira-kira 1,000 banduan dan keluarga mereka.

Keadaan penjara

Tahanan ditempatkan di penjara penuh sesak dengan keperluan terhad dan kotor. Pihak Berkuasa Penjara Israel (IPS) hanya menyediakan produk kebersihan dengan jumlah terhad. Tahanan melaporkan, IPS hanya menyediakan setengah liter cecair pembersihan lantai.

Mereka juga melaporkan makanan disediakan tidak mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti. Kebanyakan banduan terpaksa membeli makanan sendiri dari kantin. Ada juga yang terpaksa berlapar kerana tidak dapat makanan dan tidak mampu membeli makanan.

Penjagaan kesihatan

Terdapat klinik dengan seorang jururawat di semua penjara Israel. Doktor datang ke klinik sekali atau dua kali seminggu tidak lebih daripada empat jam. Selepas itu mereka meninggalkan penjara dan banduan yang sakit tidak dirawat sehingga minggu berikutnya.

Jika tahanan memerlukan rawatan lanjut, doktor penjara akan merujuk pesakit ke hospital Penjara Ar-Ramleh. Jika pesakit perlu menjalani pembedahan mereka terpaksa menunggu giliran yang mengambil masa hingga beberapa bulan sekali gus menyebabkan komplikasi teruk lalu meninggal dunia.

Ubat tahan sakit diberikan kepada semua jenis penyakit. Pentadbiran penjara melarang akses ubat dari luar penjara, sama ada dari keluarga atau organisasi Palestin. Kebanyakan tahanan menghidapi penyakit kulit, keletihan, masalah buah pinggang dan ulser.

Pendidikan

Tahanan boleh menerima buku melalui ICRC dan keluarga ketika lawatan, tetapi jenis dan bilangan buku adalah terhad. Mereka hanya menerima akhbar dalam bahasa Arab, Ibrani atau Inggeris yang telah luput tarikh.

Tahanan Palestin dibenarkan melanjutkan pelajaran di Open University Israel. Tahanan dihalang menyertai program pengajian universiti Arab atas sebab-sebab keselamatan. Ramai tahanan gagal mendaftar di universiti-universiti Israel kerana sekatan kewangan dan bahasa.

Sunday, 3 March 2013

BERAKHIRNYA EMPAYAR UTHMANIAH



Hari ini 3 Mac 1924, Mustafa Kamal Atarturk mengadakan sidang khas Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau memutuskan semua hal yang berkaitan islam di Turki, menghapuskan sistem Khalifah Islam, mengusir Sultan, keluarganya, penyokongnya keluar dari Turki. Harta-harta mereka juga dirampas disamping menukar undang-undang Islam dengan undang-undang barat. Cadangan itu disokong sebulat suara oleh perwakilan.

Kemudian barulah rakyat Turki sedar betapa jahatnya manusia bernama Mustafa Kamal Atarturk. Rasa kasih dan sayang bertukar kebencian. Tetapi semuanya sudah terlambat, Mustafa Kamal Atarturk berkuasa sepenuhnya.

Friday, 15 February 2013

. sebahagian cerita duka penduduk Gazza mengharungi kekejaman Israel

Tuan rumah yg ranap ini bercerita, saat ia menerima panggilan yg mengejutkan dari tentera Israel, agar ia dan seluruh keluarganya keluar dari rumah segera, kerana seketika lagi rumahnya dan jiran sebelah akan di tembak oleh fighter Israel, saat itu malam yang gelap, ia berkejaran ke rumah jiran sebelah agar secepat mungkin keluar dari rumahnya, ia menjadi sasaran Israel pada mlm itu, sayangnya ia terlambat, jirannya selamat namun 3 anaknya dan suaminya tersungkur syahid dlm runtuhan rumahnya yg sekelip mata sahaja di ranapkan oleh serangan peluru berpandu israel itu... sebahagian cerita duka penduduk Gazza mengharungi kekejaman Israel

Friday, 1 February 2013

palestin

We dreamed of a honeymoon on a tropical beach.... This couple had their honeymoon on the front lines of Syria!!

This is an absolutely beautiful story. Nour al Hassan was a former hair stylist and the daughter of a Syrian Minister, her family were proud supporters of Assad to which she strongly opposed. She used to be active on social media exposing the regime's atrocities. Once her father and brother found out, they beat her to the point she woke up in hospital.

Mahmoud Al Halabi, a former Syrian prisoner, then came and helped her escape from her family. He taught her how to defend herself and soon after she her self chose to fight for her people!!

One day on the battlefield Mahmoud was injured, Nour then came running and dragged him from the line of fire, when no other rebel in the battalion would have dared to do so. This is when Mahmoud realised she was the right person for him to marry and they married immediately after.

ALLAHUAKBAR, what a beautiful story!!

May Allah bless your marriage!! You are a beautiful couple, sacrificing your lives for the safety of your people  !!
 —

Friday, 23 November 2012

Sebab Zionis Membunuh Kanak-Kanak Palestin


Wednesday, November 21, 2012 | comments


PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?

Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.


“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan solat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Thursday, 22 November 2012

Al Fatihah

Semenjak 8 hari yg lalu bapanya terlalu sibuk dan tak sempat bermain dengan anak kecil ini, Muhammad Naim, memandangkan bapanya seorang doktor di Hospital Shifa' di Gazza, namun hari ini bapanya menyambutnya di hospital sebagai shuhada' setelah di bunuh oleh Israel yg telah membunuhnya dgn tembakkan yg tak berperi kemanusiaan..Al Fatihah

Tuesday, 20 November 2012

HAMAS tembak Mati 6 pemuda Palestin yang menjadi tali barut Israel


at Tuesday, November 20, 2012

Gaza - Enam orang pemuda bertopeng ditembak mati di depan orang awam di perempatan Bandar Gaza hari Selasa 20/11 semalam. Para saksi mengatakan keenam orang yang dihukum mati di depan warga tersebut adalah mata-mata yang bekerja untuk Israel.

Seperti dilaporkan Associated Press (AP), kerumunan besar masyarakat mengerumuni keenam jenazah yang berlumuran darah itu setelah mereka ditembak mati.

Beberapa masyarakat menendang dan meludah mayat para informan Israel tersebut. Keenam mayat itu kemudian diikat pada sebuah basikal motor dan diseret melewati jalanan Gaza, sementara warga Gaza meneriaki "Mata-mata!, Mata-mata!".

Sayap tentera HAMAS Izzudin Al Qassam mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan mati enam orang yang mereka tuding mata-mata itu. HAMAS menyatakan keenam orang itu dibunuh kerana memberikan maklumat kepada Israel tentang lokasi roket-roket dan lokasi para pejuang HAMAS.

Hukuman mati terhadap enam mata-mata Israel ini dilakukan HAMAS disaat serangan Zionis terhadap wilayah Gaza terus dilakukan.

Keenam orang itu ditembak mati pada Selasa petang semalam di perempatan jalan di persekitaran Sheikh Radwan Kota Gaza.

Saksi mengatakan, sebuah kereta jenis minibus berhenti di suatu tempat, kemudian empat lelaki bertopeng mendorong enam orang mata-mata keluar dari kereta. Salim Mahmud 18 (saksi) mengatakan kepada AP, para lelaki bertopeng mengarahkan enam mata-mata itu meniarap di tengah jalan, dan kemudian mereka ditembak mati.

Menurut warga Gaza, seharusnya keenam mata-mata itu dibunuh dengan cara yang lebih keji daripada hanya ditembak mati saja. "Mereka seharusnya dibunuh dengan lebih kejam, sehingga yang lain tidak berfikir untuk berani bekerja untuk penjajah (Israel)."

Salah satu mayat diseret dengan motosikal melewati jalan-jalan menuju ke sebuah rumah mangsa serangan Israel yang sedang bersedih.
 

Shbt kita di GAZA diserang bertalu2, doakan smga Allah memberi kemenangan kpd mreka....Allahuakbarr !!

Monday, 19 November 2012

Al-Qossam Tembak Jatuh Apace Israel di Utara Gaza


[ 19/11/2012 - 01:22 ]
Sejumlah sumber menyebutkan, brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Hamas berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace milik tentara Zionis di sebelah utara Gaza.
Dalam laporan resminya, Al-Qossam mengumumkan, tentaranya berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace Zionis dan menampilkan video serangan tersebut. Ia menegaskan, pihaknya akan terus melansir dan menyebarkan video tentang rincian operasi specktakuler mereka, seperti penembakan terhadap dua pesawat Zionis sebelumnya, ungkapnya.
Sebelumnya, pesawat tempur Israel jatuh di kota Khanyunis, beberapa saat setelah kejahatan mereka membantai warga Palestina di Gaza hingga 11 orang dari satu keluarga gugur syahid.
Dalam beberapa hari kemarin Al-Qossam berhasil menembak jatuh pesawat tempur Zionis, saat a terbang berputar-putar di atas langit Gaza. Al-Qossam juga melansir video saat operasi penembakan itu terjadi. Ketika pesawat F 16 ditembak jatuh dengan doket World udara. Pesawat langsung jatuh dari udara.
Kredit kepada infopalestina

Netanyahu Terkejut dengan Kemampuan Palestin


at Monday, November 19, 2012

Ketua Biro Politik gerakan Hamas Palestin Khalid Mashaal berkata, Israel sangat terkejut dengan kemampuan ketenteraan Palestin setelah membalas serangan Israel di Gaza.

Kata beliau, penentangan Palestin siap menghadapi serangan dalam semua keadaan.

"Serangan darat Rejim Zionis di Gaza tidak mungkin dilakukan, namun semua pilihan mungkin saja terjadi, namun demikian, Perlawanan siap menghadapi segala kemungkinan ini," kata Mashaal dalam sebuah sidang akhbar di Kaherah, Isnin, 19/11/12 semalam.

Dia juga menangani kekuatan tentera Israel dan mengatakan bahawa Netanyahu dan tentera Israel sangat terkejut dan sangat kebingunan dengan kemampuan ketenteraan Palestin sekarang ini setelah melihat balasan kuat dari Palestin.

"Jelas itu adalah kami dan bukan mereka yang mengejutkan musuh," kata Mashaal.

"Netanyahu ingin memperbaiki kekuatan perisai peluru berpandu Israel dan menghancurkan prasarana penentangan Palestin, namun ia gagal berbuat demikian," tambahnya.

"Kami yakin bahawa kami mempunyai semangat kerja yang tinggi di medan perang, dan semua orang di Gaza adalah satu jiwa dalam satu tubuh," tandanya lagi.
 

Monday, 27 August 2012

Israel zalim

An Israeli Scum holds a Palestinian girl back as she cries following the arrest of her mother during a demonstration in the West Bank village of Nabi Saleh in protest against the confiscation of Palestinian land to expand the nearby Jewish settlement of Halamish on August 24, 2012. 
The weekly demonstrations in Nabi Saleh began at the end of 2009, following a years-long legal battle with residents of Halamish settlement who in 2001 seized around 240 acres (100 hectares) of the villagers' land.

Monday, 18 June 2012

palestin teraniaya

18 Jun 2012 - BEIRUT, (PIC)-- Pergerakan Hamas berkata dalam laporan terbaru bahawa Israil berterusan dalam aktiviti penempatan dan meyahudikan wilayah pendudukan Palestin tanpa sebarang pencegahan atau mengambil kira kecaman dan resolusi antarabangsa.

Laporan tersebut yang meliputi tempoh dari 16 Mei hingga 15 Jun berkata pihak berkuasa pendudukan Israil (IOA) meningkatkan aktiviti penempatannya selepas mereka baru-baru ini meluluskan undang-undang yang menggalakkan perluasan penempatan.

Laporan tersebut menyatakan IOA turut menambah jumlah perkuburan palsu Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsa dan Bandar lama Baitulmaqdis bertujuan untuk meyahudikan identiti Arab di Bandar tersebut dan memalsukan sejarahnya.

Laporan itu menyatakan, sewaktu dalam tempoh laporan IOA mengeluarkan lebih daripada 13,000 perintah pemusnahan terhadap rumah warga Palestin dan hartanah dengan alasan pembinaan tanpa lesen dalam wilayah pendudukan.

Laporan itu juga menyebut tentang serangan pendatang Yahudi terhadap penduduk palestin dan harta mereka serta menegaskan kenyataan dan laporan Israil tentang pendudukan dan aktiviti yahudisasi mereka.

Sumber: Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Wednesday, 19 October 2011

477 pejuang Hamas selamat dibebaskan

Freed Palestinian prisoners



Seramai 477 tahanan Palestin peringkat pertama dibebaskan dan berjaya memasuki Semenanjung Gaza dengan selamat mengikut perjanjian pertukaran 1,000 banduan negara itu dengan seorang askar rejim Zionis, semalam.

Kesemua mereka dibebaskan selepas Gilad Schalit, 25, yang ditahan pejuang Hamas dalam satu pertempuran di sempadan Gaza, pada 2006 dihantar ke Mesir.

Sementara itu, baki lebih 500 tahanan akan dibebaskan dalam tempoh dua bulan berdasarkan perjanjian yang ditandatangani kerajaan Hamas dan Israel, baru-baru ini.

Saksi mendakwa mereka melihat konvoi pertama yang membawa tahanan Palestin dan ia dikawal secara ketat oleh pihak berkuasa merentasi sempadan Mesir sejurus sahaja Schalit tiba di Israel.

Konvoi pertama tersebut turut membawa tahanan wanita yang diiringi pasukan keselamatan dari Mesir.

Kesemua kawasan sempadan ditutup dan diisytiharkan sebagai zon bebas tentera untuk memastikan keselamatan konvoi yang membawa tahanan dibebaskan itu.

Kelmarin, Mahkamah Israel menolak empat petisyen yang cuba menghalang usaha penukaran antara tahanan Palestin dan askar Yahudi tersebut serta menegaskan mereka tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam dasar yang telah ditentukan kerajaan. 

Saturday, 9 October 2010

2 Penduduk Hebron Dilanggar

Imej9 Oktober 2010 - Pengarah persatuan "Ir David", David Parry, aktivis sayap kanan, melanggar dua kanak-kanak penduduk Palestin selepas solat Jumaat di Silwan dengan alasan mereka cuba melemparkan batu ke arah keretanya.
Diberitakan kanak-kanak tersebut hanya mengalami luka ringan dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Jawad Siyam, Pengarah Pusat Maklumat Wadi Helwah, Silwan, selepas solat Jumaat sekumpulan kanak-kanak menuju ke arah pendatang Yahudi yang berhampiran sebelum mereka dilanggar.

Pendatang Yahudi memecut lari setelah mendapati penduduk Palestin dikawasan tersebut begitu marah dengan keadaan tersebut.