Thursday, 22 January 2015

Lelaki Palestin tikam penumpang bas di Tel Aviv


ANGGOTA perubatan Israel membawa seorang lelaki Palestin yang cedera ditembak selepas menikam sekurang-kurangnya 12 penumpang dalam serangan di Tel Aviv semalam.


TEL AVIV – Seorang lelaki Palestin bersenjatakan pisau menyerang penumpang sebuah bas di sini semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera sebelum dia ditembak oleh seorang pengawal penjara, kata polis Israel.
Serangan itu adalah yang pertama di bandar raya ini sejak pertengahan November tahun lalu apabila seorang askar Yahudi mati ditikam oleh seorang penduduk Palestin.
“Seramai 12 orang cedera dalam serangan ini termasuk tiga parah,” kata sumber hospital.
“Lelaki itu berulang kali menikam pemandu bas tetapi mangsa melawan sebelum penyerang berlari keluar. Suspek ditembak oleh pengawal penjara berkenaan yang kebetulan melalui tempat kejadian,” kata polis dalam satu kenyataan.
Penyerang yang ditembak di kaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk siasatan lanjut dan bagi mendapatkan rawatan.
Polis Israel mengenal pasti penyerang sebagai pemuda Palestin berusia 23 tahun dari Tulkarem, Tebing Barat yang tinggal secara haram di Israel.
Bercakap kepada stesen radio tentera, pengawal penjara itu yang dikenali sebagai Benny menceritakan kejadian tersebut.
“Kami melihat bas itu melencong dan berhenti di sebuah lampu isyarat.
“Tiba-tiba, kami melihat penumpang berlari keluar sambil menjerit meminta tolong. Kami bergegas keluar dari kereta, saya dan tiga yang lain mula mengejar penyerang tersebut.
“Pada mulanya kami melepaskan tembakan ke udara, kemudian kami menembak kakinya,” kata Benny.
“Penyerang itu rebah, kami menggari dan menyerahkannya kepada polis,” tambah pengawal penjara berkenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3PVKiBPNy 
Hakcipta terpelihara 

Badan hak asasi gesa Israel bekerjasama dengan ICC

Seorang lelaki  Yahudi diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas
Seorang lelaki Yahudi diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas dia cedera ditikam seorang remaja Palestin di Tel Aviv, semalam. –AFP
BERLIN 21 Jan. – Pegawai tertinggi Hak Asasi Manusia Jerman, menggesa Israel supaya bekerjasama de­ngan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah perang di Palestin.
Menurut portal berita Arab News, kerajaan Israel minggu lalu, mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan ICC di The Hague dan menggesa dana bantuan tahunan yang diberikan kepada Palestin dipotong.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Jerman, Christoph Straesser dalam satu temu bual semalam berkata, tindakan yang dilakukan Israel adalah tidak produktif.
“Israel telah melancarkan siasatan sendiri dan saya berpendapat Israel perlu kerjasama dengan ICC,” ujar Straesser.
Sementara itu, penduduk Arab Israel, melancarkan bantahan di se­­luruh wilayah itu, berikutan ke­ma­tian seorang lelaki keturunan Badwi, minggu ini.
Polis Israel berkata, banyak kedai ditutup dan pihaknya melakukan serbuan di bandar Rahat ketika penduduk menyertai bantahan dan melemparkan batu dan bom ke arah anggota pasukan keselamatan.
Dalam kejadian berasingan di bandar Tel Aviv, seorang remaja Palestin mengamuk dan menikam sekurang-kurangnya 12 penum­pang di dalam sebuah bas.
Suspek yang berusia 23 tahun dari bandar Tulkarem, Tebing Ba­rat itu kemudian ditembak oleh seorang pegawai yang melalui kawasan tersebut.
“Polis menahan suspek sebelum dihantar ke hospital dan akan menyiasat kes tersebut,” ujar juru­cakap polis, Luba Samri. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/badan-hak-asasi-gesa-israel-bekerjasama-dengan-icc-1.50735#sthash.tVx4fIE5.dpuf

Wednesday, 21 January 2015

Kereta Pegawai Keselamatan Hamas Dibom


Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 6:16 PM
Polis Hamas cuba meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan berikutan insiden serangan terhadap pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris. Foto AFP

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Sebuah kereta milik seorang pegawai keselamatan Hamas musnah akibat letupan bom di Gaza pada malam Isnin, kata kementerian dalam negeri pada Selasa.
"Letupan sebuah bom buatan sendiri memusnahkan kereta milik seorang pegawai keselamatan yang diletakkan di hadapan kediamannya di Gaza City. Tiada kematian atau kecederaab dilaporkan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Iyad al-Buzim dalam satu kenyataan.
Beberapa saksi berkata, kereta tersebut milik Helmi Khalaf, seorang pengurus kewangan dan pentadbiran keselamatan Hamas.
Bagaimanapun tidak dipastikan mereka yang melakukan serangan itu.
Kejadian itu berlaku selepas polis Hamas pada Isnin menahan sejumlah penunjuk perasaan yang cuba untuk melakukan kekecohan di pusat budaya Perancis di Gaza Citu, sehingga mengancam kakitangan dan melaungkan slogan terhadap insiden serangan terhadap pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris, baru-baru ini. - AFP

1.7 juta Arab Israel mogok

Baitulmuqaddis: Pemimpin 1.7 juta masyarakat Arab Israel semalam mengisytiharkan mogok di seluruh negara sebagai membantah kematian dua lelaki Badwi yang ditembak polis rejim Zionis.
Bekas anggota Parlimen Taleb al-Sana yang juga pengerusi penaung pertubuhan Arab Israel berkata, sekolah dan premis perniagaan ditutup dari Galilee di utara hingga ke padang pasir Negev di selatan.
“Mogok umum dilancarkan hari ini (semalam) untuk menyampaikan mesej bahawa seluruh masyarakat Arab membantah sekeras-kerasnya pembunuhan dua warga Israel yang kesalahan mereka kerana berketurunan Arab,” kata Taleb ketika diwawancara radio tentera Israel.
Sami al-Jaar mati akibat kecederaan selepas ditembak minggu lalu dalam di Rahat, bandar di Negev.
Polis Israel sudah mula menyiasat kes itu untuk menentukan sama ada anggotanya atau penduduk di bandar itu yang melepaskan tembakan.
Seorang lagi mangsa, Sami al-Zayadna, 47, meninggal dunia kerana sesak nafas apabila polis Israel melepaskan gas pemedih mata ketika upacara pengebumian al-Jaar Ahad lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:07 AM


WANITA Badwi Arab Israel mengibarkan bendera Islam ketika menunjuk perasaan membantah pembunuhan Sami al Zayadna di bandar Rahat, semalam. ,
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25183#sthash.5L3kqN2A.dpuf

Israel bimbang tindak balas

Baitulmaqdis
Israel kini dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan daripada Hizbullah berikutan serangan udara terhadap pejuang kumpulan itu di Syria.
Pegawai pertahanan Israel berkata, negara itu meningkatkan penggunaan sistem keselamatan ‘Iron Dome’ bagi pertahanan antipeluru berpandu udara di kawasan utara yang bersempadan dengan Lubnan serta Syria.
Israel turut mengukuhkan aktiviti penmantauan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Kabinet Keselamatan Israel dijadualkan membincangkan kemungkinan berlaku pertempuran.
Hizbullah mendakwa Israel melakukan serangan udara Ahad lalu di sebelah Bukit Golan yang dikuasai Syria, menyebabkan kematian seorang pejuang kanan kumpulan itu, seorang jeneral kanan Iran dan lima lagi anggotanya.
Israel tidak menafikan atau mengakui pembabitannya dalam serangan itu.
Pejuang Hizbullah yang terbunuh - Jihad Mughniyeh - juga anak Imad Mughniyeh, anggota kanan kumpulan itu, orang yang bertanggungjawab membina infrastruktur operasi ketenteraan pertubuhan berkenaan.
Imad yang dianggap orang kedua terpenting Hizbullah terbunuh di Damsyik pada 2008 dalam serangan bom yang didakwa dilakukan agensi risikan Israel, Mossad.
Sementara itu, pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah dalam satu temubual minggu lalu berkata, kumpulan itu berhak membalas semua serangan Israel ke atasnya, termasuk pembunuhan Imad.
Sejak konflik di Syria bermula pada Mac 2011, Israel didakwa melakukan beberapa serangan udara di negara itu yang menyasarkan sistem persenjataan canggih, termasuk buatan Russia serta Iran.
Kali terakhir serangan seumpama itu dilakukan rejim itu ialah pada awal Disember berhampiran lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan sebuah pekan berhampiran sempadan Syria-Lubnan.
Israel bagaimanapun tidak pernah mengulas sama ada ia terbabit dalam serangan berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:09 AM


JENAZAH Ghazi Ali Dawi, antara enam pejuang Hizbullah yang terbunuh dalam serangan Israel berhampiran Quneitra di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Syria, diusung untuk dikebumikan di Kampung Khiam, selatan Lubnan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25188#sthash.4QjWAmHQ.dpuf

AS ugut potong bantuan Palestin





BAITULMUQADDIS – Seorang senator kanan daripada parti Republikan, Lindsey Graham memberi amaran kelmarin bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin menarik balik bantuan tahunan kepada Palestin jika wilayah berkenaan memfailkan saman terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Pemimpin Palestin sebelum ini merancang memfailkan saman tersebut selepas diterima menyertai ICC pada bulan ini walaupun mendapat bantahan keras dari AS dan Israel.
Graham yang merupakan salah seorang daripada tujuh anggota senator yang menyertai delegasi lawatan ke Israel, Arab Saudi dan Qatar berkata, AS sedia memotong bantuan kepada Palestin jika mereka memfailkan aduan terhadap Israel.
Dalam satu sidang akhbar di sini, Graham menganggap rancangan Palestin itu sebagai mencemarkan peranan ICC dan berbentuk serangan.
“Kami akan menentang keras bagi menunjukkan kami tidak bersetuju dengan usaha Palestin ini.
“Undang-undang juga menyatakan bahawa kami perlu menghentikan bantuan ini jika mereka membawa kes berkenaan ke ICC,” katanya.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama sebelum ini menyatakan, Palestin bukan sebuah negara yang merdeka dan atas faktor itu mereka tidak layak menganggotai ICC.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengesahkan Palestin secara rasmi menjadi anggota ICC pada 1 April ini.
AS sebelum ini menyalurkan bantuan wang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion) setahun kepada pihak berkuasa Palestin.
Sekiranya AS menghentikan bantuan berkenaan pentadbiran Palestin di Tebing Barat dan Gaza kemungkinan lumpuh.
Israel juga sudah membekukan keuntungan cukai berjumlah AS$120 juta (RM433 juta) yang disalurkan setiap bulan kepada pihak berkuasa Palestin. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3PPQieg00 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 20 January 2015

Enam pejuang Hizbullah maut dibedil roket Israel


20 Januari 2015


BEIRUT - LUBNAN. Sekurang-kurangnya enam pejuang Hizbullah termasuk anak lelaki komander kanan, Imad Mughniyeh terbunuh dalam serangan udara dilancarkan rejim Zionis berhampiran Quneitra di Bukit Golan, kelmarin.

Media AFP melaporkan kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakukan peninjauan di perkampungan Mazraat Amal.

Jurucakap tentera Israel memaklumkan roket tersebut dibedil kononnya sebagai langkah berjaga-jaga selepas gerakan itu didakwa merancang untuk menyerang Tel Aviv. 

Penjajah "Israel" menahan 9 warga Palestina di Tepi Barat


Selasa, 30 Rabiul Awwal 1436 H / 20 Januari 2015 18:40
Penjajah "Israel" menahan 9 warga Palestina di Tepi Barat
Pasukan "Israel" menahan pemuda Palestina
 
PALESTINA (Arrahmah.com) – Tentara penjajah “Israel” menahan sembilan warga Palestina di beberapa bagian Tepi Barat yang diduduki pada Selasa (20/1/2015) dini hari, menurut saksi mata dan LSM lokal, sebagaimana dilansir WB.
Pasukan tentara “Israel” menahan delapan warga Palestina darI kota-kota Tepi Barat dekat kota Hebron dan Tulkarm, menurut Perhimpunan Tahanan Palestina.
Seorang pria Palestina lainnya ditahan di dekat Ramallah, kata saksi mata kepada Anadolu Agency.
Pemerintah “Israel” tidak memberikan penjelasan mengenai penahanan ini.
Pasukan “Israel” secara rutin melakukan serangan penahanan yang menargetkan warga Palestina di Tepi Barat yang diduduki.
Lebih dari 7.000 warga Palestina saat ini mendekam di penjara-penjara di seluruh “Israel”, menurut pemerintah Palestina.
(banan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/01/20/penjajah-israel-menahan-9-warga-palestina-di-tepi-barat.html#sthash.SPhUXTC2.dpuf

Pasukan "Israel" menyerang dan menahan remaja Palestina di Yerusalem


Selasa, 30 Rabiul Awwal 1436 H / 20 Januari 2015 20:45
Pasukan "Israel" menyerang dan menahan remaja Palestina di Yerusalem
Penjajah "Israel" menangkap remaja Palestina
 
PALESTINA (Arrahmah.com) – Pasukan penjajah “Israel” pada Senin (19/1/2015) menyerang dan menahan seorang remaja Palestina di lingkungan Silwan Yerusalem Timur, ungkap pusat informasi lokal, seperti dilansir Ma’an.
Direktur Pusat Informasi Wadi Hilweh mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa pasukan “Israel” menyerang Muhammad Jamal Ghaith (16) di depan rumahnya.
Pasukan [Israel] menggunakan gagang senapan mereka untuk memukul kepala Ghaith, menurut pernyataan itu.
Mereka juga menyemprot semprotan merica kepada Ghaith, ibunya, dan pamannya.
Ghaith dibawa ke kantor polisi “Israel” di jalan Salah Al-Din dan kemudian ke rumah sakit Hadassa untuk menerima perawatan.
Dia menerima sejumlah jahitan untuk luka dalam yang dia derita di kepalanya akibat serangan itu, pernyataan tersebut menambahkan.
Penjajah “Israel” menduduki Yerusalem Timur pada tahun 1967 dan kemudian mencaploknya dalam sebuah langkah yang tidak pernah diakui dunia internasional.
(banan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/01/20/pasukan-israel-menyerang-dan-menahan-remaja-palestina-di-yerusalem.html#sthash.ettp1pqD.dpuf

Polisi zionis "Israel" menahan Muslimah Palestina di Al-Aqsa


Selasa, 30 Rabiul Awwal 1436 H / 20 Januari 2015 21:05
Polisi zionis "Israel" menahan Muslimah Palestina di Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa
 
PALESTINA (Arrahmah.com) – Polisi zionis “Israel” menahan seorang Muslimah Palestina pada Senin (19/1/2015) saat ia akan meninggalkan kompleks Masjid Al-Aqsa, lapor Ma’an.
Saksi mengatakan bahwa polisi “Israel” menahan Hiba Al-Husseini saat ia akan meninggalkan kompleks Masjid Al-Aqsa dari Gerbang Cotton dan membawanya ke kantor polisi untuk diinterogasi.
Tentara “Israel” juga menyerang sekelompok muslimah saat mereka berada di kompleks masjid sementara sekelompok pemukim Yahudi “Israel” melakukan tur keliling di sana.
Saksi mengatakan bahwa polisi pengecut “Israel” bahkan mendorong seorang wanita sambil mengumpat padanya.
Kompleks Al-Aqsa merupakan tempat di mana Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu berada.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam. Sementara orang-orang Yahudi mengklaim tempat itu sebagai situs suci Yudaisme di mana mereka meyakini bahwa di sana Kuil Pertama dan Kedua Yahudi pernah berdiri. Kuil Kedua dihancurkan oleh bangsa Romawi pada tahun 70 Masehi.
Menurut pemimpin agama Yahudi, orang-orang Yahudi dilarang masuk karena takut mereka akan melanggar kekudusan “Yang Maha Kudus”. Namun, beberapa kelompok Zionis menginginkan penghancuran masjid saat ini di situs tersebut dalam rangka untuk membangun sebuah kuil ketiga.
Al-Aqsa yang terletak di Yerusalem Timur merupakan bagian dari wilayah Palestina yang diakui secara internasional yang telah diduduki oleh militer “Israel” sejak tahun 1967.
(banan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/01/20/polisi-zionis-israel-menahan-muslimah-palestina-di-al-aqsa-b.html#sthash.KrI0EZWz.dpuf

Mahkamah Israel arah penempatan haram Yahudi diroboh

AHAD, 18 JANUARI 2015 @ 11:17 PM

BAITULMAQDIS: Mahkamah agung Israel mengarahkan pihak berkuasa Israel meroboh salah satu penempatan haram Yahudi paling lama dan kontroversi di Tebing Barat. Khamis lalu, mahkamah berkata penempatan puncak bukit di Amona mesti dikosongkan dalam tempoh dua tahun. Amona dibina pada 1995 di atas tanah persendirian Palestin, tanpa persetujuan kerajaan Israel. Pada 2006, polis Israel memusnahkan sembilan rumah di kawasan itu, mencetuskan pertempuran berdarah antara penduduk dan penyokong yang menentang polis serta askar. Beberapa buah rumah masih tinggal. Kerajaan menghentikan kerja-kerja meroboh baki penempatan itu, walaupun selepas tarikh akhir mahkamah. Penduduk mendakwa mereka membeli tanah di lokasi penempatan haram itu, walaupun beberapa pemilik tanah Palestin berkata proses jual beli itu membabitkan penipuan. Palestin mahu menubuhkan negara di Tebing Barat yang diduduki Israel. - AP
TENTERA Israel berkawal di kawasan Jabaa, selatan bandar Tebing Barat. - Foto Reuters


Terpaksa pertahan diri


Insiden gambar selfie Ratu Cantik Lebanon, Israel

Saly GRE IGE (dua dari kiri) dikecam selepas bergambar dengan Ratu Cantik Israel, Daron Matalon (kir
SALY GREIGE (dua dari kiri) dikecam selepas bergambar dengan Ratu Cantik Israel, Daron Matalon (kiri sekali). – AGENSI
BEIRUT 19 Jan. - Peserta Miss Universe 2014 dari Lebanon, dikecam pengguna laman sosial di negaranya selepas gambar selfie dia bersama Ratu Cantik Israel dan beberapa peserta lain tersebar di Internet.
Akhbar tempatan, The Daily Star melaporkan, gambar itu memaparkan Saly Greige duduk bersama Ratu Cantik Israel, Daron Matalon; Ratu Cantik Jepun, Keiko Tsuji; dan Ratu Cantik Slovania, Urska Bracko.
Penyebaran gambar tersebut ternyata mengundang kemarahan penduduk Lebanon, sehingga ada diantara pengguna laman sosial menggesa supaya gelaran Greige dilucutkan kerana ‘berbaik-baik’ dengan musuh.
Sebarang bentuk hubungan dengan Israel adalah dilarang di Lebanon.
Keadaan itu menyebabkan gadis berusia 25 tahun tersebut terpaksa mempertahankan dirinya.
“Dari hari pertama lagi tiba di Miami, saya sangat berhati-hati agar tidak mengambil gambar bersama Ratu Israel, berbanding dia yang beberapa kali cuba mengambil gambar bersama saya,” kata Greige kepada The Daily Star.
Jelas Ratu Cantik Lebanon itu, Matalon tiba-tiba datang mengambil gambar mereka berempat menggunakan telefon pintarnya.
Matalon dalam reaksinya ber­kata, dia sedih dengan situasi itu.
Pada 2006, Israel dan kumpulan Hezbollah terlibat dalam pepera­ngan di Lebanon, mengorbankan lebih 1,200 orang keba­nyakannya kanak-kanak dan orang awam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/terpaksa-pertahan-diri-1.49778#sthash.4XRWM3Hf.dpuf

6 anggota Hezbollah maut serangan Israel


Jihad Mughniyeh
Jihad Mughniyeh
BUKIT GOLAN 19 Jan. – Sebanyak enam anggota pergerakan Hezbollah termasuk anak kepada komander, Imad Mughniyeh terkorban dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di sini, semalam.
Sumber keselamatan Israel berkata, serangan tersebut dilancarkan bagi menentang kegiatan ‘pengganas’ yang berlaku berhampiran Quneitra.
“Sekumpulan anggota pergerakan Hezbollah terkorban dalam serangan roket yang dilancarkan di Quneitra dan nama mangsa yang terkorban akan didedahkan dalam masa terdekat.
“Mereka terkorban ketika melakukan misi tinjauan di Kampung Mazraat Amal yang terletak dalam wilayah Quneitra,” lapor rangkaian televisyen Al-Manar.
Pergerakan Hezbollah dalam satu kenya­taan berkata, enam orang anggotanya terbunuh dalam serangan berkenaan antaranya seorang pemimpin tentera dan Jihad Mughniyeh, anak kepada bekas pemimpin Hezbollah yang terkorban dalam serangan bom kereta iaitu Imad Mughniyeh.
Sumber melaporkan, pe­mimpin tentera Hezbollah yang terkorban adalah komander, Mohammed Issa yang bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan di Syria dan Iraq.
Serangan berkenaan dilancarkan sehari selepas pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah mengancam untuk menyerang Israel selepas secara berterusan me­lancarkan serangan terhadap Sy­ria. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/6-anggota-hezbollah-maut-serangan-israel-1.49791#sthash.b5XfYvt0.dpuf