Gambar bertarikh 31 Disember lalu, menunjukkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kanan) menandatangani perjanjian antarabangsa di Tebing Barat di Ramallah. – REUTERS
NEW YORK 2 Jan. – Amerika Syarikat (AS) menentang sekeras-kerasnya tindakan Palestin mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana bimbang langkah itu akan menghalang rundingan damai dengan Israel.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jeffrey Rathke dalam kenyataannya berkata, permintaan Palestin itu memberi kesan buruk terhadap proses rundingan damai dengan rejim Zionis selain memusnahkan harapan rakyat negara itu untuk mengecapi keamanan.
Jelasnya, AS menyokong usaha Palestin untuk menjadi sebuah negara merdeka, tetapi sekutu kuat Washington, Israel menegaskan mereka tidak akan mengambil tindakan sehala sebelum mencapai perjanjian damai dengan Palestin.
“Washington benar-benar kecewa dengan tindakan Palestin memohon menjadi anggota ICC.
“Pendirian AS juga tidak berubah dan menentang sekeras-kerasnya tindakan itu yang menghakis kepercayaan dan mewujudkan keraguan tentang komitmen mereka untuk berunding,” kata beliau seperti yang dilaporkan portal berita Al Arabiya.
Semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengemukakan permohonan bagi pihak kerajaan pimpinan beliau untuk menjadi anggota 20 konvensyen antarabangsa termasuk ICC sebagai langkah mencapai sebuah negara berdaulat.
Selain itu, langkah Palestin turut membuka laluan untuk ICC menyemak kes jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis di Tebing Barat dan Genting Gaza sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Tindakan tersebut diambil hanya sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak satu resolusi untuk menggesa Israel menamatkan penjajahan di wilayah Palestin.
Mahmoud sebelum ini memberi amaran, beliau akan meneruskan kempen bagi Palestin menyertai pertubuhan antarabangsa sekiranya resolusi itu ditolak, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Israel.
![Berita | Majlis Keselamatan UN tolak resolusi Palestin.
Resolusi yang diajukan adalah Israel akan menghentikan pendudukan haramnya dan mengundur diri dari Tebing Barat pada 2017, telah ditolak oleh Majlis Keselamatan PBB.
Berikut adalah status undian tersebut:
Hanya 8 dari 15 yang mengatakan 'Ya'
China
Rusia
Perancis
Argentina
Chad
Chile
Jordan
Luxembourg
2 negara mengatakan 'Tidak'
Amerika Syarikat
Australia.
5 negara berkecuali
Lithuania
Nigeria
Rwanda
South Korea
Britain.
Duta Perancis di Amerika Syarikat, Francois Delattre berkata, "Usaha kita tidak akan berhenti di sini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha lagi sebelum semuanya terlambat".
Tahukah anda? Berapa undian yang diperlukan untuk resolusi tersebut diterima? 9 undian. Hanya satu undian sahaja lagi.
sumber: Al Jazeera, Middle East Eye
#aqsasyarif #ayp #savealquds #pray4eastcost [Ph]](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/s851x315/1458438_895008763856126_8961421261262894998_n.jpg?oh=c89295bf1712174db62792f733d9a2bc&oe=54F96EE1&__gda__=1425744527_7dc4c0dfcdd70759201b6f361e61ffc8)



