AFP - SEBAHAGIAN Ahli Parlimen dari parti sayap kiri Perancis memberi tepukan selepas Parlimen negara itu meluluskan usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara kelmarin.
|
PARIS – Parlimen Perancis kelmarin meluluskan usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan mendesak penyelesaian damai segera terhadap konflik di Timur Tengah berkenaan.
Seramai 339 Ahli Parlimen menyokong dan 151 lagi menentang usul itu yang dicadangkan sebagai salah satu cara bagi mencapai penyelesaian mutlak perbalahan antara Palestin dan Israel.
Kerajaan Perancis tidak terikat untuk mematuhi usul berkenaan tetapi dianggap sebagai sangat simbolik dan salah satu cara untuk memulakan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak yang tertangguh sebelum ini.
Undian serupa turut diluluskan di beberapa buah Parlimen di Eropah termasuk Britain, Sepanyol dan Sweden sekali gus mendapat kecaman keras daripada Israel.
Israel menganggap undian itu sebagai ‘langkah unilateral’ yang boleh mengancam rundingan damai di rantau berkenaan.
Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius ketika membahaskan usul tersebut berkata, Paris akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sekiranya usaha-usaha diplomatik masih gagal lagi.
Beliau juga mendesak satu penyelesaian berhubung konflik di Timur Tengah itu dalam tempoh dua tahun.
“Jika usaha ini gagal (diplomatik) dan jika usaha perbincangan terakhir berhubung penempatan semula turut gagal, Perancis terpaksa menjalankan tugasnya untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
“Kami tidak akan menangguhkan perkara itu dan bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.
Sehingga kini sebanyak 135 negara termasuklah Britain, Rusia, Poland, Argentina dan Brazil telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3KsexJKQz
Hakcipta terpelihara
![Keadaan semasa di negara haram Israel.
Penduduk haram Yahudi di Tebing Barat memegang placard "Death to Terrorists" dan "Do not hire enemies", perkataan yang digunakan untuk menggambarkan penduduk Arab Palestin di sana.
Suasana semakin tegang di antara penduduk Palestin dan penduduk haram Yahudi di Tebing Barat. Semoga kita mencontohi akhlak yang baik.
Jika Palestin menang? Apa yang perlu dibuat? Mari tonton video ini:
https://www.youtube.com/watch?v=adENyJGc7lA
sumber: Activestills.
#savealquds #selamatkanalquds #aqsasyarif #handsoffalaqsa [Ph]](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/s851x315/10346600_875582452465424_6669414782352670076_n.jpg?oh=e66ef6ddd2e7d7fb963b3882652a20df&oe=550EA59D&__gda__=1426898861_02a6a97e3bf92c4dc76051b3c9e5460a)


















