Tuesday, 26 August 2014

palestin

palestin

Elbasha Residential Tower in Gaza before and after the Israeli occupation forces airstrike yesterday, 26 August 2014.

Menara Elbasha Kediaman di Gaza sebelum dan selepas tentera Israel serangan udara semalam, 26 Ogos 2014.

palestin

Feeling happy he found his bike under the rubble of his family's house destroyed by an Israeli occupation forces airstrike, Gaza, Palestine, 26 August 2014.

Rasa gembira dia menjumpai basikalnya di bawah runtuhan rumah keluarganya yang dimusnahkan oleh tentera Israel dengan serangan udara, Gaza, Palestin, 26 Ogos 2014.
"Dont leave me"...This pic was take about 35 days ago in Alshifa Hospital in Gaza, the child survived but his whole family was killed by an Israeli occupation forces airstrike, 26 August 2014.

"Jangan tinggalkan saya" ... gambar ini telah diambil kira-kira 35 hari lalu di Hospital Alshifa di Gaza, kanak-kanak terselamat tetapi seluruh keluarganya dibunuh oleh tentera Israel serangan udara, 26 Ogos 2014.

palestin

The British film-maker Ken Loach wants an ‘absolute boycott of all the cultural happenings supported by the Israeli state’ and has labelled the US a ‘bully’ at the Sarajevo film festival, 26 August 2014.

British pembuat filem Ken Loach mahu satu 'boikot mutlak semua kejadian budaya disokong oleh kerajaan Israel dan telah dilabel Amerika Syarikat yang' membuli 'pada filem festival Sarajevo, 26 Ogos 2014.

palestin

Pengganas Palestin dibunuh oleh tentera Israel !!!!!!!!!!


Tiga saudara Judah keluarga yang terbunuh bersama-sama dengan ibu mereka Ahad lepas oleh pekerjaan serangan udara Israel menyamakan kedudukan rumah mereka di kawasan itu semasa mereka berada di dalam, 26 Ogos 2014.

palestin

palestin

palestin

palestin

kasi kencing sama dia

Amjadfarooq As's photo.

palestin

Dalam Israel terdesak cuba untuk mengaburkan kebenaran, 
17 wartawan Palestin yang telah dibunuh dalam tempoh kurang daripada 50 hari di Gaza oleh tentera Israel dan serangan udara serangan, 26 Ogos 2014.

palestin

Sebahagian daripada minit untuk kehidupan minit Palestin di Gaza, selamat tinggal yang kita cintai yang telah / dibunuh oleh tentera Israel untuk selama-lamanya ... bersedih dan selamat tinggal adiknya Osama yang terbunuh semalam oleh pasukan pendudukan Israel serangan udara, 26 Ogos 2014.

gaza

gaza

gaza

gaza

2 maut, 20 cedera serangan terbaru Israel di Gaza

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 9:32 AM
SEORANG penduduk melalui di atas runtuhan sebuah rumah yang musnah selepas dibedil dalam serangan udara Israel di Jebaliya, Semenanjung Gaza, semalam.
 

GAZA: Israel melancarkan serangan udara awal hari ini menyebabkan dua penduduk Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera selain memusnahkan pangsapuri dan bangunan pejabat.

Pegawai Palestin berkata, 70 keluarga tinggal dalam bangunan 13 tingkat itu yang turut menempatkan pejabat dan kompleks beli-belah.

Ratusan mereka yang tinggal di bangunan yang dibom tentera Israel itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan mereka selamat daripada bangunan yang hampir runtuh.

Pegawai Perubatan Palestin berkata, 2,125 orang yang kebanyakannya orang awam termasuk lebih 490 kanak-kanak terbunuh di Gaza sejak 8 Julai apabila Israel melancarkan serangan ofensif terhadap Gaza sebagai membalas serangan roket Hamas ke wilayahnya. - REUTERS

Israel teruskan serangan


PENDUDUK Palestin memerhati sebuah kenderaan yang ranap akibat terkena bedilan tentera Israel di Gaza, kelmarin. -REUTERS
GAZA CITY 25 Ogos - Sekurang-kurangnya 16 lagi penduduk Palestin terbunuh termasuk pegawai kewangan Hamas apabila Israel bertindak melancarkan lebih 30 serangan udara ke atas Gaza sejak tengah malam tadi.
Pasukan perubatan Palestin mengesahkan pegawai kewangan Hamas, Mohammed al-Ghul terbunuh dalam serangan itu ketika beliau sedang memandu di Gaza City.
Selain al-Ghul, enam kanak-kanak antara mangsa yang terkorban apabila tentera rejim Zionis meningkatkan serangan ke atas Gaza sebagai usaha menghapuskan Hamas, dengan serangan udara Israel tertumpu di kawasan utara Gaza.
Dengan angka terbaharu itu, jumlah korban penduduk Palestin dalam serangan Israel di Gaza meningkat kepada 2,112 orang, ketika ekonomi Gaza memerlukan masa lebih tiga tahun untuk pulih semula, ekoran kemusnahan teruk dalam sektor perindustrian, perladangan dan peningkatan kadar pengangguran.
Tiga penduduk Yahudi turut dilaporkan cedera apabila pejuang Palestin melepaskan tembakan di kawasan sempadan Israel-Gaza di Erez.
Menurut laporan portal BBC, lebih 360 kilang dilaporkan musnah atau rosak teruk dan beribu-ribu ekar tanah pertanian terjejas akibat serangan udara, bedilan meriam dan kereta kebal tentera rejim Zionis Israel sejak operasi ketenteraan dilancarkan ke atas Gaza bermula 8 Julai lalu.
Persekutuan Industri Palestin dalam laporannya menyebut, hampir 10 peratus kilang di Gaza tidak boleh beroperasi dan kebanyakan kilang terpaksa menghentikan operasi sepanjang konflik sehingga menyebabkan kerugian lebih AS$70 juta (RM210 juta).
Pertubuhan Pertanian dan Makan (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan, kira-kira 42,000 ekar tanaman mengalami kerosakan dan setengah daripada ternakan penduduk Gaza juga musnah.
Tambah FAO dalam kenyataannya, lebih sembilan peratus hasil tangkapan ikan terjejas sepanjang tempoh antara 9 Julai dan 10 Ogos lalu.
Penganalisis ekonomi yang beribu pejabat di Gaza, Omar Shaban berkata, anggaran awal kemusnahan ekonomi akibat perang di Gaza menunjukkan peningkatan tiga kali ganda berbanding konflik Hamas-Israel pada 2008-9.
"Malah kadar pengangguran dijangka meningkat sehingga 40 peratus akibat kemusnahan banyak kilang dan tempoh untuk ekonomi Gaza pulih semula bergantung kepada perjanjian gencatan senjata sama ada sekatan ditarik semula atau tidak," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_05/Israel-teruskan-serangan#ixzz3BTOjIoRF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rejim zionis musnah masjid sumbangan rakyat Malaysia


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza.

"Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza," tegas presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Katanya lagi, kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan pihaknya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sebelum ini sebuah musolla yang juga dibina oleh Mapim juga hancur sepenuhnya dibedil oleh rejim zionis Israel. Sebuah lagi masjid Mapim iaitu Masjid Nasr juga rosak dibom oleh rejim Israel.

Masjid Umar Abdul Aziz yang telah terbina setahun yang lalu merupakan salah sebuah dari 9 masjid yang telah dibina melalui kutipan dana oleh Mapimsejak 2010.

Sumbangan yang dikutip melalui kempen di seluruh negara adalah sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu membina semula Gaza bermula serangan pada 2008/2009. Dalam serangan rejim Israel ketika operasi 2008/2009 itu 32 masjid musnah sepenuhnya.

Masjid Umar Abdul Aziz merupakan masjid yang telah dimusnah dalam operasi Operation Cast Lead 2008/2009 oleh Israel.

Mapim telah didatangi oleh Persatuan Islam Bait Hanoun, Gaza dan memohon bantuan agar masjid ini dapat dibangunkan semula. Mereka memaklumkan bahawa masjid tersebut amat bersejarah dan sangat penting untuk komuniti di daerah Bait Hanoun.

Dengan persetujuan Mapim, akhirnya pembinaan semula masjid ini telah dimulakan dengan cara menawarkan kepada sebuah masjid di Malaysia untuk menjadi masjid kembar kepada Masjid Umar Abdul Aziz.

Sejak dari 2011, qaryah yang dipilih iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya bersama Mapim telah melancarkan  kutipan dana berjumlah RM1.9 juta dan masjid itu siap dibina dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Gaza Ir Ismail Haniyeh bersama dengan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Masjid Al-Falah Subang Jaya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir pada Mei 2013.

Masjid ini telah diumumkan sebagai yang tercantik di Gaza dan ia menjadi batu tanda kehadiran Malaysia di bumi Gaza.

Rakyat Palestin Gaza telah memberi perhormatan yang sangat tinggi kepada Malaysia hasil dari kejayaan Mapim mengambil inisiatif mengerakkan pembinaan masjid sehingga ia menjadi tali persaudaraan yang akrab antara masyarakat Malaysia dan Gaza.

Pemusnahan total akibat serangan 3 roket yang dilancarkan ke atas masjid tersebut telah menyebabkan Masjid Umar Abdul Aziz itu sekali terpaksa dibina semula dengan sumbangan umat Islam.

Mapim mengumumkan bahawa kami tidak akan membiarkan Israel membunuh semangat umat Islam untuk terus mempertahan dan membangunkan semula rumah Allah yang suci ini.

Kami berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami dan seluruh umat Islam untuk melancarkan pembangunan dan jihad melindungi masjid sehingga kehormatan masjid sebagai premis ibadat dipertahankan.

Mapim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun rejim Israel ini yang tidak boleh dibiarkan oleh masyarakat antarabangsa. Rejim Israel adalah jelas sebuah negara penjenayah dan perbuatannya yang melakukan jenayah perang ini tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

Kami menggesa kerajaan Malaysia tidak mendiamkan diri terhadap satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza sehingga sekarang  masuk hari ke-48.

Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil daya usaha yang lebih tegas dengan menyuarakan kutukan dan desakannya supaya agensi dunia tidak berdiam diri. Mendiamkan diri akan mengakibatkan pemusnahan yang lebih besar akan dilancarkan oleh Israel untuk menghancurkan banyak lagi masjid di Gaza.

Memusnahkan masjid-masjid di Gaza kini adalah agenda jahat rejim zionis Israel untuk melenyapkan syiar Islam dan cuba menghapuskan institusi agama yang merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam di wailayah tersebut.

OIC perlu bertindak kerana antara tujuan kewujudannya bermula 1969 adalah untuk menjaga kemuliaan dan kepentingan Islam dan umat Islam. Kewujudan OIC bertitik tolak dari peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa, sebab itu sebarang pengkhianatan terhadap masjid dimana sahaja hendakalah ditentang sekeras-kerasnya.

Adalah menjadi sangat memalukan ketika mana ratusan masjid di Gaza dibedil dan dimusnahkan.

Mapim menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

Iran mahu bekal senjata kepada Palestin


Tehran: Iran akan mempercepatkan proses membekalkan senjata kepada rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel mengintip negara itu dengan mengguna dron.

Perkara itu dinyatakan komander tentera Iran, Jeneral Amir Ali Hajizadeh dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi tentera negara itu.


“Kami akan mempercepatkan pemberian senjata kepada rakyat Palestin dan kami berhak bertindak balas,” katanya.

Iran yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel mengesahkan mereka membekalkan teknologi untuk membuat roket yang digunakan Hamas bagi menyerang Israel.


Amaran berkenaan dikeluarkan selepas tentera Iran menembak jatuh sebuah dron milik Israel di tapak pemprosesan uranium Natanz di tengah negara itu.


Israel sebelum ini sering mengancam menyerang loji nuklear Iran itu.

Menurut Amir, dron pengintip yang ditembak jatuh itu adalah jenis ‘Hermes’ yang mampu mengelak radar dan mampu terbang sejauh 800 kilometer.

“Cebisan dron berkenaan kini dianalisis untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Penduduk Gaza tolak tuntutan Israel


Gaza: Satu tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendapati, majoriti rakyat Gaza di wilayah ini menentang tuntutan Israel supaya pejuang Palestin meletak senjata.

Tinjauan yang dilakukan Pusat Kaji Selidik Palestin dengan membabitkan 1,000 warga Palestin di Gaza pada pada 14 hingga 19 Ogos itu menundjukkan, 93 peratus responden menolak tuntutan peletakan senjata seperti yang didesak rejim Zionis.


Israel selama ini menetapkan syarat itu sebelum bersedia untuk mengadakan gencatan senjata berpanjangan dan sekali gus menarik balik kepungannya ke atas Gaza.

Lebih 90 peratus rakyat Palestin percaya, tuntutan itu adalah helah bagi membolehkan Israel terus menyerang Gaza.


Manakala, 80 peratus menganggap sikap pro-Israel yang ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama adalah sesuatu yang negatif.


Sementara itu, 65 peratus responden berkata, mereka berpuas hati dengan peranan Mesir yang menjadi orang tengah rundingan damai antara rejim Yahudi itu dengan Palestin.

Kajian turut mendapati 88 peratus responden menyokong pelaksanaan gencatan senjata jangka panjang.

Pertempuran yang berlaku sejak 8 Julai lalu sudah meragut 2,120 nyawa rakyat Palestin yang hampir kesemuanya orang awam manakala 10,800 yang lain cedera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

8 lagi terbunuh


Sementara itu, penduduk Gaza berkata, mereka menerima mesej baru menerusi telefon bimbit dan talian darat yang mengingatkan bahawa Israel akan mensasarkan serangan ke atas rumah yang digunakan untuk melancarkan roket. 
Mesej berkenaan juga mengarahkan mereka keluar dari kawasan terbabit. 

Pesawat Israel sebelum ini mengebom empat rumah di bandar Beit Lahiya, berhampiran sempadan Israel, menyebabkan dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh.
Foto
KEPULAN asap menyelubungi ruang angkasa Gaza selepas serangan Israel, semalam.
Foto
AHLI keluarga remaja Palestin, Mohammed Al-Khodari, 17, yang terbunuh akibat kekejaman rejim Zionis kelmarin meratapi kematiannya sebelum dia dikebumikan, semalam.

Lima lagi penduduk Palestin juga mati dalam serangan Israel semalam, termasuk tiga lelaki yang berada dalam sebuah kereta.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, keganasan terbaru Israel seramai 2,122 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam, termasuk 400 kanak-kanak sejak Israel melancarkan serangan 8 Julai lalu. 

Turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis semalam ialah sebuah masjid di Beit Lahiya yang didakwa menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas. 

Sementara itu, Mesir mencadangkan gencatan senjata baru yang akan membuka pintu sempadan utama di wilayah Palestin yang terkepung itu. 

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam sekali lagi menegaskan, rejimnya tidak akan menghentikan serangan selagi ada roket yang dilancarkan dari Gaza terhadap wilayahnya. 

“Hamas takkan berjaya mengalahkan kita. Mereka akan menerima pengajaran hebat,” katanya dengan angkuh. 

Dia berkata demikian selepas tentera rejim itu memusnahkan sebuah bangunan kediaman 12 tingkat di Gaza. 

Namun awal semalam, rancangan mengenai pelan gencatan senjata baru tersebar dan bakal menyaksikan delegasi kedua-dua pihak kembali ke Kaherah bagi meyambung semula perbincangan untuk menamatkan keganasan Israel itu. 

Seorang jurucakap kumpulan Jihad Islam mengesahkan perkembangan itu. 

“Bagaimanapun, rundingan itu hanya akan berjaya untuk mewujudkan gencatan senjata sekiranya semua tuntutan Palestin supaya kepungan ke atas Gaza ditarik balik, dipenuhi,” katanya.-AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Palestin terima gencatan senjata

Seorang rakan mangsa cuba memberikan bantuan kecemasan selepas rakannya parah dalam serangan udara Israel di Beit Lahia. - Foto: AFP
Seorang rakan mangsa cuba memberikan bantuan kecemasan selepas rakannya parah dalam serangan udara Israel di Beit Lahia. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR . Palestin bersedia menerima cadangan gencatan senjata baharu tetapi ianya tidak mendapat maklum balas dari pihak Israel.

Agensi berita AFP dan Al Arabiya melaporkan, cadangan itu diterima bagi memberhentikan serangan bertali-arus Israel yang sehingga semalam mengorbankan lima lagi nyawa penduduk Palestin dan menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian melibatkan penduduk itu mencecah 2,125 orang sejak bulan lalu.

Pegawai kanan Palestin berkata, terdapat cadangan dari Mesir untuk wujudkan gencatan senjata sementara bagi yang membuka laluan sempadan untuk membolehkan bantuan dan bahan binaan masuk ke Gaza.

“Kami bersedia menerima cadangan ini tetapi sedang menunggu respons Israel,” katanya, menurut laporan Agensi.

Laporan turut memetik seorang pegawai Palestin sebagai berkata, Mesir mempelawa semua pihak untuk kembali ke Kaherah dalam tempoh 48 jam akan datang bagi mengadakan rundingan terbabit.

Terdahulu, agensi berita Palestin Ma’an melaporkan, seorang pegawai Jihad Islam, Khaled al-Batsh sebagai berkata,  gencatan senjata akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kelmarin, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran bahawa serangan itu dilanjutkan ke tahap maksimum sehingga misi Operasi Perlindungan Sempadan mencapai misi dan tidak akan ada lagi sebarang rundingan dengan Palestin.

Sementara itu, media Time of Israel melaporkan, gencatan senjata itu tidak dipersetujui mana-mana pegawai Palestin dan perkara itu mustahil berlaku kerana Israel sebelum ini, tidak akan menerima sebarang rundingan lagi.

Pegawai kewangan Hamas maut


26 Ogos 2014

BAITULMAQDIS - Seorang pegawai kewangan kanan Hamas terbunuh di Genting Gaza sekali gus menjadikan ia pembunuhan keempat melibatkan pemimpin kumpulan itu, sejak minggu lalu.

Jurucakap kumpulan memaklumkan, pesawat Israel dengan sengaja menyasarkan serangan terhadap Mohamed Al-Qul yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap semua transaksi kewangan dana Hamas.

Sementara itu, tentera Israel membedil sebuah bangunan kerajaan tujuh tingkat dan merosakkan puluhan kediaman di kawasan sekitarnya, kelmarin.

Bangunan Zourob di tengah bandar Rafah itu turut menempatkan kedai komersial dan pejabat kerajaan milik Kementerian Dalam Negeri Palestin, dipetik dari laporan Time of Israel.

Tali barut Israel serah diri


26 Ogos 2014


GENTING GAZA - PALESTIN . Beberapa tali barut Israel menyerah diri selepas tentera Hamas menggiatkan pemburuan terhadap kumpulan terbabit.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, sejurus pelaksanaan hukuman mati terhadap 18 tali barut Israel dilaksanakan Jumaat lalu, sekumpulan individu yang mengaku menyalurkan maklumat kepada Israel tampil menyerahkan diri.

"Kami sarankan sesiapa yang terlibat sebagai pemberi maklumat kepada Israel segera menyerah diri bagi mengelakkan mereka ditahan lalu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, mereka masih diberi peluang berbuat demikian termasuk untuk bertaubat.

"Pihak kami tidak akan mendedahkan identiti mereka dan berjanji untuk memberi perlindungan bagi memastikan nyawa dan keluarga mereka tidak terancam," jelas kenyataan itu lagi.

Jumaat lalu, seramai 18 individu dihukum bunuh selepas didapati menyalurkan maklumat kepada Israel tentang pergerakan tentera Hamas, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

Zionis ugut penduduk Palestin

Petugas perubatan membawa keluar mayat dari kawasan runtuhan di Beit Lahia, utara Genting Gaza, semalam. - Foto: AFP
Petugas perubatan membawa keluar mayat dari kawasan runtuhan di Beit Lahia, utara Genting Gaza, semalam. - Foto: AFP
GENTING GAZA - PALESTIN . Rejim  Zionis menggugurkan ribuan risalah baharu di kawasan perumahan dan ladang di sini, kelmarin.

Risalah berbaur ancaman itu menyatakan mereka akan meningkatkan serangan di kawasan terbabit melalui serangan peluru berpandu selain akan memusnahkan harta benda mereka.

Ia turut disertakan dengan hasutan mengecam semua perbuatan Hamas hingga mengheret kepada peperangan yang memasuki hari ke-50, semalam.

Selain menggugurkan risalah, rejim juga menghantar mesej suara dan SMS kepada penduduk di wilayah kecil tersebut.

Sejak awal serangan ke atas Genting Gaza pada awal Julai lalu, tentera Israel menggunakan taktik ini sebagai tujuan untuk menggugat kestabilan dan menimbulkan rasa takut dan panik di kalangan penduduk, dipetik dari laporan EastMonitor.

Israel, Palestin setuju gencatan senjata - Hamas

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 10:17 PM

 
GAZA: Israel dan Palestin mencapai persetujuan untuk gencatan senjata di Gaza dan pengumuman rasmi akan dibuat di Mesir, menurut jurucakap Hamas di Gaza.

"Persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak dan kami sedang menunggu pengumuman dari Kaherah bagi menentukan waktu pelaksanaannya," kata jurucakap itu, Sami Abu Zuhri.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, enggan mengulas.

Monday, 25 August 2014

3 terbunuh dalam serangan Israel

palestin

PENDUDUK Palestin berkumpul ketika anggota penyelamat sedang mencari mangsa dari celah-celah runtuhan sebuah rumah yang dibedil sewaktu serangan udara Israel di Beit Lahiya utara Semenanjung Gaza, hari ini.

Dua terbunuh serangan udara Israel di Gaza

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 1:04 PM
Masjid di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza itu dibedil oleh rejim Israel hari ini.
 
BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel di Gaza malam tadi mengakibatkan dua rakyat Palestin terbunuh, menjadikan jumlah kematian dalam peperangan tujuh minggu itu meningkat kepada 2,122 orang.

Jurucakap bagi tentera rejim Israel, berkata pesawat perang melakukan 16 serangan.

Tiada roket ditembak ke arah wilayah Israel dari Semenanjung Gaza sejak 9 malam waktu tempatan malam tadi.

Dua masjid di Beit Hanun, di utara Semenanjung Gaza dan di Bandaraya Gaza musnah dalam serangan itu, kata saksi. - AFP

Kematian komander penyuntik semangat

Briged Al-Qassam terus bersemangat melakukan serangan balas terhadap Israel. Foto: AP
Briged Al-Qassam terus bersemangat melakukan serangan balas terhadap Israel. Foto: AP
GAZA - Kematian tiga komander Briged Al-Qassam di Genting Gaza tidak seharusnya dilihat sebagai kemenangan Israel ke atas Hamas.

Kenyataan disiarkan akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth turut memberi amaran bahawa Hamas akan perhebat serangan bagi menuntut bela kerana kematian tiga komander itu dijadikan penyuntik semangat dalam menghadapi tentera rejim.

Penganalisis tentera Ron Ben-Yishai berkata, operasi Al-Qassam terhadap Israel tidak memberi kesan ketara terhadap alat ketenteraan mereka.

"Kematian komander Hamas tidak menjejaskan aset pertahanan mereka. Israel yang sepatutnya perlu lebih berwaspada terhadap serangan Al-Qassam kerana mereka mempunyai kepakaran strategi perang dan aset pertahanan yang lebih bagus.

Menurutnya, Al-Qasam mempunyai ramai pengganti  komander yang berkaliber dan perkara itu tidak menjadi masalah buat briged tersebut.

"Pada 2009, pemimpin Al-Qassam, Ahmed Al-Jaabary terbunuh, bagaimanapun mereka melantik pengganti baharu serta-merta dan meneruskan peperangan sehingga akhir operasi.
Sementara itu, Menteri Luar Israel Avigdor Liberman berkata, serangan di Gaza harus berakhir dengan ‘Hamas mengibarkan bendera putih’.

"Kerajaan hanya perlu menyatakan Operasi Perlindungan Sempadan memenuhi matlamat dan Hamas dapat dikalahkan hingga membawanya kepada penyerahan kawasan di Gaza ke atas Israel,” katanya.

Menurutnya jika ia tidak dipenuhi maka operasi ketenteraan di Gaza tetap diteruskan hingga Hamas menyerah kalah.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berpendapat, kenyataan itu sekadar usaha Israel untuk melemahkan pihaknya.

"Apa jua kecaman dan provokasi mereka terhadap kegagalan rundingan gencatan senjata dan serangan adalah helah kerana mereka sudah kehabisan cara untuk menakluki tanah penduduk Palestin.

" Desakan untuk memaksa kami mengibarkan bendera putih bukanlah ditujukan buat kami. Ia adalah untuk diri mereka sendiri kerana jelas mereka sudah gagal sepanjang operasi ini," katanya.- Agensi

Gaza terus digempur

Zafer Tower musnah teruk selepas terkena bedilan roket Israel awal pagi semalam. - Foto: AFP
Zafer Tower musnah teruk selepas terkena bedilan roket Israel awal pagi semalam. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN . Situasi di Genting Gaza saban hari kian meruncing dengan 12 lagi kematian dicatatkan sepanjang 90 serangan udara dilancarkan semalam.

Sepanjang 48 hari Operasi Perlindungan Sempadan dilakukan oleh Israel, seramai 2,102 maut dengan lebih 10,000 penduduk cedera.

Semalam, Israel mengebom menara pangsapuri di pinggir Gaza menyebabkan bangunan 14 tingkat itu ranap dalam satu serangan udara tanpa henti sekali gus menyebabkan Hamas terus menggandakan tembakan roket ke sempadan Gaza.

Di bandar Gaza pula, bebola api jelas kelihatan di ruang udara disusuli asap hitam tebal menjulang apabila dua peluru berpandu Israel mengenai tepat pangsapuri Zafer Tower.
Difahamkan, pangsapuri itu adalah salah satu daripada beberapa bangunan tertinggi di Tel al-Hawa.

Jurucakap tentera Israel berkata, serangan peluru berpandu itu sebenarnya menyasarkan bilik operasi Hamas di bangunan berkenaan namun tidak menyatakan mengapa seluruh menara yang menempatkan 44 unit rumah itu dimusnahkan.

Polis Gaza pula berkata, sebelum serangan itu, amaran mengenai serangan peluru berpandu sudah diberikan lima minit sebelum ia berlaku.

"Siren serangan diaktifkan bagi membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Bagaimanapun, serangan itu menyebabkan 22 orang cedera termasuk 11 kanak-kanak dan lima wanita," katanya, menurut laporan Agensi.

Keganasan di Gaza dilaporkan terus meningkat sejak gencatan senjata berakhir minggu lalu kerana kegagalan rundingan Palestin-Israel.

Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 100,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal dengan lebih 17,000 rumah hancur atau rosak akibat serangan bom Israel.

Mesir desak gencatan senjata

Pasar di Genting Gaza musnah akibat serangan udara. - Foto: AFP
Pasar di Genting Gaza musnah akibat serangan udara. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR . Mesir menggesa Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata serta merta bagi menyambung semula rundingan.

Terdahulu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi menemui rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas untuk mendesak gencatan senjata sekali gus mengadakan perbincangan bagi menamatkan konflik yang memasuki hari ke-48, semalam.

Pertemuan itu dibuat selepas mereka mengadakan rundingan pusingan kedua di Qatar tanpa pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Sementara itu di Tel Aviv, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu menterinya bahawa Operasi Perlindungan Sempadan di selatan Israel akan berterusan.

“Operasi ini hanya ditamatkan jika misi tercapai dan mungkin mengambil masa,” katanya menerusi stesen radio awam, AJ.

palestin ·

palestin

Awal pagi tadi serangan di Gaza telah melenyapkan bangunan Italian

Awal pagi tadi serangan di Gaza telah melenyapkan bangunan Italian, ia juga merupakan antara bangunan tertinggi di Gaza. Staff IR dan saudaranya juga tinggal dibangunan yang sama...diharap mereka semua selamat dan dilindungi.

Jangan lupakan saudara kita di Gaza. Teruskan menyumbang ke tabung Membangunkan Semula Palestin:-

www.islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!