Saturday, 23 August 2014

Asal Usul Lambang Bendera Israel




Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s).

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang Israel.






Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.




Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada.

Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun.

Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.

Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Benarlah kata hukama’:-

“Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

sumber: zharifalimin.blogspot.com

Kanak-kanak terbunuh dalam serangan Hamas . Netanyahu Laknatullah bersumpah akan membalas



23/08/2014 
 
Gambar hiasan(Reuters)
Jakarta - Seorang kanak-kanak lelaki Israel berusia 4 tahun terbunuh akibat ledakan mortar dari Gaza. Presiden Israel Benjamin Netanyahu bersumpah akan membalas tindakan Hamas tersebut.

"Hamas akan membayar harga yang sangat mahal untuk serangan ini," tegas juru cakap Netanyahu, Ofir Gendelman mengutip pernyataan PM Netanyahu via akaun Twitter-nya, seperti dilansir AFP, Sabtu (23/8/2014).

Dalam pernyataannya, Gendelman juga menegaskan bahawa tentera Israel dan dinas keselamatan internal Shin Bet akan semakin mengintensifkan operasi ketenteraanterhadap Hamas di Gaza.

"Mengintensifkan operasi terhadap Hamas hingga tujuan #ProtectiveEdge   dapat dicapai," sebutnya.

Serangan mortar yang dilancarkan dari Gaza jatuh di dekat sebuah taman kanak-kanak di wilayah Sdot Negev, pada Jumaat (22/8).  

Kanak-kanak  ini merupakan anak Israel pertama yang menjadi korban maut dalam konflik Gaza yang berlangsung semenjak 8 Julai lalu.

"Netanyahu menyampaikan duka cita mendalam kepada keluarga anak itu       ," tulis Gendelman dalam akaun Twitter-nya.
sumber:detikNews

Serangan Israel bunuh 5 sekeluarga, Mesir usaha rundingan damai baharu

Lelaki Palestin terkejut melihat letupan bom di sebuah rumah di Bandaraya Gaza yang menjadi sasaran serangan udara Israel hari ini.

BANDARAYA CITY: Israel meneruskan tekanan terhadap Hamas di Gaza hari ini dengan melakukan beberapa serangan udara yang membunuh tujuh rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak ketika Mesir bersedia memulakan rundingan damai baharu.

Sejak usaha diplomasi Mesir sebelum ini gagal dan menamatkan kedamaian selama sembilan hari, 84 rakyat Palestin dan seorang kanak-kanak lelaki Israel terbunuh dalam serangan.
"Mesir akan menjemput delegasi untuk kembali ke meja rundingan bagi menimbang gencatan senjata jangka panjang," kata Presiden Palestin, Mahmud Abbas selepas pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, di Kaherah.
Sementara itu, Israel menyatakan ia melakukan 35 serangan udara ke atas Gaza hari ini manakala 30 roket dan mortar mengenai Israel dengan tiga lagi dipintas.
Saksi dan pegawai Palestin menyatakan dua masjid di Khan Yunis musnah manakala yang ketiga, di kem pelarian Shati dan sudah rosak teruk, dibom sekali lagi.
Serangan terburuk Israel memusnahkan sebuah rumah di Al-Zawayda di tengah Gaza serta membunuh pasangan suami isteri, dua anak lelaki mereka berusia tiga dan empat tahun, serta makcik mereka berusia 45 tahun.
Menurut jiran, rumah keluarga berkenaan sudah dibom pada awal konflik dan mereka kembali untuk berteduh di runtuhan kediaman itu apabila sebuah pesawat F-16 mengebomnya sekali lagi. - AFP

Bukan sahaja manusia juga haiwan disasarkan.

Bukan sahaja manusia juga haiwan disasarkan. 
Petani di Gaza berkata, unta tidak mati oleh serangan udara, mereka ditembak oleh tentera Israel. http://bit.ly/1pZALLL

Hamas tidak akan menyerah

Tarek al-Rifi tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya di Hospital Al-Shifa, Gaza.
Tarek al-Rifi tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya di Hospital Al-Shifa, Gaza.
GAZA CITY - PALESTIN. Hamas berikrar akan meneruskan perjuangan selepas tiga komander kanan kumpulan itu dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di sebuah rumah di Rafah, awal pagi kelmarin.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga mereka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan keupayaan tentera Hamas sejak beberapa tahun lalu.

"Israel tidak akan berjaya melemahkan kami dan mematahkan keinginan rakyat Palestin. Tindakan kejam mereka membunuh ribuan nyawa penduduk Gaza akan dibalas," katanya dipetik Arab News.

Sementara itu, serangan baharu rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza telah meragut lima nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berumur empat tahun.

Kementerian Kesihatan Palestin turut memaklumkan, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam serangan tentera Zionis sejak kelmarin, sekali gus menjadikan angka kematian kini mencecah 2,090 orang.

22 ahli keluarga ‘gugur’


Kota Bharu: “Sudah 22 ahli keluarga saya terkorban termasuklah dalam tempoh genjatan senjata, Ramadan lalu.
“Sememangnya kami tertekan dan kehilangan orang tersayang adalah bebanan emosi yang sukar ditanggung,” luah penuntut jurusan perubatan Universiti Islam Gaza, Palestin Ibrahim Al Agha.
Ibrahim, 20, ditemui di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, semalam bersama 12 lagi rakan sekampusnya yang berada di Malaysia menjalani latihan amali selama hampir sebulan.
Mereka tiba di negara ini minggu lalu menerusi usaha sama dengan Pertubuhan Aqsa Syarif.
Menurut Ibrahim lagi, dia pernah kehilangan 12 anggota keluarga dalam satu hari apabila rumah mereka musnah dibedil rejim Zionis.
“Tiada siapa sanggup hilang orang tersayang dalam jumlah yang ramai sekali gus.
Memang sedih dan sangat memilukan.
“Bagaimanapun, bagi rakyat Palestin, kami tiada pilihan kerana itulah rumah kami, dan percaya mereka yang meninggalkan kami, mati syahid.
“Untuk mengubat kelukaan itu saya sendiri menyertai badan bukan kerajaan (NGO) dan bertugas secara sukarela membantu mangsa cedera,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Perubatan USM Prof Dr Din Suhaimi Sidek berkata, pihaknya bersama Aqsa Syarif akan mengadakan tabung khas bagi mengutip dana membantu Universiti Islam Gaza.
Katanya, kutipan bermula semalam dengan tabung bantuan diagih ke masjid sekitar bandar ini diselia Pengurus Aqsa Syarif Negeri Mohd Nurdin Mustafa.
Sementara itu, beliau berkata, 12 penuntut universiti berkenaan akan diberi ruang menjalani latihan amali terbaik di USM dan menimba pengetahuan secukupnya sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke negara asal.
“Sepatutnya mereka tiba lebih awal dan menjalani amali selama tiga bulan mulai Jun, namun berikutan siri serangan Israel dan genjatan senjata, terpaksa ditangguhkan dulu sehinggalah tiba minggu lalu.
“Kita juga mengadakan kutipan derma khas untuk membantu pihak universiti di sana menyedia keperluan belajar untuk penuntut mereka dan mensasarkan mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000,” katanya.
Orang ramai yang mahu menderma boleh menyalur sumbangan ke akaun Maybank 557344058202 atas nama Tabung Islamic University of Gaza.
Foto
DR Din Suhaimi (berdiri lima dari kiri) bersama penuntut Universiti Islam Gaza di pejabat Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Empat penduduk Palestin maut


REUTERS
BEBERAPA lelaki bersenjata Hamas mengawal tiga lelaki yang disyaki bersubahat dengan Israel sebelum membunuh mereka di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Serangan udara tentera Israel membunuh empat penduduk Palestin di Gaza semalam ketika kerajaan negara-negara Eropah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut pertumpahan darah yang berlanjutan selama enam minggu itu berakhir.
Pertumpahan darah antara para pejuang Palestin dengan tentera Isarel itu bermula sejak Selasa lalu selepas gencatan senjata yang ditaja Mesir selama 72 jam musnah.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka kematian sejak pertumpahan darah itu bermula pada 8 Julai lalu itu kini ialah 2,087 orang dengan tiga suku daripadanya adalah orang awam.
Seramai 67 warga Israel terbunuh dalam pertempuran melibatkan kedua-dua pihak.
Menurut perkhidmatan kecemasan, dua lelaki Palestin berusia 22 dan 24 tahun terbunuh dalam serangan udara tentera di kem pelarian Nusseirat semalam.
Dua lagi terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis dekat kawasan kejiranan Deir al-Balah.

AFP
GAMBAR menunjukkan roket dilancarkan oleh para pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza semalam.


Tentera Israel menyatakan, ia menyasarkan 20 sasaran semalamam.
Pertumpahan darah di Gaza bermula selepas rejim Zionis melancarkan serangan untuk menangani roket-roket pejuang Palestin.
Dalam pada itu, sekumpulan lelaki bersenjata Hamas menjatuhkan hukuman mati ke atas 18 penduduk Palestin yang dituduh bekerjasama dengan Israel semalam sehari selepas tentera rejim Zionis itu mengesan dan membunuh tiga komander tertinggi Hamas.
Beberapa saksi berkata, tujuh orang ditembak mati di depan orang ramai di luar sebuah masjid di Gaza.
Hukuman seperti itu merupakan yang pertama dilaksanakan di Palestin sejak 1990.
Menurut seorang pengawal keselamatan Hamas, sebanyak 11 orang lagi dihukum mati di sebuah balai polis berdekatan Bandar Gaza.
Para pejuang itu memakai topeng muka dan berpakaian hitam, manakala muka dua suspek ditutup dengan kain. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3BAIpAT1C 
Hakcipta terpelihara 

Bayi, kanak-kanak jadi mangsa


BAPA, Tarek al-Rifi tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anak lelakinya yang terkorban akibat serangan tentera Israel di Hospital Shifa, Gaza City kelmarin. - AFP
GAZA CITY 22 Ogos - Serangan tentera Israel ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu, bukan sahaja mengakibatkan sebanyak 469 bayi dan kanak-kanak Palestin terbunuh, malah lebih 1,000 daripada golongan itu turut mengalami kecederaan kekal.
Menurut Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) semalam, konflik tersebut turut menyebabkan lebih 3,000 yang lain cedera.
Ketua pejabat lapangan UNICEF di Gaza, Pernille Ironside berkata, situasi dahsyat konflik yang masuk hari ke-47 hari ini itu, memberi kesan buruk kepada sejuta penduduk Gaza yang berusia 18 tahun ke bawah.
Menurut Ironside, peperangan di Gaza memberi kesan yang besar dalam jumlah kematian, kecederaan dan kemusnahan infrastruktur, tetapi golongan kanak-kanak menerima impak yang lebih buruk termasuk dari segi kestabilan emosi dan psikologi.
Jelasnya, kanak-kanak Palestin berasa tiada tempat perlindungan yang selamat dan golongan itu memerlukan dorongan untuk berasa diri mereka selamat.
"Saya mendapati kanak-kanak di Gaza kurang berinteraksi dengan keluarga masing-masing dan sering dihantui mimpi buruk.
"Selain itu juga, mereka tidak mahu berenggang dengan ibu bapa masing-masing, sekali gus menunjukkan kanak-kanak terbabit trauma dengan konflik yang berlaku," katanya kepada agensi berita Xinhua.
Ironside turut menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan penduduk Gaza termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mula diserang penyakit kudis, masalah kutu dan penyakit berjangkit yang lain.
Tambahnya, masalah berkenaan dipercayai berpunca akibat kekurangan air di tempat pelarian yang dihuni kira-kira 270,000 orang yang turut berisiko tinggi menghidap cirit-birit dan penyakit usus.
"UNICEF memantau dengan teliti risiko penyebaran penyakit di pusat perlindungan yang sesak dengan bantuan Kementerian Kesihatan Gaza, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Agensi Pekerjaan dan Pemulihan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWRA) untuk pelarian Palestin.
"Buat masa ini, tiada penyebaran penyakit secara besar-besaran berlaku dan saya berharap situasi itu tidak bertambah buruk," katanya.
Dalam perkembangan lain, angka korban di Gaza terus meningkat apabila serangan udara tentera Israel mengakibatkan empat rakyat Palestin terbunuh di Genting Gaza, hari ini.
Laporan agensi perkhidmatan kecemasan Gaza menyebut, dua kematian berlaku di Deir al-Balah dan dua lagi di Nusseirat, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 2,083 orang dan 10,482 lagi cedera.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140823/lu_04/Bayi-kanak-kanak-jadi-mangsa#ixzz3BADZU55d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 dijatuhi hukuman mati belot Palestin


GAZA CITY 23 Ogos - Seramai 18 orang dijatuhi hukuman mati oleh kumpulan pergerakan Hamas di tengah bandar Gaza City semalam selepas didakwa bekerjasama dengan Israel ketika serangan tentera rejim Zionis ke atas Palestin diteruskan untuk hari ke-76.
Dalam pada itu, seramai 75 orang terkorban di Gaza sejak gencatan senjata antara Israel dan Palestin tamat pada Selasa lalu.
Kerajaan Eropah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak menghentikan pertumpahan darah selepas usaha diplomatik yang dianjurkan oleh Mesir gagal menamatkan konflik antara dua pihak berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140823/lu_01/18-dijatuhi-hukuman-mati-belot-Palestin#ixzz3BADP4GB0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 22 August 2014

palestin

Mereka memanggil mereka pengganas Palestin, kita panggil mereka malaikat-malaikat di langit kita. 
kanak-kanak Palestin diserang Israel.

Tiga Komander Al Qassam maut

Kanak-kanak terus menjadi mangsa bedilan Israel semalam selepas serangan udara tercetus di selatan Gaza. - Foto: AFP
Kanak-kanak terus menjadi mangsa bedilan Israel semalam selepas serangan udara tercetus di selatan Gaza. - Foto: AFP
GAZA - Tiga komander kanan Hamas dilaporkan terbunuh di Genting Gaza akibat serangan udara dalam pengeboman di sebuah rumah di Rafah, awal pagi semalam.

Menurut Agensi, Hamas dalam satu kenyataan berkata, mereka yang maut adalah Mohammed Abu Shammala, Raed al-Attar and Mohammed Barhoum.

"Sejak kelmarin lagi, mereka menyasarkan serangan terhadap Komander Tertinggi Hamas, Mohammed Deif tetapi gagal membunuhnya. Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki berusia tujuh bulan terkorban semalam," katanya.

Menurutnya, Israel melakukan 20 serangan udara di selatan Gaza sejak semalam.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Abu Obeida memberi amaran kepada syarikat penerbangan asing supaya mengelak daripada memasuki Tel Aviv berkuat kuasa serta-merta susulan kegagalan rundingan gencatan senjata.

“Kami beri amaran kepada penerbangan asing agar menghentikan penerbangan ke Lapangan Ben Gurion mulai 6 pagi (waktu tempatan) kerana Israel meningkatkan serangan udara. Kami desak delegasi Palestin segera meninggalkan Kaherah dan jangan berunding lagi kerana ia hanya membuang masa,” katanya.

Rundingan anjuran Mesir bagi menamatkan serangan Israel-Hamas gagal apabila keganasan tercetus semula selepas gencatan senjata 10 hari

Menurut sumber Sinar Harian, sejak kegagalan itu seramai 48 penduduk Palestin maut dengan lebih 200 cedera, jumlah itu menjadikan angka korban keseluruhannya mencecah 2,065 orang.

Doa untuk adik di Gaza


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Ogos 2014


GEORGETOWN - "Kami sekeluarga tidak pernah putus mendoakan keselamatan ahli keluarga yang kini sedang berusaha memasuki Gaza".

Demikian menurut Annas Araby Al Kahery, 37,  mengenai keadaan adiknya, Sani Araby Al Kahery, 30 yang kini sedang berhempas pulas memasuki negara bergolak itu.

Annas berkata, hampir setiap malam jemaah masjid di Masjid Sembilang Seberang Jaya mendoakan keselamatan sukarelawan.

“Itu adalah ‘senjata’ yang kami gunakan setakat ini, tiada apa yang lebih berguna melainkan mendoakan keselamatan semua umat Islam di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Ini bukan kali pertama adik lelakinya yang juga Pengarah Strategik Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) itu menyertai misi ke Palestin.

“Sebenarnya keadaan yang paling kritikal pernah dialami adik saya ialah pada 2012 yang mana pada masa itu dia sudah berjaya memasuki Gaza dan mengalami sendiri suasana perang di sana.

“Pada masa itu kami sendiri sebagai ahli keluarga memang berdebar dan sering menanti perkhabaran berita daripadanya,” katanya.

Namun terangnya, kali ini situasi berbeza apabila saat kritikal itu menimpa penduduk Palestin yang kini ibarat terkepung.

Ia menyebabkan sukarelawan termasuk Sani resah berikutan misi bantuan dan sebagainya tertangguh sejak Ramadan lalu.

Annas berkata, beliau sering menghubungi adiknya itu melalui media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

Menurutnya, selain menyertai misi, Sani turut menyalurkan pelbagai maklumat dan berita terkini mengenai keadaan di Gaza melalui laman Facebooknya.

“Disebabkan keadaan yang tidak stabil di sana, kami hanya akan berhubung dengannya pada waktu dia senang sahaja, jika kami tengok dia online, baharulah kami berhubung.

“Apa yang menjadi resah bagi kami sekiranya dia sudah lama tidak membuka sebarang perhubungan, namun kami juga ingin meminta seluruh umat Islam mendoakan supaya sukarelawan kita berjaya memasuki Gaza tidak lama lagi,” katanya.

Eksklusif! Ucapan Briged al-Qassam hari 45


http://btmmari.blogspot.com | .

Terkini Eksklusif! Teks penuh Ucapan Briged al-Qassam pada hari ke-45 peperangan

Teks penuh Ucapan Briged al-Qassam pada hari ke-45 peperangan al-Asfu al-Ma'kul (Dedaun Hancur).
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang sedemikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk meyalahkan) hanyalah terhadap orang- orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang- orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [Surah as-Syura: ayat 41-42]
 
Wahai anak- anak bangsa kami yang kekal tidak berganjak dan teguh.. Wahai Ummat kami.. Wahai seluruh alam..
 
Pihak musuh telah berdusta dan berkhianat. Pengkhianatan dan pendustaan merupakan perangai yang telah sebati dengan mereka. Semalam mereka telah melakukan suatu pencabulan terhadap perjanjian perdamaian dan melakukan jenayah-jenayah yang buruk menerusi siri-siri serangan dan operasi-operasi pengeboman yang dahsyat. Di mana yang paling jelas semalam adalah pengeboman rumah kediaman keluarga Ad-Dalu di Hayyu Sheikh Radwan dengan sebilangan roket-roket pendengki dan pengkhianat. Manakala pemimpin-pemimpin mereka pula menunggu dengan penuh bernafsu di belakang pejabat- pejabat dan skrin- skrin, ketika mana maklumat-maklumat risikan mereka dan kelengkapan-kelengkapan mereka memberitahu mereka bahawa saat-saat untuk menyambut kemenangan itu sudah dekat (dengan menyangka mereka dapat membunuh Mohammed al-Dheif).
 
Pertama sekali kami berkata kepada pihak musuh: Kamu telah gagal dan harapan kamu juga telah gagal. Lagi sekali kamu membuktikan bahawa kamu hanyalah sekumpulan orang yang gagal. Maka setelah 45 hari sejak permulaan peperangan, dengan segala maklumat-maklumat risikan kamu, apa yang mampu kamu lakukan hanyalah membunuh wanita dan kanak-kanak. Sesungguhnya kamu telah gagal dan tidak mampu untuk membunuh Ketua Komander, Abu Khaled Mohammed al-Dheif - dengan izin Allah taala-, Abu Khaled telah membuatkan kegagalan dan kelemahan kamu dalam tempoh lebih daripada satu perempat kurun ini menjadi sangat terang dan jelas, seterang matahari pada waktu tengah hari.

Abu Khaled al-Dheif yang semenjak permulaan intifadhah yang pertama telah menjadi seseorang yang dikehendaki (wanted) oleh kamu sepanjang tahun-tahun ini, beliau masih menjadi saksi ke atas kelemahan dan kekalahan kamu, dan sebenarnya kamu ini hanyalah tidak lebih daripada penipu yang besar. Adakah kamu mendapati Abu Khaled al-Dheif atau lain-lain pimpinan mujahidin berada dalam rumah kediaman keluarga Al-Luuh (yang telah dibom oleh tentera Zionis menyebabkan 8 orang syahid) pada hari ini? Atau pun dalam kedai runcit di Hayy Zaitun?! (Juga telah dibom oleh tentera Zionis menyebab 3 orang syahid)

Abu Khaled al-Dheif, beliau yang bermula menyerang kamu dengan sebiji batu, kemudian berevolusi kepada peluru, kemudian kepada operasi pengeboman berani mati,sehinggalah dia mampu membenamkan roket- roket al-Qassam yang berada di bawah kawalannya ke setiap penjuru tanah airnya yang tercinta dan juga terjajah. Beliau telah memasukkan kamu ke dalam tempat-tempat perlindungan seperti tikus-tikus yang ketakutan. Briged al-Qassam berjanji kepada kamu bahawa Mohammed al-Dheif -dengan izin Allah taala- akan menjadi Ketua Komander kepada tentera yang akan memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa dalam keadaan bebas dan merdeka. Perkara itu akan terjadi apabila kami berjaya membersihkan tanah kami, seluruh tanah kami dari kotoran terakhir sisa-sisa penjajahan. Maka ketahuilah wahai penjajah bahawa Abu Khaled Mohammed al-Dheif, dan sesiapa yang berada dibelakangnya sama ada daripada Briged al-Qassam atau kumpulan-kumpulan mujahidin yang lain bahawa merekalah yang telah ditentukan oleh Allah kepada kamu, yang akan dihantar kepada kamu, kaum Yahudi, terus menerus sehingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka (kaum Yahudi) dengan azab sengsara yang seburuk- buruknya. [Surah Al-A'raf: ayat 167]

Wahai bangsa kami, wahai ummat kami, wahai seluruh alam...

Sebuah jenayah telah dilakukan, sebuah jenayah yang didakwa pihak Zionis bahawa roket (dari Gaza) telah dilancarkan semalam, dengan tujuan untuk membenarkan keganasan dan pencabulan mereka terhadap perjanjian perdamaian, dan mereka ingat bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang tepat bagi merakamkan sebuah kemenangan dan menghentikan peperangan, ketika mana sedang berlaku "tarian syaitan- syaitan" di dalam 'sesuatu' yang dinamakan rundingan di Kaherah, kami telah menetapkan pendirian kami sejak dari awal lagi, dan kami percaya bahawa rundingan ini tidak akan membawa kepada apa- apa hasil daripada apa yang diharapkan oleh rakyat kami, dan daripada apa yang setimpal dengan bilangan angka korban rakyat dan keluarga kami, tetapi kami telah memberikan waktu kepada pemimpin-pemimpin politik kami dan rakyat kami lebih banyak daripada apa yang sepatutnya kami beri dalam cubaan-cubaan untuk mencapai persetujuan menghentikan keganasan, mengangkat kepungan, dan membina semula Gaza.

Dan selepas beberapa minggu proses perundingan yang panjang dan sia-sia, selepas jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh pihak musuh, maka sesunggunya kami berkata bahawa inisiatif ini telah melahirkan kematian, dan pada hari ini rundingan ini telah dikuburkan bersama-sama dengan syahidnya seorang kanak- kanak, Ali Mohammed al-Dheif.
Oleh sebab itu, maka wajib kepada delegasi Palestin untuk berundur secepat mungkin daripada Kaherah dan tidak kembali lagi ke sana. Apa-apa pergerakan di atas landasan itu tidak sesuai kepada kita secara mutlak. Kami suka untuk menegaskan bahawa pihak musuh sudah kehilangan peluang keemasan untuk mencapai persetujuan gencatan senjata di atas tuntutan terendah yang wajib dibayarnya pada hari ini disebabkan jenayah- jenayah yang dilakukannya dan kegagalannya sendiri.

Ketika pihak musuh sedang hebat melakukan jenayah mereka, Selepas kami memberikan kepada mereka waktu untuk proses rundingan bahkan lebih daripada sepatutnya, walaupun kelengkapan pertahanan musuh dan tenteranya gagal dalam operasi pembunuhan Ketua Komander Briged al-Qassam, kami mengisytiharkan perkara-perkara berikut:

1. Kami memberi amaran kepada syarikat penerbangan antarabangsa agar jangan datang ke Lapangan Terbang Ben Gurion, kesemua operasi mestilah dihentikan sama ada mendarat atau berlepas. Bermula daripada pukul 6 pagi besok hari Khamis, bersamaan dengan 21 Ogos 2014.

2. Tidak dibenarkan sebarang perkumpulan secara besar-besaran oleh rakyat Israel dalam kawasan lingkungan yang mampu dicapai oleh roket-roket Briged al-Qassam. Terutamanya perkumpulan di stadium bola sepak dan tempat-tempat lain yang terbuka.

3. Tidak dibenarkan kepada penduduk-penduduk Israel di tempat-tempat yang dikenali sebagai 'sekeliling Gaza' dan bandar-bandar berdekatan dengannya untuk pulang ke rumah-rumah mereka. Jika masih ada sesiapa yang berada di situ kerana ada keperluan, mereka haruslah kekal tinggal dalam tempat- tempat perlindungan dan kawasan-kawasan yang berkubu.

4. Kesemua yang telah disebutkan di atas akan berjalan seperti yang dinyatakan sehinggalah ada kenyataan rasmi yang lain daripada ketua Komander Briged Eizzuddin al-Qassam sendiri, Mohammed al-Dheif. Wajib ke atas semua orang untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah dinyatakan. Pemimpin-pemimpin pihak musuh tidak bertanggungjawab dalam hal ini. Barangsiapa yang tidak mahu mengambil langkah keselamatan ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri.

5. Wajib ke atas pihak penjajah dan ke atas seluruh dunia untuk mengetahui hakikat apa yang dituntut oleh rakyat kami. Setiap apa yang kami pinta hanyalah agar pihak penjajah berambus dari mengawal kekuatan kami, susu anak-anak kami, dan bahan-bahan bakar kami. Tetapi mereka tetap terus memegang tengkuk-tengkuk kami, mencekik kami bila-bila mereka mahu, dan membenarkan kami bernafas bila-bila mereka mahu, dan dengan kadar yang mereka mahu. Dan kami tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan selepas hari ini dengan izin Allah Taala.

Dan sesungguhnya dengan jihad, hanya ada menang atau syahid.

Briged as-Syahid Eizzuddin al-Qassam - Palestin
Rabu 24 Syawal 1435H
Bertepatan dengan 20/8/2014M
Video ucapan: http://youtu.be/NGWhz224_JI
Terjemahan oleh Aman Palestin.

Negara Eropah desak resolusi baharu PBB mengenai Gaza

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:30 AM

Puluhan ribu rakyat Palestin berarak ketika jenazah tiga pemimpin kanan Hamas dibawa ke tanah perkuburan di Rafah semalam.
 
RAFAH, Mesir: Britain, Perancis dan Jerman mengambil inisiatif baharu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggesa penamatan keganasan enam minggu di Gaza, selepas pesawat perang Israel membunuh tiga komader kanan Hamas.

Inisiatif Eropah semalam dilakukan ketika pertempuran meletus kembali dan rundingan damai anjuran Mesir menemui kebuntuan.

Ketiga-tiga negara itu menggesa agar diadakan perdamaian segera yang akan menghentikan penembakan roket dan oeprasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Ia mahukan sekatan Israel di Gaza ditarik balik dan mencadangkan pengwujudan satu mekanisme pemantauan bagi memberi laporan mengenai perlanggaran gencatan senjata dan memastikan pengaliran masuk barangan ke Semenanjung Gaza.

Lebih 2,083 rakyat Palestin terkorban dalam konflik yang bermula 8 Julai itu, sebahagian besarnya orang awam, kata pegawai PBB. - AFP

3 pemimpin kanan Hamas gugur syahid


Serangan berhampiran Rafah, bandar di selatan Gaza itu antara 20 serangan dilancarkan Israel sepanjang malam kelmarin.
Dalam mesej kepada media, Hamas mengesahkan, tiga pemimpin kanan tenteranya Mohammed Abu Shamaleh, Mohammed Barhoum dan Raed al-Attar — terbunuh bersama-sama tiga yang lain.
Polis dan pegawai perubatan Gaza berkata, puluhan orang tertimbus di bawah runtuhan bangunan empat tingkat yang musnah dalam serangan berkenaan.
Ketiga-tiga pemimpin Hamas itu dianggap pemimpin paling kanan sayap tenteranya dan terbabit dalam beberapa serangan ke atas Israel.
Agensi perisikan Israel, Shin Bet mengesahkan kematian Shamaleh dan al-Attar, tetapi tidak menyebut Barhaoum.
Israel menyambung semula keganasannya selepas rundingan mengadakan gencatan senjata jangka panjang di Kaherah menemui jalan buntu.
Kekejaman Israel sejak 7 Julai lalu setakat ini meragut hampir 2,100 nyawa warga Palestin, kebanyakannya orang awam sedangkan dipihaknya, daripada 67 orang yang mati, hanya tiga daripadanya orang awam.
Pegawai kesihatan Palestin Ashraf al-Kidra berkata, puluhan orang mungkin terimbus di bawah runtuhan dalam serangan di Rafah itu.
Di tempat lain, satu lagi serangan Israel di tengah Gaza membunuh lelaki berusia 27 tahun, Jomma Anwar Mayar.
Israel turut menyerang apa yang didakwanya terowong penyeludupan di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir dan sebuah kawasan pertanian di barat Rafah.
Israel sebelum ini menyasarkan ketua tentera Hamas, Mohammed Deif.
Serangan itu bagaimanapun membunuh isteri dan bayi Deif.

Hamas berkata, Deif terselamat.
Berucap menerusi televisyen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan bongkak berkata, rejimnya akan meneruskan serangan ke atas Gaza selagi perlu.
Rundingan di Kaherah gagal selepas Israel dan Mesir enggan menarik balik sepenuhnya kepungan ke atas Gaza seperti yang dituntut Hamas.- AP
Foto
Foto
AHLI keluarga al-Rifi meratapi kematian tiga kanak-kanak di bilik mayat Hospital al-Shifa, semalam.
PETUGAS bertungkus-lumus mengeluarkan jenazah mangsa yang tertimbus disebalik runtuhan kediaman yang musnah akibat serangan udara Israel yang menyebabkan tiga komander kanan Briged Al-Qassam terbunuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

Yahudi tingkat serangan di Gaza


SEORANG lelaki menangis selepas melihat mayat tiga budak lelaki yang maut dalam serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Tiga komander Hamas dan empat kanak-kanak antara 15 penduduk Gaza yang terbunuh dalam keganasan Israel selepas tentera rejim Zionis meningkatkan serangan udara dalam konflik yang masuk hari ke-45 semalam.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, tiga komander Briged Ezzedine al-Qassam merupakan antara tujuh orang yang terbunuh selepas sebutir peluru berpandu Israel mengenai sebuah rumah di bandar Rafah sebelum subuh semalam.
Briged Ezzedine al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas memberitahu, tiga komander Hamas yang terbunuh itu dikenali sebagai Mohammed Abu Shamala, Raed al-Atar dan Mohammed Barhum.
Serangan tersebut berlaku hampir 36 jam selepas satu serangan udara tentera Israel membunuh isteri dan bayi seorang lagi komander Hamas, Mohammed Deif di bandar Gaza kelmarin.
Tidak lama selepas serangan itu, seorang lagi terbunuh dalam satu serangan lain di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.
Kata Ashraf, pada waktu pagi semalam Israel melancarkan dua lagi serangan yang menyasarkan dua kumpulan penduduk di di Bandar Beit Lahiya dan bandar ini dengan menyebabkan tujuh orang termasuk empat kanak-kanak terkorban.
Serangan di Bandar Beit Lahiya itu membunuh seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, manakala lima penduduk termasuk tiga kanak-kanak mati di sini.
Seorang lagi penduduk di kem pelarian Nusseirat turut meninggal dunia semalam akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan sebelum ini.
Jumlah korban terbaharu itu menjadikan seramai 2,065 penduduk Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan ke wilayah berkenaan lebih sebulan lalu dengan alasan mahu menghentikan bedilan roket oleh pejuang Palestin di Gaza.
Bagi pihak Israel, seramai 16 penduduk Israel yang majoritinya askar terkorban dalam konflik tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sejumlah satu pertiga daripada angka korban di Gaza terdiri daripada orang awam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3B4Ste7bg 
Hakcipta terpelihara 

Israel sasar komander Hamas


Penduduk Palestin memenuhi tapak sebuah rumah yang musnah dibedil Israel bagi mencari mangsa terperangkap di Rafah, selatan Genting Gaza, semalam. - AFP
GAZA CITY 21 Ogos - Tiga komander sayap bersenjata pergerakan Hamas adalah antara 15 orang yang terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Genting Gaza hari ini, ketika Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu berikrar mahu meneruskan serangan ke atas wilayah Palestin itu.
Briged Izzuddin al-Qassam mengesahkan tiga anggota tertinggi briged itu terbunuh. Mereka ialah Mohammed Abu Shamala, Raed al-Atar dan Mohammed Barhum, yang terbunuh dalam serangan di bandar Rafah, sehari selepas isteri dan anak lelaki ketua briged itu, Mohammed Deif terkorban akibat dibedil oleh tentera rejim Zionis.
Bagaimanapun, Mohammed Dief disahkan terselamat daripada serangan itu dan al-Qassam memberi amaran untuk meneruskan perjuangan menentang Israel yang melancarkan serangan ke atas Gaza yang kini memasuki hari ke-45.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan udara tentera Israel berkenaan turut memusnahkan sebuah bangunan kediaman empat tingkat.
Seorang penduduk Palestin turut dilaporkan terbunuh di kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza.
Dalam pada itu, Netanyahu semasa berucap pada sidang akhbar di Tel Aviv berkata, Operasi Perlindungan Sempadan ke atas Gaza yang bermula sejak 8 Julai lalu akan dilanjutkan bagi memulihkan keamanan dan menjamin keselamatan penduduk Israel.
Malah beliau berkata, satu lapisan diplomatik baharu akan dicapai oleh Israel di rantau ini iaitu merujuk kepada hubungan diplomasi dengan Palestin selepas perang itu berakhir.
"Saya merasakan perubahan dramatik akan berlaku di rantau Asia Barat melibatkan hubungan diplomatik baharu Israel (dengan Palestin)," katanya tanpa menjelaskan tempoh operasi berkenaan akan disambung.
Sementara itu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengutuk kenyataan Netanyahu sebagai cubaan terdesak untuk menenangkan keresahan penduduk Yahudi dan ugutan rejim Zionis ke atas kepemimpinan Hamas juga menunjukkan keganasan Israel, selain sikap tidak serius Israel dalam mencapai gencatan senjata.
"Ugutan tersebut tidak akan menggoyahkan perjuangan dan pemimpin Hamas.
"Malah kami akan terus melindungi dan mempertahankan rakyat Palestin daripada menjadi mangsa kekejaman dan jenayah Israel," katanya. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140822/lu_02/Israel-sasar-komander-Hamas#ixzz3B4LwoTwu
© Utusan Melayu (M) Bhd