Tuesday, 29 July 2014

Rumah Ismail Haniyyeh ranap dibom Israel





Rumah Ismail Haniyyeh ranap dibom Israel.  Bagaimanapun, Ismail Haniyyeh dilaporkan selamat. Alhamdulillah.



Rejim Zionis menggunakan senjata baru bagi membunuh kanak-kanak

| Terkini
Rejim Zionis menggunakan senjata baru bagi membunuh kanak-kanak. Lihat apa yang terjadi pada kanak-kanak ini.
Sumber : QNN [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

palestin

English translation after the Persian text:

جمعی از برجسته ترین سینماگران ایران --از جمله لیلا حاتمی, کامران شیردل، داریوش مهرجویی، کیانوش عیاری، لیلی گلستان، حبیب باوی ساجد . . . --به کودکان غزه نامه نوشته اند وضمن همدردی با مردم مظلوم غزه اعلام کردند روز شنبه یازدهم مردادماه برای اهدای خون در محل انجمن سینمای جوانان ایران حاضر می شوند--من هم از امضا کنندگان این نامه هستم --

متن این نامه در این لینک است:

http://www.mehrnews.com/detail/News/2339477

Here is an English translation of the Persian text of the letter Iranian filmmakers have written to the children of Gaza--English translation is by Professor Mahmoud Sadri—

In the name of the God of “Olives”

An epistle to the children of Gaza:

Greeting, people of Gaza,
Children,
Infants,
Mothers in late pregnancy,
Grandfathers,
Grandmothers.

Are the olive trees you planted leafy yet?
Can one enjoy them on the “Iftar” spread?
We have heard it has been rainy over there, these last few days.
We do not understand why this rain does not become a deluge,
To wash you into the Nile – that lady of blue tresses?
We do no know why this rain obliterates your houses?
Rain does not shred children into pieces, does it?
Rain does not open gashes in people’s chests, does it?
Rain does not smash skulls, does it?

Rainstorms create flash floods,
Why is the flash flood of Gaza bloody?
Rain brings thunder and lightening,
Clouds rub against clouds, the sound grow fearsome,
But it does not annihilate, does it?
Rain rejuvenates the roots of olive trees; it turns earth green,
Why is the rain over Gaza burning olive trees?
Rain comes with the weatherman’s warning.
Why is your rain so abrupt and brusque?
Why is this rain savagely razing the earth?

Rain lets children shelter their dolls under their umbrellas.
What rain is this that makes the dolls into umbrellas for children, entangled with them, in their graves?
I saw a cat, roving in the rubble of Gaza, lost, lamenting,
Avoiding the shreds of flesh, detritus of the lives of the Children of Gaza.
She recognizes the children who shared their meager meals with her, in rainy days past.

The lady of Gaza/Palestine:

If the rain over Gaza gives you leave to carry your baby on your back out of the wreckage, do not forget to take along pen and paper.
Write my lady; say:

“Rain gave me leave to leave.
We were not home, when the walls collapsed.”

Write my lady, so your man does not go mad with grief, at the sight of the rubble of his house, to imagine his beloved, the flesh of his flesh, are buried alive under the ruins.

You may ask, by the way: “where would I leave the note, so my man can find it? There are no walls standing”.
Write my lady; you can trust your letter to the wind. You can entrust it, like in old legends, to the beak of a bird.

Lady Gaza/Palestine:

We have heard that your neighbor yonder – the same one who came over in 1948; the same one with whom you shared your bread and water,
The same neighbor of 1948 who bemoaned the horrors of Hitler’s crematoria,
The same neighbor who had told you your home is the cradle of the prophets,
The same neighbor who had told you: Palestine is the land revelation,
The same neighbor who had told you: are Muslims not famed for their hospitality? Don’t they host any lost wayfarer for three days, without question?

Lady of Gaza/Palestine:

You had replied: Yes, we are kind, hospitable, cannot be otherwise.
Lady, we have heard that your neighbor yonder now watches your slaughter from hilltops in jubilation, as if from the galleries on an amphitheater.

Lady Gaza/ Palestine:

You were hospitable to the unannounced guests of 1948. They have now left you in the rubble of a prison in exile. they witness your torment and desolation. They have been watching you; up to now, up to this moment.

Lady Gaza/ Palestine:

Your poets have composed lines that have sunk, like so many bullets, into your faithless neighbor’s heart. Your children have abandoned school and have taken up arms. They realize that in a land they do not have the schooling they have will come to naught.

Lady Gaza/ Palestine:

Your once abandoned neighbors have now found many keepers:
The same people who pushed them out their own lands now have turned into their defenders, raining bullets on you; you who gave your neighbors shelter. Your neighbor’s erstwhile enemies now build iron domes above their heads and abet them in their slaughter of your children.

Lady Gaza/ Palestine:

We are left on this shore, pen and camera in hand.
We are left astonished: what is to be done?
How do we come to pay homage to your prone body?
Your shameless neighbor has blocked all of the paths to us -- your guests.

Lady Gaza / Palestine:

We were thinking: now that bullets rain on you,
Now that the deluge of blood has carried away your children,
May be we can infuse life into your children’s innocent bodies, from our own veins.

palestin

Gaza hancur



هنا مأساة .... 
Gaza. Great tragedi

kisah-kisah luar biasa di Gaza....

Perang Hari ke-22
Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.
Kisah Komando 1
Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangka berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.
Kisah Komando 2
Ketua skuad komando mengarahkan seorang ahlinya yang keletihan supaya berundur dan mencari ganti namun ditolak seraya berkata "aku tidak akan berundur kecuali aku dapat membunuh 2 orang tentera penceroboh(Israel) atau aku akan pulang setelah syahid.."
Kisah Komando 3
Seorang komando Al-Qassam menceritakan ketika dia melihat gelagat tentera penjajah Israel di hadapan barisan perang medan pertempuran yang berlari sambil menjerit selepas sebuah peranti meletup berdekatannya sedang dia mampu membalas dengan segala kelengkapan perang canggih yang dia miliki serta kereta kebal yang mereka berlindung "Sesungguhnya aku tidak sangka mereka pengecut hingga ke tahap ini..!?"
Kisah Komando 4
Aku melihat daya juang rakan-rakanku para pejuang sangat kuat dan jitu, setiap daripada mereka berlumba dan bersaing untuk dipilih melakukan misi di barisan hadapan, aku sendiri berjaya membunuh 2 orang tentera Israel dalam satu pertempuran yang tidak lebih daripada 10 meter. Aku juga diceritakan oleh rakan komando ku di sebelah kawasan yang sama bahawa mereka berjaya meletupkan sebuah pasukan tentera Israel yang duduk berhimpit di dinding sebuah rumah, kami berjaya meletupkan mereka dengan sebuah peranti letupan menyebabkan sebahagian badan mereka hancur berkecai dan menunggu lebih dari beberapa jam untuk tentera lain datang menyelamatkan mereka. Itu pun selepas seluruh kawasan berdekatan dibom sehancur-hancurnya.
Aku sifatkan mereka adalah tentera yang tidak mahu berperang, bayangkan seorang tentera mereka yang sedang bersembunyi di sebalik dinding terus meniarap selepas mendengar bunyi tingkap rumah yang tertutup kemudian melepaskan tembakan seperti orang gila, sehinggalah dia menyedari bahawa tingkap tersebut bergerak disebabkan angin.
Kisah Komando 5
Di dalam satu misi kami untuk menyerang dari barisan belakang musuh, kami mensasarkan 2 buah kereta perisai yang dipenuhi tentera mereka, kemudian kami menyerang 1 daripadanya dengan semua yang ada di dalamnya, perkara yang sangat pelik bila tentera di dalam kereta perisai di hadapan tidak mahu turun menyelamatkan rakannya di belakang walaupun pintu kereta mereka sudah terbuka. Jarak antara kedua buah jentera tersebut adalah 20 meter.
Selepas kami menyelesaikan kereta perisai tersebut serta semua yang berada di dalamnya, kami segera ke arah sebuah kereta lagi, ketika jarak menjadi sangat dekat ketua pasukan tersebut keluar dalam keadaan yang sangat pelik sambil membawa senjata tetapi seakan menggeletar untuk menekan picu senjatanya, lagi-lagi selepas mendengar laungan takbir kami. Kami pun tidak mengambil masa yang lama terus menembak dan membunuh mereka di lokasi tersebut.
Kisah Komando 6
Dalam satu pertempuran ketika pasukan kami mengambil bahagian dalam satu serangan hendap yang mengorbankan 8 tentera Israel di daerah Hayyu Tuffah beberapa hari lalu, kami mengintip mereka dari jarak 700 m sambil bergerak ke arah mereka, selepas jarak menjadi semakin dekat kurang daripada 1 meter kami menghujani mereka dengan peluru dan bom RPG secara mengejut.
Ketika itu aku melihat salah seorang daripada mereka melompat dan melarikan diri sambil menjerit: "Tuhan, Tuhan, mama, mama!"
Setelah selesai misi tersebut kami segera cepat meninggalkan tempat tersebut mengikut arahan bilik taklimat.
Ini adalah sebahagian cerita para pejuang yang bertempur di barisan hadapan peperangan, dan sehingga kini statistik di dalam nota pejuang mengesahkan sebanyak 91 tentera penjajah yang berjaya dibunuh di dalam pertempuran di pinggir Gaza, walaupun Yahudi hanya mengiktiraf separuh daripadanya. Itu tidak termasuk tentera dan askar mereka di dalam jentera yang dibom oleh para pejuang(kerana tidak dipastikan sama ada terkorban atau cedera)
Doakan kemenangan para pejuang Palestin.
Gaza 2:27 PM
Perang Hari ke-22
Sumber;
iaanews

Israel lanjutkan gencatan senjata


SEORANG wanita membawa barangan miliknya semasa melintasi runtuhan kediaman yang musnah akibat serangan tentera Israel di Gaza kelmarin.


GAZA - Tentera Israel melanjutkan tempoh gencatan senjata di Gaza selama 24 jam lagi, kata para pegawai kelmarin tetapi pejuang Hamas meneruskan serangan roket dan memberi amaran sebarang gencatan senjata adalah tidak sah selagi kereta kebal tentera Yahudi tidak berundur dari wilayah berkenaan.
"Kabinet Israel meluluskan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu tempoh gencatan senjata kemanusiaan dilanjutkan sehingga tengah malam esok (semalam)," kata seorang pegawai Israel kelmarin.
Bagaimanapun, Hamas dalam satu kenyataan menegaskan tiada sebarang gencatan senjata dapat dijalankan selagi kereta-kereta kebal Israel tidak berundur dari Gaza.
Kata kenyataan itu lagi, gencatan senjata tidak berguna sekiranya penduduk Gaza tidak dapat pulang ke kediaman mereka dan ambulans yang membawa mangsa serangan tidak dapat bergerak bebas di bandar tersebut.
Sayap bersenjata Hamas, briged Ezzedine al-Qassam kelmarin mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan roket ke selatan Israel dan Tel Aviv sejurus gencatan senjata selama 12 jam yang dipersetujui kedua-dua belah pihak berakhir.
Sejumlah 20 roket dilancarkan ke selatan Israel pada lewat kelmarin hingga pagi semalam.
Bagaimanapun, roket-roket tersebut berjaya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome milik Israel.
Lebih 1,000 penduduk Palestin yang majoritinya orang awam maut selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Gaza pada 8 Julai lalu dengan alasan mahu menghentikan serangan roket Hamas.
Jumlah mangsa tersebut meningkat mendadak selepas pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan berpuluh-puluh mayat yang tertimbus dalam runtuhan bangunan yang di bom tentera Israel.
Seramai 42 askar Israel dan tiga orang awam turut terbunuh dalam konflik berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz38nvfm4Qw 
Hakcipta terpelihara 

Monday, 28 July 2014

Genjatan senjata berakhir

Foto
Kepulan asap memenuhi ruang udara utara Semenanjung Gaza selepas Israel melancarkan semula bedilan, semalam. - Foto A


  Tentera Israel bedil sasaran pesisiran pantai selepas Palestin lancar roket

Foto
Rakyat Palestin mengusung mayat yang ditemui
di celah runtuhan bangunan. - Foto REUTERS
Bandaraya Gaza: Gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza berakhir semalam selepas bedilan roket yang dilancarkan pejuang Palestin dibalas Israel, tamparan baharu kepada usaha mendapatkan perjanjian kekal.

Kereta kebal Israel dan artileri tentera membedil sasaran di sepanjang wilayah persisiran pantai itu, menghasilkan asap hitam, menandakan berakhirnya perjanjian gencatan senjata sehala oleh Israel selama 24 jam.

Saksi Palestin melaporkan serangan hebat di timur Bandaraya Gaza, dengan ambulans segera bergegas ke kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan dalam serangan berasingan. Lebih 1,050 rakyat Palestin, terutama penduduk awam, terkorban di Gaza.

palestin

Gencatan senjata bolehkan sukarelawan hantar bantuan


  • gaza

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam yang diusahakan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) di Gaza untuk membolehkan sukarelawan
menghantar bantuan kemanusiaan.

"Saya menyambut baik gesaan UNSC bagi gencatan senjata dengan segera dan berkekalan di Gaza. Terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban. Kami memerlukan komitmen ke arah keamanan," kata dalam Najib dalam laman Tweeter hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, yang kembali selepas lawatan enam hari ke beberapa negara di Timur Tengah, juga mengulangi gesaannya kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi gencatan senjata selama seminggu untuk membolehkan rundingan disambung semula.

Ban juga mengingatkan bahawa sebarang usaha ke arah keamanan yang tidak menangani punca konflik tidak akan berkesan, malahan hanya menjadi pentas bagi kitaran keganasan selanjutnya.

Menurut Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA), serangan terbaharu tentera Israel di Gaza, yang menjadi tempat tinggal bagi 1.8 juta rakyat Palestin, telah mengorbankan beratus-ratus orang dan beribu-ribu cedera.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang lain berkata angka kematian orang awam Palestin dalam serangan Israel telah melebihi 1,000 orang. - Bernama

Insiden tembak jatuh MH17 mungkin sama seperti jenayah perang - PBB


2014/07/28 - 20:40:56 PM
KUALA LUMPUR: Insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 'mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang', kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.

Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata, PBB mengutuk "penembakan dasyat" pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan "yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah" dijalankan.


"Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.

Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka," kata Pillay dalam satu kenyataan.

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine yang menghadapi pergolakan, 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang - 283 penumpang dan 15 krew. Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh.

Menurut AFP, Palang Merah secara rasmi menyatakan pada minggu lalu bahawa Ukraine kini berada dalam kancah perang saudara dan pengelasan ini bermakna pihak-pihak yang terlibat dalam konflik boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang. - BERNAMA

Lapan cara boleh bantu Gaza


  • gaza

DUA puluh hari telah berlalu sejak serangan rejim pengganas Zionis di Gaza yang bermula pada awal Ramadan. Jumlah syuhada di Gaza makin bertambah. Hospital tidak lagi mampu menampung bilangan mereka yang tercedera. Bilangan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh juga makin meningkat.

Kerosakan harta benda, bangunan dan tanah pertanian tidak dapat digambarkan. Setelah bangkit dari serangan sebelumnya yang mengorbankan ribuan nyawa, Gaza berdarah kembali, dan mereka memerlukan bantuan kita lebih dari sebelumnya.

Bagi Muslim, tuntutan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza adalah jauh lebih besar daripada tuntutan kemanusiaan, ia adalah manifestasi keimanan dan persaudaraan Islam.

Kita boleh membantu Gaza dengan banyak cara, di bawah ini disenaraikan lapan cara yang efektif bagaimana kita boleh bantu Gaza, sekali gus membuka jalan untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa daripada cengkaman rejim pengganas Zionis.

Memberi sumbangan harta: Mereka amat memerlukannya bagi membangunkan kembali kehidupan selepas peperangan ini berakhir. Sudah tentu dana yang diperlukan adalah bagi tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum, pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak yatim dan macam-macam lagi.

Sumbangan kewangan ini boleh disalurkan melalui banyak NGO di Malaysia yang amat aktif berperanan seperti Aman Palestin.

Berdoa: Doa adalah senjata mukmin yang paling efektif, terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah adalah Qunut Nazilah. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas solat fardu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain.

Boikot produk penyokong Zionis: Boikot adalah satu mekanisme efektif yang telah berjaya di banyak negara dalam memberi tekanan kepada Israel. BDS movement, sebuah gerakan anti aparteid yang berusaha keras untuk memboikot rejim pengganas Zionis melaporkan bahawa nilai eksport Israel berkurang dengan signifikan kesan daripada boikot.

Perbaiki kualiti ibadah: Seorang jeneral tentera Israel bernama Moshe Dayan pernah menyatakan dia hanya akan gentar bila umat Islam mampu untuk solat Subuh berjemaah di masjid sepertimana solat Jumaat. Ini adalah petunjuk bahawa Israel memahami hakikat agama ini, iaitu mereka hanya akan ditumpaskan oleh kelompok Muslim yang berkualiti. Maka kita mesti memulakannya dengan memperbaiki kualiti ibadah, diulang MESTI, terutamanya ibadah wajib. Ibadah sunat juga mesti dipertingkatkan. Biasakan diri kita dengan zikir-zikir dan bacaan al-Quran.

Lebih cakna tentang isu Palestin: Untuk memahami isu ini dengan lebih baik, tidak cukup sekadar kita beremosi pada waktu krisis berlaku. Namun, kesedaran bermusim ini lebih baik ada dari tiada. Kesedaran ini mesti diisi dengan maklumat yang sahih. Kita mesti mengetahui sejarah penjajahan Palestin, terutamanya sejak tahun 1948. Isu Palestin bukan sekadar isu serangan di Gaza.

Bacalah buku-buku yang membicarakan perkara ini secara ilmiah. Laburkan sedikit wang dan luangkan sedikit masa untuk memahami. Hadirkanlah diri ke program-program anjuran Aman Palestin yang memberi maklumat tentang Palestin.

Kempen kesedaran: Kesedaran tentang isu Palestin mesti dipromosikan seluas-luasnya. Gunakanlah apa sahaja medium komunikasi yang ada untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan isu ini kepada umat Islam seperti Blog, Facebook, Twitter, YouTube atau apa jua medium yang ada.

Didik anak-anak dengan semangat pembebasan Al Aqsa: Isu Palestin juga mesti diterapkan dalam diri anak-anak. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, letakkanlah agenda cakna Palestin sebagai salah satu agenda utama dalam keluarga.

Boikot cara hidup Zionis: Akhir sekali, cara hidup tajaan rejim pengganas Zionis untuk melalaikan umat Islam seperti berhibur secara berlebihan, membuang masa dengan aktiviti lara, membazir dengan kemewahan melampau dan terlibat dalam pergaulan bebas tanpa batas mesti diboikot, jika kita benar-benar serius untuk membebaskan Al-Aqsa.

Kesimpulannya, iltizamkan diri dengan Islam. Insya-ALLAH, setiap langkah ke arah kebaikan yang kita buat, maka masa untuk pembebasan Al Aqsa juga akan semakin hampir.

Mohd Hisham Mohd Sharif
Aktivis ISMA Australia

Bantuan perubatan tiba di Gaza


  • Bantuan ubat-ubatan yang disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza.Bantuan ubat-ubatan yang disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza.

SHAH ALAM - Sebanyak 16 lori yang membawa bantuan berupa ubat-ubatan kepada mangsa kekejaman rejim Zionis berjaya di bawa masuk ke Gaza setelah tempoh gencatan senjata sementara diumumkan kelmarin.

Pengerusi Lembaga Amanah Aqsa Syarif, Prof Madya Doktor Hafidzi Mohd Nor berkata, ubatan tersebut adalah hasil sumbangan daripada pelbagai persatuan perubatan yang disenaraikan di bawah gabungan Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA).

Menurutnya, bantuan yang disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza termasuk peralatan perubatan untuk situasi peperangan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 “Kebanyakan keperluan perubatan yang diterima termasuk alat pembedahan dan yang paling utama ialah kelengkapan pemindahan darah (Intravenous Line) kerana kebanyakan mangsa di Gaza kehilangan banyak darah.

“Bantuan ubatan dan kelengkapan tersebut akan diserahkan kepada Kem Kesihatan di Gaza untuk diagihkan kepada hospital yang terjejas,” katanya.

Namun, katanya, sukarelawan seperti doktor dan pegawai perubatan masih belum dibenarkan masuk akibat pihak Mesir yang menghalang mereka di sempadan pintu Rafah.

“Hanya bantuan ubatan sahaja yang berjaya masuk ke Gaza dalam tempoh beberapa jam gencatan senjata dan pekerja kemanusiaan masih belum boleh menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas,” katanya.

Kata Hafidzi, pihak Aqsa Syarif juga telah menyumbang empat buah ambulans yang berharga RM360,000 yang dibeli sepenuhnya hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui tabung operasi Badar.

“Saya menyeru kepada seluruh anggota masyarakat yang bersimpati terhadap nasib mangsa peperangan di Gaza yang kini keadaan makin meruncing supaya tampil menghulur bantuan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulur bantuan boleh memberikan sumbangan secara berpakej ke akaun Maybank Islamic bernombor 551575-004299 atau akaun Bank Islam 1209-20100-34904.

Aidilfitri suram bagi rakyat Palestin

Aidilfitri  suram bagi rakyat PalestinPasukan perubatan membawa keluar mangsa yang terselamat dalam serangan udara rejim Zionis di bandar Gaza. - Foto AFP Kuala Lumpur: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Mohammad Alherbawi, berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Masih sambut Aidilfitri

“Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini. Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia,” katanya.

Beliau berkata, anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

“Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Muslim Imran yang sudah menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati kuih raya apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim Zionis.
“Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Anjur majlis khas

Beliau berkata, satu majlis khas mungkin dianjurkan bagi keluarga mereka yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Mohammad Makram Balawi, pula mengutuk Tel Aviv kerana melancarkan serangan pada Ramadan sehingga menyebabkan bulan mulia ini dicemari dengan darah rakyat yang tidak berdosa. - BERNAMA

Israel akui kehebatan pejuang Hamas


  • Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.

KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘bodoh’.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.

“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.

“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.


Gerakan bawah tanah

Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.

“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.

Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit  bagi  memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir .

Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.

Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.

Menurut laporan itu,  semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.

“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.


Bukan kerugian besar

Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.

Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.

“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.

“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.

“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.


Ajaran Hizbullah

Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza.

Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.

Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.

“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.

Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.

Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.


Strategi Hamas menjadi

Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.

“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.

Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .

Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.

“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.

Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.

Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.

Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.

Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.

Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza.

Gaza: Hamas setuju gencatan senjata 24 jam


2014/07/27 - 17:59:18 PM

BANDARAYA GAZA: Hamas berkata ia sudah bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama 24 jam di Gaza menjelang Aidilfitri.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata ia berkuatkuasa pada 2 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia), hari ini.
Semalam, Israel menyatakan ia melanjutkan gencatan senjata di Gaza untuk tempoh 24 jam lagi, hari ini tetapi Hamas menyatakan ia tidak akan berbuat demikian apabila menyambung tembakan roket selepas gencatan senjata kemanusiaan terdahulu selama 12 jam tamat. - AP

Gaza: PBB gesa gencatan senjata dilanjutkan - Ki-moon


2014/07/28 - 13:19:41 PM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB,) Ban Ki-moon mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam dalam konflik Gaza bagi membolehkan sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan.

Pada masa sama beliau turut meminta agar pihak terbabit melanjutkan tempoh gencatan senjata itu kepada seminggu bagi membolehkan rundingan ke arah keamanan yang lebih lama disambung semula.
Ban dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, berkata berdasarkan rakaman imej yang diterima, penduduk Gaza berusaha melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tempoh gencatan senjata yang berakhir Sabtu, termasuk mengebumikan mayat.


Keadaan itu kata beliau membayangkan betapa perlunya semua pihak terbabit mengumumkan gencatan senjata selama tujuh hari di Gaza sebagai langkah awal dalam memperbaharui proses politik ke arah mencapai keamanan yang lebih lama, atau setidak-tidaknya melanjutkan tempoh gencatan senjata kemanusiaan yang diumum tersebut.

Ban yang baharu mengakhiri lawatan selama enam hari ke Timur Tengah berkata sudah tiba masanya untuk semua pihak dalam konflik itu menamatkan perang dan mula berbincang.

Semasa lawatannya, Ban dilapor memberi penekanan akan betapa pentingnya pencerobohan selama 47 tahun dan kepungan ke atas Gaza ditamatkan, selain memastikan keselamatan berasaskan keperluan yang diiktiraf bersama dan mencapai penyelesaian yang membolehkan Israel dan Palestin tinggal sebelah-menyebelah dalam keadaan aman dan selamat.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNWRA) melaporkan serangan terkini Israel ke atas Gaza yang didiami oleh 1.8 juta penduduk tersebut menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan lagi cedera, manakala badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkata jumlah orang awam Palestin yang terbunuh dalam kempen keganasan Israel itu melebihi 1,000 orang.
Lebih 170,000 penduduk kini berlindung di sekolah-sekolah UNRWA akibat siri keganasan terbaharu rejim Israel itu. - BERNAMA 

Gaza: Bedilan Israel bunuh kanak-kanak empat tahun


2014/07/28 - 19:03:01 PM

BANDARAYA GAZA: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, terbunuh di utara Gaza selepas dilaporkan terkena tembakan kereta kebal Israel, hari ini.

Menurut pegawai perubatan Palestin, ini adalah kematian pertama sejak kedua-dua pihak itu menghormati gencatan senjata kemanusiaan menjelang Aidilfitri.
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, kanak-kanak itu terkorban selepas letupan itu terkena sebuah rumah di timur Jabaliya - tempat pertempuran tercetus di antara tentera Israel dan Hamas, baru-baru ini.



Menurut Qudra, kanak-kanak berkenaan, Samih Ijneid, adalah orang pertama terbunuh di Gaza, hari ini sejak gencatan senjata dimulakan walau pun tiga kali mengalami kecederaan pada malam kejadian itu.

Jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 1,036 sejak pencerobohan tentera Israel di Gaza pada 8 Julai lalu. - AFP 

Gaza pilu sambut Aidilfitri


Suasana hari raya juga tidak kelihatan di Palestin, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang masih meriah dengan kerlipan lampu serta ketawa riang kanak-kanak kecil menjelang takbir raya yang berkumandang hari ini. 
Aidilfitri di Palestin pada tahun ini dilinangi air mata anak-anak kecil Palestin yang kehilangan orang dicintai, berikutan kemanusiaan sudah tercabul sejak tercetusnya perang ini dan yang tinggal hanya luka kesedihan akibat tindakan tidak prikemanusiaan tentera Israel yang membedil Bandar Gaza tanpa belas kasihan. 

Biarpun berlakunya genjatan senjata sementara antara Hamas dan Israel bertujuan untuk menghormati Aidilfitri, namun keadaannya pasti tidak sama. Rakyat Palestin tiada ‘nafsu’ untuk merayakannya kerana sudah terlalu banyak kehilangan.
Foto
ASAP serangan bom menyelubungi ruang angkasa Gaza, semalam. Israel kembali menyerang awal semalam selepas Hamas didakwa mencabuli gencatan senjata dengan melancarkan misil.

Jika di Malaysia, anak-anak kecil sedang girang bergembira bersama sanak saudara menyambut Aidilfitri, namun keadaannya sangat berbeza di Palestin dan kanak-kanak kecil di sini hanya mengharapkan keamanan. selain linangan air mata yang bercucuran.

Ini suasana Palestin ketika ini. Saya turut bersedih dengan setiap kehilangan, setiap gugurnya rakyat Palestin dan setiap terhakisnya kemanusiaan yang jelas terlihat sepanjang Perang 10 Ramadan ini. 

Saya sememangnya bersedih bukan kerana berkongsi kesedihan dengan mereka, tetapi saya turut merasa kehilangan apabila beberapa rakan karib saya turut gugur dalam menegakkan satu perjuangan yang dipanggil keadilan. 

Ahmad Bala’wi dan Ali Seyam. Itu antara dua nama yang juga sahabat saya yang gugur syahid. Mereka dekat di hati saya, mereka kerap saya temui, berbual mesra, bergurau senda, bercerita perihal Palestin dan perjuangan. Namun mereka sudah tiada, sudah mengadap Allah Yang Esa.

Jauh di sudut hati saya, mereka amat dirindui, bukan saja kepada saya, malah kepada rakyat Palestin kerana biarpun negara mereka ditindas, dikoyak-koyak oleh rejim Zionis, namun hati mereka seputih salju. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Israel terus membunuh


Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata dua lelaki maut di sempadan tengah Gaza manakala mangsa ketiga di Khan Yunis.
Tentera Israel mengurangkan bedilan sejak Sabtu lalu namun persetujuan untuk gencatan senjata gagal dicapai menyebabkan serangan diteruskan.
Roket Hamas turut berjaya membunuh seorang askar Israel berdekatan sempadan.
Setakat ini 1,050 rakyat Palestin terkorban kebanyakannya orang awam manakala 43 tentera Israel terbunuh.
- Agensi
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

palestin

Less than an hour ago, horrific Israeli airstrikes on Gaza - Shifa hospital hit by Israeli shelling & another attack on al Shati refugee camp killed at least 10 children and 3 adults. #Gaza


‘Terima kasih’ Mesir


Terowong itu biasanya digunakan untuk membawa masuk barang keperluan asas kepada penduduk Palestin ketika Gaza disekat dari segenap penjuru oleh rejim Zionis Israel.
Kaherah menumpukan tenteranya ke semenanjung itu atas alasan untuk mengekang kebangkitan penentang sejak Presiden Mohamed Mursi Isa al-Ayyat diguling Abdel Fattah al-Sisi pada 3 Julai 2013.
Ketika Mohamed Mursi menjadi Presiden Mesir, Kaherah bertindak pantas memberikan bantuan serta membuka pintu sempadan bagi membantu penduduk Gaza.
Bagaimanapun tindakan Mohamed Mursi tidak disenangi Tel Aviv serta Abdel Fattah yang ketika itu menjadi menteri pertahanan.
Sekatan menyeluruh mendorong penduduk Gaza membina rangkaian terowong bawah tanah bagi membawa masuk makanan serta keperluan asas untuk orang ramai.

Sebelum kebangkitan rakyat di Mesir berlaku, Presiden Hosni Mubarak turut gigih memusnahkan terowong berkenaan, termasuk menggunakan bom untuk merosakkannya atau mencurah air serta bancuhan simen bagi menutup lubang berkenaan.
Dalam sesetengah kejadian tindakan itu dilakukan ketika ada penduduk Palestin di dalam terowong berkenaan menyebabkan mereka meninggal dunia.
Foto
WANITA Palestin berdoa di atas runtuhan bangunan di utara Beit Hanun.

Namun pihak yang membenci Gaza menuduh Hamas menggunakan terowong berkenaan bagi membawa masuk senjata.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Hamas setuju gencatan senjata 24 jam


Gaza: Hamas semalam menyatakan persetujuan melakukan gencatan senjata selama 24 jam atas dasar kemanusiaan - sejurus selepas tentera Zionis Israel mengumumkan kembali menyerang Gaza.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, sebagai tindak balas kepada permohonan PBB yang memantau situasi di situ, mereka bersetuju menghentikan tentangan mulai jam 2 petang (7 malam waktu Malaysia).

“Gencatan senjata dibuat menjelang cuti Aidilfitri selama tiga hari,” katanya.

Sama seperti hampir semua negara umat Islam, Gaza juga meraikan Aidilfitri hari ini.



Sehingga awal malam tadi tiada sebarang reaksi segera daripada kerajaan Israel.

Sebelum ini kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata 12 jam dan Israel bersetuju melanjutkannya sebelum Hamas melancarkan serangan roket pada awal pagi semalam (waktu Malaysia).

Israel bertindak balas dengan kembali menyerang Gaza.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Sukarelawan asing ‘berkampung’ di hospital


Gaza: Sekumpulan sukarelawan dan aktivis kemanusiaan antarabangsa ‘berkampung’ di Hospital Shifa dalam usaha mereka menghalang tentera Israel menyerang premis itu.

Gerakan Solidariti Antarabangsa semalam melaporkan aktivis dari pelbagai negara, termasuk Sepanyol, Sweden, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis malah Venezuela mula menjadikan diri mereka perisai manusia di beberapa lokasi di hospital berkenaan.


Mereka juga membuka akaun Twitter dengan nama “Gaza Intl Activists” yang boleh diikuti memalui laman sesawang itu bagi mendapatkan sebarang perkembangan terkini.

Berikut adalah senarai nama aktivis yang berada di hospital berkenaan:


• Joe Catron – @jncatron

• Rina Andolini – @RinaAndolini
• Fred Ekblad – @FredEkblad
• Manu Abu Carlos – @Manu_Abu_Carlos (berbahasa Sepanyol)
• Valeria Cortes – @ValeriaCortesM (berbahasa Sepanyol)
• Denny Cormier – @santafeez
• Charlie of Ship to Gaza Sweden – @ShiptoGazaSE
• ISM Palestine – @ISMPalestine

Kata gerakan itu, dengan kemudahan serba kekurangan dan kakitangan hospital diserang, mereka tidak dapat memberi sebarang jaminan keselamatan di situ.

“Apa yang kami boleh buat ialah memberitahu kepada dunia apa dilakukan Israel dan berharap tindakan diambil ke atas mereka,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

palestin

 Israel bombs Gaza's main power plant that provides electricity to the Strip. This affects hospitals, sewage retrieval, and all other facets of daily life in Gaza. #Warcrimes
- Israël bombardeert Gaza belangrijkste energiecentrale die elektriciteit levert aan de Strip. Dit heeft invloed op de ziekenhuizen, riolering ophalen, en alle andere facetten van het dagelijks leven in Gaza.

Gesa tempoh gencatan senjata dilanjut


  • Ban Ki-moonBan Ki-moon

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam dalam konflik Gaza bagi membolehkan sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan.

Pada masa sama beliau turut meminta agar pihak terbabit melanjutkan tempoh gencatan senjata itu kepada seminggu bagi membolehkan rundingan ke arah keamanan yang lebih lama disambung semula.

Ban dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, berkata berdasarkan rakaman imej yang diterima, penduduk Gaza berusaha melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tempoh gencatan senjata yang berakhir Sabtu, termasuk mengebumikan mayat.

Keadaan itu kata beliau membayangkan betapa perlunya semua pihak terlibat mengumumkan gencatan senjata selama tujuh hari di Gaza sebagai langkah awal dalam memperbaharui proses politik ke arah mencapai keamanan yang lebih lama, atau setidak-tidaknya melanjutkan tempoh gencatan senjata kemanusiaan yang diumum tersebut.

Ban yang baharu mengakhiri lawatan selama enam hari ke Timur Tengah berkata sudah tiba masanya untuk semua pihak dalam konflik itu menamatkan perang dan mula berbincang. 

Semasa lawatannya, Ban dilapor memberi penekanan akan betapa pentingnya pencerobohan selama  47 tahun dan kepungan ke atas Gaza ditamatkan, selain memastikan keselamatan berasaskan keperluan yang diiktiraf bersama dan mencapai penyelesaian yang membolehkan Israel dan Palestin tinggal sebelah-menyebelah dalam keadaan aman dan selamat.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNWRA) melaporkan serangan terkini Israel ke atas Gaza yang didiami oleh 1.8 juta penduduk tersebut menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan lagi cedera, manakala badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkata jumlah orang awam Palestin yang terbunuh dalam kempen keganasan Israel itu melebihi 1,000 orang.

Lebih 170,000 penduduk kini berlindung di sekolah-sekolah UNRWA akibat siri keganasan terbaharu rejim Israel itu. - Bernama

John Kerry bincang usul gencatan senjata Israel-Hamas


JOHN Kerry (kanan) dan Laurent Fabius tiba untuk rundingan Asia Barat di Quai d'Orsay di Paris, kelmarin. - REUTERS
PARIS 27 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry hari ini mengetuai rundingan gencatan senjata Israel-Hamas bersama Menteri-Menteri Luar dari Qatar, Turki, Perancis, Britain dan Jerman di sini.
Rundingan itu dilakukan ketika ribuan rakyat Perancis mengadakan bantahan besar-besaran mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Genting Gaza.
Diplomat-diplomat itu dipanggil selepas gencatan senjata selama 12 jam dikuatkuasakan semalam.
"Rundingan kini dijalankan untuk melanjutkan lagi gencatan senjata itu kepada 24 jam," kata Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, lapor saluran televisyen France 24.
Israel dilaporkan bersetuju melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam, namun ditolak Hamas yang menyifatkannya sebagai retorik semata-mata.
Tiada wakil Israel, Mesir atau Pihak Berkuasa Paletin terlibat dalam rundingan di Paris itu.
Namun, Menteri Keselamatan Israel, Gilad Erdan berkata, persetujuan itu sukar dicapai.
Kerry sedang dalam kunjungan diplomatik ke Asia Barat dan Mesir minggu ini sebagai usaha menganjurkan gencatan senjata selama tujuh hari antara Israel-Hamas.
Bercakap pada satu sidang media di Kaherah semalam, Kerry berkata, rundingan sebelum ini gagal berikutan percanggahan pendapat dalam syarat-syarat gencatan senjata, namun beliau yakin usaha itu akan berjaya dicapai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140728/lu_04/John-Kerry-bincang-usul-gencatan-senjata-Israel-Hamas#ixzz38jbHCeFw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gencatan senjata Israel hanya retorik - Hamas


GAZA/BAITULMAQDIS 27 Julai - Lanjutan gencatan senjata selama 24 jam yang dicadangkan Israel disifatkan hanya bersifat retorik kerana kegagalan tentera Zionis itu untuk mengundurkan aset pertahanannnya dari bumi Gaza.
Israel hari ini melanjutkan tempoh gencatan senjata kemanusiaan di Genting Gaza bagi tempoh 24 jam, namun pergerakan Hamas yang menguasai kawasan pesisir pantai itu menegaskan mereka hanya akan menerima gencatan senjata sekiranya tentera Israel meninggalkan wilayah itu.
Menteri-menteri Israel memberi isyarat bahawa peluang agak kecil bagi satu perjanjian komprehensif yang dapat menamatkan konflik selama 21 hari dengan Hamas dan sekutunya yang menyaksikan sekurang-kurangnya 1,056 penduduk di Gaza kebanyakannya orang awam terkorban dengan 42 tentera dan tiga orang awam Israel turut maut.
"Atas permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kabinet meluluskan gencatan senjata sehingga pukul 12 tengah malam hari Ahad (4 pagi waktu Malaysia Isnin).
"Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan bertindak terhadap sebarang pencabulan gencatan senjata,'' kata jurucakap Israel yang tidak mahu namanya didedahkan dalam satu kenyataan selepas sesi Kabinet di Tel Aviv tamat.
Kebanyakan pertempuran dihentikan selepas gencatan senjata berkuatkuasa semalam, namun tiga buah roket dilancarkan dari Gaza dan mengenai wilayah Israel selepas waktu Maghrib namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Semalam, penduduk Gaza mengambil kesempatan daripada tempoh gencatan senjata itu untuk mengeluarkan mayat daripada sisa runtuhan bangunan, menyimpan bekalan makanan tambahan dan membanjiri jalan-jalan selepas tempoh berkenaan berkuatkuasa pada pukul 8 pagi waktu tempatan (1 petang waktu Malaysia).
Sementara itu, usaha antarabangsa untuk menamatkan konflik dan memastikan gencatan senjata yang lebih lama di Gaza sedang diketuai oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry di Paris.
Kerry mengadakan pertemuan dengan Menteri-Menteri Luar dari Perancis, Itali, Britain, Jerman, Turki dan Qatar.
"Kami semua meminta pihak-pihak terlibat supaya melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan yang sedang berlangsng,'' kata Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius selepas mesyuarat itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140728/lu_03/Gencatan-senjata-Israel-hanya-retorik---Hamas#ixzz38javqFTI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kekejaman Israel terus dibantah


SEBAHAGIAN daripada 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen selepas berarak dari Kedutaan Israel untuk mengecam kekejaman rejim itu terhadap penduduk Gaza di tengah London, kelmarin. - AFP
LONDON 27 Julai - Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan pro-Palestin yang membantah kekejaman tentera Israel ke atas Gaza, berarak di tengah-tengah kota London semalam, dalam satu demonstrasi yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
Seorang jurugambar AFP bagaimanapun menjangkakan, jumlah tersebut lebih ramai sekali gus menyebabkan beberapa jalan raya di sekitar Parlimen Britain ditutup.
Perarakan itu bermula di luar Kedutaan Israel di Kensington di barat Britain sebelum melalui Downing Street dan menuju pekarangan bangunan Parlimen Britain di Westminster.
Para penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang tertera ayat, 'Hentikan keganasan Israel', Kebebasan untuk Palestin' dan 'Akhiri serangan ke atas Gaza'.
Selain itu, mereka turut bersorak 'Malulah kamu David Cameron' ketika melalui pejabat Perdana Menteri Britain di Downing Street.
Pihak penganjur berkata, pada tunjuk perasaan yang sama minggu lalu, sebanyak 100,000 penunjuk perasaan terlibat walaupun pihak polis mendakwa hanya 15,000 peserta menyertainya.
Selain London, demonstrasi pro-Palestin turut diadakan di Dataran Republique, disertai kira-kira 10,000 peserta, sementara sebanyak 10,000 lagi berhimpun di Lyon.
Di Kanada, tunjuk perasaan mengecam rejim Zionis diadakan di Toronto, Ottawa, sementara di Bahrain, beribu-ribu peserta berhimpun di Manama.
Sebahagian penduduk Yahudi di Tel Aviv, turut menyelar tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza yang sehingga kini mengakibatkan 1,056 kematian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140728/lu_02/Kekejaman-Israel-terus-dibantah#ixzz38jahcB4v
© Utusan Melayu (M) Bhd