Thursday, 12 June 2014

Yayasan Islam harus bantu taja filem Palestin

Kisah benar mengenai seorang kanak-kanak Palestin yang bernama Farah didokumenkan dalam filem "Farah" oleh penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas, Farheen Pasha Umar. - Foto U T San Diego
Kisah benar mengenai seorang kanak-kanak Palestin yang bernama Farah didokumenkan dalam filem "Farah" oleh penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas, Farheen Pasha Umar. - Foto U T San Diego
ISTANBUL - TURKI. - Ada dua cadangan menarik yang dibuat pada penutup forum media Palestin iaitu pembangunan pelbagai media bertujuan memberi liputan lebih meluas perjuangan rakyat Palestin di seluruh dunia.
Forum ini juga menggesa diwujudkan saluran komunikasi yang turut mendokong hak rakyat Palestin dalam pelbagai bahasa.
Farheen Pasha Umar, penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen bebas telah menggunakan pendekatan ini apabila menghasilkan filem dokumentari yang begitu menyayat hati bertajuk "Farah".
Filem ini menyingkap kehidupan seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang melecur terbakar peringkat ketiga apabila sebutir bom meletup berhampiran rumahnya.
Kejadian itu berlaku pada 2009 apabila tentera Yahudi menyerang Gaza yang berikutnya disebut Perang Gaza.
Farah dihantar ke hospital di San Diego untuk menjalani beberapa pembedahan sebelum kembali ke kampung halamannya di Gaza.
Perang Gaza atau dikenali juga sebagai 'Operation Cast Lead' menyebabkan kira-kira 1,400 rakyat Palestin termasuk ibu Farah terkorban berbanding hanya 13 di pihak Israel.
Bagaimanapun, Farheen berkata semasa beliau mahu memulakan penggambaran filemnya, beliau kecewa kerana tidak dapat mencari pertubuhan atau yayasan Islam untuk memohon dana.
Menurut Farheen, beliau membuat carian atas talian tetapi gagal. 
 
Banyak yayasan membiayai filem Yahudi   
 
Berpangkalan di Amerika, Farheen berkata beliau tidak tahu siapa yang patut dihubungi dan telah membuat carian atas talian untuk pertubuhan yang berkaitan bagi mendapatkan dana.
"Ketika mencari itu saya dapati untuk filem Yahudi atau apa sahaja mengenai Israel, banyak betul yayasan yang boleh mengeluarkan dana.   

"Mereka (yayasan Yahudi) menggalakkan orang membuat filem tetapi malangnyatidak ada apa-apa untuk orang Islam.
"Jadi bagi kami yang hendak membuat filem ini, ke mana harus kami pergi untuk dapatkan wang?", tanya Farheen, sambil menambah, pembikinan filem memerlukan belanja yang banyak.
Meskipun terpaksa melakukan sendirian, Farheen akhirnya berjaya juga menghasilkan "Farah", filem yang memaparkan rakyat Palestin dari sudut yang berbeza daripada yang digunakan media Arab lain.
Filem dokumentari ini julung-julung kali dipertontonkan pada 2011 di San Diego dan sekali lagi ditayangkan kepada peserta Forum Media Palestin yang berlangsung di Istanbul. 
 
Farah   
 
Menurut Farheen, kisah Farah adalah kisah penuh emosi dan kemanusiaan yang boleh menyentuh perasaan semua orang.
Beliau berkata kebanyakan rakyat Amerika tidak berapa tahu sangat tentang isu Palestin.
Farah mengisahkan bagaimana kanak-kanak perempuan ini dijaga ibu angkatnya daripada keluarga Arab-Amerika. Dia tinggal bersama mereka selama sembilan bulan sepanjang masa menjalani rawatan untuk badannya yang melecur terbakar.
Selesai rawatan, dia terpaksa kembali ke Gaza.
"Yang menarik ialah ibu angkat yang begitu sayang kepada kanak-kanak perempuan ini. Runtunan perasaan wanita ini yang saya mahu gambarkan dalam filem ini.

Farah kini tinggal bersama ayah, ibu tiri dan neneknya," kata Farheen.
Menurut Farheen, beliau merancang sebuah lagi filem tentang Farah dan kali ini penggambaran akan dibuat di Gaza. 
 
Filem rapatkan jurang timur dan barat   
  
Pembuat filem berketurunan Pakistan-Amerika ini berkata tujuan utama beliau menghasilkan filem itu adalah untuk merapatkan jurang antara timur dan barat.
Katanya, terlalu banyak salah faham di Amerika Syarikat mengenai Islam, Timur Tengah dan Asia Selatan.
"Oleh yang demikian saya cuba membuat topik yang boleh merapatkan jurang ini. Saya pernah menghasilkan filem tentang wanita Islam - Wanita Islam - Purdah dan Pengasingan.
"Banyak sekali salah faham di Amerika tentang purdah, burka atau hijab," katanya sambil menambah filem itu untuk menjelaskan apa sebenarnya hijab.
     
 Kekeliruan tentang hijab 
 
 Menurut Farheen, Wanita Islam dihasilkan selepas serangan 11 September.
Pada masa itu terdapat banyak isu dan filem mengenai Afghanistan dan bagaimana wanita memakai burka ditindas (oleh taliban).
"Di Amerika, ramai Muslim Amerika mula mengenakan hijab dan sesetengah rakyat Amerika keliru dan mereka berfikir mengapa pakai hijab sedangkan tidak ada Taliban di situ."
Kata Farheen, beliau menghasilkan filem itu untuk menunjukkan perbezaan dalam dunia orang Islam berhubung hijab.
Beliau mewawancara wanita dari Pakistan dan Iran yang terpaksa berhijab sedangkan keadaan di Turki pula berbeza.
"Saya buat filem ini untuk menjelaskan keadaan", katanya.     
  
Bahasa  
  
Semasa satu daripada sesi forum, antara isu yang dibahaskan ialah soal "bahasa".
Para peserta dari negara bukan Arab termasuk peserta dari Afrika berpendapat "bahasa" yang digunakan untuk isu Palestin perlu diperluaskan kepada bahasa satu-satu negara atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris.
Ini dapat membantu meningkatkan kefahaman berhubung isu Palestin dan mendapat lebih banyak sokongan daripada lebih ramai penduduk dunia termasuk di benua Afrika.
Editor kanan, MEMO, Ibrahim B Hewit membangkitkan perkara bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa.
"Kita perlu membangunkan profesional media yang yakin bertutur dalam bahasa Inggeris dan boleh bercakap kepada orang ramai yang bertutur bahasa Inggeris supaya kita dapat hebahkan mesej ini dengan berkesan", katanya.
Untuk makluman, sebahagian besar program forum berlangsung dalam bahasa Arab tetapi terjemahan disediakan.
Mengenai forum media Palestin, meskipun Ibrahim memuji penganjurannya, beliau turut melahirkan rasa sangsi akan hasilnya.
"Saya tak tahu sama ada ia akan mendatangkan apa-apa manfaat. Kita menghadiri banyak persidangan mengenai Palestin, kita bercakap dan lepas itu, kita pulang dan tidak ada sesiapa berbuat apa-apa. Sungguh  mengecewakan", tambahnya.
 
 
Harapan penganjur    
 
Forum media Palestin menarik peserta dan penceramah dari negara-negara seperti Mesir, Palestin, Jordan, Malaysia, Russia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Forum selama dua hari itu dipenuhi dengan sesi panel, bengkel, latihan dan ruang pameran untuk saluran dan syarikat media.
Pihak penganjur berharap perhimpunan media di Istanbul akan menjadi titik permulaan kepada banyak lagi majlis seumpama itu.
Pada penutup forum, persidangan mencadangkan pertubuhan media menyokong pertubuhan media serta wartawan Palestin dalam membangunkan kemahiran serta kemampuan mereka untuk meningkatkan lagi peranan mereka.
Persidangan juga mengumumkan pelancaran Anugerah Media Antarabangsa Palestin untuk menggalakkan liputan media serta pengeluaran artistik serta kreatif yang ada kaitannya dengan perjuangan rakyat Palestin. 
Ia juga mengumumkan penubuhan Pusat Filem Palestin, yang akan mendokumen, mempromosi dan mengedar filem-filem Palestin.
Pusat itu juga akan menggalakkan komunikasi antara pembuat filem dan pihak lain dalam industri.
Hari perpaduan
 
Satu lagi perkara yang mendapat perhatian persidangan ialah Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin dan mendedikasikannya untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam media antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan tarikh 29 November untuk sambutan hari berkenaan, yang juga dikenali sebagai Hari Perpaduan.
Secara tradisi, Hari Perpaduan menyediakan peluang kepada masyarakat antarabangsa untuk menumpukan perhatian kepada persoalan rakyat Palestin yang masih belum selesai.
Hakikatnya juga, rakyat Palestin masih lagi belum mendapat hak mereka seperti yang ditakrif Perhimpunan Agung PBB.
Hak itu meliputi hak untuk menentukan masa hadapan mereka tanpa campur tangan luar, hak untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara dan hak untuk kembali ke rumah dan harta benda mereka sebelum mereka diusir. - Bernama

Kecewa gagal tikam tentera Israel

Ayat
Ayat
TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang gadis di Hebron, Palestin hidup dalam kegelapan sejak berumur dua tahun selepas tentera Israel bertindak melepaskan kanister gas ke dalam rumahnya.

Akibatnya, Ayat Mahfouz, 22, buta mata kanan dan penglihatan mata kirinya semakin teruk dari sehari ke sehari.

Nyata, kekejaman rejim Zionis itu menjadikan gadis ini seorang pendendam dan sejak dua tahun lalu dia didakwa telah gagal sebanyak dua kali dalam percubaannya untuk menikam tentera Israel.

Bagi percubaan pertama, dia ditahan selama 40 hari dan percubaan kedua membawa kepada penahanan selama 10 bulan.

Difahamkan menurut laporan SANA, akibat tekanan melampau dia menjadi buta sepenuhnya dan putus asa untuk hidup.

Tuesday, 10 June 2014

Penduduk Gaza tiada akses air bersih


10 Jun 2014


GENTING GAZA - Penduduk Palestin di Gaza dilaporkan tidak mempunyai akses air bersih susulan sekatan Israel di bandar itu.

Pengarah air, Ahmad Yacoubi berkata, air di bandar itu dicemari nitrat dan klorida tiga kali lebih tinggi berbanding paras normal.

"Pencemaran dicatatkan semakin tinggi hingga menyebabkan 90 peratus air di Gaza tercemar teruk," katanya kepada PIC.

Pengarah Penyulingan, Ahmad Robaie pula berkata, penyulingan air laut adalah penyelesaian menangani masalah itu namun ianya tercemar dan memberi kesan kepada penduduk," katanya.

Monday, 9 June 2014

palestin

Sekarang, 

Puak Yahudi bersenang lenang ber 'selfie' di hadapan masjid suci Al Aqsa. Manakala, Umat Islam ber 'selfie' di ......

Ya Allah, bantulah kami Ya Rabb dalam usaha mengembalikan sinar Islam di bumi Palestin dan Syria. Kami lemah Ya Allah, justeru, kuatkanlah iman di dada kami, terangilah hati kami, dan bantulah kami dalam tiap-tiap langkah urusan kami. Amiin

Sunday, 8 June 2014

Azan di Vatican City

Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh  pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu.

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.

PBB gesa tahanan Palestin dibebas


WASHINGTON 7 Jun - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melahirkan kebimbangan berhubung tahap kesihatan tahanan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar memandangkan keadaan mereka dilaporkan semakin buruk.
Ketua badan dunia itu pada masa sama menuntut Israel sama ada membicarakan kesemua tahanan tersebut secara rasmi ataupun membebaskan mereka dengan segera.
Berpuluh-puluh tahanan Palestin melancarkan mogok lapar bagi membantah tindakan digunakan Israel untuk memastikan mereka terus berada di penjara dan kebanyakan tahanan terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Ki-moon amat bimbang dengan laporan berhubung kesihatan tahanan pentadbiran Palestin yang semakin buruk selepas melancarkan mogok lapar lebih sebulan lalu.
"Beliau turut mengulangi pendirian bahawa tahanan perlu dibicarakan ataupun dibebaskan segera," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada media. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140608/lu_07/PBB-gesa-tahanan-Palestin-dibebas#ixzz33zhLktov
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 6 June 2014

Tahanan Palestin makin parah

Sebahagian waris tahanan melakukan protes di hadapan penjara Israel bagi menuntut pembebasan. Foto: EPA
Sebahagian waris tahanan melakukan protes di hadapan penjara Israel bagi menuntut pembebasan. Foto: EPA
RAMALLAH - PALESTIN. - Keadaan kesihatan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar sejak 24 April lalu di penjara Israel dilaporkan semakin buruk.
Menteri Hal Ehwal Banduan Palestin, Essa Qaraqie memaklumkan, kira-kira 120 tahanan menyertai mogok lapar sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran dikenakan rejim Zionis.
"Sebahagian daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital.
Pihak berkuasa Israel masih tidak mengendahkan tuntutan tahanan Palestin tersebut walaupun kesihatan mereka semakin terancam," katanya dipetik Press TV
Menurutnya lagi, susulan daripada insiden itu, kerajaan Palestin telah menghantar surat kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi menuntut mereka campur tangan dalam isu tersebut.
Difahamkan, hampir 200 daripada 5,000 tahanan Palestin kini ditahan di bawah penahanan pentadbiran Israel tanpa melalui perbicaraan adil.

Israel bina 1,500 rumah haram

Uri mengumumkan lebih banyak penempatan dibina di Tebing Barat. Foto: AFP
Uri mengumumkan lebih banyak penempatan dibina di Tebing Barat. Foto: AFP
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. - Rancangan Israel membina 1,500 penempatan haram sebagai tindak balas terhadap pembentukan kerajaan perpaduan Palestin mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk Washington yang mahu mengenakan tindakan serius terhadap pemimpin itu.

Menteri Perumahan Uri Ariel mengumumkan perkara itu 48 jam selepas majlis angkat sumpah kerajaan perpaduan dilaksanakan di Tebing Barat.

“Sebanyak 400 unit akan dibina di Baitulmuqaddis dan 1,109 unit lain dibina di Tebing Barat. Kamu tidak hiraukan ancaman atau kritikan Kesatuan Eropah atau Amerika Syarikat yang mula berpaling tadah,” katanya dipetik Al Jazeera

Menurutnya, tender pembinaan ini adalah respons Zionis terhadap kerajaan baharu Palestin.

Sementara itu, Ketua Perunding Palestin Saeb Erekat berkata, pengumuman itu jelas menyaksikan Israel mula bimbang dengan barisan Kabinet baharu yang menyaksikan kesepakatan antara Fatah dan Hamas.

Pembentukan kerajaan baharu itu juga memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendesak kuasa besar dunia supaya menolak kerajaan perpaduan Palestin dengan melabelkan kerajaan terbabit sebagai ‘kerajaan pengganas.

Thursday, 5 June 2014

Netanyahu tidak puas hati


Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel semalam berkata, dia kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hubungan dengan kerajaan perpaduan baru Palestin.

Dalam wawancara dengan Associated Press, Benjamin Netanyahu mendesak Washington memaklumkan kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas bahawa pakatannya dengan Hamas tidak boleh diterima.


Kenyataan Netanyahu itu menggambarkan kekecewaan rejim Zionis berhubung penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan perpaduan baru Mahmoud yang mengangkat sumpah kelmarin.



Pemimpin Zionis itu sebelum ini menggesa dunia memulaukan kerajaan berkenaan kerana pembabitan Hamas, kumpulan pejuang Islam yang didakwa membunuh ratusan pengganas Yahudi dalam serangan sepanjang dua dekad lalu.


Bagaimanapun, sehingga malam semalam, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berkata, mereka akan memberi Mahmoud peluang.


“Saya amat kecewa dengan pengumuman bahawa Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan kerajaan Palestin yang dianggotai Hamas.

“Mereka yang ikhlas mencari keamanan mesti menolak langkah Mahmoud bergabung dengan Hamas.


“Saya berpendapat Amerika Syarikat khususnya perlu menjelaskan kepada presiden Palestin itu bahawa langkah bergabung dengan Hamas yang berjuang untuk melenyapkan Israel tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Fatah yang diketuai Mahmoud dan Hamas membentuk kerajaan baru kelmarin, langkah besar ke arah menamatkan sengketa yang memecahkan warga Palestin sejak tujuh tahun lalu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04

Wednesday, 4 June 2014

1,500 tahanan Palestin mogok lapar

Penyokong Hamas mengadakan perhimpunan sebagai tanda perpaduan dengan tahanan Palestin yang mogok lapar, 17 Mei lalu. - Foto AFP
Penyokong Hamas mengadakan perhimpunan sebagai tanda perpaduan dengan tahanan Palestin yang mogok lapar, 17 Mei lalu. - Foto AFP 
2 Jun 2014 RAMALLAH - PALESTIN. Seramai 1,500 tahanan Palestin nekad mogok lapar sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang mengambil tindakan sama di penjara Israel hampir 40 hari lalu.

Kementerian Hal Ehwal Banduan Palestin memaklumkan, tahap kesihatan lebih 100 tahanan kini semakin merosot.

Difahamkan, kesemua tahanan itu tidak akan menamatkan mogok sehingga pihak berkuasa Israel menghentikan dasar penahanan pentadbiran.

Sejak 24 April lalu, lebih 120 tahanan mogok lapar sebagai protes dipenjarakan tanpa dibicarakan.

Dalam perkembangan berasingan, Palestin dijangka mengumumkan Kabinet perpaduan pada hari ini walaupun berdepan ancaman sekatan Israel.

Pemangku Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberitahu kerajaan tersebut akan dibarisi calon bebas dan teknokrat, laporan dipeik dari Press TV.

Israel, AS tertekan Kabinet baharu Palestin

Penduduk Palestin menyambut baik pembentukan Kabinet perpaduan. Foto: AFP
Penduduk Palestin menyambut baik pembentukan Kabinet perpaduan. Foto: AFP
RAMALLAH - PALESTIN. Israel mendakwa pejuang Palestin melancarkan roket di Genting Gaza, sejam sebelum Kabinet dibentuk, semalam.

Jurucakap tentera berkata, serangan berlaku di selatan Genting Gaza itu menyebabkan tentera udara digerakkan bagi tujuan serangan balas.

Menurut Agensi, sehingga kini, kesahihan Palestin melancarkan serangan itu tidak disahkan.

Media menyifatkan, Israel dan Amerika Syarikat (AS) kini semakin tertekan selepas Hamas dan Fatah bersepakat membentuk kerajaan perpaduan.

Kesepakatan itu dilihat melemahkan usaha Israel untuk menakluki beberapa wilayah di negara terbabit dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).

April lalu, Hamas dan Fatah dibawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menandatangani perdamaian sekali gus bersepakat membentuk Kabinet perpaduan.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, John Kerry menyuarakan kebimbangan terhadap pembentukan kerajaan itu

Beliau berkata, AS tidak teragak-agak menghukum  kerajaan terbabit jika melanggar prinsip komposisi dan dasar antarabangsa.

EU sedia kerjasama dengan kerajaan baharu Palestin

Barisan Kabinet baharu Palestin diperkenalkan selepas majlis angkat sumpah, kelmarin.
Barisan Kabinet baharu Palestin diperkenalkan selepas majlis angkat sumpah, kelmarin.
BRUSSELS - Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Amerika Syarikat mengumumkan Eropah sedia bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Palestin yang yang ditubuhkan.

Joao Vale de Almeida berkata, EU akan memantau setiap perkembangan kerajaan tersebut.

Kelmarin menurut Press TV, barisan Kabinet baharu terdiri daripada 17 menteri yang diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah mengangkat sumpah dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat gerakan Fatah di Tebing Barat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Amerik Syarikat, Jen Psaki turut mendedahkan Washington merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin.

"Kami akan menilai komposisi dan dasar mereka. Jika ada keperluan, kami akan menyusun semula pendekatan AS," katanya.

Pengiktirafan negara Barat terhadap kerajaan baharu Palestin telah memberi tamparan hebat kepada Israel yang sebelum ini menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak mengiktiraf usaha tersebut.

Dalam satu kenyataan, Israel turut menzahirkan kekecewaan mereka susulan daripada tindakan sekutu kuat mereka, AS yang berpaling tadah untuk menyokong Palestin. 

Warga Palestin ditembak mati di Za'tara.

Berita | Warga Palestin ditembak mati di Za'tara.

4 Jun, Nablus - Doktor Forensik di Hospital Rafidiah menyatakan, selepas pemeriksaan kali pertama pada Ala Mohammad Odeh, 30, beberapa buah peluru ditemui pada dada dan kaki, banyaknya pada bahagian kiri tubuh badan.

Tulang peha (femur) patah, dan beberapa tanda boleh dilihat pada tangan kirinya, berkemungkinan tulang belakang beliau juga patah".

Howwara Online melaporkan sebanyak 14 biji peluru dilepaskan. Beliau ditembak mati di checkpoint Za'tara, selatan tebing barat, Nablus. [Ph]

Hasbunallah wani'mal wakil.

sumber: ISM
#aqsasyarif #mygmj2014

Respon terkini Perdana Menteri Negara Haram Israel terhadap proses penyatuan Palestin, antara HAMAS-FATAH. [Ph]

Respon terkini Perdana Menteri Negara Haram Israel terhadap proses penyatuan Palestin, antara HAMAS-FATAH. [Ph]

sumber: Haaretz. (http://goo.gl/zwtTk1) — with Shoo Qi.

Israel enggan bekerjasama


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (tengah) mengadakan mesyuarat bersama menteri-menteri kerajaan perpaduan baharu di Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. - REUTERS
TEL AVIV 3 Jun - Israel semalam mengancam untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Tebing Barat selepas pergerakan Fatah membentuk kerajaan perpaduan Palestin dengan Hamas yang memerintah Genting Gaza.
Menurut pejabat Perdana Menteri Israel, satu mesyuarat keselamatan Kabinet turut diadakan bagi berbincang tentang kerajaan baharu Palestin serta memberi kuasa kepada Benjamin Netanyahu untuk mengenakan sekatan tersebut.
Kenyataan itu menambah, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menguasai Tebing Barat turut bertanggungjawab di atas semua serangan yang dilancarkan terhadap Israel.
"Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bekerjasama dengan Hamas, pertubuhan yang diisytiharkan sebagai pengganas di Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh dunia.
"Perjanjian dengan Hamas membuatkan Abbas bertanggungjawab di atas semua serangan yang dilancarkan ke Israel," jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, Israel menggesa pemimpin dunia supaya tidak mengiktiraf kerajaan perpaduan Palestin dengan menyifatkan Kabinet baharu itu hanya akan 'memperkuatkan keganasan'.
Dalam pada itu, Barat hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin selepas majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan perpaduan tersebut dilaksanakan semalam.
Beberapa jam selepas majlis tersebut, Setiausaha Negara AS, John Kerry menghubungi Netanyahu bagi menyampaikan kesediaan AS untuk bekerjasama dengan kepemimpin baharu Palestin.
Israel dalam reaksinya meluahkan kekecewaan terhadap kesediaan AS untuk bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Palestin.
"Kami amat kecewa dengan kenyataan Jabatan Negara AS yang menyatakan kesediaan mereka bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin.
"Kerajaan Palestin disokong oleh pergerakan pengganas, Hamas yang komited dengan usaha memusnahkan Israel," kata seorang pegawai Israel yang enggan dikenali.
Jelas Israel, sekiranya AS mahu mempercepat proses damai, negara itu patut memanggil Abbas untuk enamatkan pakatan dengan Hamas dan kembali dengan proses rundingan damai Israel. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140604/lu_03/Israel-enggan-bekerjasama#ixzz33cIYSqEl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Fatah-Hamas bentuk kerajaan


Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah (kanan) mengangkat sumpah mengetuai kerajaan perpaduan Palestin sambil diperhatikan Presiden, Mahmoud Abbas di Ramallah, semalam. - REUTERS
RAMALLAH 2 Jun - Hampir 10 tahun selepas terlibat dalam pertelagahan, pergerakan Hamas dan Fatah hari ini akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas.
Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.
Namun begitu, pada saat-saat akhir sebelum majlis mengangkat sumpah dijalankan, berlaku sedikit perselisihan faham di antara Hamas dan Fatah selepas jawatan Menteri Hal Ehwal Penjara dikeluarkan daripada senarai Kabinet.
Beberapa minit sebelum majlis berlangsung, pegawai Hamas berkata, masalah berkenaan sudah diselesaikan melalui pendekatan bertolak ansur, namun tidak menjelaskan lebih lanjut.
Menurut sumber, Hamas bersetuju untuk mengekalkan portfolio itu, yang mana jawatannya akan disandang oleh Rami.
Hamas pada 2007 merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.
Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.
Sejak tujuh tahun lalu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal ekoran Hamas dan Fatah masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka.
Hamas mengalami krisis kewangan ekoran sekatan dikenakan di sempadan Israel dan Mesir. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140603/lu_03/Fatah-Hamas-bentuk-kerajaan#ixzz33cHTDmnQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS bantu kerajaan Palestin



HAMDALLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet Palestin di Ramallah semalam.


WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu kelmarin, pihaknya merancang untuk mengadakan kerjasama dan menyalurkan bantuan kepada kerajaan perpaduan baharu Palestin.
Keputusan tersebut menyebabkan Israel turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AS itu.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kelmarin menyaksikan majlis mengangkat sumpah kerajaan perpaduan kelmarin.
Perjanjian damai itu ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin dengan pergerakan Hamas yang menentang Israel.
Selepas penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengumumkan untuk mengundurkan diri.
Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri baharu, Rami Hamdallah berlangsung di Ramallah semalam.
AS sebelum ini melihat Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas.
Kongres AS sendiri menyekat dana kepada Palestin yang berjumlah kira-kira AS$500 juta (RM1.6 bilion) setahun.
"Ketika ini, Presiden Mahmoud Abbas telah membentuk kerajaan teknokrat yang tidak termasuk menteri-menteri gabungan dengan Hamas," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki kepada pemberita pada sidang media.
"Apa yang kita tahu, kita memang berhasrat untuk bekerja dengan kerajaan itu. Namun, kita juga akan sentiasa melihat dengan teliti bagi memastikan Abbas berpegang kepada apa yang dikatakannya," katanya.
Beliau merujuk merujuk tentang komitmen Abbas untuk berdamai dengan Israel.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bimbang dengan keputusan AS mahu mengekalkan hubungan dengan kerajaan perpaduan Palestin yang baharu.
Justeru, Netanyahu menggesa dunia supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin kerana Abbas disokong Hamas yang didakwa telah membunuh ratusan rakyat Israel. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz33cFSqmB5 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, 29 May 2014

Palestin mula Kabinet baharu

Kepimpinan Hamas dan Fatah mulakan Kabinet baharu hari ini.
Kepimpinan Hamas dan Fatah mulakan Kabinet baharu hari ini.
RAMALLAH - PALESTIN. Hamas dan Fatah memulakan pentadbiran kerajaan perpaduan hari ini di Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Ziad al-Zaza berkata, kerajaan sudah bersedia menyerahkan tanggungjawab penuh kepada kerajaan perpaduan selepas Kabinet Hamas bersetuju dengan terma dan syarat dalam mesyuarat ke-343 berakhir Selasa lalu di Gaza.

Jurucakap Fatah, Azzam al-Ahmed  berkata, rundingan di Gaza mencapai objektif dengan hala tuju lebih jelas.

April lalu, Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) termasuk Fatah berikrar menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.

Menurut Press TV, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah harus menubuhkan kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu dan mengadakan pilihan raya pada enam bulan kemudian.

Tahanan Palestin dikejarkan ke hospital


BAITULMAQDIS 29 Mei - Perkhidmatan Penjara Israel mengejarkan seramai 40 tahanan Palestin ke hospital semalam selepas mereka enggan makan lebih sebulan lalu sebagai bantahan tahanan terhadap terma-terma pemenjaraan masing-masing.
Jurucakap penjara, Sivan Weizman menyifatkan kesihatan semua tahanan itu dalam keadaan baik, namun dinafikan pegawai Palestin yang mendakwa, nyawa kesemua tahanan tersebut dalam bahaya dan menggesa campur tangan antarabangsa bagi mencari satu penyelesaian.
Kesemua mereka yang melancarkan mogok lapar merupakan tahanan biasa yang enggan makan hampir lima minggu sebagai bantahan mereka kerana ditahan tanpa perbicaraan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140529/lu_02/Tahanan-Palestin-dikejarkan-ke-hospital#ixzz333JBtgjQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 28 May 2014

Flotila : Mahkamah arah komander Israel ditahan


ISTANBUL 27 Mei - Mahkamah Turki mengarahkan penahanan empat bekas ketua tentera Israel yang terlibat dalam terhadap konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, Palestin pada 2010 yang menyebabkan sembilan aktivis hak asasi manusia terbunuh.
Menurut peguam, Cihat Gokdemir, mahkamah meminta polis antarabangsa, Interpol mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atas empat komander Israel itu bagi membantu siasatan kes, lapor agensi berita, Al-Jazeera hari ini.
Pendakwa raya Turki mahu hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap bekas Ke­tua Turus Tentera Israel, Gaby Ashkenazi; Panglima Angkatan Tentera Laut, Eliezer Marom, Pengarah Risikan Ketenteraan, Amos Yadlin dan bekas Pengarah Risikan Tentera Udara, Avishai Levy.
Keputusan mahkamah yang di­keluarkan semalam itu adalah se­bahagian daripada proses per­bicaraan yang tidak dihadiri keempat-empat tertuduh yang dikemukakan oleh kumpulan hak asasi, Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dan keluarga mangsa pada 2012.
Perbicaraan itu turut diadakan berikutan rundingan antara bekas sekutu Turki dan Israel bagi menamatkan pertelingkahan di­plo­matik antara dua negara tersebut ekoran kejadian serangan kapal itu.
Keputusan mahkamah berkenaan dilihat boleh menjejaskan usaha perdamaian antara Turki dan Israel.
Seorang pegawai Israel memberitahu, keputusan mahkamah itu adalah hasutan yang tidak boleh diterima, manakala pihak pegawai Turki menjelaskan, usaha untuk mendapatkan bayaran pampasan kematian mangsa sedang dijalankan.
Namun, media tempatan sebe-lum ini melaporkan, Israel berkeras supaya sebarang perjanjian bersyarat dalam dakwaan terhadap tenteranya digugurkan.
Pada 31 Mei 2010, sembilan aktivis warganegara Turki maut selepas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza diserang komando Israel.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140528/lu_08/Flotila-Mahkamah-arah-komander-Israel-ditahan#ixzz32xaa9rhq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Palestin perkenal kerajaan perpaduan Khamis


GAZA CITY 28 Mei - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan memperkenalkan sebuah kerajaan perpaduan yang dibentuk menerusi penyatuan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pergerakan Hamas, esok sekali gus menamatkan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Gaza.
"Kami telah selesai membincangkan tentang kerajaan konsensus nasional," kata seorang utusan Mahmoud dari pergerakan Fatah, Azzam al-Ahmed, semalam selepas proses perbincangan di Gaza bersama pemimpin-pemimpin Hamas.
"Pengumuman itu akan dibuat dua hari lagi oleh Presiden,'' tambah beliau. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140528/lu_04/Palestin-perkenal-kerajaan-perpaduan-Khamis#ixzz32xZEWfoE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 26 May 2014

Pope Francis sokong negara Palestin


Pope Francis dan Mahmoud (kiri) memeriksa perbarisan kehormat tentera Palestin ketika melakukan lawatan ke Baitullaham di Tebing Barat, semalam. - AFP
BAITULLAHAM 25 Mei - Pemimpin Vatican, Pope Francis selamat tiba di bandar Baitullaham di Tebing Barat, hari ini dalam lawatan yang dilihat sebagai satu simbolik menyokong aspirasi rakyat Pa­lestin untuk mewujudkan negara sendiri.
Pemimpin Vatican sebelum ini sering mengunjungi Tebing Barat selepas pertama kali mendarat di Tel Aviv, Israel, namun bagi Pope Francis, beliau memilih untuk mendarat di Baitullaham dengan menaiki helikopter dari Jordan.
Pada hari kedua lawatannya ke Asia Barat itu, Pope Francis sempat mengadakan pertemuan dengan Pre­siden Palestin, Mahmoud Abbas.
Malah, dalam program rasmi Pope Francis itu, Vatican merujuk Abbas sebagai Presiden ‘negara Palestin’.
Pope Francis dijangka mengulangi pendirian Va­tican perlunya penyelesaian penubuhan dua negara dalam konflik Israel-Palestin, ketika mengadakan pertemuan dengan Abbas sebelum bertolak ke Israel.
Pope Francis memulakan lawatan tiga harinya ke Asia Barat dengan melawat Amman, Jordan dengan pemimpin itu merayu supaya perang saudara di Syria dihentikan dan mengecam penjualan senjata semasa lawatan penuh emosi ke khemah pelarian Syria dan Iraq di Jordan. - AP/AFP
Dalam perkembangan berasingan di Baitulmaqdis, polis menahan 26 pelampau Yahudi yang mengadakan bantahan di kawasan tanah suci di Gunung Zion di luar Old City yang akan dikunjungi Pope Francis.
Menurut jurucakap polis, penahanan itu dibuat beberapa jam sebelum ketibaan pemimpin Vatican tersebut di Baitulmaqdis.
‘‘Penunjuk perasaan di Makam Raja Daud melontar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan dan mencederakan dua anggota polis,’’ kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld merujuk kepada sebuah tapak yang dianggap suci oleh penganut Islam, Kristian dan Yahudi dengan Pope Francis dijadual menghadiri satu perhimpunan besar-besaran esok. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140526/lu_05/Pope-Francis-sokong-negara-Palestin#ixzz32lo1D2yb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 25 May 2014

Rejim Zionis robohkan Masjid Negev

Masjid Negev yang menjadi masjid utama ribuan umat Islam di Negev dirobohkan Israel, kelmarin. Foto:PIC
Masjid Negev yang menjadi masjid utama ribuan umat Islam di Negev dirobohkan Israel, kelmarin. Foto:PIC
NRGEV - Israel mula melancarkan operasi pembersihan etnik termasuk meruntuhkan sebuah masjid di Wadi Al-Na’im, Beersheba, utara Palestin, kelmarin.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan penduduk apabila mendakwa kediaman mereka juga akan dirobohkan susulan operasi tersebut lapor Middleeastmonitor.

Yayasan Negev bagi Hak Tanah dan Manusia mengecam tindakan itu dengan menyifatkan Israel melakukan pencabulan terang-terangan terhadap hak umat Islam di Negev.

“Israel melanggar hak kebebasan beribadah. Mereka juga bertindak keterlaluan apabila menyita harta penduduk dan merosakkan tanaman mereka,” kata jurucakapnya.

Susulan kejadian itu, penduduk di kawasan terbabit bertekad untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing.

Pertubuhan Gerakan Islam Negeb mendedahkan tindak an Israel itu bertujuan untuk melakukan pembersihan etnik dengan niat untuk mengusir 60,000 umat Islam di wilayah itu.

Friday, 23 May 2014

Israel roboh Masjid di Naqab, Palestin.

Berita | Israel roboh Masjid di Naqab, Palestin.

23 Mei- Jentolak Israel yang dikawal oleh kumpulan besar mula merobohkan masjid di Wadi Al- Niam di Naqab (Negev, Selatan Israel) Khamis lepas, turut membimbangkan penduduk bahawa mereka juga akan berbuat demikian di kampung mereka. Perintah roboh telah dipaku ke dinding masjid beberapa hari lebih awal.

Yayasan Negev mengecam perobohan itu , menggambarkan tindakan Israel sebagai pencerobohan terang-terangan terhadap kesucian masjid dan mengenai hak Arab untuk hidup di Naqab . Ia juga menyatakan bahawa mereka telah melanggar hak untuk kebebasan beragama serta undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Yayasan itu juga mengutuk serangan polis Israek ke atas penduduk di Wadi Al- Niam , perobohan rumah-rumah mereka, merampas harta mereka dan kemusnahan tanaman mereka. Ia menegaskan bahawa penduduk asli di Gurun Naqab erazam untuk tinggal di rumah mereka dalam menghadapi perancangan Israel dan berkuat kuasa. Ia merayu kepada orang-orang Arab di Israel dan orang-orang Arab Naqab khususnya untuk bersama rakyat Wadi Al- Niam .

Gerakan Islam di Naqab berkata perobohan masjid Wadi Al- Niam adalah perbuatan jenayah oleh Israel. Ia adalah sebahagian daripada pembersihan etnik yang lebih luas mana Israel mahu menggantikan 60,000 orang Arab Palestin dari rumah tradisional mereka di padang pasir supaya peneroka Yahudi dan tentera Israel boleh bergerak masuk.

"Rakyat di Naqab mempunyai hak untuk hidup di tanah mereka sendiri," kata gerakan Islam . "Mereka mempunyai hak untuk membina dan hidup di atasnya dan menyembah padanya. " Kenyataan itu menambah, jenayah ini hanya akan meningkatkan keazaman rakyat untuk tinggal tetap di tanah mereka.

Pergerakan menyeru semua pertubuhan hak asasi manusia dan institusi di Naqab untuk berdiri sebelah menyebelah dengan rakyat Wadi Al Niam , mempertahankan hak-hak sah mereka dan menghadapi pembersihan etnik Israel. [Ph]

sumber: memo
#aqsasyarif #adoptahafiz #mygmj2014 #2014tahunsolidariti
 

Thursday, 22 May 2014

Setiap dua jam, 1 kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Zionis

Setiap dua jam, 1 kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Zionis

'Kicauan pipit di dalam perut'

'Kicauan pipit di dalam perut'

Pepatah Arab 'kicauan burung pipit di dalam perut' menggambarkan kelaparan yang dialami seseorang.

Lukisan ini mungkin bahasa yang tepat menggambarkan tekanan perasaan dan teriakan menuntut pembebasan dari penjara tahanan Israel oleh warga Palestin yang dipenjarakan.

Wednesday, 21 May 2014

palestin

Pelajar-pelajar sekolah perempuan warga Palestin berlindung dari tembakan gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka oleh askar Israel di Khader Town, selatan Bethlehem, semalam.

Tiada ancaman, tetap ditembak.

Artikel | Tiada ancaman, tetap ditembak.

Pada hari Jumaat lepas iaitu selepas pengebumian di Ramallah, saya keluar bersama seorang wartawan yang mengambil gambar Abu Nuwara, pemuda yang ditembak di dalam video* tersebut. Kami duduk di dalam kereta Samer Nazzal, 28, dan dia menunjukkan beberapa siri gambar yang menunjukkan seorang pegawai perubatan mengangkat Abu Nuwara yang ditembak di bahagian kepala dengan peluru getah. Pegawai tersebut kemudian menanda bahagian yang tercedera.

"Semalam merupakan hari yang sukar - IDF menggunakan peluru hidup dari awal lagi. Mereka seperti dilihat seperti mengawal demonstran, tetapi sebenarnya memang ingin membunuh.", kata Nazzal. "Ini adalah pelik kerana demo tersebut adalah normal seperti hari-hari biasa". "Saya nak anda menulis bahawa demonstran tidak memegang Kalashnikov atau M16 atau RPG, mereka hanya membaling batu dari jauh, dan langsung tidak mengenai IDF tersebut".

Nazzal mengambil gambar semasa demonstran ditembak. Nazzal bersandar di sebalik sebuah bangunan dan melihat Nawara sedang membaling batu. Apabila IDF mula menembak, Nawara berhenti membaling. "Dia masih hidup, tetapi selepas beberapa minit, dia terbaring di jalan dan memegang dadanya.". Nazzal kemudian mengambil gambar yang kini sedang berlegar di internet, iaitu gambar sebaik sebelum Nawara meninggal dunia. Dia terus mengambil gambar beberapa orang remaja dan seorang pegawai perubatan mengangkat Nawara ke arah ambulan. Kemudian, saya perasan sesuatu tentang pegawai perubatan tersebut.

"Saya lihat pegawai itu memegang kepalanya, seperti ditembak. Balik sahaja ke pejabat, ada sebuah peluru getah di mejanya (mengatakan bahawah pegawai tersebut ditembak dengan peluru getah untuk mengelakkan Nawara dibantu) ". Gambar yang diambil oleh Nazzal mengesahkan bahawa IDF memang menembak ke arah mereka.

Sejak permulaan 2014, 10 orang rakyat awam Palestin dibunuh dengan tembakan sahaja. Pada tahun lepas, 22 orang telah ditembak, 14 daripadanya adalah melalui demonstrasi. [Ph]

sumber: mondowies.net

*video [18SG]:http://www.youtube.com/watch?v=CaibEqx2m_k

#aqsasyarif #2014tahunsolidariti #adoptahafiz

Israel tahan ramai kanak-kanak Palestin


Askar Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin yang cuba mengambil gambar semasa bantahan terhadap penempatan haram Yahudi di kampung Al Ma'sara, Tebing Barat pada 9 November 2012. - AGENSI
BAITULMAQDIS 20 Mei - Jumlah kanak-kanak Palestin yang dikurung dan didera semasa disiasat oleh pihak berkuasa Israel, dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, kata sebuah pertubuhan kanak-kanak antarabangsa.
Pengarah Program Tanggungjawab Pertubuhan Perlindungan untuk Kanak-kanak Antarabangsa (DCI), Ayed Abu Eqtaish berkata, kaedah pengurungan secara berasingan ke atas kanak-kanak Palestin oleh rejim Zionis semakin membimbangkan dan tindakan itu jelas melanggar hak asasi golongan tidak bersalah tersebut.
Sambil memetik laporan baru-baru ini, Ayed berkata, sebanyak 100 kes penahanan kanak-kanak Palestin dicatatkan di kem tahanan tentera Israel dan 21 peratus daripada jumlah itu dikenakan tahanan berasingan.
Jelasnya, kanak-kanak itu dikurung selama purata 10 hari dan tempoh paling lama yang pernah dicatatkan adalah selama 29 hari pada 2012 dan 28 hari pada tahun berikutnya.
“Setiap laporan direkodkan berdasarkan pengalaman mangsa yang mendakwa mereka dipukul, digari dan dilarang menggunakan tandas ketika dikenakan tahanan berasingan.
“Saya meminta masyarakat antarabangsa memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan terhadap kes yang dilaporkan bagi membolehkan kanak-kanak Palestin mendapat keadilan," katanya kepada rangkaian berita Al-Jazeera.
Menurut pertubuhan yang beribu pejabat di Geneva itu, sepanjang tahun lalu, kanak-kanak Palestin berusia antara 12 dan 17 tahun paling ramai ditahan di penjara tentera Israel.
Di kebanyakan negara, tindakan mengasingkan tahanan juvenil dilaksanakan bagi mengelakkan mereka bergaul dengan tahanan dewasa, tetapi di Israel, kaedah berkenaan digunakan sama ada untuk mendapatkan pengakuan atau mengumpul maklumat daripada individu lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140521/lu_06/Israel-tahan-ramai-kanak-kanak-Palestin#ixzz32IsB8Ma8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 20 May 2014

Israa al-Mudallal wanita kepercayaan Hamas

Wanita kepercayaan Hamas

KEHADIRAN seorang gadis di dalam pejabat pentadbiran Palestin di Gaza,  bukanlah sebagai penyeri pejabat,  beliau sebaliknya bertanggungjawab sebagai jurucakap yang dilantik oleh pergerakan Hamas.

Israa al-Mudallah, 23, yang fasih berbahasa Inggeris nekad mengambil peluang pekerjaan itu untuk membuktikan dan mendedahkan segala permainan politik Palestin yang selama ini menjadi mangsa rejim Zionis dan sekutunya, Barat.

Tugas sebagai jurucakap Hamas bagi media antarabangsa bukanlah satu tugasan mudah buatnya.

Beliau bertanggungjawab menyampaikan pandangan kerajaan Palestin dengan kata lain, segala perspektif Hamas di Gaza sejak pengusiran Mahmoud Abbas enam tahun lalu.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana saya bukan dari pergerakan Hamas,” katanya.

Latar belakang

Israa anak kelahiran Mesir ini dibesarkan di bumi Gaza. Beliau sekeluarga kemudian berpindah bagi mengikut bapanya yang juga seorang pensyarah sains politik dan sejarah di Universiti Islam Gaza untuk melanjutkan pelajaran di Britain.

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan, gadis tinggi lampai ini banyak didedahkan dengan budaya Barat.|

Sebelum  melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di Universiti Islam Gaza, Israa mendapat pendidikan di sekolah rendah di bandar  Bradfort.

Dari situ, beliau banyak bergaul dengan kanak-kanak tempatan hingga meningkat remaja.

Sebelum bekerja sebagai juru cakap Hamas, beliau merupakan seorang wartawan penyiaran di salah satu stesen televisyen berbahasa Inggeris di Mesir.

“Masalah manusia adalah paling penting, terutama krisis kemanusiaan. Saya sedih tempat kelahiran saya di sebuah perkampungan berhampiran Pelabuhan Ashdod kini menjadi wilayah Israel selatan.

“Pencabulan terang-terangan rejim Zionis menyebabkan kami sekeluarga hilang tempat tinggal. Kini, kami terpaksa tinggal di Rafah iaitu sempadan Gaza-Mesir,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan bekas pelajar Universiti Islam Gaza ini nekad berkhidmat di Gaza bagi memperjuangkan haknya sama seperti penduduk Palestin lain.

Pelantikan

Ketua biro perhubungan kerajaan, Ihab al-Ghussein berkata, keputusan untuk melantik Israa dibuat berlandaskan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris.

Ia juga merupakan satu strategi buat gerakan itu memudahkan komunikasi secara langsung dengan dunia luar terutama Barat.

“Israa juga adalah seorang aktivis dalam memperjuangkan hak Palestin. Pelantikan beliau juga menyaksikan kebangkitan generasi dalam membarisi kerajaan Hamas.

“Beliau mewakili suara belia. Pandangan beliau amat penting untuk kemajuan Palestin,” katanya.

Pendekatan

Kelantangan beliau berbicara dan melontarkan pandangan dalam wawancara ‘Menangani media Barat dan Israel’ suatu ketika dahulu menjadi kerisauan Barat dan Israel.

Beliau dengan sinis menyatakan Barat dan Israel dengan mudah membeli media untuk menutup pekung dan onar yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin.

“Media Barat dan Israel memberikan gambaran berbeza tentang Palestin dan Gaza. Tugas saya kini adalah membongkar semua fakta yang sebelum ini diputar belitkan oleh mereka untuk mengaburi mata masyarakat dunia. Media Israel selama ini banyak

memalsukan fakta-fakta termasuk menukar sejarah negara mereka sendiri,” katanya.

Pada permulaan pelantikan,  beliau banyak menumpukan pada masalah pencatuan elektik dan menaik taraf pendidikan kanak-kanak di Gaza.

“Kanak-kanak harus diterapkan dengan seberapa banyak ilmu kerana mereka adalah generasi pemimpin masa depan,” katanya.

Kehadiran tepat pada masanya

Kehadiran beliau sebagai sebahagian daripada kerajaan Hamas adalah tepat pada masanya. Ketika pelantikan seorang menteri wanita tunggal dalam kerajaan Jamilla Al Shanti, gandingan dua wanita ini dianggap pelengkap dalam kesaksamaan hak wanita dan lelaki.

Kehadiran wanita dalam pentadbiran menyaksikan wanita Palestin juga layak memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sekali gus melenyapkan tanggapan bahawa pemerintahan Islam sering mengetepikan hak wanita.

Pelantikan Israa di buat tatkala Hamas menghadapi sekatan ekonomi enam tahun oleh Israel. Selain itu, tentera Zionis juga kerap menyerang penduduk Palestin tanpa sebab dan kehadiran beliau juga penuh cabaran apabila pergerakan Ikhwanul Muslim Mesir yang merupakan sekutu kuat Hamas dilabelkan sebagai pengganas.

Cabaran

Kini, tugas Israa semakin berat apabila sekatan ekonomi masih dilakukan Israel sejaka 2007 di Genting Gaza. Tidak hanya itu, beliau juga harus menjadi individu paling penting dalam rundingan konflik antara Fatah dan Hamas. Seperti diketahui, kedua duannya masih berhadapan krisis sejak Hamas meraih kemenangan dalam pilihan raya 2006  dan 2007 hingga menyebabkan pentadbiran Palestin terbahagi kepada dua pentadbiran di mana Hamas menguasai wilayah Gaza dan Fatah mentadbir di Tebing Barat.

Selain itu, genting gaza juga berhadapan kemelut apabila import dan eksport di Genting Gaza dihadkan  hingga  membawa kepada krisis kemanusiaan.

Peningkatan serangan Israel sejak 2008 hingga 2011 yang mengorbankan lebih 1,400 penduduk di Gaza termasuk kemusnahan infrastruktur juga terpikul dibahu beliau.

Tidak gentar

Israa sedar  berada sebaris dengan pemimpin Hamas bukan suatu perkara mudah. selain mengorbankan tenaga beliau juga memperjudikan nyawanya.

“Saya tidak mahu takut dengan perkara yang belum berlaku, jika saya meninggal dunia di tangan Zionis  anggaplah pengorbanan itu adalah untuk negara saya,” katanya.

Baginya, permainan kotor dan kekejaman Israel perlu dibongkar supaya masyarakat dunia tahu mengapa hingga kini Palestin masih memperjuangkan hak negaranya.

“Walaupun saya disekat daripada mengeluarkan pendapat sama seperti wartawan di Gaza, namun pendedahan telus harus disebarkan. Jangan mimpi saya mahu meminta maaf kepada Israel kerana segala yang saya suarakan dari pengalaman dan bukti bukan kerana emosi,” katanya.

Nama baharu kerajaan Palestin


GAZA 19 Mei - Kerajaan pakatan perpaduan Palestin akan diberi nama baharu oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pergerakan Hamas yang akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut pegawai kanan Hamas semalam.
Penasihat Perdana Menteri Hamas, Bassem Naim berkata, ahli pergerakan Fatah yang memimpin PLO akan bertemu dengan pegawai Hamas di sini minggu ini bagi memutuskan rundingan.
“Pegawai pergerakan Fatah, Azzam al-Ahmad akan tiba di Gaza Rabu dan Khamis ini bagi mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas untuk mencapai kata sepakat.
“Kami menjangkakan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan mengumumkan perkara tersebut pada minggu depan," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140520/lu_10/Nama-baharu-kerajaan-Palestin#ixzz32CinZYEb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 17 May 2014

Petaka 66 tahun


Dalam kalangan aktivis Palestin di seluruh dunia, tarikh 15 Mei setiap tahun mengingatkan mereka kepada penghapusan etnik bersistematik dijalankan rejim Zionis sebelum dan pada 1948.

Selepas 66 tahun, Hari Malapetaka (Yawm an-Nakbah) itu terus dikenang - sama ada di Palestin sendiri, atau di serata tempat di dunia - dan keadilan untuk rakyat yang diusir masih belum diperoleh.



Bagi penduduk Palestin sendiri, 15 Mei setiap tahun adalah hari mengenang masa silam dan mengharap masa depan.

Keadaan semasa membuktikan peristiwa Nakbah itu masih berterusan sehingga ke hari ini - dengan penduduk Yahudi terus mengusir warga Palestin dari tanah air sendiri.


Projek petempatan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat adalah manifestasi jelas gerakan terancang Tel Aviv mahu membanjirkan tanah Palestin dengan penduduk Yahudi.


Undang-undang kuku besi - dan tembok besi - pula memisahkan keluarga dan saudara-mara di wilayah itu.

Dasar perumahan yang ditetapkan pula sengaja direka untuk menghalang pertumbuhan komuniti Palestin.

Apa yang berlaku ke atas penduduk Palestin dari 1946 hingga 1949 memang tidak dapat diubah.

Program pengusiran terancang militia Israel bermatlamatkan untuk membentuk wilayah Yahudi di atas tanah Palestin secara paksa.

Gerakan fanatik Zionisme dikatakan bermula di Eropah pada akhir 1980-an bertujuan untuk membentuk negara Israel dan Palestin kemudian dipilih untuk merealisasikan impian itu.

Ketika ia bermula, populasi Palestin dianggarkan 96 peratus adalah penduduk bukan Yahudi.

Melalui pelbagai strategi selama beberapa dekad, pemimpin Zionis perlahan-lahan menjayakan perancangan mereka untuk bertapak di situ.

Strategi mereka ialah: * Menggalakkan perpindahan Yahudi ke Palestin Sebahagian daripada kempen itu dijalankan dengan berselindung di sebalik slogan “tanah tanpa penghuni untuk rakyat tanpa tanah.” Hakikatnya, tanah yang dirampas itu sudah berpenghuni.

* Meyakinkan ‘kuasa besar’ menyokong proses migrasi Sesetengah pihak mendakwa, Zionis berpakat dengan British dan AS untuk membantu gerakan berkenaan.

Mereka turut cuba mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah, tetapi ditolak.

Pelobi Zionis berjanji untuk memenangkan ahli politik AS yang membantu mereka melaksanakan projek berkenaan.

* Membeli tanah (kadang-kadang melalui penipuan) Selepas mana-mana tanah ditukar milik, orang Yahudi enggan membenarkan ia didiami atau dikerjakan oleh mana-mana individu bukan Yahudi.

* Keganasan Biasanya langkah ini diambil selepas tawaran berbentuk kebendaan gagal atau lambat membuahkan hasil.

Pada 1930-an, pemilikan tanah dalam kalangan penduduk Yahudi meningkat daripada hanya kira-kira 1 peratus menjadi 6 peratus.

Turut meningkat ialah kekerapan keganasan dengan kemunculan beberapa kumpulan samseng Zionis.

Sesetengah daripada mereka kemudian muncul sebagai pemimpin Israel beberapa tahun kemudian.

Antara tempoh 1947 hingga 1949, sekurang-kurangnya 750,000 warga Palestin - termasuk wanita dan kanak-kanak - diusir dari rumah sendiri melalui paksaan.

Kejadian itu dikenali sebagai Yawm an-Nakbah.

Tentera Zionis juga didapati melakukan 33 pembunuhan beramai-ramai dan memusnahkan 531 bandar Palestin.

Penulis, Author Norman Finkelstein melaporkan, seorang bekas pegawai kanan tentera Israel mengakui dalam hampir setiap petempatan yang ditawan, jenayah perang - seperti pembunuhan dan rogol - dilakukan.

Sejarawan Israel, Uri Milstein, malah menyatakan dengan lebih terbuka: “Setiap kali pertempuran berlaku, ia akan berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai penduduk Arab.” Bekas pegawai Palang Merah Sweden - yang pernah menyelamatkan ribuan Yahudi ketika Perang Dunia Kedua - Folke Bernadotte berkata, larangan terhadap penduduk Palestin kembali ke tanah sendiri bercanggah dengan prinsip keadilan.

Ternyata nasib Bernadotte tidak lebih baik daripada Palestin.

Dia akhirnya dibunuh ejen risikan Israel diketuai Yitzhak Shamir yang kemudian menjadi Perdana Menteri Israel ketujuh (Oktober 1986 hingga Julai 1992).

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Tentera rejim Zionis tembak mati dua pemuda Palestin



SEKUMPULAN penduduk mengusung jenazah dua pemuda Palestin yang mati ditembak tentera Israel untuk dikebumikan di Ramallah semalam.


RAMALLAH - Tentera Israel menembak mati dua pemuda Palestin dalam satu tunjuk perasaan di Tebing Barat kelmarin yang diadakan sempena ulang tahun ke-66 penubuhan negara Israel.
Sumber keselamatan dan perubatan memberitahu bahawa, dua pemuda tersebut, Musaab Nuwarah, 20, dan Mohammed Udeh, 17, mati selepas ditembak di dada oleh askar Israel.
Dua pemuda itu menyertai berpuluh-puluh penunjuk perasaan berhampiran penjara Ofer bagi mendesak pembebasan beribu-ribu penduduk Palestin yang ditahan pihak berkuasa Israel.
Tunjuk perasaan tersebut juga diadakan sempena 'Hari Nakba' atau Hari Bencana kerana tertubuhnya negara Israel pada 14 Mei 1948.
Ini kerana penubuhan negara Yahudi telah menyebabkan 750,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir dari tanah air mereka selepas tercetusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948.
Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pertempuran dengan seramai 150 penunjuk perasaan dan askarnya menggunakan peluru getah untuk menyuraikan tunjuk perasaan.
Kejadian itu menyebabkan jumlah penduduk Palestin yang mati dibunuh tentera Yahudi di Tebing Barat pada tahun ini sahaja meningkat kepada 11 orang.
Beberapa tunjuk perasaan turut diadakan di Nablus di Hebron dan di barat Baitulmuqaddis yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk Palestin ditahan pihak berkuasa Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz31v3xHMlf 
Hakcipta terpelihara