Friday, 8 August 2014

SEBULAN SERANGAN ZIONIS KE GAZA: 1867 SYAHID DAN 9563 CEDERA


Jumaat, 08-08-2014 - Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza hari ini, Selasa (5/8/2014), mengumumkan bahawa tempoh sebulan serangan penjajah Zionis terhadap Gaza telah mengorbankan seramai 1867 penduduk dan 9563 tercedera.
Dalam laporan harian yang diterbitkan hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza mengatakan bahawa di antara korban yang gugur adalah 429 kanak-kanak, 243 wanita dan 79 orang warga emas.
Sementara itu mangsa yang cedera ada 2877 kanak-kanak, 1853 wanita dan 374 warga emas. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa seramai 153 mangsa cedera parah sedang dirawat di unit rawatan intensif (ICU), dijangkakan mangsa korban akan terus bertambah.
sumber : COMES
penterjemah : Osman

No comments:

Post a Comment